Tuesday, December 1, 2009

Disember Menjemput

Ya.. Baru aku terperasan pada tarikh yg terpapar di skrin atas belah kanan Macbook ku, sekarang ini tarikh dah pun menjangkau 1 Disember 2009.

Kejam-celik-kejam-celik. Aitt.. Rasanya macam baru je aku melewati bulan Januari. Hehehe. Mungkin inilah salah satu tanda akhir zaman, di mana waktu itu dirasakan berlalu terlalu singkat.

Mula lah aku bermuhasabah pada diri sendiri. Sejauh mana aku telah mengorak melangkah, sejauh mana aku sudah pergi. Bukan sekadar langkah pada hakikat perbuatan sahaja, malahan melangkah dalam erti pencapaian dalam kehidupan.

Humm.. Rasanya tidak banyak yang aku garap dlm kehidupan pada 2009 ini. Apa yg pasti, usia dan masa yg berlalu pergi, takkan mungkin kembali lagi.


"Sayyidina Ali Karamallhu Wajhah pernah berkata: Beruntunglah orang yang hari ini lebih baik dari semalam. Terpedayalah orang yang hari ini sama seperti semalam. Dan celakalah orang yang hari ini lebih buruk dari semalam."


"Berkata Imam Ghazali Rahimmallahu Taala: Yang paling jauh bukannya bintang, mentari pun bukan jua bulan. Tetapi adalah masa yang berlalu, dan tidak akan kembali."


"Kelmarin yang luput menjadi secanggkir kenangan. Semalam yg terluput mengukir sesalan. Yang ada hanyalah hari ini dan akan datang. Gunakanlah hari ini sebaik mungkin kerana hari esok belum tentu milik kita. Sedangkan semalam telah pergi buat selamanya..."

MasyaAllah..

No comments:

Post a Comment