Hahaha.. Hari ni aku penat. Penat bebel, penat buat kerja. Kerja Apa? Plumber.. Slamber!
Tong kotak fibre hitam tu dah lama aku tengok tercatuk kat belakang atas susunan kayu seken-hen. Rimas aku tengok. Dari hari ke hari, angan2 aku nak guna pakai semula barang tu masih belum lagi jadi kenyataan. Hari ni aku nekad..
Pak, ada kerja tak? Jom pasang tangki air..
Okeh, jawatan sambilan aku ni bermula jam 0830, selepas sarapan nasik goreng anyep (Hairun masak.. Hampeh!).
Objektif hari ini, penyaplai-an air ke semua muncung2 paip yg dah lama tak diguna pakai, terutama bilik air dalam dan luar, jamban belakang dan tepi serta paip utuliti di garaj.
Dulunya, paip2 air ni disupply oleh sumber yg satu iaitu kolah simen besar. Memandangkan kolah tu dah lama sangat, keuzurannya telah mengakibatkan ianya telah tidak selamat digunakan. Kebejatan sistem perpaipan ini telah berlanjutan selama hampir dua tahun ye tuan2 dan puan2. Namun tiada tanda2 ianya hendak dipulihkan kembali.
Jadi, atas kecendrungan semangat DIY yg ada dlm diri aku ni, aku buatla..
Tangki fibre hitam tu ditenggekkan atas kolah yg dah tak digunapakai itu. Walaupun saiznye yg kecik, namun tekanan water nya diharapkan kuatlah memandangkan kedudukannya yg diletakkan tinggi. Ye begitu..
Sistem perpaipannya, di-renew semula dengan menggunakan paip PVC bersaiz besau (25mm) dibandingkan dulu cuma 20mm sahaja. Baru nampak bersistem siket. Asas ilmu paip ni pun aku dapat/belajar dari tempat kerja aku dulu (3 bulan) kat Raub. Aziz pelukis plan. Aku tukang kaler dgn plotter. Sambil tu skodeng apa pak Aziz tu buat.
Aku ambik 2 syif terus. Menginjak jam 0630 petang, semuanya beres. Sukses...
Nota: Selesai sudah masalah. Tamat sudah penantian selama hampir 2 tahun. Ambik masa satu hari je nak kasik setel..
Moral: Sesuatu kerja tu, kalau baru nak dimulakan. Aduhh.. Bercinta. Tapi bile dah mula.. Enjoi, hepi, penat, tapi puas ati. Hasilnya.. Berhasil lah!
No comments:
Post a Comment