Saturday, February 13, 2010

17 Hari Sepi Yang Penuh Bermakna

Ku tahu dikau merindu. Ku tahu dikau sepi tanpa ku. Dan ku tahu, hanya aku dalam hatimu. Bagaimana kutahu? Kerana.. Aku juga berperasaan begitu terhadapmu.


Aku berharap sepanjang tempoh ini, memberi makna terbaik untuk diri aku, dan juga kamu.

Dan aku berharap, banyak pengajaran yang kita boleh ambil bersama dalam tempoh sebegini.

Dan aku harap, ini adalah 'cooling-period' terakhir.

Fahamilah, diriku manusia biasa. Punya hati dan perasaan. Usah persiakan.

Jika ada permasalahan dan kerunsingan, tiada halangan untuk dikongsikan. Ku bersedia untuk menjadi man 'shoulder to cry on' bagimu.

Dirimu ku maafi. Usah ulangi lagi. Selami hati ini. Yang sering mengasihi.

Sama-sama ambil pengajaran, demi cinta dan masa depan. Yang sama-sama kita impikan.

InsyaAllah, kan jadi kenyataan!

No comments:

Post a Comment