Sunday, June 14, 2009

Kepunyaanku

Ini adalah antara peralatan/gajet yg sentiasa berada di sisi;



Komputer Riba pertama, HP NX9040 (warna hitam sebelah kiri) dibeli pada penghujung 2004 dgn harga RM2,999 di Mid Valley. Banyak berjasa & selesa diguna. Dijual kpd Abg War dengan harga RM800 pada Mac 2009. Bye bye HP, bye bye Windows..

Macbook menggantikan HP sempena besday ke-30 (20.02.09) dibeli dengan harga RM4,799 di Digital Mall (seksyen-14,PJ). PDA O2 XDAII Mini (magician) dah pakai 4 tahun. VAIO external harddisk (40GB). Sony MicroVault thumbdrive (512MB). CSL 3G modem (Celcom broadband). Dan jam tangan Swatch Irony.

Fujifilm FinePix F11 Kamera digital (6.3Mp). Beli kongsi dgn Hairun time nak konvo dia.

Dan beg kulit lembu (hand made) buatan orang Tawau-design aku sendiri. Dibeli dgn harga RM250 pada 12 Jun 2009 utk memuatkan barang2 aku semua di atas tu.


No comments:

Post a Comment