Nasik lauk ikan baung masak gulai tempoyak, ulam-ulaman (timun mude ngan pucuk gajus) dan 'budu mixed tempoyak' (my pebret ever). Inzal..
Cuaca panas terik. Tak berani nak main panas, takut sunburn. Almaklum, putera lilin baru turun kayangan. Kah kah kah..Tenang jugak rasa hati. Cadang nak duduk semalaman kat sini, tapi harga bilik agak mahai. Rasa tak sepadan dengan aturcara yang boleh dijalankan kat sini. Harga bilik bermula dari RM80/semalam.
Takde aktiviti yang aku boleh buat kat sini. Tengok-tengok air jelah. Pemandangan cantik. Kilauan air dek pancaran matahari terik jam 0300 petang memang besh. Silau. Dengan bebayang hijau yang datangnya dari rimbun dari dataran pinggir dan pulau di tengah-tengah tasik.
Dikatakan, keluasan tasik ini merangkumi sebahagian dari 3 buah negeri iaitu Pahang, Terengganu dan Kelantan. Wow.. Besaunya!
Sambil meneman Dak Wan ngail ikan, aku ngeblog.
Aku sori le pasal ngail ni. Dah bersara.
Nota: Oleh kerana aku peminat budu (Budu Fan), aku kasik up satu Dikir Barat tajuk 'Budu.'
No comments:
Post a Comment