Saturday, March 6, 2010

Sekilas Memori Zaman Bergelar Pelajar (5) ~ Bahagian 3 (Akhir)

Oklah, rasanya dah lama sangat aku 'hanging'kan cerita studi aku ni. Ada baiknya, aku tutup/sudahkan dan abadikan kisah zaman bergelar pelajar ini.

Selepas aku menyudahkan pengajian di peringkat Diploma dan grad pada tahun 2002, selepas itu kehidupan aku bukan mudah. Betimbun surat permohonan aku cetak dan layangkan. Beratus keping setem aku belanjakan. Berjam-jam masa aku peruntukkan utk tujuan 'mencari kerja'. Temuduga sana, temuduga sini. Mohon sonun, mohon sinun. Cara itu, cara ini. Masih gagal..

Dipendekkan cerita selepas melalui pelbagai likuan dan pancaroba mencari kerja, aku diterima masuk di kompeni yang aku bekerja sekarang ini. Cukup dua tahun aku berkhidmat, bila keadaan dah stabil.. Aku mula memikirkan untuk meng'upgrade' level akademik ku.

Aku memilih untuk ambil pengajian jarak jauh (PJJ) bersama UiTM. Fleksibel dan kos murah. Pengajian dijalankan Sabtu dan Ahad, sebulan sekali. Oklah tu.. Kursusnya 'Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan (Pemasaran) dengan kepujian'. Matlamat aku pada masa itu, nak upgrade kerjaya dan upah makan gaji.

Sebenarnya aku tak berapa berkenan dengan kursus pemasaran ni. Tapi memandangkan kursus yang aku layak adalah terhad. Pilihan yang sesuai cuma dua, pemasaran atau kewangan. Wohoo.. Sebut kewangan pasti berkait rapat dengan perakaunan. Tak ingat, aku badi dengan subjek bernama perakaunan? 3 kali ambik basic account tu baru lepas!

Semester satu berjalan lancar. Walaupun tekanan dari rakan sekumpulan yang seakan menyisihkan. Almaklum, mereka semua duduk setempat, berkerjaya pun setempat. Jadi untuk perbincangan berkumpulan tiada halangan. Yang aku, outstation ke sana ke mari gagal memberikan komitmen. Aku ada mintak untuk diberikan 'eskius', namun pengelibatan dari jarak jauh aku tak abaikan. Dari segi pembahagian tugasan, aku siap sedia tunaikan. Cuma mungkin sekali dua agak kelewatan. Diharap mereka-mereka boleh faham. Rupanya tidak..

Bukankah sumbangan bahan dah aku berikan. Cumanya seperti yang dikatakan, aku tak boleh hadiri perbincangan berkumpulan. Kepincangan itu sudah disalah-ertikan. Katanya aku dah tak minat untuk berurusan dan berkumpulan. Hah mulalah, tohmahan dan sindiran dilemparkan. Siap berpantun-pantun lagi, kononnya menyatakan ketidakpuasan hati. Apa, korang ingat aku tak reti nak balas pantun korang?

Mujur juga semester pertama dapat dilalui. Walaupun 'resultnya' seperti cukup-cukup makan, ibaratnya 'idop segan mati pun segan'. Kah kah kui..

Semester kedua aku tak dapat teruskan. Wang yuran aku tak dapat lunaskan. Minta tangguh untuk semester kehadapan. Kawan lain dah semester 3, aku baru semester 2. Namun semangat masih membara. Impian untuk mendapatkan Ijazah yang aku pernah aku persiakan di UTM dulu harus ditebus semula.

Bila masuk semester dua, keadaan 'unstable' dah semakin terasa. Subjek yang diambil berat banget. Dua je yang aku ingat sebagai killer subjek; Akaun (akaun..? Badiiii...!) dan Mandarin. Aku ingat Mandarin tu semudah ABC, namun tak begitu. Tengok kod subjeknya sahaja dah level 5. Setara dengan semester 5, dan diajar juga mengikut cara pelajar sepenuh masa semester 5. Apa ke hal lecturer ni. Orang yang sepatutnya diajar dengan bertatih, sudah pun diajak untuk daki gunung dan berlari. Patah lah kaki kami.

Pensyarah Akaun pun satu hal. Kami ni nama pun pelajar separuh masa. Otak semua dah tua-tua. harap-harap dapatlah diajar dengan cara yang sepatutnya dan selayaknya kami. Ini main bedal semacam aje. Dia ingat kami yang pakai otak processor pentium MMX ni boleh running macam Intel Quad Core ke! bagi la can kat kami..
Periksa pakai format paper yang sama dengan pelajar sepenuh masa. Penandaan dan pemarkahan pastilah juga ikut format selaras. Ini Akaun beb, bukan kertas Pengajian Sastera.

Kesudahannya, Mandarin dan Akaun hanyut ke laut..

Namun ku akui juga, usahaku tidak sekuat mana. Agak payah untuk tertumpu pada dua perkara serentak. Seharian bekerja. Abis kerja, badan dan mata dah letih. Apatah lagi kerja ber'outstation' macam aku. Masa untuk mengulangkaji dalam situasi santai amat ketidakcukupan. Akhirnya, dalam hati sudah ada bibit-bibit kegagalan. Aku pasrah dengan segala ketidakupayaan 'ada untung sabut~tenggelam, ada untung batu~timbul'.

Dan kesudahannya, aku sekali lagi grad awal.. Pada semester kedua..

Aku pujuk hati nan lara. Kecewa? Sudah pasti. Tapi kena muhasabah, sejauh mana keupayaan diri. Orang lain boleh berjaya, kenapa aku tidak? Ya.. mungkin laluan kejayaan aku bukan dengan cara jalan begini.

Aku cuba berfikiran positif. Tak semestinya tiada ijazah tidak boleh berjaya..

Dan masih ramai mereka di luar sana, mempunyai ijazah, malahan Master sekalipun, kejayaannya bukan pada bidang mereka. Menjadi petani, menjadi penternak ayam, car-wash, jual roti canai, jual pasar malam.

Jadi aku cuba untuk kembali kepada matlamat asal aku. Aku nak jadi seperti apa?

Dan pada masa itu aku sudah pun mendapatkan jawapannya..

Sekian. Wassalamu..

No comments:

Post a Comment