Friday, February 5, 2010

Subuh Yang Hening Bening

Terima kasih Allah kerana telah menggerakkan aku untuk melangkah jalan menuju rumahMu, bagi menunaikan solat Subuh berjemaah tadi.

Hati aku sedikit tersentuh bila mana terserempak dengan seorang anak gadis cilik dalam lingkungan umur 6 atau 8 tahun di pintu masjid itu. Dengan wajah manis tanpa noda, dia melangkah selamba menuju pintu masjid. Siap bertudung, siap berbeg.

Tak kisahlah andai dia dalam perjalanan ke sekolahnya atau apa. Yang aku sentuhkan ialah, seawal subuh begini, sedang mereka yg lebih tua atau seusia, masih sedap merengkok kesejukan di atas pangkin tilam empuk di rumah, anak kecil ini telah sedia masuk ke dalam masjid.

Dalam hati, terasa malu juga diri ini. Pagi-pagi lagi Allah telah tunjukkan hikmah dan pengajaranNya yang penuh bermakna.

No comments:

Post a Comment