Thursday, July 16, 2009

Tinggalan al Arqam

Aku masuk Kampung Tagas, Tuaran utk memberi penghormatan kepada keluarga mendiang bapa kepada salah seorang staff Tuaran shop yg beragama kristian. Aktuali, ini pertama kali aku menghadiri majlis kematian dari agama kristian.

Aku cukup tersentuh bila melihat jiran tetangga atau sanak saudara yg beragama Islam (dicam melalui pemakaian tudung) turut sama menemani ahli keluarga simati . Duduk bersimpuh bersama di tepi keranda.

Aku nampak satu bangunan usang tak terpakai yg terbiar semak. Orang kata asalnya itu pusat perkumpulan ahli al Arqam suatu masa dahulu. Sekarang bangunan tu menjadi misteri nusantara, bilamana katanya orang kampung kekadang ada mendengar suara2 aneh dari arah bangunan tersebut.

Bangunan tinggalan milik kumpulan gerakan al Arqam suatu masa dulu


Sekilas Info

Al-Arqam diasaskan oleh Ashaari Muhammad. Ia juga dikenali sebagai Jamaah Aurad Muhammadiah dan telah mengembangkan pengaruhnya dikalangan berbagai lapisan masyarakat Islam di seluruh Malaysia ini. Ajaran-ajaran Al-Arqam mendapat sambutan sebilangan masyarakat yang dikelirukan dan menganggapnya sebagai sebuah badan dakwah yang unggul. Kumpulan ini menyebarkan kegiatan dakwah islam melalui bidang pendidikan, penerangan, penerbitan, perusahaan, perniagaan, perubatan, dan pertanian.

Bermula dengan 10 hingga 12 orang ahli Al-Arqam pada tahun 1968 ketika ditubuhkan, kemudian bertambah kepada 40 orang ahli jemaah pada tahun 1976, keahlian jemaah ini, menurut Ann Wang Seng, kemudian bertambah secara mendadak pada tahun-tahun berikutnya sehingga pada tahun 1987 jemaah itu mencatat sekitar 5,000 hingga 6,000 keahlian. Namun menurut Bahagian Hal Ehwal Islam Jabatan Perdana Menteri pada tahun 1994 dianggarkan seramai 6,000 pengikut yang fanatik dan 15,000 simpatisan. Utusan Melayu (4 Julai 1994) pula melaporkan seramai 10,000 pengikut.

Aktiviti Darul Al-Arqam bermula pada 1971-72 di Kampung Datuk Keramat dan beroleh perhatian dan penerimaan ramai setelah bertapak di Sungai Pencala pada 1973-75.

Nak tau lanjut tentang al Arqam ni, cari infonya sendiri. Antaranya dari bacaan buku "Al-Arqam & Ajaran Aurad Muhammadiyah Satu Penilaian", karangan Dr. Farahwahida.

No comments:

Post a Comment