Thursday, December 31, 2009
Awal 2010?
Iye?
Ooooohhh...
Tak berapa kisah pun sebenarnya.
Zaman 'lagho' menyambut 'event' ambang merdeka dan tahun baru telah pun puas aku rasai semasa belajar di UTMKL dahulu. Almaklum, tempat kediaman kami dulu boleh dikatakan 'walking distance' je ke KLCC. Kekadang tengok bunga api dekat beranda rumah je..
Layan muvi lagi besh kan. Baru lepas tengok salah satu pebret muvi, Face Off di AXN.
Takpon, tido je..
Nota: Pada aku 'penanda hari' macam ni tidak ada makna kalau takde apa-apa perubahan pada diri kita. Dan kenapa perlu tunggu tarikh macam ini untuk melakukan suatu perubahan?
Kesempatan Dalam Kehidupan
Bibit yang pertama berkata, “Aku ingin tumbuh besar. Aku ingin menjejakkan akarku sangat dalam di tanah ini, dan menjulangkan tunas-tunasku di atas kerasnya tanah ini. Aku ingin membentangkan semua tunasku, untuk menyampaikan salam musim semi. Aku ingin merasakan kehangatan matahari, serta kelembutan embun pagi di pucuk-pucuk daunku.”
Dan bibit yang pertama inipun tumbuh, makin menjulang.
Bibit yang kedua bergumam. “Aku takut. Jika kutanamkan akarku ke dalam tanah ini, aku tak tahu apa yang akan kutemui di bawah sana.
Bukankah di sana sangat gelap?
Dan jika kuteroboskan tunasku ke atas, bukankah nanti keindahan tunas-tunasku akan hilang?
Tunasku ini pasti akan terkoyak. Apa yang akan terjadi jika tunasku terbuka, dan siput-siput mencoba untuk memakannya?
Dan pasti, jika aku tumbuh dan merekah, semua anak kecil akan berusaha untuk mencabutku dari tanah. Tidak, akan lebih baik jika aku menunggu sampai semuanya aman.”
Dan bibit itupun menunggu, dalam kesendirian..
Beberapa hari kemudian, seekor ayam mengais tanah itu. Menemukan bibit yang kedua tadi, lalu memakannya segera.
***
Memang, selalu saja ada pilihan dalam hidup. Selalu saja ada lakon-lakon yang harus kita jalani. Namun, seringkali kita berada dalam kepesimisan, kengerian, keraguan, dan kebimbangan-kebimbangan yang kita ciptakan sendiri. Kita kerap terbuai dengan alasan-alasan untuk tak mau melangkah, tak mau menatap hidup.
Kerana hidup adalah pilihan, maka hadapilah itu dengan gagah. Dan kerana hidup adalah pilihan, maka pilihlah dengan bijak.
Tiap pilihan selalu ada risiko yang mengiringinya. Namun jangan sampai ketakutan, keraguan dan kebimbangan, menghentikan langkah kita.
Nota: Bukalah setiap pintu kesempatan yang datang mengetuk. Sebab, siapa tahu pintu itu tak mengetuk untuk kedua kalinya.
MatGyver Yang Amatur
Okeh, kita kenal pasti dulu, pebenda punye masalah pada rekonizer ni. Bocoq mancut ayor je dari semalam.
Ohhh.. Dah tau, dah tau. Nanti kau, aku ganyang!
"Pak, pinjam 'chainsaw'." Hehehe..
Wednesday, December 30, 2009
Demi Mu Rekonizer, Aku Jadi Plumber. Pun Slumber..
2 bijik penapis air (omputeh kata 'water filter') perlu aku pasang.
Yang satu jenama Jepun. Ntah Jepun, ntah China. Shinkawa.. Tu nama org Jepun ke China? Ke Jawa..? Hahaha..
Penapis ni dah lama bapak aku beli. Cuma itu hari tetiba ada parts dia rusak. Cari punya cari alat ganti dia, tak jugek jumpa. Jadi kena ambik inisiatif akal sendiri la, kasi boleh pakai dengan apa yang ada. Huh.. Berpeluh!
Penapis air yang kedua buatan Korea, tapi nama omputeh. Apala orang Korea ni, takde jati diri betol! Rekonizer ni aku beli dari buah~ati aku. Sanggup ngangkut dari Borneo Bawah Bayu lagi tu.
Bikin pelan-pelan. Almaklum, 'bidang terjun'. Buat benda macam tu pun makan masa satu hari. Hehehe.. Nampak sangat kelas amatur. Tak profesenel langsung..
Nota: Syg, rekonizer awak tak boleh pakai lagi la. Ada 'defect' siket parts dalaman dia. So, kena jadi MatGyver lagi sekali la..
Tak Buleh Tidur La. Layan Kapak Dulu..
OKID - DERITA
buka mata dan lihatlah
insan kecil yang tak berdosa
jadi mainan dan hinaan semua
manusia tiada berpedoman
apakah salah mereka
menjadi mangsa yang terbiar
dia disiksa tanpa rasa simpati
hanya melihat darah merah mengalir ke bumi
sengsarakan terasa
disepanjang hayatnya
tangisan tak bersuara insan yang sekecil itu
merasa peritnya derita ditanggung jua
mengapa dia disiksa
hingga lesu tak bermaya
haruskah kita menyaksikan
penderitaan pada mereka
apa nasib mereka
jika ini masih terjadi
kita sama-sama membantu
melindungi hidup mereka
mereka perlukan perhatian
bukan penyiksaan yang diminta
berikan kasih dan belaian mesra mu
moga diberi petunjuk dan hidayah yang sejati
Tuesday, December 29, 2009
Okeh, Tapi Tak Okeh..
Semua beres.. Tapi ada yang tak beres jugak disebabkan benda tu tak beres. Isssyy.. Apa ni?
Aku pegi Extra Southern City tadi, ada la buat satu benda ni. Memula tu tak buleh buat sebab karen takde. Tapi lepas 1 jam, karen ada semula. Setelah memilih apa yang berkenan di hati, okey la. Tawar menawar, bayar membayar. Semua okeh, tup..tup.. Jadi tak okeh! Patah pulak..
Dah la benda tu susah nak cari kat kedai lain.
"Abis macam mana tokeh?"
"Saya tukar satu baru bagi you. Tapi bagi masa 2-3 hari la. Saya ambik sana KL ma kasi U"
"Okey, aku tunggu. Siap, kasi tepon aaa.."
Try survey henfon. Nak cari SE 'W' serie punye. Aiseh, mahai la pulak.. Mau cari ada 3G punya, tapi banyak yg 3G guna kemera utama jek, takde yang spesifik kemera untuk 3G. Apala.. Abis nak video call guane cara?
Terus ilang mood..
Projek Juta-Juta
Hehehe.. paham-paham jelah yooo..
Monday, December 28, 2009
Aku Nak Slim Kembali
Panduan pemakanan yang aku reka di bawah adalah disesuai guna untuk aku dan buah~atiku sahaja. Selain kami, sila ambil risiko sendiri.
1. Sarapan TAK BULEH miss. Kalau tak berkesempatan, minomlah sekadar nestum atau oat panas. Atau roti. Anggaran waktu sekitar jam 0700 dan 0800 pagi.
2. Ulangi sarapan dengan makanan yang berat dan berkhasiat. Mo man tai..
3. Lunch dengan makanan yang berkhasiat.
4. Ambil makanan ringan seperti kekacang dan buahan pada waktu petang. Prune ke, pisang salai ke~ni antara contoh kudap-kudapan la.
5. Dinner sebelum jam 0700 petang. Tiada makan-makan lagi selepas time ini haa..
6. Setiap makanan yang diambil haruslah berkhasiat, rendah lemak-gula-garam-MSG. Pilih makanan sampingan berserat tinggi dan sayuran, supaya mudah dicerna.
7. Air. 8 gelas sehari kan? Ini panduannya: 1-time bangun tidur pagi, 2-selepas sarapan, 3-in between bfast and lunch, 4-5-6-in between lunch and dinner (peak time), 7-after dinner, 8-before bed. Ngam kan!
(minum air adalah 30 minutes before/after any meal or bed).
8. Bersederhanalah. 'Makan sesudah lapar, berhenti sebelum kenyang.'
9. Didiklah diri sendiri agar 'pandai' berpuasa sunat. Tapi harus diingat, niat kena betul. Amal kerana Allah, bukan kerana nak diet-kuros!
6 Kebiasaan Yang Menggemukkan
"Topik ini direkues oleh buah~ati aku. Kenapa, awak takut gemok? Hehehe.."
Aku pun naik risau bile geng/famili bagitau aku dah gemok. Wei sekelian, aku tak gemok ok! Cuma dah tak slim je..
Aktuali, aku mula dapat 'lelemak' ni semasa 2 bulan berada di KK tahun 2005 dan 2 bulan di Sandakan tahun 2007. Errr.. Dan baru-baru ni di Tawau, juga 2 bulan. Weitt.. Apa kaitan 2 bulan, lokasi Sabah dgn lelemak aku? Emm.. Konpius.
Jadi sebenarnya artikel ni lebih sesuai didedikasikan kepada buah~ati aku dan aku sendirik. Lalalala..
Andaikan kisah ringkasnya begini;
Setiap pagi anda hanya mengambil secangkir kopi menggantikan sarapan pagi, lalu bergegas ke ofis. Waktu makan siang (untuk jimat waktu), pergi ke restoran yang menyajikan makanan segera/ber'MSG' tinggi. Menyantap dengan lahap makanan itu. Oleh karena letih setelah seharian bekerja, maka petang hari saat pulang ke rumah, anda akan melahap makanan enak sebagai pengganti sarapan pagi yang terlewat tadi, lalu duduk di depan TV, sambil menanti berakhirnya aktiviti malam hari. Cara hidup yang demikian sangatlah umum. Tapi apakah anda tahu, cara hidup yang demikian ini dapat membuat orang menjadi gemuk? Jika cara hidup anda benar seperti apa yang disebutkan di atas, maka jika anda menjadi gemuk itu tidaklah menghairankan.
Ni dia tips untuk mudah gemok:
1. Makan makanan besar (pesta)
Di antara kita banyak orang yang disebabkan oleh berbagai macam alasan sering pergi ke undangan makan. Di dalam acara makan lalu sering kali makan hingga sangat kenyang, jika tidak terasa rugi kan? Mereka tidak tahu hal inilah yang dianggap oleh para ahli sebagai faktor penting terjadinya kegemukan. Makanan yang dimabil secara banyak perlu dicerna oleh dan perlu dibuang keluar dari tubuh. Pengambilan makanan yang keterlaluan ini mengakibatkan makanan yang tidak dapat dicerna ni akan ditimbun di dalam tubuh dalam bentuk lemak.
Solusi: Jika anda jenis yang pemakan, lebih baik makan secara kerap dalam jumlah yang sedikit berbading makan sekali atau dua kali tapi dalam jumlah yang banyak.
Alasan: Tubuh sempat mencerna makanan yang diambil secara berdikit, dan kalori mudah terbakar. Jadi tiadalah sisa makanan yang menjadi lemak.
2. Membiarkan diri kelaparan
Di Tiongkok ada satu ungkapan umum, “Satu Kali Pesta Boleh Kenyang Seharian”. Biasanya setelah pesta besar, lalu membiarkan diri kelaparan. Mengapa mengurangi makan juga menjadi satu hal yang buruk? Marilah kita bayangkan bahawa anda sedang terkurung dalam penjara, hanya ketika penjaga itu terpikirkan adanya anda di sana baru memberi anda makan. Maka ketika ada nasi yang dihantarkan untuk anda, apa yang anda lakukan? Makanan itu ditimbun! Kerana anda sama sekali tidak mengetahui bahwa lain kali akan lewat berapa lama waktu lagi anda baru mendapatkan makanan lagi. Prinsipnya sama, jika anda seringkali pesta besar makan minum, hal tersebut secara langsung membuat kita menjadi gemuk.
3. Gula dan kafein
Memakan makanan yang mengandung gula terlalu tinggi boleh meningkatkan kadar gula darah dalam tubuh. Hal tersebut boleh mendorong tubuh menghasilkan terlalu banyak insulin yang memiliki pengaruh negatif bagi metabolisme tubuh. Pengaruh negatif semacam ini dimanifestasikan dengan adanya timbunan lemak yang lebih banyak dalam tubuh, dan semakin menjadi sulit untuk dibakar.
Pengaruh kafein dalam tubuh sama seperti gula, sama-sama bisa meningkatkan gula darah, mengurangi kecepatan terbakarnya lemak. Maka, jika anda ingin mengurangi kegemukan, lebih baik anda hindari gula dan kafein.
4. Tidak makan sarapan pagi
Sarapan pagi sangatlah penting bagi kita, hal ini dapat membantu menggerakkan metabolisme dalam tubuh. Setelah makan pada anggaran jam 0800 pagi, lemak dalam tubuh bisa dibakar dengan cepat. Jika kali pertama makan dalam satu hari ini diabaikan, metabolisme dalam tubuh bisa mengalami gangguan, maka akibatnya bisa anda bayangkan.
5. Makan terlalu cepat
Perlu anda ketahui, kenyang atau belum kenyangnya kita bukanlah usus dan tembolok yang memberitahu anda, ianya dari otak anda yang mengeluarkan signal. Tetapi, signal yang disampaikan tubuh ke otak mengalami kelewatan anggaran 20 minit. Dengan kata lain, kenyataannya adalah pada saat anda sudah kenyang, setelah 20 minit anda baru merasa kenyang. Semakin cepat anda makan, semakin banyak pula makanan yang anda makan, kerana anda sama sekali tidak memberikan kesempatan pada otak untuk memberitahu anda bahwa anda sudah kenyang. Maka, makanan seharusnya dikunyah dan ditelan secara perlahan.
6. Tidak cukup minum air
Metabolisme memerlukan kadar air untuk membakar lemak, maka dari itu, jika tidak cukup minum air, juga bisa menyebabkan orang menjadi gemuk. Pada situasi yang normal, seseorang paling sedikit harus minum 8 gelas air dalam sehari.
Notas;
- Bersederhanalah dalam apa jua perkara.
- Tiada fakta dikenalpasti berkaitan kurang tidur menyebabkan kegemukan. Kalau tidur siang, yes!
- Cuma mungkin ada kaitan antara rehat dan metabolisma tubuh. Rehat cukup = metabolisma tubuh aktif.
Sunday, December 27, 2009
Itu Dan Ini. Cenggitu Ke Cenggini?
Pelbagai perkara bermain di fikiran. Lepas satu, satu lagi difikirkan.
Okeh. Untuk sementara, kita letak dulu benda-benda tu di sebahagian ruangan dalam kepala hotak. Bukan untuk dilupakan.. Tapi untuk memberi laluan kepada perancangan jangka pendek dulu.
RAM kecik, input banyak. Kalu processor tak boleh urus dengan baik, mau 'hang' nanti..
Almaklum, aku membesar dalam zaman Pentium MMX 166MHz je.. Kasi pelan-pelan kayuh.
Okeh. Untuk plan esok adalah menguruskan apa yang perlu diurus pada setiap hujung/awal bulan.
Antaranya: Langsaikan bil CC, bil henfon/broadband, sewa rumah KL, jariah pada mak/bapak dan famili, bla.. bla.. bla..
Itu semua memerlukan ongkos.. Ya ongkos! Kasi tengok kawanku sat. Itu 'barang' kompeni dah kasi masok belom. Ini sudah tiba masa-time dia kasik masuk ni.. Sekitar 27/28 haribulan. Hehehe.. Camni la makan gaji. Sentiasa mengharap pada orang untuk sesuap nasik.
Aku mendambakan kehidupan seperti Rasulullah (S.A.W.) dalam mencari rezeki. Berniaga dan menggembala kibash. Bestnyee...
Haaaatoi.. Duit beli rekonizer dgn buah-ati aku pun aku blom bayar!
"Sori ye darling. Bukan terlupa, tapi saje-saje buat lupa"
"Apa darling-darling. Ingat kita ni terenggiling?" - Haa, camtu la dia jawab bile aku panggil dia darling.
"Yelah..."
Try skodeng sana sini pasal kursus agro jangka pendek kat dalam sesawang. Manalah tau kalau ada rejeki!
Saturday, December 26, 2009
Pantai Yang Hujan
Aku meng'imajinasi'kan pantai itu agak besh, tp ropanya cuma besh biasa.
Halamak, ujan lebat pulak!
Kalu tak ujan, masuk air basah jugak. Kena ujan pun basah jugak. Jadi.. Keputusan di tanganmu.
"Saya kunci jawapan pilihan saya. Terjunnnn..."
Aksi pantai berakhir jam 0230 petang. Masing-masing nak balek. Famili Abg War membawa haluannya terus ke Pahang.
Yang tinggal, terus membuat pelbagai plan.
"Balik lalu Sedili yok! Manalah tau ada ikan baru naik laut."
Perjalanan melalui jalan persisir pantai. Tg. Leman - Sedili Besar - Mutiara Motor - Tg. Balau - Desaru - Bandar Penawar.
Lama tak singgah Masjid Jamek Bandar Penawar. Kami menjama'kan sahaja Zohor utk dibawa ke asar.
"Kami ambik bonjrot bubur asyura nya ya tok siak."
Balek...!
Sampai rumah, hidung mula srot.. srot.. srot.. Bleed ingus. Padan muke aku!
Friday, December 25, 2009
Famili Ku
Emm.. Kan ada dlm berita baru-baru ni menyatakan bahawa berhenti daripada mengambil makanan hasil laut, kerana dikhuatiri sumber laut yang diimport dari Thai tidak selamat disebabkan wabak taun.
Tempoh hari dah pegi klinik untuk pemeriksaan dan ambil ubat. Hari ni cadang nak pegi rumah Embah Nyai kat Masai utk berubat. Dukacita, embah dah "outstation".
Jadi habiskan masa dekat runah Abg J aje.
Ada bincang-bincang siket untuk plan hari esok.
So, nak tau apa yang diperbincangkan? Tunggu esok la..
Hari Asyuraa'
Hari Asyuraa’ berasal daripada perkataan ‘Asyara’ yang bermaksud kesepuluh atau merujuk kepada hari yang kesepuluh dalam bulan Muharram. Sementara hari yang kesembilan daripada bulan Muharram dikenali sebagai Hari Tasua’ (kesembilan).
Pada awal Islam, Hari Asyuraa’ adalah merupakan hari yang cukup dimuliakan dan diwajibkan bagi orang-orang Islam untuk berpuasa padanya hinggalah turunnya perntah berpuasa fardhu pada bulan Ramadhan maka hukum berpuasa pada Hari Asyuraa’ bertukar kepada Sunat Muaakad. Namun, sebahagian sahabat masih kekal melaksanakan puasa pada hari tersebut mengenangkan kelebihan dan keistimewaan hari tersebut berdasarkan banyak nas-nas daripada Hadith Rasulullah SAW.
Nas-Nas Berhubung dengan Hari Asyuraa"
';
1. Daripada Abdullah Ibni Abbas berkata: Telah menyuruh Rasulullah S.A.W. supaya berpuasa pada Hari Asyuraa’ pada hari kesepuluh pada bulan Muharram.
2. Daripada Abu Qatadah, bahawasanya Rasulullah S.A.W. bersabda:Berpuasalah pada hari Asyuraa’ bahawasanya aku berharap diatas Allah S.W.T bahawa ianya (berpuasa itu) dapat mengkifaratkan segala dosa pada tahun yang lalu.
3. Biasanya Bangsa Quraish berpuasa pada Hari Asyuraa’ sejak zaman jahiliyyah, juga Rasulullah S.A.W biasa berpuasa di Makkah dan kemudian selepas berhijrah ke Madinah, dan telah turun perintah wajib berpuasa pada bulan ramadhan maka Nabi S.A.W bersabda: Saya dahulu telah menyuruh kamu sebagai perintah wajib berpuasa Asyuraa’ dan kini terserah siapa suka berpuasa dan yang tidak suka boleh meninggalkannya.
Dan banyak lagi nas-nas yang menunjukkan kelebihan untuk berpuasa pada Hari Asyuraa' ini.
Cara untuk berpuasa pada Hari Asyuraa’;
Puasa Asyuraa’ pada awalnya dilakukan oleh Rasulullah sendirian dan tidak diperintahkan kepada sahabat-sahabat untuk melakukannya ketika baginda masih berada di Mekah, namun selepas penghijrahan baginda ke Madinah baginda telah meneruskan puasa tersebut dan turut memerintahkan para sahabat untuk mengerjakannya sehinggalah turunnya perintah untuk berpuasa pada bulan Ramadhan maka hukum berpuasa pada Hari Asyuraa’ dimansuhkan.
Hari Asyuraa’ sebenarnya bukan sahaja disambut oleh orang Islam namun dalam masa yang sama golongan Kristian dan Yahudi turut mengagungkan hari tersebut kerana terdapatnya peristiwa-peristiwa penting yang berlaku pada hari tersebut. Sepertimana yang dinyatakan dalam hadith: “Daripada Ibn Abbas R.A. berkata: ketikamana sampai Rasulullah S.A.W di Madinatul Munawwarah maka bagida dapati golongan Yahudi berpuasa pada Hari Asyuraa’ maka bersabda Rasulullah S.A.W.kepada mereka : Hari apakah ini yang kamu berpuasa?
Maka mereka berkata (yahudi): Hari ini adalah hari yang besar bagi kami, dimana Allah S.W.T. telah selamatkan Nabi Musa A.S. dan kaumnya dan menenggelamkan Firaun bersama kaumnya ke dasar lautan, maka berpuasalah Musa kerana bersyukur maka kami pun berpuasa.
Maka bersabda Rasulullah S.A.W: Sekiranya begitu kamilah yang lebih berpuasa daripada kamu maka berpuasalah Rasulullah S.A.W dan menyuruh sahabat-sahabatnya untuk berpuasa.
Rasulullah S.A.W telah mengajar umatnya untuk berpuasa pada hari yang sepuluh pada bulan Muharram dengan tidak melakukannya sendirian namun turut berpuasa juga pada hari yang kesembilan atau hari yang kesebelas atau ketiga-tiga hari tersebut bagi mengelakkan meniru puasa orang yahudi yang berpuasa hanya pada 10 Muharram.
Sebenarnya berlaku khilaf dikalangan ulama dalam menentukan tarikh sebenar Hari Asyuraa’ samada hari kesembilan atau hari kesepuluh.Namun mengambil sikap cermat dalam melakukan ibadah dengan berpuasa pada kedua-dua hari tersebut adalah terlebih baik agar kita tidak terlepas daripada mendapat kelebihan yang ada pada hari Asyuraa’ tersebut. Selain berpuasa kita juga dituntut untuk memperbanyakkan amalan-amalan yang lain sepanjang Hari Asyuraa’.
Thursday, December 24, 2009
Kisah 4 Lilin
Suasana begitu sunyi sehingga terdengarlah percakapan mereka;
Yang pertama berkata: “Aku adalah Damai.” “Namun manusia tak mampu menjagaku: maka lebih baik aku mematikan diriku saja!” Demikianlah sedikit demi sedikit sang lilin padam.
Yang kedua berkata: “Aku adalah Iman.” “Sayang aku tak berguna lagi.” “Manusia tak mau mengenalku, untuk itulah tak ada gunanya aku tetap menyala.” Begitu selesai bicara, tiupan angin memadamkannya.
Dengan sedih giliran Lilin ketiga bicara: “Aku adalah Cinta.” “Tak mampu lagi aku untuk tetap menyala.” “Manusia tidak lagi memandang dan mengganggapku berguna.” “Mereka saling membenci, bahkan membenci mereka yang mencintainya, membenci keluarganya.” Tanpa menunggu waktu lama, maka matilah Lilin ketiga.
Tanpa terduga…
Seorang anak saat itu masuk ke dalam kamar, dan melihat ketiga Lilin telah padam. Karena takut akan kegelapan itu, ia berkata: “Ekh apa yang terjadi?? Kalian harus tetap menyala, Aku takut akan kegelapan!”
Lalu ia mengangis tersedu-sedu.
Lalu dengan terharu Lilin keempat berkata:
Jangan takut, Janganlah menangis, selama aku masih ada dan menyala, kita tetap dapat selalu menyalakan ketiga Lilin lainnya:
“Akulah HARAPAN.”
Dengan mata bersinar, sang anak mengambil Lilin Harapan, lalu menyalakan kembali ketiga Lilin lainnya.
Apa yang tidak pernah mati hanyalah HARAPAN yang ada dalam hati kita….dan masing-masing kita semoga dapat menjadi alat, seperti sang anak tersebut, yang dalam situasi apapun mampu menghidupkan kembali Iman, Damai, Cinta dengan HARAPAN-nya!
Nota: Semoga aku dan kamu beroleh pengajaran.
Wednesday, December 23, 2009
Bercuti.. Tapi Berkerja. Kau Memang Berdedikasi
Weii.. Tapi nape aku gi ofis ni?
Hahaha.. Tula ciri-ciri staf yang penuh rasa tanggung jawab dan berdedikasi. Eksen..
Tapi sebenornye idok gitu. Tanggung jawab ada la. Tapi atas kerja yang sepatutnya di serahkan semenjak semalam lagi. Kah kah kah.
Padan muke, balik lambat lagi..
Haicesss.. Bos dah mintak aku bagi sebelum start cuti.
"Baik bos.. Yes bos.."
Tapi last-last aku buat bodo.. Ngobrol.. Ngobrol.. Dan terus ngobrol. Dulikkk.. Janji hati senang!
Terlalu banyak isu yang perlu diperdebatkan bersama rakan-rakan seperjuangan. Apatah lagi selepas berlangsungnya meeting 'genting' hari Isnin tempoh hari.
Terrrrrrrlalu banyak penolakan...
Rebel.. Rebel my fren...!
Tuesday, December 22, 2009
Marilah Pergi.. Pergi Bercuti.
"Ada 6 hari lagi. 2008 punye.. Kenapa?"
"Okeh, saya langsai semua belen cuti tuh!"
Biar betul kau..
Isyy.. Apa yang tak betulnya. Daripada cuti tu burn gitu-gitu je baik aku ambik setel semua. Lepak-lepak kat kampong lagi baik.
Aku kira-kira, mula dari 23.12.09 sampai 03.01.10, jumlah hari berehat aku ada 12 hari. Fuhh, Puas-puas..
Ada la perancangan yang terfikir untuk dilaksanakan sepanjang cuti tu..
Hari ni, takde apa yang lebih menarik untuk dilakukan semasa di ofis selain 'ngobrol'. Hahahaha...
Monday, December 21, 2009
Meeting Oh Meeting
Dipengerusikan oleh bos audit sendiri, meeting yang dimulakan jam 0900 pagi bertempat di tingkat 3 bangunan SINGER.
(Isi kandungan meeting, malas aku nak ulas). Tuntutan ke arah improvement, improvement, improvement..
Kepala naik puyeng disebabkan terlalu banyak input yang disogok ke dalam kepala hotak melalui dua lubang telinga yg kecik. Emmmph..
Tambahan pulak dgn mata yg tak cukop tidor. Rasa lalok semacam je.. Bayangan bantal dan lembek sering menjelma.
Kalaulah aku ada drebar sendiri..
"Bang supir, antar saya balik villa Bukit Angkasa belakang The Spehere ye.. Haa, di belakang RTM Angkasapuri tu."
Kan best gitu. Takde la aku terpaksa belalak kan lagi mata ngadap jalan jem Federal Hiway tu. Letih..
Sampai depan pintu tingkat 11 tu, baru perasan yang aku lupa pulak bawak kunci rumah/bilik (yang tertinggal dalam kereta). Kena turun balik la. Arghhh.. Hampas nyior betul la aku!! Hehehe.
Time ni aku rasa teringin sangat nak jumpa orang pertama yang mula-mula cipta lif. Aku nak ucap tengkiu dan nak pelawa makan roti canai atas sebab jasanya mencipta benda lif tu. Kalau tak, naik berbuah la betis.
Ohhh.. Rindunya aku pada kau wahai bantal dan lembek ku. Drama zzzz bermula semula.
Nota: Tengkiu buah atiku, tolong kejutkan untuk bangun mandi di lewat malam.
Best la awak ni, boleh buat jam loceng..
Dari Sungai Mas ke PJ, Satu Perjalanan..
Jam 0145 pagi baru jalan. Keadaan perjalanan insyaAllah selamat dan lancar. Cuma terlewat sampai. Tak seperti selalu, jam 0545 pagi biasanya aku dah sampai di masjid UM utk standby solat suboh. Tapi kali ni, solat subuh, kami di RnR Seremban jam 0615 pagi. Lawat? Memang la..
Ohh ye, aku berenti zzz kejap kat Hentian Pedas/Linggi. Ngantuk sangat bah.. Tu la pasal, lewat! Alasanku lagi.. Lalalala.
Sesampai PJ sekitar jam 0730 pagi. Brush gigi sat, tepi kereta je.. Pedulikkk, aku punye suke!
Dan lagi helo-helo dengan my sweetheart si buah ati. Tengkiu my dear, kasi cerah aku punye mata.
Sarapan dan terus masok ofis utk agenda berikutnya.
Bersambung nanti..
Sunday, December 20, 2009
Berehat.. Berehat.. Berzzzz.. Heheh
La ni aku nak tido dulu, berehat. Jam 0100 pagi nak bertolak balik ke KL. Esok pagi-pagi ada audit meeting & workshop di HQ-PJ.
Hairun kata dia nak ikut. Ada urusan di UM katanya.
Huarghh.. Minta diri dulu!
Berpagi2 Itu Elok
Cumanya aku belum dapat ruh tahajud yg sebenar-benarnyanya. InsyaAllah, aku akan pujuk diriku utk terus berusaha. Sedikit demi sedikit. "Alon-alon".
Sunyi senyap je pagi ni. Rintik2 hujan/embun juga mula turun membasahi bumi. Tik.. Tik.. Tik..
Emm...
Dan alam pun turut berzikir.
Friday, December 18, 2009
Cerita Jalan-Jalan
Haaa.. hari ni kita pegi dekat2 je. Bandar Kota Tinggi.
Tujuan utamanya ialah nak beli spring kereta wira aku a.k.a. bapak aku (aku numpang pakai je) ~ almaklumlah, duit tak cukup2 dari dulu nak beli kereta sendiri. tengokla nanti klu dah cukop duit, keretapi KTM tu aku beli!
Aku tengok spring kereta aku mcm masih ok je. Itu fizikalnya..
Try ko bawak jln tak rata.. Srot.. Srot.. Mudguard nyagat tayar. Hehehe, alasan kemut duit!
Last2 bukan spring je yg dibeli. Trottle body punya barang punya dalam, ntah hapa nama dia tu. Air beteri.
Last2 spesel rekues dari mak aku.. Jom pegi supermarket yg baru tu..
Hehehe, alalala mak aku. Nak pegi Econsave.
Nah kau shopping.. Separuh troli.
Lantok ler...
Last2 balik, maghrib jugak la.
Setiap Kekurangan Ada Kelebihannya (Kisah Tempayan Yang Retak)
Si tukang air hanya dapat membawa satu setengah tempayan air ke rumah majikannya. Tentu saja si tempayan yang tidak retak merasa bangga akan prestasinya, kerana dapat menunaikan tugasnya dengan sempurna. Namun si tempayan retak yang malang itu merasa malu sekali akan ketidak sempurnaannya dan merasa sedih sebab ia hanya dapat memberikan setengah dari jumlah yang seharusnya dapat diberikannnya.
Setelah dua tahun tertekan oleh kegagalan pahit ini, tempayan retak itu berkata kepada si tukang air, "Saya sungguh malu pada diri saya sendiri, dan saya ingin mohon maaf kepadamu.""Kenapa?" tanya si tukang air, "Kenapa kamu merasa malu?""Saya hanya mampu, selama dua tahun ini, membawa setengah jumlah air dari yang seharusnya dapat saya bawa kerana adanya retakan pada sisi saya telah membuat air yang saya bawa bocor sepanjang jalan menuju rumah majikan kita. Kerana cacatku itu, saya telah membuatmu rugi." kata tempayan itu.
Si tukang air merasa kasihan pada si tempayan retak, dan dalam belas kasihannya, ia berkata, "Jika kita kembali ke rumah majikan besok, aku ingin kamu memerhatikan bunga-bunga indah di sepanjang jalan."Benar, ketika mereka naik ke bukit, si tempayan retak memerhatikan dan baru menyedari bahawa ada bunga-bunga indah di sepanjang sisi jalan, dan itu membuatnya sedikit terhibur. Namun pada akhir perjalanan, ia kembali sedih kerana separuh air yang dibawanya telah bocor, dan kembali tempayan retak itu meminta maaf pada si tukang air atas kegagalannya.
Si tukang air berkata kepada tempayan itu, "Apakah kamu memerhatikan adanya bunga-bunga di sepanjang jalan si sisimu tapi tidak ada bunga di sepanjang jalan di sisi tempayan yang lain yang tidak retak itu. Itu kerana aku selalu menyedari akan cacatmu dan aku memanfaatkannya. Aku telah menanam benih-benih bunga di sepanjang jalan di sisimu, dan setiap hari jika kitaberjalan pulang dari mata air, kamu mengairi benih-benih itu. Selama dua tahun ini aku telah dapat memetik bunga-bunga indah itu untuk menghias meja majikan kita. Tanpa kamu sebagaimana kamu ada, majikan kita tak akan dapat menghias rumahnya seindah sekarang."
Moral:
Setiap dari kita memiliki cacat dan kekurangan kita sendiri. Kita semua adalah tempayan retak. Namun jika kita mahu, Tuhan akan menggunakan kekurangan kita untuk menghias-Nya. Di mata Tuhan yang bijaksana, tak ada yang terbuang percuma. Jangan takut akan kekurangan kita. Kenalilah kelemahan kita. Ketahuilah, di dalam kelemahan kita, kita menemui kekuatan kita.
Maal Hijrah 1431
Moga2 setiap azam yg diangankan akan terlaksana, insyaAllah.
Ye.. Mari nyanyi nasyid Maal Hijrah sama2. Terasa mcm zaman sekolah dulu2..
Thursday, December 17, 2009
Letih Ke? Biasak Arrr..
Pagi jam 0630 pagi, siap2 untuk berangkat pergi. Ehh.. Mak, bapak ngan Hairun pun nak ikut? "Mentil" atau "klayu" kata orang Jawa.
Kenapa bertolak awal sangat ni?
Wei2 lu ingat Batu Pahat tu dekat sangat ke? Jauh la beb.. Berapa KM ntah. Lupe nak set kilometer.
Meeting start jam 1000 pagi. Aku sampai jam 1015 pagi. Biasak arrr.. Janji Melayu.
Tapi for d'info, aku bukan Melayu haaa.. Aku Jowo! Hak hak tuih..
Diskusi, kalau dgn Regional Manager yang cina sorang ni, memang selalu gaduh. Saje nak test market aku la tuh! Sori, gua buat kerja gua. Lu nak test market ke, nak test power ke.. Ini Adi, tada takut punye worang!
Lu nak test power.. Test kat trek la!
Makan tengah hari kat TCRS BP Mall. Apa TCRS? Ntah.. Hehehe.
Abis makan2, try pusing2 window shopping. Masok Dockers Boutique, ingatkan ada Y.E.S., ala xdok la! Semua pun mahai2. Genggini, baik aku blah!
Survey sat laptop utk Maming. Harga semakin merudum rupanya.. Besh2.
Aku nak gi Mersing lah. Sewa dan kunci chalet belum bagik lagi. Ada lalu Kluang. Weit, jim singgah Stesen keretapi, pekena kopi sama ruti bakor? Sekali tutup daa...
Pas bayor sewa chalet bagai.. Singgah le masjid Kg. Tenglu Laut, jam 0645 ptg suda. Sat lagi nak baca doa akhir tahun.
Lps Maghrib, bertolak balik. Makan di mana? Jom pekena restoran Bidara...
Kat mana tu? Alah.. Lalu jalan dalam (Sri Pantai ngale kem tentera Iskandar). Alang2 sampai sini kasi jalan sampai ujong. Tengok abg askar jadi jaga kat pintu kem. Baru aku Tau kem Iskandar ni utk Gerak Khas punye askar. Oooooh...
Balik, mata dah mule ngantok.
Aku kalu mata ngantok time mandu, suke layan speed. Kena pulak jalan bengkang bengkok mcm ulor kena palu, besh2.. Layan 9-6.
Huarghhh... Sampai rumah jam 1030. Woitt.. cepat plak kali ni sampai (Mersing-Sg. Mas). Sejam?? Hehehe.. Errr.. Biasa 1 jam 45 menit. Mana aku gi buang 45 menit lg tu? Oooo.. maybe kat selekoh2 cecah telinga tadi tuh..
Tido la wei...
Wednesday, December 16, 2009
Nyaris-Nyaris..
1. Aku tak dapat siapkan audit report utk dibentangkan pada meeting esok. Lepas siap segalanya pada petang tadi, aku mencari kedai untuk photostat, tapi semua tutup la.. Adoyaii..
Terpaksalah pergi bandar penawar (15 km dari rumah). Ni aku baru balik dari photostat la ni..
2. Kerana terlalu "lagho" (lalai) pada kerja tu semua, aku hampir terlupa tanggungjawab ku pada Allah. Ampun kan daku ya Allah..
3. Alalala, aku dah mandi ke blom? Yelah.. Aku g mandi.. Nyaris...
4. Lupa nak makan dan minom. Asyik sangat ngadap Macbook nak siapkan kerja sebelum kedai photostat tutup. Huhuhuu...
Tapi takpelah. Isu nyaris-nyaris dah tak timbul lagi. Sebab.. Semuanya beres sudaaa....
Alhamdulillah.
Tuesday, December 15, 2009
Lesu Berpanjangan
Dan lagilah tlg mak panggang ikan keli pakai bara kayu kat belakang rumah.
"Nak masak apa ni mak?"
"Gethek"
(Sorila, cuma org jawa je bole sebut dgn sebutan yg betol. Aku pun tak reti nak eja-kan macam mana).
Gini cara resepinya;
- Ikan keli disiang mcm biasa, cuci bersih.
- Panggang atas bara arang ke, kayu ke. Tapi jgn guna dapor gas atau oven. Tak jadi! Sbb kita nak bau hangit asap tu.
- Pastu, sediakan santan kelapa.
- Kencor (org melayu kata cekur). Bawang merah. Bawang puteh. (Bawang tu klu dibakar lagi besh). Kasi tumbuk aaa..
- Bubuh sekali bahan ditumbuk tu dgn santan tadi. Masak sekali, tapi jgn sampai mendidih. Suam2 kuku suda.. Bubuh garam/gule secukop rasa. (Org jawa masak apa2 pon memang ada kasik gule siket!).
- Pastu patah2kan ikan keli tadi dgn tangan (baru ada seni). Jangan potong guna pisau atau geraji, nanti tak jadik! Haa.. Buboh dlm santan tadi.
- Godeh2 siket, mati api, siap dan hidang. Badok dgn nasik la, apelagi.. Omm nom nom nom..!
Asar bawak ke malam, mula lah.. Seram sejuk semula. Selera mkn pun kurang, tak seperti biasa.
Audit report untuk Mersing pun masih tak siap2 lagi. Semacam ada sesuatu yg memberatkan semangat aku untuk terus berusaha. Takde mood manjang...
Macbook aku ni, aku rasa dari dua hari lepas pun tak off lagi. Mujur Macbook.. Kalu PC Windows tak tau la.. (hehehe.. Berlagak!). Nape tak off2? Tulah, aku ingat nak buat kerja. Tapi bile ngadap bahan kerja jek, teros ilang mood. Apesal..
Nota: Pagi tadi dpt chat kejap je dgn buah hati, bateri laptop abis katanya (kebetulan di sana terputus bekalan elektrik).
Rindu aku semakin kuat.. Aduhhhh....
Toner Oh Toner
Fulus je takdok nak beli katrij dia. Mahal sehhh...!
Itu hari ada tanye kat kedai jual barangan komputer kat Segamat. Kalau katrij ori RM270. kalau OEM RM260. Alalala, mahai-nyeee....
Jeng-jenggg.. Ada la hamba Allah nama Even (bini John-shop manager Singer Mersing) offer kat aku toner murah. Aitt.. sahlah cerita2 tak pasti sebelum ni tentang katrij laserjet yg boleh di-refill dah pun jadi pasti. Dia kata kenalan/supplier mesin potostat dia kat Batu Pahat ada jual toner nih.
Cantek sangat la tu!
"Even, kalau U ada pegi BP, I kirem toner ye. Berapa sebotol?"
"RM30 aje. Takpe la U pakai yang belen I punye dulu"
"Berapa jual?"
"Ambik la RM10. Boleh guna refill banyak kali woo.."
"Ye ke? Cantek.. Nah 10 hengget!"
Aktuali, toner ni sesuai-pakai kat model ML1710. Tapi Even kata boleh pakai kat aku punye model printer.
Aku kasik try ajela. Bukak 2 skru je. Tuang molek2 kat bracket dia. Done!
Hahaha.. Boleh pakai buat print sudaaa!
Kesimpulan: RM270 - RM10 = RM260. Hua.. Hua.. Hua.. Pakcik Kayooo!!!
Monday, December 14, 2009
Gigil..
Aku mmg malas nak makan2 ubat2 ni. Lebih2 pon tonggak air masak bynk siket. Takpon, tonggak 100 plus.
Ya Allah, semoga demam/sakit ku ini membawa makna kpd ku. Gugurkanlah dosa2 ku ya Allah. Sedarkan diriku utk lebih taat kpdMu.
Mungkin ini ujian bagiku. Ujian dlm tempoh aku berpuasa pula.. Allahu Akbar!
Aku Demam (2)
Semalam pun dah rasa lain macam, tapi mengenangkan tanggungjawab nak bawak mak dan bapak ke jemputan kahwin di Pekan Nenas (jemputan Cik Haron blkg rumah), terpaksa aku gagahkan.
Pagi ni rasa tak berdaya sgt nak berangkat kerja g Mersing. Mungkin aku ambik cuti MC aje..
Notas:
- Pikiran aku tambah celaru. Mana nak pikir pasal kerja, pikir pasal buah hati yg merajuk, telefon si dia tak dpt2, demam tambah kronik, bos tanye bile nak discussion, aduh...
- apa khabar si Kerol(member sekerja) yg sedang menghadapi dugaan di ambang perkahwinan?
- doa aku buat kamu semua, moga sukses.
Sunday, December 13, 2009
Pontian, Suatu Perjalanan
Hehehe.. Camni la aku klu ada masa free. Sentiasa tak free. Tapi aku suke mcm ni. Daripada abiskan hjg minggu duduk rumah tengok rancangan TV berbayar punye Ananda Krishnen, baik aku buat bakti. Baiklah aku tambah2 bakti pada famili sendiri..
Kat majlis tu jumpa la aku dgn kwn lama, yg mana dia juga adik kpd pengantin. (Nazri anak Wak Haron belakang rumah). Ucapan takziah aku utk dia. Anak mereka yg baru berusia 3 bulan, telah pun dijemput Allah.
Dah kenyang membadok nasik minyak, try pusing2 bandar Pontian cari cendol mamak. Ada jumpa kat medan parking tepi laut. Tapi tak sesedap dulu la..
"Ok pak, pasni nak g mane pulak?"
"Jom pegi Parit Mekassar, rumah paman ko"
"Jom aje..."
Dulu Paman Shahrol ni menghabiskan masa kerjaya dia di KL dan Selangor. Menetap lama di area Selayang. So, bila dia bersara, balik kampong la. Benut.. Buat rumah gadang, kerja kebun, bela ayam. Mcm tu la agaknya bile seseorang menempuhi alam persaraan.
Jadi bila dia dah balik Johor ni, rajin la bapak aku berziarah. Tambahan pulak kampong mak dekat2 area itu je, Parit Mokhayat Ayer Baloi. Kebun bapak pun ada situ..
Nyambil2 ambik hasil bulanan sawit..
Balik rumah, badan aku rasa semacam semula. Seram sejok. Perut memulas..
Nota: Bestnye ada bini. Syggg.. Tlg picit kepala abg. Hehehe. Kemaruk siyot...
Oh mama, saya mau kawin..
Keletihan Banget.. Macam Nak Demam Daa..
Kenapa lewat sgt??
Gini.. Smlm lepas beres semuanya, kami bertolak balik jam 1530 petang. Jln pelan2. Kereta pun tak leh bwk laju. spring absorber depan dah lembut. Kena jalan tak rata je, mudguard sagat tayar.. Srot.. Srot.. Bunyik dia. Kesian la tayar tu..
Aicesss.. Meter minyak petrol tak berfungsi pulak. Camne nak tau minyak dah nak abis ke blom? Ada2 je kereta buatan Malaysia ni.. (sambil kepala hotak membayangkan Alphard. Huhuu..).
Jam 2000 mlm, ada kat area Mersing. Jom singgah chalet Tenglu. Mujoq bwk kunci..
Badan pun dah naik lesu. Dari kat Rompin lagi tadi dah menyangap mcm badak air!
"Wei korang mandi dulu la, aku nak selelap-dua. Zzzzz...."
...
...
... Mandi2, solat2,..
...
...
Kita ngeteh dulu kat warong dpn chalet.
"Bang, mtk kopi jantan susu siket." Kasi biar powerrrr...!
Jam 2230 mlm, teruskan perjalanan. Singgah 7-11, beli bekal kopi BOSS! Hahaha.. Kasi tambahan power!
Tuuu dia, sampai rumah jam 0030 pagi. Mak aih! Mcm nak tercabut pinggang. Best nye klu dah berbini. Boleh mtk tlg urut..
Teros tido la.. apelagi!
Notas:
- Haicess.. camne org Pelangai tau kesah chinta aku. Haaa.. Ni takde org lain, Kak Ma lah orgnye! Bile? Bile? Bile? Aku jwb selamba.. InsyaAllah.
- Kira2, aku memandu utk hari ni dah amik masa kurang lebih 15 jam! Haatoiii... patot rasa semacham.
- Tersedor dari tidur. Badan rasa tak sedap. Macam nak demam. Menggeliat siket...
Arghhhh... Kaki kremmm... Adoi la makkk!
- Tak boleh tidur suda.. Betis keras mcm tiang kisi2!
Up entry sat...
Saturday, December 12, 2009
Mata Kuyu, Semangat Layu.
Tahniah utk Najjah dan Amy.
Okeh, sebelum bertolak, aku kasi up satu entry. Sebagai bukti yg aku boleh bangun awal pagi.
Saje je buat ayat cenggini.. Sape lg yg nak puji klu bukan diri sendiri.
"Masuk bakul Agkat Sendirik?" Dulikkk...
Baju spare beres..
Spenda beres..
Kain pelekat beres..
Kondisi kereta beres..
Semangat, emm arrr aaa..
InsyaAllah, semuanya beres bah!
Ya Allah, selamatkan dan sejahterakan lah perjalanan kami. Selamat pergi dan selamat kembali. Amin..
Nota: Perjalanan mengambil masa 6 jam plus-plus! Alon2. Ikot jalan dalam. Sg Mas-Mawai-Mersing-Rompin-Muadzam-Keratong-Bera-Teriang-Pelangai. Jalannya penuh liku, tapi dekat siket.. Jimat
Friday, December 11, 2009
Kalau Ikutkan Perancangan..
Kalau ikutkan perancangan, hari ini aku nak kenalkan si dia kepada mak bapak aku.
Kalau ikutkan perancangan, hari ini akan terukirlah satu lagi kenangan indah antara kami.
Kalau ikutkan perancangan, hari ini kami melangkah setapak lagi kehadapan dlm perhubungan ini.
Kalau ikutkan perancangan, esok kan ku bawa mereka semua ke Pelangai, jumpa dgn saudara mara di sana. Terutama Kak Ma la..
Kalau ikutkan perancangan, seminggu kehadapan aku akan temankan si dia utk mengambil kursus di sini.
Kalau ikukan perancangan, si dia akan menghabiskan masa seminggu bersama di sini.
Namun..
Namun, manusia hanya mampu merancang. Segala ketentuan takdir di tangan Allah jua. Aku mesti berkeyakinan bahawa.. Ada hikmah di sebaliknya..
Tido.. Tido.. Kasi Rehat Gua Punya Badan.
"Mak, besok nak btolak pukoi berapa?"
"0300 pagi!"
"Haaaa..."
Tido la tidoooo...
Aku..
1. Aku harus siap menghadapi hidup ini. Apa pun yang terjadi hidup di dunia ini hanya sekali. Aku tidak boleh gagal dan sia-sia tanpa berguna.Tugasku adalah menyempurnakan niat dan ikhtiar. Segala yang terjadi aku serahkan kepada Allah Yang Maha Tahu, yangterbaik bagiku.
Aku harus sedar yang terbaik bagiku menurutku belum tentu yang terbaik menurut Allah s.w.t. Bahkan, mungkin aku menuruti keinginan dan harapanku sendiri.
Pengetahuanku mengenai diriku atau apa pun amat terbatas sedangkan pengetahuan Allah menyelimuti segalanya. Dia tahu awal, akhir dan segalanya.
Sekali lagi betapa pun aku amat menginginkan sesuatu, tetapi hatiku harus ku persiapkan untuk menghadapi kenyataan yang tidak sesuai dengan harapanku. Kerana mungkin itulah yang terbaik bagiku.
2. Aku mesti reda dengan kenyataan yang terjadi. Bila sesuatu terjadi, inilah kenyataan dan episod hidup yang harus aku jalani.Aku harus menikmatinya dan aku tidak boleh larut dalam kekecewaan berterusan. Kecewa dan sakit hati tidak akan merubah segalanya selain membuatkan diriku sengsara.
Hatiku mesti menerima kenyataan, namun tubuh serta fikiranku harus tetap bekerja keras mengatasi dan menyelesaikan masalah ini.
Apabila nasi sudah menjadi bubur, aku harus mencari ayam, kacang, bawang goreng dan sambal, agar bubur ayam istimewa tetap dapat aku nikmati.
3. Aku tidak boleh menyusahkan diri. Aku harus yakin hidup ini bagai siang dan malam pasti silih berganti. Tidak mungkin siang terus-menerus dan tidak mungkin juga malam terus-menerus. Pasti setiap kesenangan ada hujungnya.Begitupun masalah yang menimpa pasti ada akhirnya. Aku sepatutnya sabar.
Aku harus yakin setiap musibah terjadi dengan izin Allah Yang Maha Adil, pasti sudah diukur dengan sangat cermat oleh-Nya dan tidak mungkin melampaui batas kemampuanku, kerana Dia tidak pernah menzalimi hamba-Nya.
Aku tidak boleh menzalimi diriku, dengan fikiran buruk yang menyusahkan diri. Fikiranku kenalah jernih, terkawal, tenang dan profesional.Aku harus berani menghadapi persoalan demi persoalan, tidak boleh lari dari kenyataan, kerana lari sama sekali tidak menyelesaikan masalah, bahkan sebaliknya hanya akan menambah masalah.
Semua harus aku hadapi dengan baik. Aku tak boleh menyerah kalah.. Mesti segala sesuatu ada akhirnya, walaupun persoalan yang aku hadapi seberat mana sekalipun, seperti yang dijanjikan Allah:
"Sesungguhnya bersama kesulitan itu pasti ada kemudahan." Janji yang tak pernah dimungkiri Allah.
4. Evaluasi (menilai) diri. Segala yang terjadi mutlak adalah izin Allah dan Allah tidak berbuat sesuatu yang sia-sia.Pasti ada hikmah di sebalik setiap kejadian. Sepahit apa pun pasti ada kebaikan yang terkandung di dalamnya, apabila disingkap dengan sabar dan benar.
Harus aku renungkan mengapa Allah menakdirkan semua ini menimpaku. Boleh jadi peringatan atas dosaku, kelalaianku atau mungkin detik kenaikan kedudukanku di sisi Allah. Mungkin aku harus berfikir untuk mencari kesal Setiap kejadian bagai cermin pribadiku. Aku tidak boleh gentar dengan kekurangan danCuma yang penting kini aku mengetahui diriku sebenarnya dan aku bertekad sekuat tenaga untuk memperbaikinya. Allah Maha Pengampun dan Maha Penerima Taubat.
5. Allahlah satu-satunya penolongku. Aku harus yakin, walaupun bergabung seluruh manusia dan jin untuk menolongku, tidak mungkin terjadi apa pun tanpa izin-Nya.Hatiku harus bulat dan yakin hanya Allahlah yang dapat menolong dan memberi jalan keluar terbaik dari setiap urusan.
Tidak ada yang mustahil bagi-Nya, kerana segalanya adalah milik-Nya dan sepenuhnya dalam kekuasaan-Nya.Tidak ada yang dapat menghalangku jika Dia akan menolong hamba-Nya. Dialah yang mengatur segala sebab datangnya pertolongan-Nya.
Oleh kerana itu, aku harus berjuang dan berikhtiar untuk mendekati-Nya dengan mengamalkan segala yang disukai-Nya dan melepaskan hati dari kebergantungan kepada selain-Nya, kerana selain Dia hanyalah sekadar makhluk yang tidak berdaya tanpa kekuatan dari-Nya.
Ingatlah selalu janji-Nya: "Sesiapa yang bertaqwa kepada-Ku, nescaya Ku beri jalan keluar dari setiap urusannya dan Ku beri rezeki (pertolongan) dari tempat yang tak terduga. Dan sesiapa yang bertawakal kepada-Ku, nescaya akan Ku cukupi segala keperluannya." (QS. 65 (At-Thalaq) : 2-3)
Wednesday, December 9, 2009
Kempen Bertahajjud
Tiada satu perkara pun yg dilakukan oleh makhluk di alam maya ini di luar pengetahuan Allah.
Dan setiap perbuatan yg kita lakukan, ada balasannya..
Dengan lafaz "Bismillah.." aku mulakan kempen tahajjud, utk diriku. Dan utk anda semua..
Moga aku istiqamah dlm beramal, insyaAllah.
Artikel diambil dari www.sepaku.net
Qiamullail - Penjana Jati Diri Mukmin
Mukaddimah
Fizikal, intelek, emosi dan rohani merupakan aspek utama dalam diri setiap insan. Fizikal dibina dengan mengamalkan gaya hidup sihat. Akal pula dibina dengan menuntut ilmu. Manakala emosi pula dibina dengan mendidik dan membentuk hati supaya tergolong dalam kriteria mahmudah dan dijauhkan daripada sifat mazmudah. Rohani pula dapat dibina dengan memperbanyakkan Ibadan ruhiyyah ikhlas semata-mata kerana Allah.
Oleh itu Qiamullail merupakan salah satu cara membina rohani yang mantap dan seterusnya menjadi penjana jati diri setiap mukmin. Usaha ini tentunya memerlukan azam, kekuatan, ketabahan dan pengorbanan kerana nafsu, iblis dan tenteranya sentiasa berusaha memenuhi ruang dan peluang yang ada.
Pengertian
Qiamullail ialah bangun pada waktu malam (menghidupkan malam) dengan beribadat kepada Allah seperti bersolat, membaca al-Quran dan berzikir semata-mata mengharap keredhaan Allah.
Sejarah Qiamullail
Pada awalnya qiamullail wajib bagi Rasulullah dan para sahabat. (Lihat surah al-Muzammil 1-10). Namun setelah setahun disyariatkan amalan itu menjadi sunat muakkad bagi setiap Amat Islam. Namur ia tetap wajib ke atas Nabi Muhammad S.A.W. (lihat surah al-Muzammil 20)
Hikmah Qiamullail
-Meningkatkan keimanan individu
-Meninggikan darjat di sisi Allah
-Dapat beribadah dengan lebih khusyuk
-Mendidik jiwa bersyukur dengan nikmat kesihatan dan nikmat waktu malam yang tenang
-Melatih diri menjadi insan bertakwa
-Melatih diri memperbanyakkan amalan sunat
-Mendidik jiwa melawan nafsu dan syaitan
-Menyedari bahawa manusia dicipta untuk beribadah
-Melatih diri mengharap keredhaan Allah
-Memberi ketenangan jiwa (emosi)
-Memberi kesihatan(fizikal)
-Menajamkan akal fikiran
-Meneguhkan kekuatan rohani
-Menambahkan rasa kekerdilan di sisi Allah dan bertawakkal kepada-Nya
-Melatih diri bersikap khauf(takut) dan roja’(berharap)kepada Allah
-Dan lain-lain lagi hikmah ganjaran Allah untuk hamba-Nya yang ikhlas dan istiqamah
Kelebihan Qiamullail
-Dimakbulkan doanya dan masin perkataan
-Tenang hati dan fikirannya
-Dimurahkan rezeki
-Dihormati masyarakat
-Dilindungi Allah daripada khianat manusia
-Jika dia pemimpin, dia akan disegani
-Dan banyak lagi (Perlu difahami bahawa segala kelebihan adalah nikmat Allah bergantung kepada rahmat Allah. Allah berhak mengurniakan apa sahaja yang dikehendakiNya).
Waktu-Waktu Qiamullail
Waktu untuk solat malam ialah selepas Isya’ sehingga sebelum masuk Subuh. Bagi solat Tahajjud, kita digalakkan untuk tidur dahulu walaupun seketika.
Waktu yang paling utama ialah sepertiga malam terakhir.
”Puasa yang lebih disukai oleh Allah ialah puasa Nabi Daud dan solat yang disukai oleh Allah ialah solat Nabi Daud. Baginda tidur pertengahan malam, bangun sepertiganya (solat) lalu tidur seperenamnya. Baginda berpuasa sehari dan berbuka sehari.”
H.R. Jamaah selain At-Tirmizi
Panduan Bangun Awal
-Makan malam awal (sebelum Maghrib) dan tidak makan makanan yang berta selepas waktu Isya’.
-Tidak bekerja terlalu penat pada waktu siang
-Elakkan diri daripada melakukan maksiat
-Berniat ikhlas mengharap keredhaan Allah
-Membaca tiga ayat terakhir surah al-Kahfi dan niatkan dalam hati agar dapat bangun pada waktu yang diniatkan
-Mematuhi adab-adab tidur
Adab-adab Qiamullail
-Berniat sebelum tidur untuk Qiamullail
”Barangsiapa yang tidur sedang dia berniat akan bangun untuk bersolat di malam hari, tetapi dia terus tertidur hingga pagi, ditulis baginya apa yang telah diniatkannya dan tidurnya itu merupakan rahmat Allah kepadanya.”
H.R. an-Nasai dan Ibn-Majah
Sanad Dahih dairpada Abu Darda’ R.A.
-Tidur mengikut adab-adab yang digariskan
-Berdoa, bersuci, bersugi, berwudu’ dan memakai pakaian bersih setelah bangun daripada tidur.
-Keluar dan memandang ke langit lalu berdoa(rujuk buku panduan Qiamullail) dan membaca sepuluh ayat terakhir surah Ali-Imran.
-Memulakan solat malam dengan solat dua rakaat yang ringan, selepas itu solatlah seberapa banyak yang disukai.
-Membangunkan dan mengajak ahli keluarga dan rakan-rakan turut serta berqiamullail.
”Apabila seseorang membangunkan isterinya di malam hari lalu kedua-duanya bersolat/bersolat dua rakaat bersama-sama, ditulislah baginya dalam golongan orang-orang yang mengingati Allah.”
H.R. Abu Daud
Sanad Sahih drpd Abu Hurairah R.A.
-Menghentikan solat dan tidur apabila mengantuk dan teruskan apabila hilang perasaan mengantuk.
-Beribadah sekadar yang mampu lalu dikekalkan (istiqamah) dan jangan ditinggal kecuali darurat.
-Muhasabah diri berkenaan amalan dan perjalanan hidup kita sepanjang hari.
Amalan-amalan sunat ketika Qiamullail
-Solat sunat Tahajjud
”dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam dan kerjakanlah solat tahajjud sebagai solat tambahan bagimu. Semoga tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari qiamat di tempat yang terpuji.”
Al-Isra’ 79
”Sebaik-baik solat selain daripada solat fardhu ialah solat malam”
H.R. Muslim
-Solat sunat tasbih, taubat, istikharah, hajat, mengqada’ solat fardhu, solat mutlak dan solat sunat yang lain.
-Solat witir
-Berzikir, bertasbih dan bertahmid
-Membaca al-Quran
-Dan amalan-amalan lain seperti muhasabah dan memikirkan keagungan dan kekuasaan Allah.
Penutup
Qiamullail merupakan sunnah Nabi, amalan para shiddiqin, orang-orang soleh dan golongan yang mengakui kehinaannya di sisi Allah yang Maha Pengasih dan Penyayang dan sebaik-baik ganjaran, nikmat dan rezeki hanyalah Allah S.W.T.
Adakah kita tidak menyedari keutamaan mencontohi sunnah Rasulullah S.A.W? Adakah kita lupa kadar peratusan dosa dan maksiat yang tidak terhingga banyaknya dalam buku catatan di kiri dan kanan kita? Adakah amalan kita sudah mengatasi amalan para ’abid yang bermujahadah dengan ibadah malam mereka? Adakah kita lupa bahawa hanya amalan dan taqwa yang menjadi bekalan pada masa yang telah dijanjikan itu?... ... .
Marilah kita bersama-sama berusaha mempertingkatkan keilmuan, keimanan, ketaqwaan dan amalan kita agar kita sentiasa di bawah perlindungan dan inayah Allah S.W.T. dan seterusnya menghayati dan merealisasikan wawasan khoiru ummah dan menjadi khalifah yang menepati segala amanah yang dipikul..Masa depan agama bangsa dan negara di tangan kita... ... ..dan generasi yang akan datang merupakan amanah kepada kita...
Dan mampukah kita menjawab di hadapan Allah tentang keburukan, kemungkaran, kemaksiatan dan kelemahan yang diwariskan kepada generasi akan datang, yang mana kita turut mendapat bahagian dalam saham yang besar nilainya ini? Fikirkan dengan mata hati yang sentiasa dilimpahi nur Ilahi..
Tuesday, December 8, 2009
Rock Kapak!
Lepas tengok post kat blog AYUNASIA, aku jadi jaki pulak. Apa, ko ingat ko sorang buleh up video youtube lagu. Aku pun boleh la. Tak main arr jiwang lileh.
Ni amik, rock kapak + jiwang. Hehehe.. (video klip yg ori xde ke?)
Sunday, December 6, 2009
Ektiviti Hujung Minggu
Lu buat apa bro? Oooo.. Besaukan garaj. Ada plan nak tambah mobil lagi ya? Waduh..
Minggu ni abg J jadi bujang. Kak Nani ngan bebudak balik Manir. So, nyantap kat luar la malam ni. Burpp.. Alhamdulillah.
Lewat malam dan lagi shopping bundle kat Pasak. Ni kalu ada Maming ni, pasti happening.
Weh Ming, good luck utk exam besok!
Mata ngantok sudah, sabar.. Isya' tak lagi kan?
Saturday, December 5, 2009
Plumber Separuh Masa
Tong kotak fibre hitam tu dah lama aku tengok tercatuk kat belakang atas susunan kayu seken-hen. Rimas aku tengok. Dari hari ke hari, angan2 aku nak guna pakai semula barang tu masih belum lagi jadi kenyataan. Hari ni aku nekad..
Pak, ada kerja tak? Jom pasang tangki air..
Okeh, jawatan sambilan aku ni bermula jam 0830, selepas sarapan nasik goreng anyep (Hairun masak.. Hampeh!).
Objektif hari ini, penyaplai-an air ke semua muncung2 paip yg dah lama tak diguna pakai, terutama bilik air dalam dan luar, jamban belakang dan tepi serta paip utuliti di garaj.
Dulunya, paip2 air ni disupply oleh sumber yg satu iaitu kolah simen besar. Memandangkan kolah tu dah lama sangat, keuzurannya telah mengakibatkan ianya telah tidak selamat digunakan. Kebejatan sistem perpaipan ini telah berlanjutan selama hampir dua tahun ye tuan2 dan puan2. Namun tiada tanda2 ianya hendak dipulihkan kembali.
Jadi, atas kecendrungan semangat DIY yg ada dlm diri aku ni, aku buatla..
Tangki fibre hitam tu ditenggekkan atas kolah yg dah tak digunapakai itu. Walaupun saiznye yg kecik, namun tekanan water nya diharapkan kuatlah memandangkan kedudukannya yg diletakkan tinggi. Ye begitu..
Sistem perpaipannya, di-renew semula dengan menggunakan paip PVC bersaiz besau (25mm) dibandingkan dulu cuma 20mm sahaja. Baru nampak bersistem siket. Asas ilmu paip ni pun aku dapat/belajar dari tempat kerja aku dulu (3 bulan) kat Raub. Aziz pelukis plan. Aku tukang kaler dgn plotter. Sambil tu skodeng apa pak Aziz tu buat.
Aku ambik 2 syif terus. Menginjak jam 0630 petang, semuanya beres. Sukses...
Nota: Selesai sudah masalah. Tamat sudah penantian selama hampir 2 tahun. Ambik masa satu hari je nak kasik setel..
Moral: Sesuatu kerja tu, kalau baru nak dimulakan. Aduhh.. Bercinta. Tapi bile dah mula.. Enjoi, hepi, penat, tapi puas ati. Hasilnya.. Berhasil lah!
Friday, December 4, 2009
Allah Melihat Apa Yang Kita Lakukan
Written by Siti Mashitah
Sunday, 03 February 2008
Azmil Muztafa. Apabila disebut nama Azmil Mustapha , majoriti generasi muda tidak akan dapat mengecam siapa orangnya. Tetapi sebut saja Ali Setan , 'berkat' daripada siaran ulangan filem tersebut di kaca televisyen , semua orang tidak kira yang kecil atau dewasa dari kalangan peminat filem Melayu pasti mengenal pelakon tersohor Malaysia dekad 80-an ini. Azmil, 55 (umur yang dikira beliau mengikut takwim hijri 22 Safar 1375H) adalah antara sebilangan artis di Malaysia yang melakukan 'penghijrahan' daripada kehidupan yang penuh 'lagha' kepada pengabdian diri kepada Allah. Penampilan terakhirnya adalah sebagai Pengiran Demak dalam filem 'Puteri Gunung Ledang'; watak yang diilakonkan setelah syarat-syaratnya yang ketat diterima penerbit. Duda (mempunyai seorang anak dengan bekas isteri pertama dan empat dengan isteri kedua) dari Shah Alam, Selangor ini telah musafir ke Syria sejak setahun lalu untuk mempelajari bahasa Arab dan ilmu agama. Wartawan Global Media Channel (GMC) berkesempatan menemuramah Azmil di Kota Bharu (beliau kembali ke Malaysia sempena cuti semester pengajiannya) yang hadir memenuhi undangan untuk menyampaikan ceramah kesedaran Islam anjuran PAS Kawasan Ketereh baru-baru ini.
Kenapa saudara memilih untuk ke Syria?
Saya buat solat hajat, minta dengan Allah, saya nak cari tempat belajar, Allah berikan petunjuk belajar di Syria. Dengan duit yang saya dapat dari menyampaikan ceramah-ceramah kesedaran Islam sebelum itu di Malaysia, saya terbang ke Syria dengan anak-anak saya.
Saya belajar Bahasa Arab di Maahad Taalim Lughatal Arabiah Lil Ajnabi (Institut Pengajian Bahasa Arab Bagi Orang Asing).Kalau saya terus masuk kelas (pengajian agama) anjuran syeikh-syeikh pun saya tak reti Bahasa Arab. Jadi saya belajar Bahasa Arab dahulu. Sementara itu saya belajar Al-Quran, tajwid dan tasmi' dengan syeikh-syeikh. Saya juga belajar dengan pelajar-pelajar Malaysia yang ada di Syria.
Sejak bila sebenarnya saudara ke sana ?
Sudah setahun. Saya pergi redah sahaja. Tak ada buat rancangan. Dengan empat orang anak saya turut bersama (tiga perempuan dan seorang lelaki). Yang sulung kemudiannya balik untuk mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di sini. Jadi kekallah tiga orang yang tinggal bersama saya di sana.
Anak saya Noramalia Batrisya ,15, dan Mohd. Bazli Shafri, 13, belajar di Jami' Abu Nur, sebuah kolej Islam antara yang termasyhur di Syria. Yang kecil baru masuk umur tujuh tahun dan belajar di darjah satu.
Enam bulan pertama mereka dimasukkan dalam kelas bahasa Arab. Tidak ada masalah untuk mereka mengikuti pengajian dan sekarang sudah fasih berbahasa Arab. Saya amat puas hati dengan perkembangan mereka.
Puas hati macam mana?
Dengan perubahan perwatakan. Di Malaysia, dekat Shah Alam tempat kami tinggal dahulu banyak pengaruh yang tidak sihat. Cara hidup moden . Tapi di sana mereka mengaji Quran tiap-tiap hari, solat tidak tinggal dan pergaulan dijaga.
Malah mereka sempat menasihati kakak yang pulang ke Malaysia "jangan tengok lelaki" bukan berkawan, tengok pun mereka tak bagi.
Di sana pergaulan antara lelaki dan perempuan amat dibatasi. Kita payah nak lihat pergaulan secara bebas berlaku . Duduk satu meja pun tak ada.
Kalau di Yaman, negeri yang berjiran dengan Syria, dalam bas kalau hanya ada seorang wanita yang menjadi penumpang , yang lelaki tidak akan naik dan sanggup tunggu bas yang lain datang untuk dinaiki. Bimbang timbul fitnah walaupun hanya sebagai penumpang. Masing-masing sangat prihatin untuk menjaga perkara ini.
Antara perubahan yang ketara saya dapat lihat adalah pada anak perempuan saya, Noramaliya. Dia sebenarnya pelajar yang lemah. Semasa bersekolah di Malaysia, biasanya dia mendapat kedudukan 35 ke bawah.
Dulu tinggal di Shah Alam, dia selalu ponteng sekolah. Tengok wayang di KLCC.
Pergi ke sekolah tapi dalam beg ada pakaian lain untuk ditukar. Itu dah memang menjadi tabiat pelajar sekolah di Malaysia.
Sampai di Syria, dia jadi pelajar yang terbaik. Padahal dalam kelas ada pelajar-pelajar luar negara yang lain seperti dari England, Afrika Selatan, Kazakhstan , China dan lain-lain. Dia yang muncul pelajar terbaik
Bagaiman saudara menyara kehidupan di Syria?
Tidak ada pendapatan tetap tapi saya sangat bernasib baik kerana mendapat bantuan. Saya diberi tempat tinggal percuma oleh seorang Syeikh di sebuah apartmen di pinggir Damsyik. Saya akui duit pun tak banyak tapi diam tak diam sudah sampai setahun saya di sana dan tidak timbul sebarang masalah besar.
Kita kena yakin rezeki itu datang daripada Allah. Ada saja duit yang masuk. Sentiasa ada bantuan diterima kerana saya dan anak-anak dikira orang yang sedang menuntut ilmu.
Malah ia sampai ke tahap saya kadang kala terpaksa buang makanan yang diberi oleh jiran kerana terlampau banyak.
Dan di sana kita yang pergi belajar dengan Syeikh ini bukan kita yang membayar Syeikh tapi mereka pula yang memberi duit pada kita. Perkara ini sudah jadi kebiasaan orang Syria . Jika tidak pun, dia akan beri kita roti setiap kali pergi belajar. Pergi solat Jumaat pun dapat duit. Budaya memberi amat dititikberatkan. Paling kurang, yang dewasa akan menyediakan gula-gula dalam poket untuk diberi kepada kanak-kanak.
Saya juga terkejut kerana kadang-kadang menerima sumbangan yang nilainya mencecah RM1000. Kalau yang kaya lebih lagilah mereka sumbangkan. Anak kepada Syeikh yang menyediakan rumah percuma untuk saya pernah menyumbang jutaan ringgit kepada fakir miskin dalam bulan Ramadhan.
Kenapa saudara fikir perubahan-perubahan positif sama ada kepada anak atau saudara sendiri boleh berlaku? Adakah perbezaan antara Syria dan Malaysia ini begitu ketara sekali sedangkan kedua-duanya adalah bumi orang Islam?
Bumi Syria ini ada kelebihan. Saya daripada kecil sampai besar memang belajar di sekolah yang tidak berasaskan kepada Islam. Saya menuntut di dua buah sekolah mubaligh Kristian iaitu La Salle Institution dan St John Institution. Dari situ saya menyambung pula pelajaran ke Indiana University di Amerika. Daripada kecil sehingga dewasa, saya tidak pernah belajar dan khatam al-Quran.
(Di Amerika , Azmil belajar dengan pengkhususan dalam penerbitan televisyen, radio dan filem. Beliau hanya tinggal tiga lagi jam kredit untuk dihabiskan sebelum dihantar pulang ke Malaysia oleh Jabatan Imigresen Amerika. Tindakan itu diambil ketika Amerika membuat penapisan orang-orang Islam dari negara luar berikutan kemenangan kumpulan Islam (Syiah) menjatuhkan kerajaan beraja Shah Mohammad Reza Pahlavi. Azmil dikesan bekerja sambilan walaupun syarat hanya membenarkan pelajar luar yang mempunyai 12 kredit atau lebih sahaja untuk berbuat demikian. Ayahnya Dato’ Mustapha Kamil Yassin, bekas pensyarah di Universiti Malaya dan Universiti Sains Malaysia tidak mahu Azmil mengambil biasiswa kerana kedudukannya sebagai kakitangan kerajaan gred ‘A’)
Mula-mula saya berubah dulu nak baca surah al- Fatihah pun tak boleh. Kena baca mengikut tulisan rumi. Nak sembahyang semua ayat kena ditulis ke huruf rumi. Tak pernah dapat hafal. Sehinggalah apabila saya ke Syria.
Di sana, anak-anak saya belajar Al-Quran dengan seorang syeikhah (ustazah) di rumahnya. Selepas sebulan syeikhah tersebut datang melawat ke rumah. Dia mahu melihat keadaan keluarga macam mana. Bila datang dia meminta saya mengajar anak-anak. Dia suruh saya baca satu surah. Bila "check" ayah baca pun tak betul, dia pun minta anak muridnya yang lain tolong ajarkan anak-anak saya.
Tapi alhamdulillah berkat mengaji tiap-tiap pagi, kini saya sudah boleh menghafal satu, dua muka surat dengan senang. Ini memang saya pelik. Saya rasa ini memang kesan tinggal di bumi Syam (Syria), bumi para anbiya'.
Dahulu negara ini tertutup. Sebab ia mengikut pengaruh Rusia. Jadi negara lain menyisihkannya. Apabila Syria disisihkan, ia sebenarnya terselamat.
Macam di Malaysia, apabila dibuat dasar terbuka, semua pengaruh dapat masuk, ia merosakkan kita.
Budak-budak sekarang budaya sendiri pun tak kenal . Dan dia tak mahu ikut. Dia lebih seronok ikut budaya asing, budaya Barat. Budaya ini di Melayukan dengan bahasa. Tapi isinya tetap dari pengaruh yang menyimpang dari ajaran Islam.
Adakah kerana saudara bimbangkan keadaan begini sehingga sanggup membawa anak-anak jauh dari Malaysia ?Azmil Mustafa
Sebab benda inilah saya bawa anak-anak keluar. Bila saya bawa anak-anak keluar, ada kawan-kawan yang tegur saya " Jadi anak kamu ini tidak ada SPM. Macam man nak cari kerja?" Saya jawab balik, "Rezeki itu kerana Allah bukan kerana SPM". Orang ada SPM pun berlambak tak ada kerja. Ada ijazah UM pun tak ada kerja. Ada Master USM pun tak kerja. Kita kena ingat rezeki itu dari Allah.
Sekarang anak-anak saya sudah hafal Juzuk Amma. Saya percaya dalam tiga empat tahun lagi, Insya Allah satu Quran tu dpat habis dihafal. Itu lebih berharga. Kalau dia jadi arkitek atau jurutera tapi Quran pun tak tahu buat apa. Macam saya dulu jadi pengarah filem tapi Quran pun tak tahu, buat apa?
Memberi pendidikan Islam pada anak-anak sehingga sampai berhijrah ke Syria. Orang lain mungkin tak berpeluang berbuat demikian macam saudara.
Saya rasa kalau kita ajar anak kita cara Islam tak ada kekurangannya bagi saya. Malahan Allah mungkin akan mecurahkan kemudahan kepadanya.
Sekarang kita kongsi raya, kia kongsi hukum, kongsi taraf atau standard Islam dengan yang lain. Kita membandingkan ajaran Islam dengan yang Barat. Kalau tak seperti Barat, kita anggap standard kurang. Kita campur aduk hukum Allah dengan hukum kafir. Inilah yang saya nampak masalah kita pada hari ini.
Ini pun nak berlaku di Syria pada hari ini. Kalau di negara kita lama dah dijajah 500 tahun dahulu dan kita masih ‘terjajah’. Syria ini dia baru terbuka tak sampai 10 tahun. Jadi generasi dia sekarang dia baru rosak. Kalau kita di Malaysia, kerosakan bermula sejak dari generasi bapa kita dahulu. Mareka agungkan England dan Amerika.
Tetapi bagi saya , kalau orang Syria nak ikut barat pun, agaknya kena juga dengan fizikal mereka itu. Tapi kita Melayu pun nak mata warna biru, rambut warna perang. Tak kenalah. Nampak janggal sangat kalau yang Melayu nak tiru.
Bagaimana kita hendak menghadapi perubahan budaya sebegitu ?
Di Syria, guru-guru yang pegangannya kuat masih bertahan. Kita di Malaysia, lebih banyak yang kebaratan daripada Islam. Kita di sini mereka yang nak kepada Islam sedikit, yang nak kepada barat banyak.
Dari sekolah itu yang diajar. Supaya kita bersedia dengan pengaruh dan sistem barat. Sekolah-sekolah kita, tamat persekolahan kita berpeluang belajar sampai ke universiti di Amerika, di England. Tetapi kalau kita keluar dari pondok atau sekolah agama, peluang sambung belajar itu tidak seberapa.
Apa yang kita lakukan adalah untuk menyesuaikan diri kepada budaya barat. Dan ini kita tak sedar. Kita seolah-olah nak menyediakan diri masuk ke institusi dan sistem yang kerap kalinya meruntuhkan jati diri Islam..
Dan yang peliknya, orang tidak bimbang kalau yang keluar tingkatan enam sekolah biasa tak boleh baca Alif Ba Ta. Nak masuk sekolah tahfiz pun payah sebab tak kenal huruf walaupun tamat tingkatan enam. Benda ni dah berlaku sejak zaman dulu lagi dan kita tidak sedar.
Saya cakap kepada seorang sahabat di Syria kenapa kamu ghairah nak buka peluang kepada barat. Saya dah tengok keadaan di negara saya apa yang berlaku. Dia kata mereka pun nak moden. Moden apa? Moden nak tengok anak-anak terbuang di tong sampah. Moden nak tengok anak-anak mati sia-sia kerana terlibat denbgan lumba haram. Itu moden buat apa. Pembangunan sedemikian yang membangun hanya bangunan dan jalan raya. Akhlak runtuh. Akhlak diruntuhkan kerana nak mencantikkan bangunan dan jalan. Sebab itu fikirlah, kerana tak ke mana kita dengan pembangunan sebegitu.
Kenapa remaja dan kita sendiri sebenarnya cenderung untuk meminati budaya hiburan?
Sebab memang sudah disediakan sejak daripada dulu. Pendidikan dan cara hidup disediakan untuk membolehkan anak-anak bersedia menerima sistem yang menyimpang dari bukan untuk menjadi hafiz atau ulama'. Penyediaan dilakukan untuk membawa masyarakat ke arah keseronokan.
Kalau kita tengok babak dalam filem Melayu, babak minum arak , berdansa, sejak dari zaman P Ramlee sudah ada.
Sejak sekolah lagi , anak-anak dibiasakan dengan budaya Barat. Ada sukan gimnastik sampai terkangkang anak-anak diajar guru; sukan renang, jadi separuh bogel. Kita disediakan untuk menerima budaya barat. Mana kita amalkan hukum syariah ? Itu masalah kita.
Pada pandangan saudara, masalah keruntuhan akhlak ini bagaimana nak diselesaikan?
Sekarang kita taat pada hukum yang tidak berpaksikan Islam. Undang-undang yang dimulakan oleh British dahulu. Cuba kita gunakan hukum syariah, saya percaya gejala sosial yang teruk dalam negara dapat dikurangkan sebab kita menyediakan masyarakat untuk ke akhirat. Sekarang kalau membabitkan hukum Allah, ia dikira hak persendirian. Anda hendak buat atau tidak, itu pilihan anda sendiri.Tapi mereka (kerajaan) tak galakkan pun. Itulah masalah sekarang.
Bagaimana kita nak menyedarkan masyarakat?
Islam ini mesti dijalankan bermasyarakat. Tapi tanggungjawab itu tetap pada diri sendiri. Kita sendiri mesti mulakan dahulu . Contohnya kita dilatih berpuasa sama ada di dalam atau dil luar rumah. Walau di mana pun kita tahu Allah melihat.
Sebab itu kita kena buat pilihan. Dua sahaja pilihan kita. Sama ada ikut jalan Allah atau ikut syaitan.Tidak ada jalan tengah. Tidak ada kompromi. Setiap benda yangt berlaku dalam masyarakat dunia hari ini kita kena buat pilihan antara yang benar dengan yang tidak. Gunakan akal.
Islam ini agama untuk yang tahu berfikir. Bukan taat buta tuli. Kalau kita gunakan akal fikiran baru kita sedar. Kita kena fikir tentang keesaan Allah. Ini yang kita kena ajar anak-anak. Sekarang apa yang diajar kena cari duit banyak-banyak. Bila ikut cara Islam barulah ada keberkatan.
Berbalik kepada dunia hiburan, adakah tidak ada ruang sebenarnya untuk ia menjadi lebih baik?
Boleh kalau industri kita industri yang beriman. Tapi industri kita meniru Bollywood, Hollywood, Hong Kong dan lain-lain. Kita menuju ke arah keruntuhan. Ini yang bahayanya.
Nasihat kepada rakan artis dan semua (di-edit)
Pendek sahaja ; Allah melihat apa yang kamu buat.
Masjid Kg. Ladang, Rengit. Johor. Tarikh snap-snap: 04.12.09.
http://www.mediafire.com/?pi4uzxgt9tt
Rengit, Renggam dan Stihl
Sape lagi la yg mak bapak aku nak harapkan lagi. Nak driving sendiri, dah tak berapa konpiden. Apatah lagi, destinasi yg nak dituju tu agak jauh. Anak mak yg ni juga yg sedia berkhidmat..
Ntah la, semenjak-2-menjak ni, aku dapat rasakan yg aku mmg rapat lebih pada mak bapak dan famili. Selalu curahkan perasaan, walhal bincang berbincang masalah peribadi. Huhuu. Emosenel..
Okeh, destinasi hari ini adalah Rengit, Batu Pahat (ye ke Batu Pahat? Ke.. Benut! Lantok ler, bukan kampong aku). Memenuhi undangan Cik Jamaliah (majlis akad nikah adiknya). sesampainya, jam tepat pukoi 1200. Apalagi, makan time! Omm Nom Nom..
Beringat siket, hari Jumaat. Ya, saya ingat.. Solat Jumaat di masjid berhampiran.
Lepas lelap mata sesaat dua kat masjid, pakat2 nak balik la. Bontrot berkat pun dah dapat. Pelagi... Chau Cin Chau la beb!
Bapak rekues nak pegi singgah Simpang Renggam. Nak shopping katanya. Pusing punya pusing punya pusing.. Aha.. Kedai hardware ladang! Itu hari masa lepas tengok Agro Fair kat Kluang, ada gak pepusing satu bandar Kluang, tapi barang dan harga tak ngam. Jadi kali ni kira kes balas dendam la. Kasi puas lu punya hati bapak!
Apa yg dicari. Ni la bendanya,
Bapak dah ada sebijik menatang macam ni. Jenama pun sama. Cuma besau gadang. Sesuai utk tebang tiang rumah persinggahan Khir Toyo kat Janda Baik tu(cakap sambil buat mimik muka jaki). Hehehe, sori Dokter YB!
Takde arr, dulu bapak dah beli yg besar sebab guna buat tebang pokok sawit. La ni, pokok sawit pun dah abis tebang, dia nak jual kat Paman Shahrol. Sebagai galang gantinya, ambik yg kecik. Bapak kata senang bawak. Senang nak buat cantas pelepah kelapa sawit yg masih kecik. Terel jugak bapak aku nih, orang lain cantas pelepah sawit pakai pahat, tak pon sabit. Dia pakai mesin tebang! Terel kan? Tengok la sape anak dia..
Dah, time wes sore. Balik Kota time..
Tuesday, December 1, 2009
Disember Menjemput
Kejam-celik-kejam-celik. Aitt.. Rasanya macam baru je aku melewati bulan Januari. Hehehe. Mungkin inilah salah satu tanda akhir zaman, di mana waktu itu dirasakan berlalu terlalu singkat.
Mula lah aku bermuhasabah pada diri sendiri. Sejauh mana aku telah mengorak melangkah, sejauh mana aku sudah pergi. Bukan sekadar langkah pada hakikat perbuatan sahaja, malahan melangkah dalam erti pencapaian dalam kehidupan.
Humm.. Rasanya tidak banyak yang aku garap dlm kehidupan pada 2009 ini. Apa yg pasti, usia dan masa yg berlalu pergi, takkan mungkin kembali lagi.
"Sayyidina Ali Karamallhu Wajhah pernah berkata: Beruntunglah orang yang hari ini lebih baik dari semalam. Terpedayalah orang yang hari ini sama seperti semalam. Dan celakalah orang yang hari ini lebih buruk dari semalam."
"Berkata Imam Ghazali Rahimmallahu Taala: Yang paling jauh bukannya bintang, mentari pun bukan jua bulan. Tetapi adalah masa yang berlalu, dan tidak akan kembali."
"Kelmarin yang luput menjadi secanggkir kenangan. Semalam yg terluput mengukir sesalan. Yang ada hanyalah hari ini dan akan datang. Gunakanlah hari ini sebaik mungkin kerana hari esok belum tentu milik kita. Sedangkan semalam telah pergi buat selamanya..."
MasyaAllah..
Terbangun Di Sepertiga Malam
Dan syukur, aku tak mau mengabaikan waktu terbaik ini utk menghadap dan bersujud ke hadrat Illahi.
Dikeheningan pagi.. Ya Allah, ampunkanlah dosa2 ku, dosa2 kedua ibu bapaku dan dosa2 seluruh umat Islam.. Ya Allah, kabulkanlah hajat dan permintaanku.
Nikmatnya, masyaAllah.. Hanya Allah dan aku yg tau.
Monday, November 30, 2009
Sungai Mas Ke Mersing, Satu Perjalanan
Sepanjang perjalananku diiringi dengan rintik2 hujan sebesar bertih.. Terus menerus mengaburi pandanganku di cermin depan keretaku. Alhamdulillah juga cuaca redup tidak panas!
Dan sepanjang perjalanan, stereo SONY aku mengumandangkan alunan bacaan ayat suci al Qur'an yg aku muat turun dahulunya semasa di Tawau. Alhamdulillah sekali lagi.. sejuk hatiku, damai tenteram perasaanku, selamat perjalananku.
Okeh, kita buat kerja dulu..
Sunday, November 29, 2009
Tunaikan Zakat
"Pak imam, saya berhajat utk byr zakat wang simpanan saya. Cuba tengok2 berapa saya perlu keluarkan.."
InsyaAllah, besok akan aku lunaskan tanggung jawab itu. Besok kerja Mersing, kirim bapak jela.
Nota: Tunaikan lah zakat. InsyaAllah, dgn berzakat ianya dpt menyucikan harta2 yg kita miliki. Dan harus beringat, jika sudah cukup nisab bahagian yg sepatutnya kita zakatkan itu usah disimpan atau digunakan. Itu bukanlah milik kita. Itu milik asnaf yg lapan. Moga beroleh keredhaaan Allah. Moga dapat keberkatan..