Tuesday, February 2, 2010

Aku Terasa Sayu

Sedang aku melakukan rutin harian pagiku seperti biasa. Solat subuh, bacaan al-Ma'tsurat, dan mentelaah bahan bacaan sambil mendengar alunan gemersik zikir dari Macbook ku.

Entah mengapa aku berasa sayu..

Tambahan pula dengan topik bacaan aku pagi ni. Bertajuk 'Suamiku, fahamilah tanggungjawabmu yang sebenar' dalam buku bertajuk Pikatlah Hatiku, 30 Bisikan Hati Isteri. Pemberian buah~atiku yg satu itu.

Antara isinya tertulis begini, 'tanggungjawab suami yang utama adalah membawa cahaya keimanan dan takwa kepada seisi keluarganya. Membawa ahli keluarga ke jalan yang diredhai Allah tidak menjadi sukar seandainya suami itu ikhlas, beriman dan faham tanggungjawabnya.'

Allah menjelaskan dalam surah an-Nisa' ayat 19 bermaksud ".. Dan perlakukanlah mereka dengan baik kemudian jika engkau membenci mereka (maka bersabarlah), kerana mungkin engkau membenci sesuatu, padahal Allah menjadikan padanya kebaikan yang banyak."




Tips (21) dari pembacaan hari ini: Fahamilah tanggungjawabmu yang sebenar.

No comments:

Post a Comment