Wokeh, aku nak abadikan pengalaman makan2 dan beli-belah aku kat Tawau nih.
Makan
- Mak/pak aji kat taman tikus/sabindo. Makan tengah hari. Lauk tak mintak pun dia bagi. Setambun. Averagely RM3.00. Murah!
- Ikan bakar Anjung. Ada satu kedai je yg murah. Aku selalu makan malam sini. Lain mahal sket. Tempat makan berbumbung, tu tempat dia. Sambil makan, sambil dgr orang melalak berkaraoke. Kadang2 akak/abg ikan bakar tu pun nyanyi sama.
- Yusuf curry house. Area Sabindo Commercial Park. Dekat stesen bas ekspress. Tak sedap sangat, tapi ok lah. Kari kepala ikan dia besau dan murah.
- Mamak 24 jam bawah Hotel Morcco. nasik + isi ikan black pepper. Sedap.
- Restoran sifud kat taman sabindo. Belah kiri sekali. Cina semenanjung. Segala mak nenek punye jenis ikan, ketam, udang, siput, kerangan. Air minum pun pelik2. ABC, BMW, CBA,.. Harga mahal sket, biasalah sifud fresh.
- Belakang restoran sifud tu ada kedai makan cina jual tiram fresh. boleh mintak makan mentah, half cook, well done. Aku suke makan mentah. Harga, average RM4/sekor. Area sini banyak kedai sifud.
- Restoran bawah panggung. Budak2 lagi yg berniaga. Biasa sarapan sini. Nasik lemak + sosej. Petang, ngeteh + sanggar peppek.
- Food court belakang panggung, bukak malam. Pelbagai pilihan.
- Tingkat paling atas kat pasar Tanjung. Rasanya ramai org endon yg berniaga sini. Biasa aku pilih duduk kat balkoni mengadap Laut Sulu. Oder nasik + soto makassar. Sedap!
- D'sham. Owner org semenanjung. Masakan pun sentuhan semenanjung. Kena dgn selera lidah. Tapi.. Bab nak bayar selalu gaduh. Ada sorang pekerja dia ni time kira sembrono je! Sarapan pagi sampai RM8 apa kejadahnye!
- Selang dua kedai dari D'sham ada kedai makan santai. ABC spesel, shake,.. bla.. bla.. aku suke konsep kedai mcm ni. Satu hari aku nak bukak kedai mcm ni kat kampong.
- Kedai roti Hajah Elly taman sabindo. Pelbagai jenis roti dan tat. Bukak sampai jam 2 pagi.
- Sup sedap sebelah Celcom, depan rumah doa.
- Sup lagi sedap, kat Merotai. Jauh la..
- Steamboat Hotel Emas. RM20/sorang. Pelbagai jenis. Makan sampai kemlakaren!
- Kayu Manis kat Ba Zhong. Tokey orang semenanjung. Oder air tunggu setengah jam. Oder makan tunggu lagi 1 jam. Hampeh! Tak sedap pun. Mungkin istimewanya sini, boleh pilih tempat makan btol2 kat gigi air laut (pantai la), pastu ada anjung di tingkat dua, boleh makan sila. View laut. Amat tak disyorkan!
Beli-belah
- Pasar gantung. Kain sarung, pelikat, batik, baju Tawau (tapi sikit je la), mutiara & kristal (lebih murah dari KK), cenderahati.
- Pasar Tanjung. Tingkat bawah barangan basah. Tingkat 2 barangan kering. Sayur, ikan masin, udang kering, soton kering. Murah dan segar. Amplang..
- Ruang legar Masjid Tawau (baru). Tasbih, CD/kaset/buku agama, kopiah, songkok, jubah, ubat,.. Macam2 ada.
- Pasar sayur/buah. kat area sebelah pasar tanjung. bukak malam bawak ke subuh. Kalau hari Ahad ada pasar tani kat situ. Aku selalu beli pisang ngan tapai pulut hitam. Manisnye..
- Ada dua je pasaraya yg 'amat besarnya' kat tawau ni. Milimewa dan Servey Parkwell.
No comments:
Post a Comment