Saturday, February 27, 2010

Sekayu (II)

Pagi nih, kitaorang meneruskan penyelaman dan pengecutan organ buat kali kedua. Lepas bersantap pagi seawal jam 0730, dengan sekadar buah pauh dan megi 'cup in the noodle' ~ aku salu sebut cenggini, (sebenornye sebutan betul dia noodle-in-the-cup) serta kopi tongkat ali CNI, aktiviti kemaruk seperti petang semalam diteruskan.

Masa ni, orang pun takde datang lagi. Sempat la snap-snap apa yang patut. Dan yang bestnye, kiteorang boleh awal-awal cop tempat strategik untuk 'slibonan'. 'Sure'lah lokasi 'top of the hill'. Airnya lebih dingin dan bebas kencing, kih kih kih..

Okeh, ni lah antara hasilannya..

Astaka paling atas. Kedalaman curam kolam di belakang tu ialah 7 meter. Keselamatan atas tanggungan sendirik..

Pebret aku bile datang kat jeram, jumpa batu molek.. Kasik tenggek cenggitu. Kepakaran dalam menyeimbangkan batu adalah perlu. Cewahhh...

See..

See.. See..

Besau jugak gonggok nih.

No comments:

Post a Comment