Sunday, December 27, 2009

Itu Dan Ini. Cenggitu Ke Cenggini?

Banyak perkara yang aku menungkan semenjak-2-menjak ni.
Pelbagai perkara bermain di fikiran. Lepas satu, satu lagi difikirkan.

Okeh. Untuk sementara, kita letak dulu benda-benda tu di sebahagian ruangan dalam kepala hotak. Bukan untuk dilupakan.. Tapi untuk memberi laluan kepada perancangan jangka pendek dulu.

RAM kecik, input banyak. Kalu processor tak boleh urus dengan baik, mau 'hang' nanti..
Almaklum, aku membesar dalam zaman Pentium MMX 166MHz je.. Kasi pelan-pelan kayuh.

Okeh. Untuk plan esok adalah menguruskan apa yang perlu diurus pada setiap hujung/awal bulan.
Antaranya: Langsaikan bil CC, bil henfon/broadband, sewa rumah KL, jariah pada mak/bapak dan famili, bla.. bla.. bla..
Itu semua memerlukan ongkos.. Ya ongkos! Kasi tengok kawanku sat. Itu 'barang' kompeni dah kasi masok belom. Ini sudah tiba masa-time dia kasik masuk ni.. Sekitar 27/28 haribulan. Hehehe.. Camni la makan gaji. Sentiasa mengharap pada orang untuk sesuap nasik.

Aku mendambakan kehidupan seperti Rasulullah (S.A.W.) dalam mencari rezeki. Berniaga dan menggembala kibash. Bestnyee...

Haaaatoi.. Duit beli rekonizer dgn buah-ati aku pun aku blom bayar!

"Sori ye darling. Bukan terlupa, tapi saje-saje buat lupa"

"Apa darling-darling. Ingat kita ni terenggiling?" - Haa, camtu la dia jawab bile aku panggil dia darling.

"Yelah..."

Try skodeng sana sini pasal kursus agro jangka pendek kat dalam sesawang. Manalah tau kalau ada rejeki!

2 comments: