Kesian sahabat baru ku. Yang mana dia juga trainee baruku untuk kali ini. Ridwan namanya. Melaka Bandaraya Bersejarah asalnya.
Ini adalah lokasi kedua training untuk dia. Sampai-sampai Kluang dah kena sakit mata.
Khamis minggu sudah, ada aku temani dia utk buat 'medical checkup' di klinik panel kompeniku di Kluang ni.
Dokternya kata, sakit mata biasa. 3-4 hari baik lah. Gitu katanya..
Tapi nampaknya, hampir seminggu belom ada tanda-tanda untuk kearah pulih. Tapi yang nyatanya, sakit mata dia membawa kepada lebih kritikal. Merah semacam. Kelopak Bengkak. Nak kelip pun sakit. Hadoi.. Kesian aku tengok.
Pagi tadi..
"Wan, jom lah aku temankan ko. Kita gi klinik lagi. Tak sampai ati aku tgk ko"
"Jomlah.."
Last-last, klinik yang kiteorang pegi pun dah tak boleh nak terima. Dokter tu kata dah kritikal. Hah sudah.. Tiada pilihan, pakarlah peginye!
***
Dokter pakar bagitau, kes jangkitan kuman dah tahap serius. Warna merah dah jangkit kat bijik mata yang kaler itam tu. jadik, proses recovery dia mungkin makan masa 2-3 minggu. Lama tu.. Spesel kes ni!
Kesian ko Wan. Kasik rehat aa..
Notas:
- Harap-harap penyakit mata ni tak berjangkit .
- Jagalah kesihatan.
- Ada orang kata, sakit mata diistilahkan sebagai sikit bontot!
No comments:
Post a Comment