Sunday, February 7, 2010

Lembu Punya Susu, Sapi Dapat Nama



Itu hari aku ada teguk segelas susu lembu segar kat kedai India. Entah apa mimpi.

Rasanya? Sedapppp.. Bwekkkk.. Uhuk.. Uhuk..


Tengah minom, termenong kejap. Camne bayangan cenggini boleh masuk otak aku. Hadoi la...



Sumber cedokkan daripada Tok Wikip menyatakan bahawa;

Kesihatan

Terdapat beberapa pertikaian mengenai sama ada pengambilan susu lembu baik untuk orang dewasa. Sementara susu seringkali dikatakan bagus bagi kesihatan kerana kandungan kalsium yang tinggi, yang diperlukan bagi pertumbuhan tulang dan fungsi saraf, terdapat kajian (yang dipertikaikan) yang mencadangkan bahawa terdapat protien dalam susu yang menganggu penyerapan kalsium untuk membentuk tulang kerana ia meningkatkan aras asid dalam darah, dengan ini memulakan tindak balas mengimbangi aras asid tersebut dengan menggunakan kalsium sedia ada yang berada dalam tulang.

Kelebihan

Susu lembu boleh dikatakan sihat terutamanya kerana kandungan protein dan kalsiumnya. Ia juga merupakan sumber baik bagi sejumlah vitamin. Satu hidangan (1 cawan atau 250 ml) 2%-susu lemak mengandungi 285 mg Kalsium, yang mewakili 22% hingga 29% daripada jumlah dicadangkan harian (daily recommended intake) (DRI) kalsium bagi orang dewasa, bergantung kepada usia, 8 gram protein, dan sejumlah zat lain (samaada secara semulajadi atau melalui pengkayaan):

  • Vitamin D dan K - penting bagi pembentukan tulang.
  • Iodin - mineral penting bagi fungsi tiroid (thyroid)
  • Vitamin B12 dan Riboflavin - penting bagi kesihatan kardiovaskular dan penghasilan tenaga
  • Biotin dan asid Pantothenik - vitamin B penting bagi penghasilan tenaga
  • Vitamin A - penting bagi sistem imunisasi
  • Potassium dan Magnesium - bagi kesihatan kardiovaskular
  • Selenium - sedikit (trace)mineral penghalang-barah
  • Thiamin - vitamin B-penting bagi fungsi kognitive, terutamanya daya ingatan
  • Conjugated asid Linoleik - asid lemak berguna yang membantut beberapa jenis barah pada tikus, telah terbukti membunuh sel barah kulit manusia, sel barah kolorektal dan sel barah payu dara dalam kajian vitro, dan mungkin membantu mengurangkan kholesterol dan menghalang (atherosclerosis); hanya bagi susu yang di dapati daripada lembu yang makan susu.

Penyokong susu menunjukkan bahawa kajian hanya menunjukkan kemungkinan antara pengambilan susu lemah lemak dan risiko arterial hypertension, penyakit jantung koronari, dan obesiti. Mereka yang terlebih berat badan dan minum susu mungkin mendapat manafaat daripada pengurangan risiko kebal insulin dan diabetes jenis 2.

  • Sehingga 70% manusia mungkin mempunyai keadaan yang dikenali sebagai tidak tahan laktosa (lactose intolerance). Bagi individu sedemikian, susu mungkin menyebabkan simptom seperti kekejangan, kembung air, perut berangin, dan cirit-birit.

Pengkritik

Susu lembu juga didakwa sebagai tidak sihat terutamanya kerana kandungan lemak dan kolesterol. Dua kajian berikut digunakan bagi menyokong usul ini:

  • Dua kajian mendakwa bahawa galaktosa, yang dihasilkan dalam penceranaan laktosa dalam susu, boleh menyebabkan barah ovari.
  • Satu kajian mencadangkan bahawa terdapat kaitan antara pengambilan tinggi kalsium dengan barah prostat. Tidak terdapat sebarang bukti bahawa masaalah sedemikian hanya khusus bagi susu.

Sekali lagi moral yang boleh diambil, biarlah pengambilan tu yang berpada-pada. Usah keterlaluan. Biasanya benda yang terlalu keterlaluan ni yang mendatangkan mudaratnya.

Err.. Tang mana si sapi nya yang dapat nama?




Tips (26) dari pembacaan hari ini: Janganlah terlalu ego.

No comments:

Post a Comment