Saturday, August 22, 2009

Trend Berbuka Di Hotel

Dalam perjalanan ke Tarawikh tadi, aku ada terperasan satu keluarga muslim yg sedang enak menyantap juadah berbuka puasa yg penuh di meja di sebuah hotel. Semasa itu, azan Isya' lunak berkumandang.

Kesnya beginilah;
Umumnya, bila masuk sahaja bulan Ramadhan, maka banyaklah juga pakej2 meleleh yg di anjurkan oleh pihak hotel atau pihak2 tertentu untuk berbuka puasa ala buffet dengan harga yg menakjubkan!

Dan kebiasaannya juga, bila masuk sahaja waktu Maghrib maka bergegaslah mereka2 yg berpuasa itu untuk berbuka puasa.

Kita tahu, waktu Maghrib yg seciput itu perlu dimanfaatkan sebaiknya. Mana utk berbuka, dan mana untuk bersolat.

Andaikan start dari mula masuk waktu dah start menyantap. Kena makanan banyak yg sedap. Almaklum buffet style.
Makan punya makan, ter-drag sampai waktu Isya'. Tertinggal lah waktu Maghribnya..
Jadi.. Mana yang dikatakan keberkatan berbuka puasa? Mana pula dosa tercipta?

Tapi mungkin juga begini;
  • Yg berbuka puasa itu terdiri dari mereka yg bermusafir. Solat jama' dijadikan alasan.
  • Hotel2 pun ada sediakan musolla. Boleh tinggalkan juadah seketika untuk tunaikan solat.
Yelah tu..

No comments:

Post a Comment