Thursday, August 27, 2009

Juadah Berbuka Puasa

Atas masalah penginapan yg sesuai sukar dicari di Kota Belud, aku ambil keputusan utk terus stay di Api2 sahaja. Sambung sewa tempoh hari.
Jadi aku terpaksa berulang alik setiap hari untuk ke KB. Kos tinggi banget..! Tapi apa buleh buat.

Bulan puasa ni aku terpaksa balek awal dari KB. Takut berbuaka puasa di tengah jalan la pulak. Macam ada satu haru tu... Haha, pengalaman btol la.. Buka puasa tgh jalan. (Bukan di atas jalan, tp dalam kereta).

So biasanya lepas tunaikan solat asar di masjid atas bukit tu, aku terus ke bazar mencari bekalan utk dibawa pulang ke KK.

Tepat jam 430 ptg, balik KK sudah. Macam biasa, naik "pirate". Klu kat semenanjung kira 'prebet sapu' la. Tapi yg peliknya tambang pirate lagi mahal dari tambang teksi. Apa kes..!

Jadi pilihan juadah aku hari ni adalah pulut panggang, popiah goreng ngan pulut serunding. Kos RM3 shj. Cukuplah..
Tak dan nak ambik gambar makanan tu semua, cepat je licin masuk ke perut.

Sebut pulut panggang, teringat bazar Ramadhan Beseri kat Perlis. Orang tunggu nak dapat beli pulut panggang sepasang suami isteri (yg dah berusia). Tuuuu dia. Panjang giler beratur.
Time tu hujan renyai2 pun aku sanggup tunggu. Punyalah nak tau kenapa pulut panggang mak/pak aji ni jadi tumpuan.
Secara jujur.. Memang sedap. Ibarat kata, kesedapan nya tu sampai 'inzal'! Hehehe.

Kenapalah semenjak dua menjak ni aku merindui sgt kenangan Ramadhan di Perlis. Huhuu..

No comments:

Post a Comment