Friday, August 21, 2009

Pulang Awal, Sampainya Pula Lewat

Cadanganku utk bertolak pulang awal ke KK tidak kesampaian. Urusan kerja yg memerlukan sedikit masa tambahan memaksa aku pulang jam 5.30 petang (ikutkan hati nak balik 4.30 ptg).

Kereta sapu yang menjanjikan 'jalan sekarang' juga membantutkan usaha pulang awal. Selepas jam 6.00 petang, Perodua Rusa berstereng MOMO kecik dgn speaker dum.. dum.. pecah telinga baru memulakan perjalanan. Singgah dua tempat lagi pulak utk penuhkan seat. Adusst..

Perjalanan terhenjut2 dek teknologi potong spring pada van rusa ini sungguh tidak menyelesakan. Utk mengurangkan panas hati, aku mematikan diri (tido daa..).

Perjalanan yg biasanya hanya mengambil masa 1 jam 30 minit telah di drag menjadi 2 jam lebih. Sampai di Api2 sekitar 730 malam membantutkan azam aku utk Solat Fardhu dan Tarawikh di masjid.

Aku lunaskan tanggungjawabku di bilik sahaja.

InsyaAllah, azamku menjadi bertambah kuat utk hari esok.

No comments:

Post a Comment