Friday, October 16, 2009

The Sphere

Jeng.. Jeng.. Lepas 5 bulan lebih aku tak balek KL, mcm2 yg dulu belom ada sekarang dah pun ada. Yang dulu blom siap, la ni dah pun disiapkan dan boleh digunapakai.

Gini, sebelah jek dgn apartment tempat aku tinggal, telah siap pun satu bangunan mall berserta ruang ofis yg tersergam agam. Namanya "The Sphere". Terletak di kawasan Bangsar South yg mana lebih tepat dipanggil Kampong Kerinchi (dulu la sebelum bangunan ni dirikan, wujud penempatan separa setinggan di sini. Dan Kampong Kerinchi ini telah dimansuhkan dari muka bumi atas sebab kerakusan raksasa bernama The Sphere itu).

Lepas ni nak beli brg keperluan tak payah susah2 start kereta, mengharung jem bagai.

Bukak tingkap, depangkan tangan ala2 Kluang Man, lompat turun.. Sampai sudah di Carefour. Hehehe. Kat sebelah je.
Nak makan2 pun ada, shopping pelbagai barangan pun ada. Pendek kata, macam2 ada..!

Penantian selama hampir 3 tahun dengan menghadap bunyik pembinaan ketang-ketung yg membingitkan gegendang telinga setiap hari sehingga jam 0200 pagi kini sudah berakhir.

Tapi aku tetap merindukan time bangunan tu takde lagi.
Sebelum ni, bangun pepagi bukak tingkap mengadap Angkasapuri, terbentang hijau je pemandangan. Hutan belukar menyejukkan kornea mata. Aman dan damai. Bunyik unggas dan burong di tengah2 kesibukan kota. Pergghh.. Mana nak dapat beb!

Sekarang dah takde dah ketenangan itu..

No comments:

Post a Comment