Sunday, June 14, 2009

Coretan Perjalan Yang Pertama Kalinya Dalam Ini Blog. Emm.. Cedapne Sanggar Peppek!

Apa post benda mencarut nih?? Sabo.. baca sampai abis dulu..

Terasa rugi pulak tak memblog semenjak dulu. Malas + tak tau. La ni baru rasa ianya satu kerugian. Banyak pengalaman yg boleh diceritakan/dikongsikan, tapi timenya telah pun berlalu pergi. Takpelah, simpan baik2 dlm lipatan memori.

Ok, sekarang ni aku telah berada lebih sebulan di negeri 'di bawah bayu'. Setelah mendarat di KK pada 4 Mei yang lalu, aku meneruskan penerjahan ke Tawau. Dengan melalui perjalanan udara selama lebih kurang 45 minit, aku tiba di Tawau tanggal 11 Mei untuk kali keduanya dlm tempoh 2 tahun. Yang sebelumnya, aku berekspidisi bersama Talib (rakan sekerja); dari Sandakan-Lahad Datu-Semporna-Tawau, dengan berkereta.

Alhamdulillah.. berkat bekerja dengan SINGER, aku telah banyak melancong. Dari selatan ke utara, dari timur ke barat. Tapi itulah, banyak juga yg terpaksa dikorbankan. Contohnya, hidup berkeluarga. Ermm.. tak sampai seru lagi gamoknye!

Di sini kami menyewa bilik. RM600/bulan. Lokasi.. belakang Hotel Emas.

Bersama Zol (rakan sekerja), dalam bilik sewa kami.
Penginapan Kami.

Apa menariknya di sini? Pastinya makanan laut (seafood)! Pelik, makan nasik campur di sini kosnya lebih mahal dari makan nasik lauk ikan bakar!! Secara purata, kalau makan malam berdua + ikan bakar + sayor + air berwarna dan bergula, RM17-RM23. Kalau makan nasik + 2-3 jenis lauk + air, RM15. Pilihla..
Kalau nak makan murah, bolehla pegi Taman Sabindo. Situ mkn tengah hari leh dapat RM3 sepinggan. Alhamdulillah, memuaskan juga..

Ada satu makanan kat sini, nama dia pelik sikit. Tengok gambar, tak nampak besarkan, pastu sebut sendiri.

Baca kat menu spesel dia tu. ngeh.. ngeh.. ngeh.. SANGGAR PEPPEK.

Ni la bendanya sanggar peppek tu. Dibuat dari pisang muda, dilenyek dan digoreng. Sedap dimakan semasa masih panas lagi. Cicah dengan sambal belacan (yg jadi penentu kesedapannya).


2 comments: