Wednesday, February 3, 2010

Sekilas Memori Zaman Bergelar Pelajar (5) ~ Bahagian 1

Lepas aku abes ambik periksa SPM, aku tak buat pebenda pun. Ramai geng yang kerja kilang. Cari duit poket. Ntah, aku lebih berminat masuk ladang tolong bapak aku. Best kot tengok ladang sawit. Takpon duduk rumah je.

Ooo.. Aku ingat, aku amik kursus komputer kat kota sebelah BSN. Hahaha, kelako. Pakej Ms Office. Dalam kelako, itulah bermulanya time aku berjinak-minat dengan dunia perkomputeran. Aku lebih minat ambik cakna belajar pasal perkakasan berbanding Office Suite tu sendiri.

Berbalik pada cerita melanjutkan pelajaran lepas SPM. Macam biasak, lepas periksa 'besar' tu, mesti ada apply U kan. Nama borang UPU dan seangkatan dengan itu amat popiler time tu. Sibuk semacam ngisi borang.

Dipendekkan cerihik, aku diterima masuk ke UTM Skudai untuk kursus Ijazah Sarjana Muda Pengurusan (Teknologi) dengan singkatan kod kursus SHT bagi semester 2007/08. Muahaha.. Bangga gilak masa tu. Macam nak bagi kecoh satu kota.

Aku ditempatkan di kolej ke-4 (Tun Hussein Onn). Geng time tu Hani, err..nama tu je yang ingat. Yang lain lupe, termasuk roommate sendirik. Huhuu..

Tapi malang menimpa, rejeki tiada. Aku telah 'grad awal' dengan jayanya. Rupanya aku lebih serasi 'menanam anggur'. Setahun lagi aku menyambung pertapaan kat rumah. Rambut panjang sampai tutup muke. Tocang depan bile kerja ladang. Kelako. Langsung takde angan-angan masa depan.

Aku try-test buat rayuan. UTM kasik aku sambung. Tapi downgrade to diploma. Yang mana pastinya aku bakal ditempatkan di UTM cawangan Jalan Semarak, KL. Huwwaaa.. Aku takmo pegi KL!

***
Akhirnya, kaki kena jugak melangkah longlai ke bandar metropolitan. Bermula dari saat itu, aku bergelar KL boy. Muahahaha, lagi sekali kelako kalau diingat-ingat.

Disebabkan aku dikira pelajar mengulang dan tempelan, aku tak dapat diberi kemudahan hostel. Best betol! Jadi tempat kediaman kena cari sendiri la. Perghhh, gelabah puyuh jugak aku dengan bapak time tu. Ni KL bah, KL. Bukan Kota Tinggi atau Pontian!

Takdir menyebelahi aku. dapatlah aku menumpang bahagia pada Rumah al-Firdaus. Rumah ni merupakan rumah banglo lama terletak di jalan maktab. Belakang pejabat FELDA. 'Walking-distance' ke UTM Semarak. Dan didiami oleh abang-abang senior yang kira bergolongan 'berada' dalam carta organisasi MPM dan PMI.

Alhamdulillah, dalam rumah ni aku dididik dengan cara hidup yang pro Islamik. Solat berjemaah wajib setiap waktu. Subuh bangun awal. Lepas solat ada bacaan tazkirah. al-Ma'tsurat. Ada tamrin. Ada perbincangan. Ada felo yang membimbing. Pendek kata aku bersyukur.

Simpan kaset lagu rock pun tak buleh. Beli URTV kena kutuk. Haicess.. TV pun takde. Tu la pasal aku beli walkman diam-diam. Kemaruk smuggle, aku beli SONY walkman harga RM460. Wehh.. Time tu sape ada walkman, kerennn..

Kalau tak kerana diasuh begini, mungkin aku hidup tersasar. Aku tengok kawan-kawan aku yang duduk lain rumah. Emm.. Rokok dengan main motor kira biasa. Ubat batuk ada. Ganja ada. Gig underground ada. Macam-macam ada..


Nota: Nanti sambung part (2). Lapo perut pulak. Kasi rendam megi dalam cawan dulu..

No comments:

Post a Comment