Friday, February 12, 2010

Tarhim Fajar Siddiq

Laungan Tarhim sudah kedengaran dicorong-corong pembesar suara Masjid Jame' Daerah Kluang.

Sebentar lagi fajar siddiq menampakkan meganya.
Sebentar lagi laungan membesarkan Allah akan ditasbihkan.
Sebentar lagi laungan panggilan menuju Allah akan didengarkan.
Sebentar lagi laungan panggilan menuju kejayaan akan dilantunkan.
Sebentar lagi laungan untuk bangkit akan dikumandangkan.

Dan, aku telah siap sedia, untuk mengorak langkah. Ke arah itu.. Dengan izinMu jua ya Allah.


Kewajiban seorang muslim Solat lima waktu

Ku dengar merdunya suara azan
Berkumandang melantunkan seruan sembahyang
Memenuhi kewajipan seorang muslim
Solat lima waktu sehari semalam

Berwudhu' Taharah
Menyucikan diri
Berkiblat Menghadap
Ilahirobbi

Berdoa Memohon
Petunjuk Suci
Pada Mu Ya Allah
Yang Maha Memberi

Kini hamba datang lagi
Dengan hati berseri
Ingat akan janji
Bahawa hidup mati ini
Ilahirabbolalamin

Kini hamba datang lagi
Pasrah berserah diri
Mendekat kan hati
Pada Mu Yang Maha
Suci ...



No comments:

Post a Comment