Sunday, February 28, 2010

Ahad Yang Bahagia

Terima kasih buah~atiku, kerana sudi berkongsi impian bersamaku.

InsyaAllah, kan ku lakukan apa yang terbaik demi perhubungan ini.

Saturday, February 27, 2010

Tasik Kenyir

Lepas nyantap nasik campur ala kampong kat restoran Kak Zah simpang Sekayu-Kula Berang, perjalanan diteruskan lagi ke Tasik Kenyir melalui checkpoint Tanjung Gawi, Ulu Terengganu.

Nasik lauk ikan baung masak gulai tempoyak, ulam-ulaman (timun mude ngan pucuk gajus) dan 'budu mixed tempoyak' (my pebret ever). Inzal..

Cuaca panas terik. Tak berani nak main panas, takut sunburn. Almaklum, putera lilin baru turun kayangan. Kah kah kah..


Tenang jugak rasa hati. Cadang nak duduk semalaman kat sini, tapi harga bilik agak mahai. Rasa tak sepadan dengan aturcara yang boleh dijalankan kat sini. Harga bilik bermula dari RM80/semalam.

Takde aktiviti yang aku boleh buat kat sini. Tengok-tengok air jelah. Pemandangan cantik. Kilauan air dek pancaran matahari terik jam 0300 petang memang besh. Silau. Dengan bebayang hijau yang datangnya dari rimbun dari dataran pinggir dan pulau di tengah-tengah tasik.

Dikatakan, keluasan tasik ini merangkumi sebahagian dari 3 buah negeri iaitu Pahang, Terengganu dan Kelantan. Wow.. Besaunya!

Sambil meneman Dak Wan ngail ikan, aku ngeblog.

Aku sori le pasal ngail ni. Dah bersara.


Nota: Oleh kerana aku peminat budu (Budu Fan), aku kasik up satu Dikir Barat tajuk 'Budu.'

Sekayu (II)

Pagi nih, kitaorang meneruskan penyelaman dan pengecutan organ buat kali kedua. Lepas bersantap pagi seawal jam 0730, dengan sekadar buah pauh dan megi 'cup in the noodle' ~ aku salu sebut cenggini, (sebenornye sebutan betul dia noodle-in-the-cup) serta kopi tongkat ali CNI, aktiviti kemaruk seperti petang semalam diteruskan.

Masa ni, orang pun takde datang lagi. Sempat la snap-snap apa yang patut. Dan yang bestnye, kiteorang boleh awal-awal cop tempat strategik untuk 'slibonan'. 'Sure'lah lokasi 'top of the hill'. Airnya lebih dingin dan bebas kencing, kih kih kih..

Okeh, ni lah antara hasilannya..

Astaka paling atas. Kedalaman curam kolam di belakang tu ialah 7 meter. Keselamatan atas tanggungan sendirik..

Pebret aku bile datang kat jeram, jumpa batu molek.. Kasik tenggek cenggitu. Kepakaran dalam menyeimbangkan batu adalah perlu. Cewahhh...

See..

See.. See..

Besau jugak gonggok nih.

Friday, February 26, 2010

Sekayu (I)

Kole Terengganu panas la, dekat dengan pantai.

Jom cari sejuk-sejuk. Jom Sekayu..!

Lepas check-out dari homestay Kole Ibai jam 1000 pagi, masuk tempat ada ekon. Giant kat Hiliran sebagai destinasi abiskan duit sambil cari bekalan pegi Sekayu.

On-de-way Sekayu, stop sebentar kat Kampong Padang Setar. Berenti Solat Jumaat. Kebetulan pulak ada Marhaban sempena sambutan Maulidur-Rasul. Lepas beselawat dan doa, orang kampong offer makan free bubur labuk. Yess.. Pucok dicita ulam pucok paku. Ye, pucuk paku ulam yang dia bubuh dalam bubur lambuk tu. Pertama kalinya. Dan rasanya.. Perghhh.. Bubur lambuk terinzal setakat ini. Dengan versi kampong.
Kampong Baru, KL punye pun bolayan..!


Masjid Kampong Padang Setar, Kuala Berang. (On-de-way nak ke air terjun Sekayu).


***
Selamat datang bersejuk-sejuk ke Sekayu.

Okeh, dipendekkan citer aksi nyelam-nyelam kecutkan organ pun bermula. Beerrrrrr......!

Lepas aku rasakan yang organ 'itu' sudah pun kecut, masanya mengangkat sauh untuk berlabuh.
Aduh.. Mana nak lepak-lepak lelap mata malam nih? Test tanya chalet kat situ. Wehei.. RM60 per malam. Not bad. Tak buleh dilepaskan nih. Amik test stay satu malam..

Chalet tempat menginap.

Kesimpulannya memang besh! Masuk dengan citarasa aku. Sunyi, bunyik cengkerik dan unggas malam, bunyik air terjun siket, dingin, syahdu, huuuu zzzzzzz..

View dari dalam bilik ke arah luar (belakang) melalui sliding door. Tengok pokok buloh tu, macam dekat Jepon daaa..

Berselawatlah Atas Nama Rasulullah S.A.W.

Aku mengambil iktibar atas peristiwa kelahiran Junjungan Besar S.A.W.

Selawat dan salam untuk Baginda dan ahli keluarganya.

Monday, February 22, 2010

Beep.. Beep.. Beteri Weak. Aku Guna 'Reserved' Energi

Aku dapat tido 55 minit jak. Siap-siap nak berangkat ke Kluang.

Mata masih kuyu dan layu. Dan lebam..

'Overtime' Yang Betul-betul Over



Tulah pasal, sebab apa 'rajin' sangat tangguh buat homework. Kan dah..

Besok nak meeting, hari ni la baru tunjuk kerajinan untuk nak siapkan paperwork. Padahal, tu dia..seminggu 'menongkat dagu menyanggah siku'. Mood takde la ~ ok, ini alasan ikhlas aku ye.. Bukan reka-reka.

Mula dari jam 1100 pagi, aku dragggg tarik sampai jam 0500. Bukan petang, tapi ke pagi.. Walawei..
Rabak mata tu usah cerita lah. Tengok screen Macbook dah jadi double. Tengok working paper macam tengok tilam dengan lembek. Tolong lah hamba duhai mata. Sekejap je lagi..

Inilah hamba. Hamba kepada kerja.. Tak shuke.. Tak shukeee!



Saturday, February 20, 2010

Berapa Banyak Kena Tonggak Air

Jumlah air yang diminum seharusnya berdasarkan pada berat badan.

Berat badan aku sekarang 59.8kg.

è 59.8 kg x 2.679 = 160.2 pound (lb).

è 160.2 / 2 = 80.1 ounce.


Jadi aku seharusnya minum sebanyak 93.8 ounce air.

Tukar kepada Kg = 80.1 x 0.028 = 2.42 kg.

è 2.62 liter max sehari semalam.

Go Aku Go!


Lagu ni aku tujukan khas untuk aku sendirik.

"Allah selamatkan aku,
Allah selamatkan aku,
Allah selamat dan sejahterakanlah aku,
Allah selamatkan aku.."

Selamat hari ulangtahun kelahiran yg ke-31 aku! Terima kasih aku ucapkan pada Allah sebab melanjutkan usia aku. Moga aku ada azam untuk berbuat kebaikan dan berbakti.

Pinjam tombol gear 'eleanor' ~ "Gone In 60 Second"


Nota: Macbook yang aku pakai pun dah menjangkau umor 1 tahun. Tahniah, aku semakin serasi bersama. Dari bertatih-tatih, kepada pandai berdiri tegak dan kekadang berlari..

Thursday, February 18, 2010

Jumpa Untuk 'Gathering'


Ahad malam Isnin tempoh hari, ada gather-gather dengan kengkawan satu sekolah menengah (SMBM) dulu.
Syiok la jumpa korang. Ngobrol-ngobrol, gelak sampai nak pecah perot, ngutuk tak abis sudah.

Harap boleh jumpa korang semula di lain masa, InsyaAllah.


Kedamaian Hati Adalah Kedamaian Sejati



Seorang Raja mengadakan sayembara dan akan memberi hadiah yang melimpah kepada siapa saja yang boleh melukis dengan tema tentang kedamaian. Ada banyak seniman dan pelukis berusaha keras untuk memenangkan pertandingan tersebut. Sang raja berkeliling melihat-lihat hasil karya mereka. Hanya ada dua buah lukisan yang benar-benar paling disukainya. Tapi, sang raja harus memilih satu diantara keduanya.

Lukisan pertama menggambarkan sebuah telaga yang tenang. Permukaan telaga yang itu bagaikan cermin sempurna yang mematulkan kedamaian gunung-gunung yang tenang menjulang mengitarinya.
Di atasnya terpampang langit biru dengan awan putih berarak-arak. Semua yang memandang lukisan ini akan berpendapat, inilah lukisan terbaik mengenai kedamaian.

Lukisan kedua menggambarkan pergunungan juga. Namun tampak kasar dan gundul. Di atasnya terlukis langit yang gelap dan merah menandakan turunnya hujan badai, sedangkan tampak kilat menyambar-nyambar liar. Di sisi gunung, ada air terjun deras yang berbuih-buih. Sama sekali tidak menampakkan ketenangan dan kedamaian. Tapi, sang raja melihat sesuatu yang menarik, di balik air terjun itu tumbuh semak-semak kecil di atas celahan batu. Di dalam semak-semak itu ada seekor ibu burung pipit meletakkan sarangnya. Jadi, di tengah-tengah riuh rendahnya air terjun, seekor ibu pipit sedang mengerami telurnya dengan damai. Benar-benar damai.

Lukisan manakah yang memenangi pertandingan?
Sang Raja memilih lukisan nomor dua.
Tahukah mengapa? Kerana jawab sang Raja, “Kedamaian bukan bererti kita harus berada di tempat yang tanpa keributan, kesulitan atau pekerjaan yang keras dan sibuk.

Kedamaian adalah hati yang tenang dan damai, meskipun berada di tengah-tengah keributan luar biasa.”

“Kedamaian hati adalah kedamaian sejati.”

Wednesday, February 17, 2010

Ke Mana Hari Ni?

Tak ke mana-mana.

Meracun semak samun kat ladang sawit bapak aku je.

Aku suke kerja ladang!

Ke Mana Semalam?

Ekspidisi untuk hari kedua pada sesi Februari 2010 kami lanjutkan lagi.

Disebabkan kekecewaan di remang 0200 pagi sebab takdan nak survey pasar karat kat rengit, jadi pagi2 lagi kita orang dah on. Kat sini lebih happening berbanding pasar karat Benut. Lebih banyak 'outlets' dan lebih banyak barang. Terutama perabot-perabot klasik ala kayu jati. Kalau ada duit sekepuk, memang best.

Weh, dah panas dan jugek lapar perut ni. Joomla JJCM~jalan-jalan carik makan!

Nasik biryani Shah ke hape.. Kat Batu Pahat, lepas jembatan. Orang sebut-sebut macam best jek. Fuiyoo.. Ramai beratur tuh! Harap-harap 'inzal'lah. Nilaian aku cuma 4/10 je. Kulai Biryani Rengit 'is still de best' setakat ini. Jom blah!

Destinasi berikut, Kampong Gersik, Muar (orang sini sebut 'Muo'). Pastinya Kolam Air Panas.
Kasik rendam kaki. Mandi macam dulu kat Poring Hotspring tak buleh la. Sebab kat sini, kemudahan 'level-by-level' kepanasannya tak disediakan. Jadik panas dia banget-banget. Celup kaki sudahla.

Woi bro, petang sudah la ni. Balik la jom. On-d-way balik, dan lagi singgah Ayer Hitam. Nak borong apa je diaorang nih.

Mak dengan bapak nak balik awal. Ada kenduri rumah Paman kat Kangkar Tebrau, JB. Jadi jawatan aku sebagai supir ni, seharusnyalah menurut perintah.

Nak cepat jadi lambat. Naik hiway, sangkut jem kat Sedenak. Apa kesss.. Abis la, lambat sampai kenduri, soru mis la ni. Hehehe.

Sampai Kangkar, dan-dan pak imam tengah baca doa. Sempat aminkan je la. Mata dah meliar tengok nasik ayam dengan puding.

Makan sikit jelah, aku 'on diet'.

Balik sampai Sungai Mas jam berapa? 1200 malam woo.. Mata dah tak nampak lain dah. Nampak lembek dengan bantal je. Babai dunia celik, selamat datang dunia zzz.
Aku dah mandi belom? Emm.. Besok la pikir pasai mandi.

Ke Mana Dua Hari Lepas?

Rentetan perjalanan yang telah bermula dari Isnin lagi.

Kita orang dah pun memulakan perjalanan dari kampong halaman Sungai Mas menuju ke Gunung Pulai. Mana? Pekan Nanas, Pontian. Tapi itulah, ke mana yang dikatakan perancangan. Dan apa pula yang dikatakan perlaksanaan. Kelakoo..

Dah sampai pun kat pintu gerbang Air Terjun Gunung Pulai tu. Mak dah siap beli goreng pisang dah pon, buat ngonyel-ngonyel. Tapi last-last masing-masing macam hilang mood. Besok jelah..

Abis tu, apa cerr malam nih? Jom ronda bandar Pontian. Jommm..!

Destinasi pertama pastinya lokasi paling nostalgia, benteng tepi laut. Dulu kat sinilah port makan-makan paling happening kat Pontian nih. Otak-otak Pontian (sori ye time tu takde lagi pon yang nama Kempas atau Gelang Patah), cendol mamak, mi goreng, rojak, sate, dan bla.. bla.. Tapi semua tu dah takde. Tutup dah pon. Gara-gara powernye cakap seseorang yang tak kasik meniaga kat situ. Sungguh kurang bijak orang itu!
Kat situ jugak lah ada restoran Monggo Mampir yang mi bandung dan sotonya ini macam (sambil tunjuk 2 jempol!~jawa style sehh..).

Destinasi kedua, pastinya kawasan 'playground' di penghujung benteng. Saje kasik can anak-anak buah main buai-gelongsor bagai. Dalam ati aku bertanya, kat sini kot mak dgn bapak aku jumpa dating time bercinta dulu. Hahaha..

Destinasi ketiga, try tengok-tengok bandar terminal baru. Diaorang tambak laut untuk buat bandar ni. Betol-betol membazir. Waa.. hebat juga. Ada Giant.. Sesak. Patut pun, ada pasar lambak. Jom carik ikan bakar!
Aduhai.. Balik-balik siakap, tuke, kembong. Hummm.. Jom blah blah..

Destinasi keempat, timbul idea medan ikan bakar kat LKIM. Zasss..
Lagi mendukacitakan. Ada tiga jenis ikan je. Siakap besar, siakap sedang, siakap kecik. Best betol kan..?
Balik rumah Paman Shahrol ajelah bro.. Mana tau on-de-way ada jumpa warong baiiiiik punye!
Haaa.. Tu yang jumpa 'Warong Mana Lagi' kat area Ayer Baloi. Ikan apa ada? Ada banyak siket pilihan. Harap-harap memuaskan. Ada wifi pulak. Layannn..

Destinasi kelima, motel di Kampong Parit Makassar, Benut (rumah paman la). Lepas borak-borak aku ingat dah time untuk zzz, rupanya ada agenda tambahan yang tak terduga. Jom skodeng pasar karat kat Benut & Rengit! Ni agenda untuk kaum Adam sahaja ye. Yang bukan kaum Adam, sila tinggal.
Hambik ko, jam 0300 pagi baru tau nak balik.

Huarghhh.. Ngantoknye rasa mata beta, macam nak tido! Jom slipzzz..

Monday, February 15, 2010

Sat.. Sat

Berenti kat pekan Ayer Baloi , Pontian sat. Nak makan ikan bakar.

Haaa... Ada orang tu pakai laptop baru..

Pinjam boleh? Hehehee..

Saturday, February 13, 2010

17 Hari Sepi Yang Penuh Bermakna

Ku tahu dikau merindu. Ku tahu dikau sepi tanpa ku. Dan ku tahu, hanya aku dalam hatimu. Bagaimana kutahu? Kerana.. Aku juga berperasaan begitu terhadapmu.


Aku berharap sepanjang tempoh ini, memberi makna terbaik untuk diri aku, dan juga kamu.

Dan aku berharap, banyak pengajaran yang kita boleh ambil bersama dalam tempoh sebegini.

Dan aku harap, ini adalah 'cooling-period' terakhir.

Fahamilah, diriku manusia biasa. Punya hati dan perasaan. Usah persiakan.

Jika ada permasalahan dan kerunsingan, tiada halangan untuk dikongsikan. Ku bersedia untuk menjadi man 'shoulder to cry on' bagimu.

Dirimu ku maafi. Usah ulangi lagi. Selami hati ini. Yang sering mengasihi.

Sama-sama ambil pengajaran, demi cinta dan masa depan. Yang sama-sama kita impikan.

InsyaAllah, kan jadi kenyataan!

LNY, Macbook Adapter Dan Pak Polisi

Macam best je aku kerja hari Sabtu dekat-dekat perayaan LNY nih. Orang semua dah balek kampong masing-masing. Emm.. Dulik la dia orang. Aku ada kerja yang patut di setelkan dulu.

Lepas salam-salam cakap Gong Xi Fatt Choi kat tokey cina tu, time nya aku nak balik la.

***

Entah bila masa aku lupa nak hangkut itu Macbook punye adapter. Tau-tau, tokey tu tepon aku time lepas berenti solat Zohor kat Bandar Tenggara. Hmm.. Kena balik semula la macam ni. Adoiii..

40km x 2 rugi.

***

Apa selow sangat mamat Pajero depan nih. Double line pulak. Nak potong, tak nak potong, nak..tak nak.. Arghhh... Zuummm...

Depan sana pak polisi naik kuda putih dah tunggu. Hehehe.. Kantoi!

"Ye encik polis, eh abang, err uncle.. Saya salah la ni?" Haha, soalan bodo.

"Kenapa potong double line? Tak nampak ke. Bla.. Bla.. Bla.."

"Tu la bang, Pajero tu selow banget. Abis ni camne bang. Sori je tak boleh ke? Bla.. Bla.. Bla.."

"Dah, jalan-jalan. Lain kali jangan buat lagi."

"Baik bos. Yahooo!"

Baik pulak mood pak polisi yang ni. Baru kawen kot. Emm.. Tak pon lupe bawak pen..

Tengkiu.. Toce.. Arigato.. Alhamdulillah.

Isi Khutbah Jumaat



Pada Jumaat minggu ni (semalam), khatib Masjid Daerah Kluang menegaskan dlm khutbah beliau tentang larangan kepada umat Islam seluruhnya tentang menyambut hari kekasih (Valentine). Yang mana kebiasaannya ia dirai oleh pasangan kekasih atau suami isteri atau mereka yang bercinta, pada 14 Februari setiap tahun.

Kalau mengikut sejarahnya apa yang diceritakan, Valentine itu adalah nama seorang paderi sezaman pemerintahan Queen Isabella di Sepanyol. Mereka telah berjaya menakluk masyarakat Muslim di sana pada masa itu. Sempena kemenangan itu, satu sambutan bagi memperingati dan penghormatan kpd paderi tersebut, lalu wujudlah hari tersebut.

Mereka membuat sambutan itu kerana kejayaan menumpaskan agama Islam. Kita sambut atas dasar cinta kononnya, seolah-olah menyambung tradisi mereka. Sanggupkah bersekongkol?


Kita-kita yang jahil ni pun ikut ajelah. Orang ada sambut, kita pun ikut sambut. Tak betul tu..!

Khatib menegaskan, janganlah sehingga mereka menyuruh kita masuk lubang biawak, kita pun ikut masuk ke lubang biawak. Alangkah jahilnya!

Dan akhir pesanan khatib antaranya, janganlah kita jadikan orang kafir dan munafiq sebagai sahabat dan ikutan kita.

Kan masih ramai umat tinggalan Nabi Muhammad (S.A.W.) di muka bumi ini. Mengapa kafir laknat yang jadi ikutan. Kalaupun dia (golongan kafir) ini boleh beri kebahagiaan di dunia, wang ringgit, harta, rumah, sebagainya...
Hal tentang agama, hal tentang akhirat bagaimana?

Sama-samalah kita renungkan. Mana satu pilihan hati. Kebahagiaan sementara ataupun kebahagiaan selamanya. Tepuk dada tanya iman dan jiwa yang waras.

Friday, February 12, 2010

Tarhim Fajar Siddiq

Laungan Tarhim sudah kedengaran dicorong-corong pembesar suara Masjid Jame' Daerah Kluang.

Sebentar lagi fajar siddiq menampakkan meganya.
Sebentar lagi laungan membesarkan Allah akan ditasbihkan.
Sebentar lagi laungan panggilan menuju Allah akan didengarkan.
Sebentar lagi laungan panggilan menuju kejayaan akan dilantunkan.
Sebentar lagi laungan untuk bangkit akan dikumandangkan.

Dan, aku telah siap sedia, untuk mengorak langkah. Ke arah itu.. Dengan izinMu jua ya Allah.


Kewajiban seorang muslim Solat lima waktu

Ku dengar merdunya suara azan
Berkumandang melantunkan seruan sembahyang
Memenuhi kewajipan seorang muslim
Solat lima waktu sehari semalam

Berwudhu' Taharah
Menyucikan diri
Berkiblat Menghadap
Ilahirobbi

Berdoa Memohon
Petunjuk Suci
Pada Mu Ya Allah
Yang Maha Memberi

Kini hamba datang lagi
Dengan hati berseri
Ingat akan janji
Bahawa hidup mati ini
Ilahirabbolalamin

Kini hamba datang lagi
Pasrah berserah diri
Mendekat kan hati
Pada Mu Yang Maha
Suci ...



Thursday, February 11, 2010

Ulser @ Mata Ikan

Ntah kenapa aku kerap terkena mata ikan nih. Kat bibir lah, kat gusi lah, kat lidah lah.

Pedihnye kemain...

Biasanya aku biar gitu je. Lama- lama sembuh juga. Tapi memang lama la, tanggung derita.

Kalau pegi klinik gomen, mesti dia bagik ubat air sapu rasa manis-manis tu. Tak shuke..!

Apa punca penyebabnya?

Ada orang kata kuarang minom air. Tapi aku tak setuju. Adik aku yang sorang tu, kurang sangat minom air. Tapi tak kena mata ikan pun.

Ada orang kata, alahan ubat gigi. Emmph.. Tak lojik jugak. Macam-macam tukar pakai. Kolget, Dali, Mukmin, Pepsodin, Folomi, Halalgel, Kodomo Lion. Ehe.. Sama jek! Tapi la ni, aku kekal guna Halalgel.

Ya mungkin aku banyak buat dosa mulut agaknya. Dan malas zikir.

Ni petua ni aku rembat senyap-senyap. Tapi aku pun tak test lagi.

Cubit sekeping asam keping, sebesar jari kelingking, tekapkan di tempat ulser tersebut. Biarkan sekejap dalam 2-3 minit. Memang akan rasa pedih tetapi selepas kesakitan selama 3 minit ( macam masak meggie je ni ) bahagian ulser tersebut akan terus baik. Cubalah , InsyaAllah berkesan.

Adakala kelopak dalam mata pun ada macam ulser. Ke..jerawat gitu. Rasa macam ada pasir laut cina selatan dalam mata bila layan kelip.

Bacaan Berikutnya


Buku bertajuk Panduan Mencari Rezeki Halal. Karangan Dr. 'Aidh Abdullah al-Qorni. Terbitan al-Shafa.

Info buku:
- 236 mukasurat.
- ulasan belakang buku: Islam menyeru umatnya mencari yang halal dan menolak yang haram, lebih-lebih lagi dalam hal mencari rezeki. Buku ini mengulas dengan terperinci tentang bagaimana mencari rezeki yang halal dan diredhai Allah S.W.T.. Amat sesuai dibaca setiap muslim untuk memahami betapa pentingnya rezeki halal dalam kehidupan kita. Seemoga buku ini dapat membimbing pembacanya meghayati kehidupan yang penuh dengan keberkatan dan diredhai Allah S.W.T..

Utamakan yang 'halal' hindari yang 'haram' hidup penuh keberkatan

Hidup Untuk Memberi




Di suatu petang hari pada saat aku pulang dari pejabat dengan menaiki motor, aku ditayangkan suatu drama kecil yang sangat menarik, seorang anak kecil berumur lebih kurang 10 tahun dengan sangat terampilnya menyelinap di celah-celah kepadatan kendaraan di sebuah lampu merah perempatan jalan di Jakarta .

Dengan membawa bungkusan yang cukup banyak diayunkannya basikal berwarna biru muda, sambil membahagikan bungkusan tersebut, dia menyapa akrab setiap orang. Dari penjual surat khabar, penyapu jalan, si peminta sedekah sampai ke petugas polis lalulintas.

Pemandangan ini membuatku tertarik. Pikiran ku langsung melayang membayangkan apa yang diberikan si anak kecil tersebut di dalam bungkusannya. Adakah dia berjualan? Kalau dia berjualan apa mungkin seorang peminta sedekah menjadi langganan tetapnya atau…?

Untuk membunuh rasa tanda tanya ku, aku pun menuruti si anak kecil tersebut sampai di seberang jalan. Setelah itu, aku langsung menyapa anak tersebut untuk aku ajak berbincang-bincang.

"Dik, boleh kakak bertanya ?"

"Silakan kak"

"Kalau boleh kakak mau tau yang baru adik berikan kepada penjual surat khabar, tukang sapu, peminta-minta bahkan si polis itu apa ?"

"Oh.. Itu bungkusan nasi dan sedikit lauk kak, memang kenapa kak! Dengan sedikit hairan, sambil ia bertanya semula.

"Oh.. Tidak!, Kakak cuma tertarik cara kamu membagikan bungkusan itu. Kelihatan kamu sudah terbiasa dan cukup akrab dengan mereka. Apa kamu sudah lama kenal dengan mereka?"

Lalu, adik kecil ini mulai bercerita. “Dulu, aku dan ibuku sama seperti mereka hanya seorang peminta sedekah. Setiap hari bekerja hanya mengharapkan belas kasihan banyak orang. Dan seperti kakak ketahui hidup di Jakarta begitu sulit. Sampai kami sering tidak makan, waktu siang hari kami kepanasan dan waktu malam hari kami kedinginan. Ditambah lagi pada musim hujan kami sering kehujanan. Apabila kami mengingat waktu dulu, kami sangat-sangat sedih. Namun setelah ibu ku membuka warung nasi, kehidupan keluarga kami bertambah baik.

Maka dari itu ibu selalu mengingatkanku, bahawa masih banyak orang yang susah seperti kita dulu. Jadi kalau saat ini kita diberi rezeki yang cukup, kenapa kita tidak dapat berbagi kepada mereka.

Yang ibu ku selalu katakan "Hidup harus bererti buat banyak orang". Kerana pada saat kita kembali kepada Sang Pencipta tidak ada yang kita bawa, hanya satu yang kita bawa iaitu kasih kepada sesama serta Amal dan Perbuatan baik kita. Kalau hari ini kita mampu mengamalkan sesuatu yang baik buat banyak orang , kenapa kita harus tundakannya.

Karena menurut ibuku umur manusia terlalu singkat. Hari ini kita memiliki segalanya. Namun satu jam kemudian atau besok kita dipanggil Sang Pencipta, apa yang kita bawa?" Kata-kata adik kecil ini sangat menusuk hati ku. Saat itu juga aku merasa menjadi orang yang tidak berguna. Bahkan aku merasa tidak lebih dari selonggok sampah yang tiada manfaat dan gunanya, dibandingkan adik kecil ini.

Aku yang selama ini merasa menjadi orang hebat dengan pendidikan dan berjawatan tinggi. Namun untuk hal seperti ini, aku merasa lebih jahil dari anak kecil ini. Aku malu dan sangat malu. Ya Allah, ampuni aku. Ternyata kekayaan, kehebatan dan jawatan tinggi tidak mengantarku untuk dekat kepadaMu.

Hanya Kasih yang sempurna serta Iman dan Pengharapan kepadaMu lah yang dapat mengiringiku masuk ke Syurga. Terima kasih adik kecil. Kamu adalah malaikatku yang menyadarkan aku dari tidur nyenyak ku.

Kasih itu sabar, kasih itu murah hati. Ia tidak cemburu. Ia tidak memegahkan diri dan tidak sombong. Ia tidak melakukan yang tidak sopan dan tidak mencari keuntungan diri sendiri. Ia tidak pemarah dan tidak menyimpan kesalahan orang lain. Ia tidak bersuka-cita karena ketidakadilan, tetapi karena kebenaran. Ia menutupi segala sesuatu, percaya segala sesuatu, mengharapkan segala sesuatu, sabar menanggung segala sesuatu. Kasih tidak pernah berkesudahan.


Moral:

- Harta yang kita miliki adalah pinjaman semata. Berbagi dan berzakatlah.

- Sedekah adalah satu jariah. Ringankan tangan, hulurkanlah bantuan..

- Bersedekah tidak membawa kita kepada kemiskinan. Ia membawa kita kepada kekayaan. Kaya kasih sayang. Kaya redha Allah.

Ulangan Yang Bermakna

Alhamdulillah, aku berjaya dan masih mampu untuk mengulangi apa yang aku lakukan pada akhir 2/3 malam.

Seperti juga waktu malam-malam sebelumnya..

Allah, hanya padamu aku berserah.




Tips (30) dari pembacaan hari ini: Jadilah contoh kepada keluargamu.

Ini adalah topik akhir untuk buku yang bertajuk Pikatlah Hatiku ~ 30 Bisikan Hati Isteri, karangan Dato' Dr. Hasan Mohd. Ali. InsyaAllah, kan ku 'implement'kan apa yang ku baca dan ku fahami ini untuk isteri dan keluarga yang bakal kubina suatu hari nanti

.
Cintaku takkan berakhir disini,
Selamanya kau di hati.

Fahami diriku, apa yang ada di sanubariku,
Dengarkan kata jiwa,
Bisikan hati seorang pencinta.

Wednesday, February 10, 2010

Mata Oh Mata

Kesian sahabat baru ku. Yang mana dia juga trainee baruku untuk kali ini. Ridwan namanya. Melaka Bandaraya Bersejarah asalnya.

Ini adalah lokasi kedua training untuk dia. Sampai-sampai Kluang dah kena sakit mata.

Khamis minggu sudah, ada aku temani dia utk buat 'medical checkup' di klinik panel kompeniku di Kluang ni.

Dokternya kata, sakit mata biasa. 3-4 hari baik lah. Gitu katanya..

Tapi nampaknya, hampir seminggu belom ada tanda-tanda untuk kearah pulih. Tapi yang nyatanya, sakit mata dia membawa kepada lebih kritikal. Merah semacam. Kelopak Bengkak. Nak kelip pun sakit. Hadoi.. Kesian aku tengok.

Pagi tadi..

"Wan, jom lah aku temankan ko. Kita gi klinik lagi. Tak sampai ati aku tgk ko"

"Jomlah.."

Last-last, klinik yang kiteorang pegi pun dah tak boleh nak terima. Dokter tu kata dah kritikal. Hah sudah.. Tiada pilihan, pakarlah peginye!

***
Dokter pakar bagitau, kes jangkitan kuman dah tahap serius. Warna merah dah jangkit kat bijik mata yang kaler itam tu. jadik, proses recovery dia mungkin makan masa 2-3 minggu. Lama tu.. Spesel kes ni!

Kesian ko Wan. Kasik rehat aa..

Notas:
- Harap-harap penyakit mata ni tak berjangkit .
- Jagalah kesihatan.
- Ada orang kata, sakit mata diistilahkan sebagai sikit bontot!

Tabung Haji Aku

Semalam baru aku menambah lagi potongan gaji aku untuk dicarumkan sebagai tabungan di Tabung Haji. Aku tambahkan lagi RM100 dari yang asal sebelum ini.

Ramai yang komen, bile aku maksimumkan simpanan/potongan dengan cara/amaun sebegini, "cukup ke ko nak makan? Belen gaji ciput.." Biasanya aku balas dengan senyum je.. Aku tau apa aku buat.

Sebahagian akan aku gunakan sebagai perbelanjaan perkahwinanku dalam tempoh terdekat ini, dan sebahagian untuk bekalan ketika kecemasan dan hari tua nanti. Opss.. Pastinya Tabung Haji digunakan untuk tabungan perbelanjaan ke tanah suci.

Memang diakui, sakit berdikit disebabkan ketidakcukupan. Namun, inilah usaha termampuku. Demi mencapai impianku.

***
Ohoo.. Minggu lepas ada pegi KWSP. Try tengok berapa duit tersorok aku kat situ.

Emm.. Alhamdulillah juga, mungkin cukuplah 10% untuk pendahuluan rumah kos murah/sederhana rendah, dalam akaun ke-2 aku.

Aku, duduk atas pokok pun boleh.

Kemanisan Itu Mula Kurasai

"Ya Allah, aku hadir lagi kepadaMu Allah,

Ku berserah padaMu,

Ku memohon keampunanMu,

Ku meminta kabulnya doaku,

Ku berharap belas ikhsanMu,

Dan ku mula merasai kemanisan itu.."





Tips (29) dari pembacaan hari ini: Fahamilah tahap-tahap perubahan dalam perkahwinan.

Moga Sukses

Untuk Abg K, moga tercapai dan sukses dengan apa yang diimpikan dan diceritakan pada aku.

Harap-harap apa yang diuwar-uwarkan jadi kenyataan.

InsyaAllah, doa aku utk kau peroleh keberhasilan. Amin..

Tuesday, February 9, 2010

Buat Kesekian Kalinya

Buat kesekian kalinya, aku sukar lelapkan mata.

Aku ambil air mutlaq yang mendingin jam 0330 pagi. Ku-raupkan kewajahku, dan 4 anggota wudhu'ku.
Usah terlalu ikut perasaan, pesan diriku sendiri.
Kamu masih ada Allah Rabbul-Jalil. Yang Maha Pengasih, Yang Maha Penyayang.
Memang kutangguhkan solat Isya' ku. Agar dapat disatukan dgn tahajjudku.

Dimulai dengan bacaan ayat suciMu dari bahagian surah an-Nur, aku dapatkan ketenangan. Ku buang seketika jauh-jauh urusan duniawi, kerungsinganku dan permasalahanku.

Titisan air mata lelaki ini mula mengalir. Setitis ke setitis.. Lalu menjadi deras. Sedu sedan ku tahan. Ku hamburkan segalanya padaMu Tuhanku..

"Allah, aku datang lagi kepadaMu Allah,
Aku bersujud kepadaMu Allah,
Aku merayu kepadaMu Allah,
Ampuni segala dosa-dosaku Allah,
Aku sedang menghadapi dugaan dan ujianMu Allah,
Tabahkan hatiku Allah,
Berilah aku petunjuk dan hidayahMu Allah,
Allah.."

Ku sudahi dengan 2 rakaat hajat, dan 2 rakaat istikharah.

Moga aku dan dia diberikan petunjuk,
Moga aku dan dia diberikan arah,
Moga aku dan dia diberikan hidayah dan keampunan.

Akhir mata hampir terkatup, seperti selalu ~ ku hadiahkan Selawat yang mulia buat Junjungan Besar Nabi (S.A.W.).
Dan dengan harapan agar pahala dan barokah tasbihku ini dapat menyejukkan, mendamaikan serta melembutkan hatiku dan hatimu.

Kubiarkan mata ini, jiwa ini, hanyut bersama lantunan alunan zikir di bibir dan gerakan tasbih dijemari..

Layu.. Sayu.. Rindu..

Aku Insafi Diri

Hanya imanlah penyelamat dunia penuh pancaroba, hidup akhirat kita kekal bahagia.

Ingatlah wahai diriku dan dirimu,

Dunia adalah pentas lakonan, yang sebahagiannya terbit sebagai 'Fatamorgana'.


Pulanglah Pada Tuhan Cahaya Kehidupan
Syarat Bahagia Di Dunia
Akhirat Kekal Selamanya Pada Allah

Sudah Menjadi Lumrah Kehidupan Di Dunia
Cabaran dan Dugaan Mendewasakan Usia
Rintangan Dilalui Tambah Pengalaman Diri
Sudah Sunnah Ketetapan Ilahi

Deras Arus Dunia Menghanyutkan Yang Terleka
Indah fatamorgana Melalaikan Menipu Daya
Dikejar Dicintai Bak Bayangan Tak Bertepi
Tiada Sudahnya Dunia Yang Dicari

Begitu Indah Dunia Siapa Pun Kan Tergoda
Harta, Pangkat dan Wanita Melemahkan Jiwa
Tanpa Iman Dalam Hati Kita Kan Dikuasai
Syaitan Nafsu Dalam Diri Musuh Yang Tersembunyi
Pulanglah Kepada Tuhan Cahaya Kehidupan
Keimanan Ketakwaan Kepadanya Senjata Utama

Sabar Menempuh Jalan Tetapkan Iman Di Hati
Yakinkan Janji Tuhan Syurga Yang Sedia Menanti
Imanlah Penyelamat Dunia Penuh Pancaroba
Hidup Akhirat Kita Kekal Bahagia
Imanlah Penyelamat Dunia Penuh Pancaroba
Hidup Akhirat Kita Kekal Bahagia

Pulanglah Pada Tuhan Cahaya Kehidupan
Syarat Bahagia Di Dunia
Akhirat Kekal Selamanya Pada Allah
Allah..


Muat turun Hijjaz - Fatamorgana.mp3




Tips (28) dari pembacaan hari ini: Majukan diri dalam bidang kerjayamu.

Monday, February 8, 2010

Timbangan Dan Perasaan

Berat biasa: 57 kg - 59 kg.

Semasa hari raya Aidilfitri tahun lepas: 61.8 kg. Ini merupakan catatan berat tertinggi aku.

Malam tadi: 59.8 kg.

Ada beberapa perkara berkaitan dengan naik dan turunnya berat badan aku nih..





Tips (27) dari pembacaan hari ini: Pimpinlah keluargamu dengan penuh berkaliber.

Sunday, February 7, 2010

38 Darjah Selsius



Agaknye itulah catatan suhu buat masa ni. Panas jempret..!

Ini adalah rahmat Allah, sebelum Dia menurunkan rahmatNya dalam bentuk yang lain pula. Barangkali dalam bentuk hujan yang mendingin..

Dulu masa zaman budak kecik, cari parit/sungai buat berendam, sampai kecut. Sekarang parit dan sungai itu (di area Sg. Mas) semua dah cetek paras lutut.

Bestnye kalau dapat terjun kat jeram nih..

Kat mana ni? Ni lah jeram di Kampung Kimolohing, Ranau.

Lembu Punya Susu, Sapi Dapat Nama



Itu hari aku ada teguk segelas susu lembu segar kat kedai India. Entah apa mimpi.

Rasanya? Sedapppp.. Bwekkkk.. Uhuk.. Uhuk..


Tengah minom, termenong kejap. Camne bayangan cenggini boleh masuk otak aku. Hadoi la...



Sumber cedokkan daripada Tok Wikip menyatakan bahawa;

Kesihatan

Terdapat beberapa pertikaian mengenai sama ada pengambilan susu lembu baik untuk orang dewasa. Sementara susu seringkali dikatakan bagus bagi kesihatan kerana kandungan kalsium yang tinggi, yang diperlukan bagi pertumbuhan tulang dan fungsi saraf, terdapat kajian (yang dipertikaikan) yang mencadangkan bahawa terdapat protien dalam susu yang menganggu penyerapan kalsium untuk membentuk tulang kerana ia meningkatkan aras asid dalam darah, dengan ini memulakan tindak balas mengimbangi aras asid tersebut dengan menggunakan kalsium sedia ada yang berada dalam tulang.

Kelebihan

Susu lembu boleh dikatakan sihat terutamanya kerana kandungan protein dan kalsiumnya. Ia juga merupakan sumber baik bagi sejumlah vitamin. Satu hidangan (1 cawan atau 250 ml) 2%-susu lemak mengandungi 285 mg Kalsium, yang mewakili 22% hingga 29% daripada jumlah dicadangkan harian (daily recommended intake) (DRI) kalsium bagi orang dewasa, bergantung kepada usia, 8 gram protein, dan sejumlah zat lain (samaada secara semulajadi atau melalui pengkayaan):

  • Vitamin D dan K - penting bagi pembentukan tulang.
  • Iodin - mineral penting bagi fungsi tiroid (thyroid)
  • Vitamin B12 dan Riboflavin - penting bagi kesihatan kardiovaskular dan penghasilan tenaga
  • Biotin dan asid Pantothenik - vitamin B penting bagi penghasilan tenaga
  • Vitamin A - penting bagi sistem imunisasi
  • Potassium dan Magnesium - bagi kesihatan kardiovaskular
  • Selenium - sedikit (trace)mineral penghalang-barah
  • Thiamin - vitamin B-penting bagi fungsi kognitive, terutamanya daya ingatan
  • Conjugated asid Linoleik - asid lemak berguna yang membantut beberapa jenis barah pada tikus, telah terbukti membunuh sel barah kulit manusia, sel barah kolorektal dan sel barah payu dara dalam kajian vitro, dan mungkin membantu mengurangkan kholesterol dan menghalang (atherosclerosis); hanya bagi susu yang di dapati daripada lembu yang makan susu.

Penyokong susu menunjukkan bahawa kajian hanya menunjukkan kemungkinan antara pengambilan susu lemah lemak dan risiko arterial hypertension, penyakit jantung koronari, dan obesiti. Mereka yang terlebih berat badan dan minum susu mungkin mendapat manafaat daripada pengurangan risiko kebal insulin dan diabetes jenis 2.

  • Sehingga 70% manusia mungkin mempunyai keadaan yang dikenali sebagai tidak tahan laktosa (lactose intolerance). Bagi individu sedemikian, susu mungkin menyebabkan simptom seperti kekejangan, kembung air, perut berangin, dan cirit-birit.

Pengkritik

Susu lembu juga didakwa sebagai tidak sihat terutamanya kerana kandungan lemak dan kolesterol. Dua kajian berikut digunakan bagi menyokong usul ini:

  • Dua kajian mendakwa bahawa galaktosa, yang dihasilkan dalam penceranaan laktosa dalam susu, boleh menyebabkan barah ovari.
  • Satu kajian mencadangkan bahawa terdapat kaitan antara pengambilan tinggi kalsium dengan barah prostat. Tidak terdapat sebarang bukti bahawa masaalah sedemikian hanya khusus bagi susu.

Sekali lagi moral yang boleh diambil, biarlah pengambilan tu yang berpada-pada. Usah keterlaluan. Biasanya benda yang terlalu keterlaluan ni yang mendatangkan mudaratnya.

Err.. Tang mana si sapi nya yang dapat nama?




Tips (26) dari pembacaan hari ini: Janganlah terlalu ego.

Saturday, February 6, 2010

Solusi Kepanasan

Perjalanan dari Kluang ke Sungai Mas dirasakan begitu panas dan memeritkan. Langit dengan ketiadaan awan, menyebabkan cahaya terik matahari menerobos terus ke muka bumi. Salah seorang yang terkena pancarannya adalah aku. Bagaikan disalai di dalam kereta.

Tambahan pulak keadaan ekon kereta yang bejat. Kereta ada yang bejat lagi? Ya.. Kali ni ekonnya pulak buat hal. Gas sejuk Freon dah tak mampu untuk menyejukkan ruang panas dalam kereta aku.

Allah.. Sabar aje dulu sebelum sampai kota. Emm.. Dalam fikiran dah terbayang RM yang berkepak, terbang melayang ke udara. paling tidak RM100 atau RM200.

"Kawan, kasi tengok apesal ekon aku tka sejuk." Aku cakap kat budak pomen servis ekon kat bandar kota.

Bila dah barai semua dia bukak, last-last dia ckp kompresor dia dah bocor. Abis kena tukar la ni. Dalam fikiran RM yang berkepak terbang semakin banyak. Berapa kalau tukar?



"Baru ori RM1,100. Rekon punya RM650. Semua siap upah."

"Murah lagi takde ke? Aku tak cukup duit la.."

"Takde woo.."

"Abis kalau tak tukar kompresor, cuma kasik tambah gas je tak boleh?"

"Boleh, tapi sekejap nanti mau isi gas lagi woo.. Sudah bocot!"

"Tuka la.. Tuka la.. Bikin baik punya aaa.."

Ketung-ketang-ketung-ketang. Lama sehhh.. 2 jam lebih baru siap.

Ni lah kompressor yang rusak tu. Tak buleh repair ke kawan..?

Ekon kereta aku sejok kembali. Tapi fulus yang terbang, bila nak kembali...

Sempurnakanlah Hariku

Aku tau, memang takde yang sepenuhnya sempurna dalam hidop ini. Kejadian kita di bumi ini pun dalam keadaan tidak sempurna di sisi al-Khalik. Cumanya bahawa kita adalah insan yang diciptakan Allah dalam sifat yang sempurna berbanding kejadian yang lain.

Makanya, haruslah aku sentiasa menginsafi diri. Kesempurnaan harus dicari dan digapai melalui cara hidup dan amal ibadat.

InsyaAllah, kan ku usahakan diri ini untuk ke arah itu.

"Ya Allah, bantulah aku untuk ke arah itu."




Tips (25) dari pembacaan hari ini: Jangan terlalu boros.

Friday, February 5, 2010

Subuh Yang Hening Bening

Terima kasih Allah kerana telah menggerakkan aku untuk melangkah jalan menuju rumahMu, bagi menunaikan solat Subuh berjemaah tadi.

Hati aku sedikit tersentuh bila mana terserempak dengan seorang anak gadis cilik dalam lingkungan umur 6 atau 8 tahun di pintu masjid itu. Dengan wajah manis tanpa noda, dia melangkah selamba menuju pintu masjid. Siap bertudung, siap berbeg.

Tak kisahlah andai dia dalam perjalanan ke sekolahnya atau apa. Yang aku sentuhkan ialah, seawal subuh begini, sedang mereka yg lebih tua atau seusia, masih sedap merengkok kesejukan di atas pangkin tilam empuk di rumah, anak kecil ini telah sedia masuk ke dalam masjid.

Dalam hati, terasa malu juga diri ini. Pagi-pagi lagi Allah telah tunjukkan hikmah dan pengajaranNya yang penuh bermakna.

Ingat 5 Perkara Sebelum Datang 5 Perkara



Sihat sebelum datang sakitku,

Muda sebelum datang usia tuaku,

Kaya sebelum datang zaman miskinku,

Lapang sebelum datang tempoh kesibukanku,

Hidup sebelum datang sakaratulmautku.


"Allah Tuhanku, didiklah aku agar dapat menghargai masaku, duniaku dan akhiratku."




Tips (24) dari pembacaan hari ini: Hentikan tabiat merokokmu.

Thursday, February 4, 2010

Paku Dan Kemarahan



Suatu ketika, ada seorang anak lelaki yang bersifat pemarah. Untuk mengurangi kebiasaan marah si anak, ayahnya memberikan sewadah paku dan mengatakan pada anak itu untuk memakukan sebatang paku di tiang pagar belakang rumah setiap kali dia marah.

Hari pertama anak itu telah memakukan 48 paku ke pagar setiap kali dia marah. Setiap hari, secara bertahap jumlah itu berkurang. Dia mendapati bahawa ternyata lebih mudah menahan amarahnya daripada memakukan paku ke pagar.

Akhirnya, tibalah hari di mana anak tersebut merasakan dia mampu mengendalikan amarahnya dan tidak cepat kehilangan kesabarannya. Dia memberitahu hal ini kepada ayahnya. Lantas ayahnya yang kemudian mengusulkan pula agar dia mencabut satu paku untuk setiap hari di mana dia tidak marah.


Hari-hari berlalu dan anak laki-laki itu akhirnya memberitahu ayahnya bahwa semua paku telah habis dicabut. Lalu si ayah mengajak anaknya ke pagar tersebut. “Hmm, kamu telah berhasil dengan baik anakku. Tapi, lihatlah lubang-lubang di pagar ini. Pagar ini tidak akan pernah akan sama seperti sebelumnya. “Ketika kamu mengatakan sesuatu dalam kemarahan, kata-katamu meninggalkan bekas seperti lubang ini, di hati orang lain.

Kamu dapat menusukkan pisau pada seseorang, lalu mencabut pisau itu. Walaupun beberapa kali kamu minta maaf, luka itu akan tetap ada, dan luka kerana kata-kata adalah sama buruknya dengan luka fizikal.


***

Permintaan maaf boleh menyelesaikan banyak hal. Namun kita juga harus beringat bahawa semua itu tak akan ada ertinya, saat kita mengulangi kesalahan itu kembali.

Pengucapan maaf sememangnya mudah. Namun untuk menghapuskan parut luka yang tercipta, tidak semudah yang disangka.

Berbuat suatu kesilapan adalah lumrah. Namun menghindar dari membuat kesilapan, itu adalah yang terbaik.

Tahanlah kemarahan dengan sifat sabar, memaafi dan redha. Banyakkan beristigfar..



Tips (23) dari pembacaan hari ini: Buangkan sikap pemabukmu.

Sunyi

Sunyi

Sunyinya malam ini
Tiada bulan tiada bintang
Hanyalah kedengaran
Ombak dipantai
Hatiku tersusuk sayu dan pilu
Mengenangkan nasib diri di rantauan

Kasih di mana dikau
Masihkah ada rindu
Hatiku seperti dulu
Jangan biar dia membeku
Mengharap cinta yang dipandu
Tak ingin ku sendiri lagi

Oh teman di manakah dia
Tidak kelihatan
Ku tertunduk malu
Menjelma
Aku seperti dulu sunyi
Sepi diri ini aku sendiri lagi

Wednesday, February 3, 2010

Sekilas Memori Zaman Bergelar Pelajar (5) ~ Bahagian 2

Aku bertapak di rumah jemaah itu sehingga ke satu masa di mana sahabat senior mula tak dapat nak terima pendapat sahabat junior, iaitu kami-kami inilah. Bukan apa, kami cuma mencadangkan supaya pindah rumah memandangkan rumah banglo yang diduduki itu telah terlalu usang. Dengan masalah anai-anai dah naik bumbung. Banjir lagi. Kebajikan dan pengurusan pun mula terabai.

Jadi, timbul lah puak berhaluan kiri terdiri daripada aku, nizam keratong, mizi, mazlan, poksa dan beberapa kerat lagi.

Pindahlah kami ke Pangsamurni Keramat Jaya, kat Lorong kiri tu. Downgrade dari banglo kepada flat. Hehehe..

Time ni dah bawak motor. Modenas Kriss. Tapi aku tak join merempit okeh!
Pengalaman bawak motor, ada la 3-4 kali eksiden. Rabak lutut tu kira biasalah. Sekali kat JET Setiawangsa. Sekali dekat selekoh dewan MSSM Keramat. Sekali dekat simpang Gurney Heights (paling tragik). Sekali kat depan Marinara.

Dan kekadang sengkek jugak. Mak aku salu marah bile tepon bagitau duit dalam poket tinggal sekupang-dua.

Lepas dua tahun, tuan rumah taknak sambng kontrek sewa. Pindah lagi.

Kali ni ke rumah setinggan pulak dah. Sekali lagi downgrade. Kwang-kwang-kwang..

Tapi aku bersyukur, aku benar-benar merasai pancaroba, pengalaman, dugaan, pelajaran dalam hidop yang penuuuuh bermakna. Tak kan ku lupa sampai bila-bila. Pengalaman yang gembira, sedih, ceria, sayu.

***
Dalam bidang pengajian, aku tak sehebat mana. Result cukup makan paras-paras idong. tu pun kadang-kadang tenggelam, air masuk dalam perot. Geng yang banyak membantu mcm Bad dan Moy. Tengkiu bro! Jasamu dikenang sokmo.

Akhirnya aku grad juga diploma sepanjang pengajian selama 4 tahun, iaitu pada 2001. Ewahh, macam amik degree la pulak tempohnye. Aku panggil diploma aku sebagai 'advance diploma (profesional)'. Huahuahua..

Konvonye kat UTM Skudai. Elehhh.. Dapat jugak aku grad kat tempat asal aku tu kan! Jadik la..

Gambo-gambo konvo aku ntah kat mana aku buang. Ada la isyu dan sejarahnye..

Ada la jugek angan-angan nak dapatkan semula degree yang terlepas dari tangan. Tapi itu anganan masa itulah. Kalau cerita anganan itu sekarang, dah takde kot..

Sebut Kluang, Mesti Tersebut Tentang Rail Coffee

Pada aku kopi dia tak la killer sangat. Hai Peng tetap juara. Kopi Peladang pun lagi juara jugak.

Pada aku ruti bakar dia pun tak la membunuh sangat. Biasa-biasa jak. Ruti bakar kat Segamat masih tetap yang utama.

Cumanya, tak lah lengkap satu-satu tempat tu kalau takde 'trademark' mereka. Kat sini, kopi dan ruti bakar itulah trademark nye..

Kelatnya Mata

Akibat tidur yang lewat tadi, anggaran jam 0330 pagi, haa ni lah kesannya, mata yang berkelat dan semacam berpasir di pagi hari. Dan hampir-hampir tidak berkesedaran untuk bangun Subuh.

Loceng penggera di henfon HTC rupanya tak cukup berdaya kuasa untuk membangkit-bangunkan manusia bertelinga dua ini. Sebenarnya aku sedar penggera tu berbunyi. Sekali jam 0400. Dan sekali jam 0500. Tu timer untuk mengejutkan buah~ati aku tu. Lepas aku off kedua-dua pemasa tersebut, aku layan tidur sekejap.

Kejap aje. 5 minit lagi. Kejapppp jer.. Hasilnya, hehehe.

Alhamdulillah, masih ada sisa waktu Subuh walaupaun tidak seawal biasa.




Tips (22) dari pembacaan hari ini: Jangan terlalu leka dengan kerjayamu.

Sekilas Memori Zaman Bergelar Pelajar (5) ~ Bahagian 1

Lepas aku abes ambik periksa SPM, aku tak buat pebenda pun. Ramai geng yang kerja kilang. Cari duit poket. Ntah, aku lebih berminat masuk ladang tolong bapak aku. Best kot tengok ladang sawit. Takpon duduk rumah je.

Ooo.. Aku ingat, aku amik kursus komputer kat kota sebelah BSN. Hahaha, kelako. Pakej Ms Office. Dalam kelako, itulah bermulanya time aku berjinak-minat dengan dunia perkomputeran. Aku lebih minat ambik cakna belajar pasal perkakasan berbanding Office Suite tu sendiri.

Berbalik pada cerita melanjutkan pelajaran lepas SPM. Macam biasak, lepas periksa 'besar' tu, mesti ada apply U kan. Nama borang UPU dan seangkatan dengan itu amat popiler time tu. Sibuk semacam ngisi borang.

Dipendekkan cerihik, aku diterima masuk ke UTM Skudai untuk kursus Ijazah Sarjana Muda Pengurusan (Teknologi) dengan singkatan kod kursus SHT bagi semester 2007/08. Muahaha.. Bangga gilak masa tu. Macam nak bagi kecoh satu kota.

Aku ditempatkan di kolej ke-4 (Tun Hussein Onn). Geng time tu Hani, err..nama tu je yang ingat. Yang lain lupe, termasuk roommate sendirik. Huhuu..

Tapi malang menimpa, rejeki tiada. Aku telah 'grad awal' dengan jayanya. Rupanya aku lebih serasi 'menanam anggur'. Setahun lagi aku menyambung pertapaan kat rumah. Rambut panjang sampai tutup muke. Tocang depan bile kerja ladang. Kelako. Langsung takde angan-angan masa depan.

Aku try-test buat rayuan. UTM kasik aku sambung. Tapi downgrade to diploma. Yang mana pastinya aku bakal ditempatkan di UTM cawangan Jalan Semarak, KL. Huwwaaa.. Aku takmo pegi KL!

***
Akhirnya, kaki kena jugak melangkah longlai ke bandar metropolitan. Bermula dari saat itu, aku bergelar KL boy. Muahahaha, lagi sekali kelako kalau diingat-ingat.

Disebabkan aku dikira pelajar mengulang dan tempelan, aku tak dapat diberi kemudahan hostel. Best betol! Jadi tempat kediaman kena cari sendiri la. Perghhh, gelabah puyuh jugak aku dengan bapak time tu. Ni KL bah, KL. Bukan Kota Tinggi atau Pontian!

Takdir menyebelahi aku. dapatlah aku menumpang bahagia pada Rumah al-Firdaus. Rumah ni merupakan rumah banglo lama terletak di jalan maktab. Belakang pejabat FELDA. 'Walking-distance' ke UTM Semarak. Dan didiami oleh abang-abang senior yang kira bergolongan 'berada' dalam carta organisasi MPM dan PMI.

Alhamdulillah, dalam rumah ni aku dididik dengan cara hidup yang pro Islamik. Solat berjemaah wajib setiap waktu. Subuh bangun awal. Lepas solat ada bacaan tazkirah. al-Ma'tsurat. Ada tamrin. Ada perbincangan. Ada felo yang membimbing. Pendek kata aku bersyukur.

Simpan kaset lagu rock pun tak buleh. Beli URTV kena kutuk. Haicess.. TV pun takde. Tu la pasal aku beli walkman diam-diam. Kemaruk smuggle, aku beli SONY walkman harga RM460. Wehh.. Time tu sape ada walkman, kerennn..

Kalau tak kerana diasuh begini, mungkin aku hidup tersasar. Aku tengok kawan-kawan aku yang duduk lain rumah. Emm.. Rokok dengan main motor kira biasa. Ubat batuk ada. Ganja ada. Gig underground ada. Macam-macam ada..


Nota: Nanti sambung part (2). Lapo perut pulak. Kasi rendam megi dalam cawan dulu..

Tuesday, February 2, 2010

Terkebil-kebil

Kipas berpusing ligat dengan 5 speed. Ekon menyembur angin dingin dalam bilik.
Namun kepanasan dan keresahan jiwa takmo 'cool down'.

Apa cerita nih..

Aku Terasa Sayu

Sedang aku melakukan rutin harian pagiku seperti biasa. Solat subuh, bacaan al-Ma'tsurat, dan mentelaah bahan bacaan sambil mendengar alunan gemersik zikir dari Macbook ku.

Entah mengapa aku berasa sayu..

Tambahan pula dengan topik bacaan aku pagi ni. Bertajuk 'Suamiku, fahamilah tanggungjawabmu yang sebenar' dalam buku bertajuk Pikatlah Hatiku, 30 Bisikan Hati Isteri. Pemberian buah~atiku yg satu itu.

Antara isinya tertulis begini, 'tanggungjawab suami yang utama adalah membawa cahaya keimanan dan takwa kepada seisi keluarganya. Membawa ahli keluarga ke jalan yang diredhai Allah tidak menjadi sukar seandainya suami itu ikhlas, beriman dan faham tanggungjawabnya.'

Allah menjelaskan dalam surah an-Nisa' ayat 19 bermaksud ".. Dan perlakukanlah mereka dengan baik kemudian jika engkau membenci mereka (maka bersabarlah), kerana mungkin engkau membenci sesuatu, padahal Allah menjadikan padanya kebaikan yang banyak."




Tips (21) dari pembacaan hari ini: Fahamilah tanggungjawabmu yang sebenar.

Monday, February 1, 2010

Sunyi Menyepi

Aku akui, aku merasa sunyi pada masa sekarang ini.

Kadang-kadang jiwa dirasakan bagaikan tertekan dengan situasi. Kupujuk jiwa.. Alhamdulillah, reda kembali.
Tapi bila sesusuk wajah itu terlintas di gambaran pandangan, perasaan rindu itu menggamit kembali.

Syg, mungkin adakalanya kita perlu berkeadaan begini. Memikirkan tentang situasi masing-masing. Carilah kebenaran, carilah ketenangan, dan gapailah keputusan dan keinginan.

Selagi kita ingat akan Illahi, selagi itu kita sentiasa berada di dalam lingkungan rahmat dan bantuanNya. InsyaAllah.

Adakah aku tak merindu?

Selagi hatiku berada padamu. Diriku takkan pernah melupakanmu. Walaupun dalam situasi menyepi sebegini..




Tips (20) dari pembacaan hari ini: Uruskan masamu dengan baik.