Ekspidisi untuk hari kedua pada sesi Februari 2010 kami lanjutkan lagi.
Disebabkan kekecewaan di remang 0200 pagi sebab takdan nak survey pasar karat kat rengit, jadi pagi2 lagi kita orang dah on. Kat sini lebih happening berbanding pasar karat Benut. Lebih banyak 'outlets' dan lebih banyak barang. Terutama perabot-perabot klasik ala kayu jati. Kalau ada duit sekepuk, memang best.
Weh, dah panas dan jugek lapar perut ni. Joomla JJCM~jalan-jalan carik makan!
Nasik biryani Shah ke hape.. Kat Batu Pahat, lepas jembatan. Orang sebut-sebut macam best jek. Fuiyoo.. Ramai beratur tuh! Harap-harap 'inzal'lah. Nilaian aku cuma 4/10 je. Kulai Biryani Rengit 'is still de best' setakat ini. Jom blah!
Destinasi berikut, Kampong Gersik, Muar (orang sini sebut 'Muo'). Pastinya Kolam Air Panas.
Kasik rendam kaki. Mandi macam dulu kat Poring Hotspring tak buleh la. Sebab kat sini, kemudahan 'level-by-level' kepanasannya tak disediakan. Jadik panas dia banget-banget. Celup kaki sudahla.
Woi bro, petang sudah la ni. Balik la jom. On-d-way balik, dan lagi singgah Ayer Hitam. Nak borong apa je diaorang nih.
Mak dengan bapak nak balik awal. Ada kenduri rumah Paman kat Kangkar Tebrau, JB. Jadi jawatan aku sebagai supir ni, seharusnyalah menurut perintah.
Nak cepat jadi lambat. Naik hiway, sangkut jem kat Sedenak. Apa kesss.. Abis la, lambat sampai kenduri, soru mis la ni. Hehehe.
Sampai Kangkar, dan-dan pak imam tengah baca doa. Sempat aminkan je la. Mata dah meliar tengok nasik ayam dengan puding.
Makan sikit jelah, aku 'on diet'.
Balik sampai Sungai Mas jam berapa? 1200 malam woo.. Mata dah tak nampak lain dah. Nampak lembek dengan bantal je. Babai dunia celik, selamat datang dunia zzz.
Aku dah mandi belom? Emm.. Besok la pikir pasai mandi.
No comments:
Post a Comment