Saturday, February 13, 2010

Isi Khutbah Jumaat



Pada Jumaat minggu ni (semalam), khatib Masjid Daerah Kluang menegaskan dlm khutbah beliau tentang larangan kepada umat Islam seluruhnya tentang menyambut hari kekasih (Valentine). Yang mana kebiasaannya ia dirai oleh pasangan kekasih atau suami isteri atau mereka yang bercinta, pada 14 Februari setiap tahun.

Kalau mengikut sejarahnya apa yang diceritakan, Valentine itu adalah nama seorang paderi sezaman pemerintahan Queen Isabella di Sepanyol. Mereka telah berjaya menakluk masyarakat Muslim di sana pada masa itu. Sempena kemenangan itu, satu sambutan bagi memperingati dan penghormatan kpd paderi tersebut, lalu wujudlah hari tersebut.

Mereka membuat sambutan itu kerana kejayaan menumpaskan agama Islam. Kita sambut atas dasar cinta kononnya, seolah-olah menyambung tradisi mereka. Sanggupkah bersekongkol?


Kita-kita yang jahil ni pun ikut ajelah. Orang ada sambut, kita pun ikut sambut. Tak betul tu..!

Khatib menegaskan, janganlah sehingga mereka menyuruh kita masuk lubang biawak, kita pun ikut masuk ke lubang biawak. Alangkah jahilnya!

Dan akhir pesanan khatib antaranya, janganlah kita jadikan orang kafir dan munafiq sebagai sahabat dan ikutan kita.

Kan masih ramai umat tinggalan Nabi Muhammad (S.A.W.) di muka bumi ini. Mengapa kafir laknat yang jadi ikutan. Kalaupun dia (golongan kafir) ini boleh beri kebahagiaan di dunia, wang ringgit, harta, rumah, sebagainya...
Hal tentang agama, hal tentang akhirat bagaimana?

Sama-samalah kita renungkan. Mana satu pilihan hati. Kebahagiaan sementara ataupun kebahagiaan selamanya. Tepuk dada tanya iman dan jiwa yang waras.

No comments:

Post a Comment