Friday, February 26, 2010

Sekayu (I)

Kole Terengganu panas la, dekat dengan pantai.

Jom cari sejuk-sejuk. Jom Sekayu..!

Lepas check-out dari homestay Kole Ibai jam 1000 pagi, masuk tempat ada ekon. Giant kat Hiliran sebagai destinasi abiskan duit sambil cari bekalan pegi Sekayu.

On-de-way Sekayu, stop sebentar kat Kampong Padang Setar. Berenti Solat Jumaat. Kebetulan pulak ada Marhaban sempena sambutan Maulidur-Rasul. Lepas beselawat dan doa, orang kampong offer makan free bubur labuk. Yess.. Pucok dicita ulam pucok paku. Ye, pucuk paku ulam yang dia bubuh dalam bubur lambuk tu. Pertama kalinya. Dan rasanya.. Perghhh.. Bubur lambuk terinzal setakat ini. Dengan versi kampong.
Kampong Baru, KL punye pun bolayan..!


Masjid Kampong Padang Setar, Kuala Berang. (On-de-way nak ke air terjun Sekayu).


***
Selamat datang bersejuk-sejuk ke Sekayu.

Okeh, dipendekkan citer aksi nyelam-nyelam kecutkan organ pun bermula. Beerrrrrr......!

Lepas aku rasakan yang organ 'itu' sudah pun kecut, masanya mengangkat sauh untuk berlabuh.
Aduh.. Mana nak lepak-lepak lelap mata malam nih? Test tanya chalet kat situ. Wehei.. RM60 per malam. Not bad. Tak buleh dilepaskan nih. Amik test stay satu malam..

Chalet tempat menginap.

Kesimpulannya memang besh! Masuk dengan citarasa aku. Sunyi, bunyik cengkerik dan unggas malam, bunyik air terjun siket, dingin, syahdu, huuuu zzzzzzz..

View dari dalam bilik ke arah luar (belakang) melalui sliding door. Tengok pokok buloh tu, macam dekat Jepon daaa..

No comments:

Post a Comment