Wednesday, February 3, 2010

Sekilas Memori Zaman Bergelar Pelajar (5) ~ Bahagian 2

Aku bertapak di rumah jemaah itu sehingga ke satu masa di mana sahabat senior mula tak dapat nak terima pendapat sahabat junior, iaitu kami-kami inilah. Bukan apa, kami cuma mencadangkan supaya pindah rumah memandangkan rumah banglo yang diduduki itu telah terlalu usang. Dengan masalah anai-anai dah naik bumbung. Banjir lagi. Kebajikan dan pengurusan pun mula terabai.

Jadi, timbul lah puak berhaluan kiri terdiri daripada aku, nizam keratong, mizi, mazlan, poksa dan beberapa kerat lagi.

Pindahlah kami ke Pangsamurni Keramat Jaya, kat Lorong kiri tu. Downgrade dari banglo kepada flat. Hehehe..

Time ni dah bawak motor. Modenas Kriss. Tapi aku tak join merempit okeh!
Pengalaman bawak motor, ada la 3-4 kali eksiden. Rabak lutut tu kira biasalah. Sekali kat JET Setiawangsa. Sekali dekat selekoh dewan MSSM Keramat. Sekali dekat simpang Gurney Heights (paling tragik). Sekali kat depan Marinara.

Dan kekadang sengkek jugak. Mak aku salu marah bile tepon bagitau duit dalam poket tinggal sekupang-dua.

Lepas dua tahun, tuan rumah taknak sambng kontrek sewa. Pindah lagi.

Kali ni ke rumah setinggan pulak dah. Sekali lagi downgrade. Kwang-kwang-kwang..

Tapi aku bersyukur, aku benar-benar merasai pancaroba, pengalaman, dugaan, pelajaran dalam hidop yang penuuuuh bermakna. Tak kan ku lupa sampai bila-bila. Pengalaman yang gembira, sedih, ceria, sayu.

***
Dalam bidang pengajian, aku tak sehebat mana. Result cukup makan paras-paras idong. tu pun kadang-kadang tenggelam, air masuk dalam perot. Geng yang banyak membantu mcm Bad dan Moy. Tengkiu bro! Jasamu dikenang sokmo.

Akhirnya aku grad juga diploma sepanjang pengajian selama 4 tahun, iaitu pada 2001. Ewahh, macam amik degree la pulak tempohnye. Aku panggil diploma aku sebagai 'advance diploma (profesional)'. Huahuahua..

Konvonye kat UTM Skudai. Elehhh.. Dapat jugak aku grad kat tempat asal aku tu kan! Jadik la..

Gambo-gambo konvo aku ntah kat mana aku buang. Ada la isyu dan sejarahnye..

Ada la jugek angan-angan nak dapatkan semula degree yang terlepas dari tangan. Tapi itu anganan masa itulah. Kalau cerita anganan itu sekarang, dah takde kot..

No comments:

Post a Comment