Rentetan perjalanan yang telah bermula dari Isnin lagi.
Kita orang dah pun memulakan perjalanan dari kampong halaman Sungai Mas menuju ke Gunung Pulai. Mana? Pekan Nanas, Pontian. Tapi itulah, ke mana yang dikatakan perancangan. Dan apa pula yang dikatakan perlaksanaan. Kelakoo..
Dah sampai pun kat pintu gerbang Air Terjun Gunung Pulai tu. Mak dah siap beli goreng pisang dah pon, buat ngonyel-ngonyel. Tapi last-last masing-masing macam hilang mood. Besok jelah..
Abis tu, apa cerr malam nih? Jom ronda bandar Pontian. Jommm..!
Destinasi pertama pastinya lokasi paling nostalgia, benteng tepi laut. Dulu kat sinilah port makan-makan paling happening kat Pontian nih. Otak-otak Pontian (sori ye time tu takde lagi pon yang nama Kempas atau Gelang Patah), cendol mamak, mi goreng, rojak, sate, dan bla.. bla.. Tapi semua tu dah takde. Tutup dah pon. Gara-gara powernye cakap seseorang yang tak kasik meniaga kat situ. Sungguh kurang bijak orang itu!
Kat situ jugak lah ada restoran Monggo Mampir yang mi bandung dan sotonya ini macam (sambil tunjuk 2 jempol!~jawa style sehh..).
Destinasi kedua, pastinya kawasan 'playground' di penghujung benteng. Saje kasik can anak-anak buah main buai-gelongsor bagai. Dalam ati aku bertanya, kat sini kot mak dgn bapak aku jumpa dating time bercinta dulu. Hahaha..
Destinasi ketiga, try tengok-tengok bandar terminal baru. Diaorang tambak laut untuk buat bandar ni. Betol-betol membazir. Waa.. hebat juga. Ada Giant.. Sesak. Patut pun, ada pasar lambak. Jom carik ikan bakar!
Aduhai.. Balik-balik siakap, tuke, kembong. Hummm.. Jom blah blah..
Destinasi keempat, timbul idea medan ikan bakar kat LKIM. Zasss..
Lagi mendukacitakan. Ada tiga jenis ikan je. Siakap besar, siakap sedang, siakap kecik. Best betol kan..?
Balik rumah Paman Shahrol ajelah bro.. Mana tau on-de-way ada jumpa warong baiiiiik punye!
Haaa.. Tu yang jumpa 'Warong Mana Lagi' kat area Ayer Baloi. Ikan apa ada? Ada banyak siket pilihan. Harap-harap memuaskan. Ada wifi pulak. Layannn..
Destinasi kelima, motel di Kampong Parit Makassar, Benut (rumah paman la). Lepas borak-borak aku ingat dah time untuk zzz, rupanya ada agenda tambahan yang tak terduga. Jom skodeng pasar karat kat Benut & Rengit! Ni agenda untuk kaum Adam sahaja ye. Yang bukan kaum Adam, sila tinggal.
Hambik ko, jam 0300 pagi baru tau nak balik.
Huarghhh.. Ngantoknye rasa mata beta, macam nak tido! Jom slipzzz..
No comments:
Post a Comment