Ntah kenapa aku kerap terkena mata ikan nih. Kat bibir lah, kat gusi lah, kat lidah lah.
Pedihnye kemain...
Biasanya aku biar gitu je. Lama- lama sembuh juga. Tapi memang lama la, tanggung derita.
Kalau pegi klinik gomen, mesti dia bagik ubat air sapu rasa manis-manis tu. Tak shuke..!
Apa punca penyebabnya?
Ada orang kata kuarang minom air. Tapi aku tak setuju. Adik aku yang sorang tu, kurang sangat minom air. Tapi tak kena mata ikan pun.
Ada orang kata, alahan ubat gigi. Emmph.. Tak lojik jugak. Macam-macam tukar pakai. Kolget, Dali, Mukmin, Pepsodin, Folomi, Halalgel, Kodomo Lion. Ehe.. Sama jek! Tapi la ni, aku kekal guna Halalgel.
Ya mungkin aku banyak buat dosa mulut agaknya. Dan malas zikir.
Ni petua ni aku rembat senyap-senyap. Tapi aku pun tak test lagi.
Cubit sekeping asam keping, sebesar jari kelingking, tekapkan di tempat ulser tersebut. Biarkan sekejap dalam 2-3 minit. Memang akan rasa pedih tetapi selepas kesakitan selama 3 minit ( macam masak meggie je ni ) bahagian ulser tersebut akan terus baik. Cubalah , InsyaAllah berkesan.
Adakala kelopak dalam mata pun ada macam ulser. Ke..jerawat gitu. Rasa macam ada pasir laut cina selatan dalam mata bila layan kelip.
No comments:
Post a Comment