Sebenarnya, Bundu Tuhan lebih tepat berada di kawasan Ranau.
Pemandangan di sini? Superb! Terutama view puncak Kinabalu. Senja bawak ke malam, sejuk kemain! Time cakap mulut keluar asap.
Puncak Borneo, Simpang Bundu Tuhan. Lodge/mini resort.
Rate (promo);
Deluxe RM99, Exec RM160, Single RM120, Family RM120, Double Bunk RM35.
Rate (promo);
Deluxe RM99, Exec RM160, Single RM120, Family RM120, Double Bunk RM35.
Sejarahnya;
Menurut orang tua-tua kewujudan kampung Bundu Tuhan adalah hasil daripada sebatang pokok bundu yang tumbang akibat tanah runtuh yang melanda di kawasan selatan perkampungan ini akibat aliran air yang kuat.
Menurut lagenda asalnya penduduk kampung di sini merupakan penduduk yang kaya dengan harta pusaka tinggalan nenek moyang yang kini masih menjadi misteri di mana tersimpannya khazanah ini setelah disimpan akibat berlaku perang saudara yang berlaku agak lama dahulu.
Sogindai merupakan perkataan yang amat terkenal di sini dan amat sensitif kerana ianya ada kaitan dengan sejarah asal usul penduduk Bundu Tuhan sekarang. Sogindai (kumpulan rumpun bambu) mengikut cerita orang tua saya merupakan tempat untuk menyemadikan kepala manusia yang di sangod (head hunter) pada suatu masa. Oleh itu ia merupakan tempat yang sangat keras bagi masyarakat di sini.
Menurut sejarah pada awalnya perumahan di kampung Bundu Tuhan merupakan jenis rumah panjang ataupun rumah besar, iaitu satu rumah dihuni oleh beberapa keluarga yang mempunyai pertalian keluarga. Walau bagaimanapun keadaan ini sudah berubah sekarang mungkin akibat daripada revolusi yang dibawa oleh orang putih yang datang ke sini pada suatu ketika dahulu.
Tapi tang nama "Tuhan" tu tak dpt la aku pastikan kaitan nya dgn perkataan Bundu itu sendiri.
Sini populasi didiami oleh kaum Kadazan Dusun. Yang mana penduduknya berkulit putih-kuning kemerahan, terutama si 'sumandak'2 nya, aduyai.. Pipi merah2. Sejok la katakan.
"Oh.. Mama, saya mau kawin. Kawin dgn siapa. Dengan siapa saja".
Hehehe. Lagu ni keluar dlm time2 tertentu aje!
Nikmati jamuan mata;
Sebenarnya dalam bahasa Kadazandusun, perkataan 'tuhan' itu bermaksud 'runtuh' yang mana saudara mengatakan runtuhan(notuhan) tanah telah berlaku..
ReplyDeletemaksudnya Pokok Bundu yang runtuh..
orang kampung Bundu Tuhan,,,,