Thursday, June 25, 2009

Pabila Telinga Airasia Mencapang


Pabila telinga sayap kapal terbang yg aku naik dah start mencapang, taulah aku, saatnya untuk 'landing time'. Huarghh.. perjalanan dari Tawau ke Kota Kinabalu dgn menaiki penerbangan Airasia AK6123 mengambil masa kurang lebih 50 minit.

Ambil limo RM20 ke bandar KK, terus aku mintak dihantarkan ke Api2 Centre (orang kata 'sarang burung') untuk Check-in bilik.

Pada aku api2 bukan la best sgt, tp oleh kerana murah, bedal ajelah! Adalah jugek aku try survey2 sekitar utk budget hotel, tp semua takmo amik sewa bulan. Semua kira hari. Kalu mcm ni bengkrap la pakcik! Tengoklah dulu.. Aku amik 2 hari je, pasni try survey Tuaran (yg esoknya aku kena pegi), kalu kat sana ada penginapan yg selesa, aku stay sana jelah. Kalu tak, stay api2 forever..

Bilik api2 kali ni tak seselesa yg sudah2. Pasni konferm aku mtk tukar. Tu pun kalu aku konfem duduk sini sebulan lah..
Aku cerita siket camne bilik api2 nih. Sebenornye, api2 ni apartment. Tapi oleh kerana permintaan bilik sewa yg tinggi kat bandar ni, diaorang dah tukar fungsinya kpd rumah/bilik sewa. Bermakna, dalam setiap rumah, bilik2nya disewakan secara individu. Jadi nasiblah, kalau kau dapat housemate orang Filipin ke, Dayak ke, Melayu ke, orang dah kawen ke, yg buat kerja 'gitu2' ke.. Hahaha nasiblah. Pada aku, tu yg datangnya tak selesa tu. Sewaannya, Rm50/hari, RM780/bulan.
Yang bestnye sini, segala kemudahan dekat. Plaza/pasaraya sebelah menyebelah aje, tempat makan banyak, ambik teksi mudah, cuci mata pun mudah, oppsss..

Lepas check-in aku ke Centre Point di sebelah utk tukar bateri Irony aku.

No comments:

Post a Comment