Friday, December 4, 2009

Rengit, Renggam dan Stihl

Jam 1000 pagi, opsyen aku kpd seorang pekerja swasta telah berubah kepada seorang 'supir sukarela'. Baktiku untuk kedua ibu bapaku. Cewahh.. Betul apa!

Sape lagi la yg mak bapak aku nak harapkan lagi. Nak driving sendiri, dah tak berapa konpiden. Apatah lagi, destinasi yg nak dituju tu agak jauh. Anak mak yg ni juga yg sedia berkhidmat..
Ntah la, semenjak-2-menjak ni, aku dapat rasakan yg aku mmg rapat lebih pada mak bapak dan famili. Selalu curahkan perasaan, walhal bincang berbincang masalah peribadi. Huhuu. Emosenel..

Okeh, destinasi hari ini adalah Rengit, Batu Pahat (ye ke Batu Pahat? Ke.. Benut! Lantok ler, bukan kampong aku). Memenuhi undangan Cik Jamaliah (majlis akad nikah adiknya). sesampainya, jam tepat pukoi 1200. Apalagi, makan time! Omm Nom Nom..
Beringat siket, hari Jumaat. Ya, saya ingat.. Solat Jumaat di masjid berhampiran.


Lepas lelap mata sesaat dua kat masjid, pakat2 nak balik la. Bontrot berkat pun dah dapat. Pelagi... Chau Cin Chau la beb!

Bapak rekues nak pegi singgah Simpang Renggam. Nak shopping katanya. Pusing punya pusing punya pusing.. Aha.. Kedai hardware ladang! Itu hari masa lepas tengok Agro Fair kat Kluang, ada gak pepusing satu bandar Kluang, tapi barang dan harga tak ngam. Jadi kali ni kira kes balas dendam la. Kasi puas lu punya hati bapak!

Apa yg dicari. Ni la bendanya,


Made in German. Papan 14 inci. Dibeli dengan harga RM900. Tunai...

Bapak dah ada sebijik menatang macam ni. Jenama pun sama. Cuma besau gadang. Sesuai utk tebang tiang rumah persinggahan Khir Toyo kat Janda Baik tu(cakap sambil buat mimik muka jaki). Hehehe, sori Dokter YB!

Takde arr, dulu bapak dah beli yg besar sebab guna buat tebang pokok sawit. La ni, pokok sawit pun dah abis tebang, dia nak jual kat Paman Shahrol. Sebagai galang gantinya, ambik yg kecik. Bapak kata senang bawak. Senang nak buat cantas pelepah kelapa sawit yg masih kecik. Terel jugak bapak aku nih, orang lain cantas pelepah sawit pakai pahat, tak pon sabit. Dia pakai mesin tebang! Terel kan? Tengok la sape anak dia..

Dah, time wes sore. Balik Kota time..

No comments:

Post a Comment