Wednesday, March 31, 2010

Satu Jawaban..

Ini adalah jawapan kepada persoalan kepada isu Topik Ceria Pagi yang dikatakan cinta lelaki Kelantan beralih arah seperti yang diketengahkan oleh dj THR Gegar tempoh hari.

Komen ringkas aku ini berdasarkan kepada pemerhatian, pemahaman, perbincangan sesama rakan di pantai timur dan naluri hati aku..

Okeh, ini berkaitan dgn kemampuan sebenarnya. Bila sebut tentang kemampuan, mestilah salah satunya berkaitan dgn ekonomi.

Kesimpulannya, sebahagian lelaki yang berjumlah +/- 15,000 seperti dalam statistik itu, barangkali kurang berkemampuan untuk menyediakan hantaran bagi meminang gadis-gadis tempatan.

Alasan lain mungkin kerana daya tarikan; kecantikan, menarik, pandai melayan dan sebagainya.


Nota: Mahal sangat ke 'rate' nak menikahi awek Kelantan ni? Tanya sendirik la kat diaorang..


***

Topik ceria pagi hari ni; Ceritakan pengalaman putus tunang..

Aku kata: Wei.. takde topik lain ke nak dibincangkan? Cerita la pasal pengalaman tertelan putik durian ke.. Makan nasik lauk budu berbuih ke.. Berenang gi Pulau Redang ke.. Apara..

Tuesday, March 30, 2010

Doaku.. Pintaku.. Hanya PadaMu (III)

Duhai Allah, Anugerahkanlah sifat REDHA dan TAQWA di dalam diriku.

Monday, March 29, 2010

Balas Dendam Tahap Meksimum

Rentetan dari kes karam atas katil kelmarin (di Wakaf Che Yeh), rupanya aku ada menyimpan dendam yang mendalam dalam hati ini. Yaaa.. Aku akan menuntut bela atas kegagalan itu.

Aku akan pastikan, wangku akan aku cairkan jugak di Wakaf Che Yeh ini..

Tapi sebelum itu, "Kita enjoi..!"

Mana tempat bro?? KB Mall la. Jalan-jalan cari Dockers.

Dah puas sepusing-sepusat, satu pebenda pon aku tak beli lagi. Balik-balik berenti makan. Balik-balik berenti minom. Apesal la seluar Dokers kat sini mahai pulok!

Hehe.. jam 0800 malam, aku dah tercangok kat depan medan pasar malam kat Wakaf Che Yeh tu. Banyak yang tak bukak lagi deee...

Kat sini la aku all out-nye.. Beli baju batik kasual dua pasang (sebelom ni asek belikan utk orang je), crocs tiruan, suar ngan baju BMW Endon mari (pun tiruan jugek).

Wehh.. Mana, kata nak beli Dockers...? Hehehee.. Lain hari boleh?

Adula, mata tengah rabak nih. Sampai pagi tadi jam 0340 pagi. Kerja?? Eh.. Hari nih hari kerja ke?? Hehehe...

Sunday, March 28, 2010

Perjalanan Ke Timur

Hehehe.. Baru tersedar daripada karam. Karam atas tilam.. Disebabkan penat yang teramat banget!

Kronologi ceritanya semalam;

Perjalanan KT ke Sik semalam lancar tanpa dugaan. 'Smooth Like Kriminal..'

Almaklum, jalan waktu malam nih kurang halangan. Satu jela halangannya.. Mata yang mengantok!

Dan-dan turun bukit kat Grik semalam jam 0300 pagi, mata pun mengantok. Carik-carik tempat lapang untuk selelap-dua. Sejam je aku mintak. Rupanya 3 jam Dia bagi. Hehee.. Sedar-sedar dah nak masuk waktu subuh. Lepas solat bagai.. Teruskan perjalanan ke Charok Damar (rumah kampong Kerol).

"Poksa, kul berapa nak balik? 0430 petang boleh?" Aku tanya poksa, aku jawab balik, apala.. Dulik arr.. Aku yang drive beb!

Lepas membedal kue teow 'teng' yang betul-betul 'hoo liao' kat 'bandaraya' Sik, aku drive balik terus. Lalu Grik lagi. Adoiii la.

Pagi tadi baru je turun Grik. La dah nak kena panjat naik balik..

Kereta lori main kelip-kelip lampu.Apesal.. Ada pak polisi cari makan ke? Ohhh.. Nak kasi tau, ada gajah tengah menyantap. Ini senario biasa bila lalu Grik ni. 4 eko gajah besau tengah menyantap ulam pucuk daun kat tepi jalanraya.

"Poksa, apa agenda seterusnya?"

"Wakaf Che Yeh. Yey!"

320km + 120km lagi la jawabnya!

Kesian Ferarri Ijau aku nih. Kali ni memang aku henjut betul-betul.. Takpela, lain kali aku beli Hummer. Issyy..Jangan sebut-sebut, nanti Ferarri Ijau merajuk..

Pegi Wakaf Che Yeh ni satu je istimewanya. Iaitu pasar malam serbaneka yang hanya akan tutup pada jam 0300 pagi setiap hari. Tu yang sesungguh sangat ka mari tu. Check-in dulu hotel cap chiken!

"Pok mu mandi dulu arrr. Lepas mu siap kejut aku. Penat sangat nih."

"Ok!"

Ok pebendanya! Sedar-sedar dia tengah pelok aku. Sambil nyanyi berduet dengan aku. Atas katil. Cisss.. Harapkan pagar, pagar tumbang dulu! Mana nak datangnya istimewa Wakaf Che Yeh macam ni. Sekarang dah pukol 0400 pagi siyott..

Ni taip entri sambil nangis la ni. Frust sebab gagal abiskan duit kat pasar malam Wakaf Che Yeh!

Meh sini aku kasik mu satu pantun best;

Pegang pistol masuk peluru,
Poksa.. Wak lu!

Friday, March 26, 2010

Perjalanan Ke Barat

Cehh.. Macam lagenda cina 'Journey To The West" la pulak.

Cadangnya, lepas solat Isya' atau lewat siket. Perjalanan bermula di sini (Kuala Terengganu) dan menuju ke sana (Sik, Kedah), untuk menghadiri majlis persandingan sahabat kita di kampongnya (Kampong Charok Damar).

Perjalanan bakal melalui Grik yang mana aku pun tak pernah memandu melalui jalan ni. Lalu numpang kereta sahabat adala. So malam ni satu pengalaman baru akan aku lalui.

Poksa akan temani aku.

Moga perjalanan kami dipermudahkan Allah.

Doa Qunut

Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki.
Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan.
Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin.
Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku.
Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan.
Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau.
Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu.
Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi.
Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau.
Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan.
Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau.
Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabat-sahabatnya.


 


Masjid Pekan Ajil. Tarikh snap-snap: 24.03.10.

Bahana Guarana

Jam dinding empat pagi,
Aku tidak terlena lagi,
Pantun menceceh aku bagi,
Manis masam bagaikan celagi.

Gara-gara ngeteh pepagi buta,
Minom kopi bercampur guarana,
La ni tokleh nak tutup mata,
Guane cara nak bagi terlena?

Rasa diri semacam meroyan,
Waktu cenggini melayan pantun,
Jiwa kacau usah dilayan,
Kelak jiwa pedih meruntun.

Pucuk putat daun ulaman,
Kerdas kelat pedar di lidah,
Mata tak ngantok hampir semalaman,
Jangan subuh tak bangun sudah.

Gambir sarawak bukan hidangan,
Diguna asah untuk kebasan,
Biarlah aku mendagu lengan,
Menanti waktu laungan azan.

Detik siddiq sebentar lagi,
InsyaAllah, aku sedia menanti..

Daripada aku melayan facebook,
Baik juga mengambil wudu',
Ada bagus ada elok,
Menjadi insan yang lebih tawadhu'.

Mengangkat takbir bersujud patuh,
Mengadap Allah aku bersimpuh.

Thursday, March 25, 2010

Panggilan Baung

Panggilan baung kedengaran semula.

Bukan di telinga..

Tapi di perut.. Kah..kah..kah.. Makan time!

Ya Kak Zah simpang Sekayu, kejap lagi saya datang ye!

Ilmu Seorang Nelayan Dan Ilmu Seorang Ilmuan

Suatu ketika seorang yang besar dan berilmu tinggi ingin berhijrah ke kota lain di seberang lautan. Maka ia menyewa seorang nelayan dengan perahunya untuk membawanya menyeberang. Udara nyaman, dan angin laut pun pun tenang.

Di tengah perjalanan, keduanya mulai berbicara dalam sebuah percakapan menarik. Sang ilmuwan bertanya pada nelayan: “Ya Fulan, dapatkah kamu membaca dan berhitung?”

Sang nelayan menjawab: “Tidak.”

Hmm, sang ilmuwan mengangguk dan berguman: “Sayang sekali. Seper-empat hidupmu telah hilang”

Angin yang mulai berhembus agak kencang dan ombak yang semakin tinggi tak mengusik mereka. Keduanya tetap asyik dengan berbicara.

Lalu bertanyalah ia kembali: “Tahukan kamu tentang ilmu perbintangan ?

Sang nelayan menjawab; “Tidak”

“Hmm, sayang sekali. Seper-empat hidupmu telah kau sia-siakan?” guman sang ilmuwan lagi.

Lalu dilanjutkanlah pertanyaannya itu “Tahukah kamu, tentang ilmu dagang?”

Sang nelayan menjawab “Tidak”

“Hmm sayang sekali. Seper-empat hidupmu telah terbuang”

Cuaca semakin buruk, angin bertambah kencang dan ombak tinggi menggulung-gulung. Perahu bergolak naik-turun dan terguncang-guncang hebat. Tapi keduanya tetap asyik dengan pecakapan mereka. Dan demikianlah, berbagai ilmu ditanyakan kepada nelayan, dan setiap kali nelayan menjawab “tidak” maka seper-sekian hidupnya telah dikatakan hilang.

Ketika cuaca makin tidak menentu dan perahu makin oleng, maka tak lama lagi perahu ini akan tenggelam. Keduanya segera terdiam. Dalam suasana mencekam itu tiba-tiba sang nelayan bertanya kepada orang yang berilmu tadi.

“Tahukah bapak caranya berenang?”

Sang Ilmuwan menjawab “Tidak.”

“Hmm, sayang sekali. Seluruh hidup bapak akan segera hilang!”


Moral: Hidup kita adalah bagaikan mengharungi samudera di tengah berbagai hantaman ombak, tiupan angin dan teriknya matahari serta derasnya hujan. Kalaupun kita menjadi bijak pandai yang tau akan segala ilmu dunia, namun jika kita tidak mempunyai ilmu yang mampu menyelamatkan perjalanan kita menuju Illahi, maka akan lenyaplah seluruh makna hidup kita ini.

Wednesday, March 24, 2010

Piat Je Telinga Dia Cekgu!

Semalam bila turun je dari flat yang aku tumpangi, ada sorang anak tadika kena piat telinga dengan cekgu dia. Tetiba teringat kenakalan aku pulak masa kecik tadika-dulu. Nakal.. Sape kata aku tak nakal.

Kenapa anak ni kena piat telinga?? Ooo.. Sebab tak dengar kata dan tak ikut peraturan. Kasut tak susun cantik-cantik pun dah kena piat telinga. Berlari terkinja-kinja time nak masuk bilik darjah pun kena piat telinga. Tak bagus kah pengajaran seperti itu?

Emmm.. Pada aku bagus juga ada pendidikan/pengajaran 'informal' macam ni. Setidak-tidaknya anak sorang ni dapat tau apa salah yang dia dah buat. Lain kali insyaAllah tak buat lagi. Kalau diamalkan kebaikan ni sehingga dewasa nanti,bagusss!

Bila dipikirkan, ada baik ketegasan dan kongkongan diberikan terhadap seseorang ni. Contohnya, Allah terhadap hambaNya,ibu bapa terhadap anak, suami terhadap isteri, cekgu terhadap murid. Selain menunjukkann rasa hormat si penerima tegahan, aku rasa itu adalah didikan terbaik untuk mengajar 'do dan don't' pada mereka. Bukan niatnya nak mendera dan mengongkong, cumanya beri didikan. Kalau kita sayang kat seseorang tu, salah satu caranya beginilah mungkin.

Cumanya mungkin, orang yang menerima kongkongan tu merasakan dirinya terkongkong. Yaa.. Betul memang terkongkong. Tapi cupa fikir dari pandangan positif pula tentang tegahan itu..

Berbalik kepada contoh anak-tadika tadi. Mungkin dia tak menerima didikan 'piat telinga' begitu di rumah.
Syukur juga masih ada cekgu berhati mulia ingin memberikan pendidikan. Mungkin cekgu tu boleh bersikap begini.. "Ah lantak kau lah budak, bukan anak aku kalau nakal pun!" Memang cekgu tu berhak berfikir begitu, tapi kenapa dia lakukan juga? Sebab kasih sayang lah dia bersikap begitu. Kerana tanggungjawablah dia bersikap begitu.

Dan mungkin satu hari nanti kalau ditakdirkan anak itu bersikap tidak seperti dahulu.. Bukan kerana salah didikan, bukan kerana salah ibu mengandung. Budaya dan persekitaran lah yang mengubahnya. Selain kemahuan dirinya sendiri!


Nota: Kalau nanti satu hari, anak aku kena rotan dgn cekgu dengan sebab kenakalannya pun aku tak kisah. Sebab aku dulu kena rotan, kena penampar kat sekolah, ngadu kat rumah pun mak bapak aku tak kisah. Hehehe.. Padan muke!

Tuesday, March 23, 2010

Topik Ceria Pagi

Mentang-mentang la aku ada kat Ganu lening, dengar radio pun yg ke-pantai timuran. Ya pilihanku THR Gegar, Permata Pantai Timur.

Wokeh, topik Ceria Pagi yang dikelolakan oleh DJ Nasa dan Suzana pagi menarik telinga aku untuk terus lekat di copong radio keretaku. Sambil drive selo-selo dari KT ke Kole Berang.

Topiknya ialah.. Cinta Beralih Arah. Lelaki Kelantan lebih memilih wanita sempadan untuk dinikahi. Di catatkan tahun lepas, sebanyak 15,000 pendaftaran perkahwinan telah direkodkan.

Kenapa yek?

Banyak pemanggil baik lelaki, baik perempuan menyatakan komen masing-masing.

Bukan lah nak menyebelahi gender aku sendiri, tapi rasanya aku dah taulah apa sebabnya (ni berdasarkan pemerhatian aku sendiri). Nanti-nantilah aku up sebabnya.

Sibuk lah sekarang.

Monday, March 22, 2010

Cintailah Rasulullah S.A.W.

Doaku.. Pintaku.. Hanya PadaMu (II)

Duhai Allah.. Pintaku padaMu untuk ketenangan, ketabahan, kekuatan, keikhlasan dan keyakinan hati.

Permudahkan urusan harianku. Amin...

Kata orang, 'bila kita berusaha untuk mempermudahkan urusan kita dengan Allah, insyaAllah Dia juga akan mempermudahkan urusan kita.'

Sunday, March 21, 2010

Selamat Kembali!

Kedengaran semula hiruk pikuk, jerit menjerit suara anak-anak di tadika tingkat bawah. Cuti sudah tamat. Sesi persekolahan bermula kembali.

Selamat kembali, dan selamat berjuang anak-anak harapan agama, ibu bapak dan bangsa. Semoga masa depanmu bercahaya!

Kepada cekgu dan cekgi, bersabarlah dalam mengajar dan mendidik.

Keputusannya Telah Ku Terima

Alahai, semalam tak-dan nak up entri. Kerja-sibuk-penat alasannya.

Jumaat-malam-Sabtu itu hari baru aku ada kesempatan untuk ambik result 'Lab-Medical Checkup' yang aku telah lalui ujiannya hampir 2 minggu yang sudah.

Keputusan dari 'Gribbles Pathology Lab' merekodkan bahawa semuanya ok, kecuali.. kefungsian 'lipids' atau hati aku yang terganggu disebabkan lebihan kadar kolesterol tercatat dalam darah aku.

Antara yang di 'highlighted' dalam itu report ialah:

- Total cholesterol 7.2mmol/L, yang sepatutnya (< 5.2).
- LDL cholesterol 5.41mmol/L, yang sepatutnya (< 2.58).
- Total cholesterol/HDL ratio 6.3, yang sepatutnya (<5.0).
- Liver Function ALT 53U/L, yang sepatutnya (<51).

Waaa.. aku pun tak berapa paham dengan apa yang tercatat dlm report ni sebenarnya. Tapi dokter 'separuh masak' tu bagitu aku ada masalah kolesterol tinggi, dan kena ambik ubat selain kena maintain pemakanan dan gaya hidup. Itu je..

Itu je???

Abis tu yang panjang berjela-jela dalam report tu cakap apa..? Aisehhh.. Paiseh tul dokter ni. Dia tak nak terangkan secara lanjut tu. Apa..? Dia ingat aku ni ex-student Medic ke, yang tau bahasa-bahasa kedoktoran ni.. Apala.. Balik-balik dia cakap kalau nak tahu lebih lanjut kena ambik sesi perubatan yang lain. Hah.. Nak duit aje la tu!

Kalau aku tau perkhidmatan dia macam ni, baik aku pegi kat hospital kerajaan!

Terima kasih kepada dokter 'separuh masak' itu!


Moral:
- Nampaknya aku kena jaga kesihatan terus menerus melalui pemakanan dan gaya hidup yang seimbang.
- Lain kali kalau nak buat medical checkup yang puas hati, baik la gi 'specialist'.


Nota: Cinta kolesterol antara aku dan dia. Hehehe..

Friday, March 19, 2010

Deja Vu

Aittt.. Aku rasa aku sedang alami/lalui 'deja vu' nih?

Doa Iftitah


Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya.
Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang.
Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi,
dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang
musyrik.
Sesungguhnya solatku,
ibadatku,
hidupku,
matiku
adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam.
Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak
menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.



Cari Ketenangan ke?

Ke Pantai Batu Buruk lagi.. Apa kes ni?

Saje la. Tengok pokok, tengok air laut, tengok Pulau Kapas, tengok gelagat orang.

Sebut Pulau Kapas, rasa macam nak pegi besok. Tengok la nanti apa yang boleh di buat.. Yuhuu.. lama tak snorkel!


***

Bersolat Jumaat di Masjid Jame' Kampong Ladang, Kuala Terengganu.
Topik khutbah Jumaat: Hidup Berjiran.

Al Kuliyyah.
Topik kali ni: Berhias ~ Emm.. banyak menyentuh tentang hukum menutup aurat dan adat berhias dalam Islam.
Panel jemputan: Ustaz Uda Kassim.
Jemputan khas: Puan Wardinah Saffiyah.

Apa Itu 'Wortel'?

... Lobak/carrot!

Kah..kah..kah. Jenuh tertanya-tanya.

Thursday, March 18, 2010

KB Sedang Menanti Aku

Wokeh, pagi ni bersiap untuk berangkat ke destinasi baru, Kuala Berang (KB).

Kalau sekarang aku menetap di Kuala Terengganu, Kuala Berang telah termasuk dalam provinsi Ulu Terengganu.. Ulu? Waaa.. Menarik untuk dijelajahi ni.

Perjalanan dijangkakan mengambil masa selama 45 minit melalui jalan raya yang tak siap dan berliku, sememtara lampu isyarat terpacak hampir di setiap simpang di sepanjang jalan ini.

Sape nak ikot..?

Doa Siapakah Yang Terkabul?



Sebuah kapal karam di tengah laut dilanda badai dan ombak hebat. Hanya dua orang lelaki terselamat dan berenang ke sebuah pulau kecil yang gersang.
Dua orang yang selamat itu tak tahu apa yang harus dilakukan. Namun, mereka berdua yakin bahawa tidak ada yang dapat dilakukan kecuali berdoa kepada Tuhan. Untuk mengetahui doa siapakah yang paling dikabulkan, mereka sepakat untuk membahagi pulau kecil itu menjadi dua wilayah. Dan mereka tinggal sendiri-sendiri berseberangan di sisi-sisi pulau tersebut.
Doa pertama yang mereka panjatkan. Mereka memohon agar diturunkan makanan. Esok harinya, lelaki pertama melihat sebuah pohon penuh dengan buah-buahan tumbuh di sisi tempat tinggalnya. Sedangkan di daerah tempat tinggal lelaki yang kedua tetap kosong.

Seminggu kemudian, lelaki yang pertama merasa kesepian dan memutuskan untuk berdoa agar diberikan seorang isteri. Keesokan harinya, ada kapal yang karam dan satu-satunya penumpang yang selamat adalah seorang wanita yang berenang dan terdampar di sisi tempat lelaki pertama itu tinggal. Sedangkan di sisi tempat tinggal lelaki kedua tetap saja tidak ada apa-apanya.
Segera saja, lelaki pertama ini berdoa memohon rumah, pakaian, dan makanan. Keesokan harinya, seperti keajaiban saja, semua yang diminta hadir untuknya. Sedangkan lelaki yang kedua tetap saja tidak mendapatkan apa-apa.
Akhirnya, lelaki pertama ini berdoa meminta kapal agar ia dan istrinya dapat meninggalkan pulau itu. Pagi harinya mereka menemukan sebuah kapal tertambat di sisi pantainya. Segera saja lelaki pertama dan isterinya naik ke atas kapal dan siap-siap untuk berlayar meninggalkan pulau itu. Ia pun memutuskan untuk meninggalkan lelaki kedua yang tinggal di sisi lain pulau.

Menurutnya, memang lelaki kedua itu tidak layak menerima pemberian Tuhan kerana doa-doanya tak termakbul. Sejurus berangkat, lelaki ke pertama ini mendengar suara dari langit menggema, “Hai.. Mengapa engkau meninggalkan rakanmu yang ada di sisi lain pulau ini?”
“Berkatku hanyalah milikku sendiri, kerana hanya doaku yang terkabul,” jawab lelaki pertama ini. “Doa lelaki temanku itu tak satupun dikabulkan. Maka, ia tak layak mendapatkan apa-apa.”
“Kau salah!” suara itu membentak membahana. “Tahukah kau bahawa rakanmu itu hanya memiliki satu doa. Dan, semua doanya terkabul. Jika tidak kerana dia, maka kau takkan mendapatkan apa-apa.”
“Katakan padaku,” tanya lelaki pertama itu. “Doa apa yang ia panjatkan sehingga aku harus merasa berhutang atas semua ini padanya?”
“Ia berdoa agar semua doamu dikabulkan!” Suara itu menjelaskan.

***
Nota:
- Kesombongan macam apakah yang membuat kita menganggap bahawa hanya harapan dan doa-doa kita yang terkabul? Tak selayaknya kita mengabaikan peranan orang lain.
- Fikirkan begini "Anda fikir anda siapa?"

Wednesday, March 17, 2010

Discussion Dan Discussion

Alhamdulillah.. Allah terbitkan hariku dengan sinar keceriaan dan semangat. Moga-moga lebih best lagi berbanding semalam.

Tentatif hari ini..

Discussion pertama, mungkin aku nak jumpa dokter haritu, untuk ambik Lab-Medical Chekup punye keputusan. Hampir terlupa sebenarnya aku, selepas lebih seminggu buat pemeriksaan itu.
Cuak dan berdebar juga.. Cehh.. Macam nak amik keputusan peperiksaan Sijil Darjah Khas Sekolah Agama gaya debarannya!

Harapan aku, semoga semuanya dalam keadaan baik belaka. Keputusannya akan aku up-kan kemudian..

Discussion kedua, adalah pasal kerja. Hari ni akan aku 'persembahkan' hasil 'nulikan' audit aku untuk branch yang satu ini. Korang-korang yang berkaitan, sila tunggulah dengan tenang ye.. Rilek, aku tak makan orang punye spesis manusia. "Muka ata senyummm..."

Tuesday, March 16, 2010

Kesudahan 'Bubut Masa!'

Allahhu Akbar... Pospon pulak! Besok pagi..

Emm.. Dan lah aku 'touch-up' kerja aku kasik kemas.

Bos.. Tengkiu! Nanti gua belanja lu capteh sama karipap burok tapi sedap time balik HQ.

Pengharapan

Doa dan harapan aku.. Moga perjalanan hidop yang aku lalui hari ini akan lebih baik dari semalam.

Monday, March 15, 2010

Bubut Masa!

Alahai.. Kata meeting nak buat 17hb.. Ni tadik, aku konfem semula, nak besok pulak.

Waaa.. Kejar sama dia. Tensen la ni. Tapi senyum kat bibir tu kasik maintain aa..

Sunday, March 14, 2010

Pagi Yang Ceria! (I)

InsyaAllah, aku akan bawa se'tupperware' keceriaan dan se'mug' senyuman untuk bekalan hari ini.


***
Aittt.. Nape takde dengar suara girang anak-anak tadika kat bawah flet ni??

Oooo.. Coti sekolah sudah bermula. Okeh Selamat bercuti para cekgu-cekgu dan anak-anak sekolah!

Pohonan Taubat

Moga ayat ini menjadi ingatan berterusan buat aku;

Sesungguhnya taubat di sisi Allah itu hanyalah rasa penyesalan bagi orang-orang yang melakukan kejahatan lantaran kejahilan yang kemudian mereka bertaubat dengan segera. Maka mereka itulah yang diterima taubatnya oleh Allah. Dan Allah maha mengetahui lagi bijaksana.

Dan tiada ertinya taubat itu terhadap orang-orang yang selalu melakukan kejahatan, sehingga apabila datangnya ajal kepada seseorang daripada mereka barulah mereka merintih berkata "Sesungguhnya aku bertaubat sekarang ini" sedangkan penyesalan itu sudah terlambat.

Dan demikian juga halnya orang-orang yang mati sedangkan mereka tetap kafir. Orang-orang yang demikian, Kami telah sediakan azab seksa yang tidak terperi sakitnya.

(maksud surah An-Nisa' : Ayat 17 & 18)

Saturday, March 13, 2010

Aku Eksiden

Aku alami musibah kecil petang tadi. Kereta aku bergesel 'manja' dengan kereta sorang abang ni. Lokasi kejadian adalah di jalan area Gong Kapas. Semasa keadaan jem rapat.

Aku yakin aku tak salah!

Tapi aku belajar beberapa perkara hari ni. Belajar bersabar.. Belajar tidak ego.. Dan belajar untuk memaafkan orang lain.

Bayaran gantirugi kepada abang tu yang sejumlah RM100 mungkin senilai dengan pelajaran aku perolehi hari ni. Tak kisah la bang.. Daripada kita bertegang leher sape betul sape salah, baik juga saya yang mengalah.

Best kan hidup ni..!

Mungkin aku rugi duit sebab gantirugi dan kos repair kereta aku. Tapi apa ada hal.. Senyum ajelah. Benda dah nak jadi.. So lain kali kena lebih berhati-hati.

Bumper jatuh, fog lamp pecah dan tanggal, lampu signal pun tanggal, bodi calar.
Kopak juga RM serat-dua ni..

Aku juga tertanya-tanya.. Adakah yang berlaku ada kaitan dengan hal di masjid tadi. Aku menolak secara baik kepada seorang abang yang datang untuk meminta derma pembinaan madrasah? Emmm...


Notas:
- Tak kalah pun walau mengalah.
- Jariah dan sedekah boleh elakkan musibah? Aku semakin percaya..ya!

Melentur Bambu Biarlah Dari Rebung Muda

Lihatlah gambar di bawah ni;


Foto ni aku ambik di satu tadika Flat Padang Hiliran. Tersusun aje kasut-kasut diaorang. Aku lak yang rasa bangga semacam. Mungkin ini salah satu tauladan baik yang nak disampaikan oleh para guru tadika tersebut.

Di minda aku terfikir.. Kalau dalam bab susun kasut pun bebudak ni dah tertib, rasanya insyaAllah dalam hal lain kan tertib juga. Dengar kata dan patuh..

Kan best kan kalau anak-anak ni satu hari nanti bila dah dewasa pun masih mengekalkan cara hidup teratur sebegini.. Aman Malaysia, aman dunia..

Masih belum terlambat mungkin untuk membentuk jenerasi mendatang dengan nilai-nilai murni terpimpin. Terasnya, pastilah didikan agama yang sempurna. Dimulai dari rumah dan sekolah.


Notas:
- Pendidikan dan tauladan itu bermula dari rumah. Dan dibawa ke sekolah.
- Anak-anak memerlukan pemerhatian yang berterusan.
- Aku suke budak-budak. Hehe.. Kiut macam aku!

Terjaga Lagi

Aku terjaga kembali sejak jam 0330 pagi tadi lagi.

Sunyi.. Sepi..

Sambil menunggu waktu subuh, aku suka mendengarkan koleksi mp3 dari ustaz Asri ~ Gemersik Munajat dan Roh Munajat Zikir serta Ustaz Munif ~ Penawar Hati.
Sebagai halwa telinga, pelembut hati dan penenang jiwa.

Nota: Klik aje link kaler merah tu untuk muat turun.

Friday, March 12, 2010

Isi Khutbah Jumaat (I)

Kaum lelaki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (wanita), dan kerana mereka (lelaki) telah menafkahkan sebahagian dari harta mereka. Sebab itu maka wanita yang soleh, ialah yang taat kepada Allah lagi memelihara diri ketika suaminya tidak ada, oleh kerana Allah telah memelihara (mereka). Wanita-wanita yang kamu khawatirkan nusyuznya, maka nasihatilah mereka dan pisahkanlah mereka di tempat tidur mereka, dan pukullah mereka. Kemudian jika mereka mentaatimu, maka janganlah kamu mencari-cari jalan untuk menyusahkannya. Sesungguhnya Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar.

(surah an Nisa', ayat 34)

Tarikh snap-snap:18.12.06.~Kerapkali juga aku bersolat di masjid ini.
Solat jumaatku hari ini di Masjid Kg. Hiliran, Kuala Terengganu.


Antara isi khutbah hari ini adalah tentang tuntutan agama dalam menyegerakan mendirikan rumah tangga bagi mereka yang sudah ada kemampuan. Antara lain juga, khatib menyatakan tentang kewajiban kaum lelaki (terutama yang bergelar suami) akan tanggungjawabnya menjadi ketua atau imam dalam rumahtangga iaitu kepada isteri dan anak-anaknya.


Nota: Emm.. Aku ambik pengajaran atas khutbah yang disampaikan, InsyaAllah.

Mengadu Pada Ombak

Lihatlah pasir pantai yang menguning,
Lihatlah pantainya yg berbuih.. Kesan pukulan ombak,
Lihatlah lautannya.. Terbentang hingga ke sana,
Aku di Pantai Batu Burok.

Tiada yang luarbiasa istimewanya di sini. Pantainya? Sama seperti yang lain.. Jadi apa yang menggamit aku untuk ke mari?

Saje..

Mengisi masa. Nyambil-nyambil buat/edit entri, dengar alunan zikir dan munajat.
Merenung laut, manalah tau pandangan boleh tembus sampai ke tanah daratan di sebelah sana, sambil menyapa khabarmu melalui angin nan lalu.. Miss u!

Hujan Rahmat

Tik.. Tik.. Tik..

Rintik-rintik air hujan mula membasahi bumi Terengganu Darul Iman. Dan subuh ini, hujan masih turun dengan renyai. Alhamdulillah, akhirnya tanah yang tandus merekah telah mula subur kembali.

Moga hujan di subuh Jumaat ini membawa seribu rahmat kepada aku dan seluruh alam.

Allah, kabulkanlah pintaku.. Tunaikanlah hajatku.

Aku capai naskah al-Ma'tsuratku.

Dan hujan pun semakin melebat..

Thursday, March 11, 2010

Kapakkan Pohonan Itu

Apakah musuh utama pohon?

Ketika manusia mulai pandai melebur bijih besi menjadi batang besi, lalu menempanya sehingga terbentuk lempengan, kemudian mengasahnya menjadi sebilah mata kapak yang tajam.

Ketika itulah pohon-pohon di dunia mulai khawatir akan nasib mereka. Pohon-pohon melihat semakin hari semakin banyak kerosakkan yang dilakukan oleh manusia dengan kapak-kapaknya. Berbondong-bondong manusia memanggul kapak memasuki hutan dan menebangi pohon-pohon.

Apa jadinya bila dunia tanpa hutan yang lebat?

Apa jadinya bila dunia tanpa pohon?

Namun pohon tak mampu melakukan apa. Pohon hanya bisa menitikkan air mata dan geram saat memandang satu-per-satu pohonan lain jatuh menyembah bumi akibat dikapak oleh manusia-manusia. Kerosakkan pohon sudah sedemikian dashyatnya.

Kini..hanya tertinggal sebatang pohon di hutan itu yang merintih, “Oh, mengapa manusia mencipta kapak yang digunakan untuk menebangi pohon-pohon? Sungguh kejam kapak itu.”

Rintihan itu didengari oleh seorang penebang yang menjawabnya sambil tertawa. “Ha..ha..ha.. Wahai pohon, lihatlah. Sebilah mata kapak ini takkan bisa melukaimu begitu parah bila tak dilengkapi dengan pegangan yang terbuat dari kayu yang kuat. Sadarkah kau bahawa kayu itu berasal dari pohon, iaitu dirimu sendiri!”

Pohon, “Haaah..???”

Sekarang persoalannya pula, siapakah musuh utama kita?


Renungan: Ketidakbahagiaan dapat ditelusuri ke dalam diri sendiri. Dan kenyataannya, musuh terbesar seseorang adalah mungkin dirinya sendiri. Muhasabah, dan kenali diri..

Wednesday, March 10, 2010

Simpati

Kesian..

Seorang demi seorang sahabat-sahabat rapatku menerima ujian. Aku menyatakan rasa simpati aku kepada korang semua.

Buatlah apa yang kau orang rasa wajar dan selesaikanlah kemelut yang melanda dengan bijaksana dan beriman. Usah turutkan rasa amarah.

Aku sekadar sahabat hanya mampu mendengar luahan kalian. Apa yang termampu, ku bantu dengan sedayaku. Usah dikau ragui persahabatan dan bantuanku.. Semuanya ikhlas kerana Allah.

Kalaupun tiada bantuan yg aku hulurkan, aku harap dengan luahan hati kalian itu dapatlah sedikit meredakan kerunsingan di fikiran.

Bagi yang telah dapat menyelesaikan dan ada perkembangan baik.. Alhamdulillah dan tahniah diucapkan.

Sahabatku, doakanlah untuk kesejahteraan aku juga..


Nota: Aku kini yang sedang terpinga-pinga. Subhanallah.. Ampunkan daku Allah.


***

Kelmarin aku telah didatangi oleh 2 orang, siap berpakaian 'vest' mempunyai logo yang aku kurang pasti ejaannya.

Mengeluarkan folder berisi lengkap dengan profail dan gambar rumah anak-anak yatim 'Nurul Ihsan' ~ Sungai Siput, Perak.

Mereka: "Bla..bla..bla.. Segala sumbangan diberkati Allah jua."

InsyaAllah, walaupun dalam keadaan yang tidak bercukupan aku pada ketika ini, tetiba perasaan ingin membantu itu kuat datangnya.

Aku: "Bla..bla..bla.. Ini aje yang termampu saya beri untuk bayaran wakaf kpd anak-anak yatim."

InsyaAllah, moga sumbangan yang tak seberapa ini bisa disalurkan pada jalan yang benar/betul dan berhemat.

Aku tetap yakin, 'semakin bersedekah kerana Allah, aku semakin tidak papa.'
Kalaupun tidak kaya harta, biarlah kaya budi bahasa dan jariah.


***

Kemaskini @ jam 0500 petang.

Sedang bergayut dengan mak tersayang, ketukan di pintu ofis membantutkan perbualan kami.

Seorang lelaki berbangsa asing memperkenalkan beliau berasal dari Pakistan. Membawa beberapa hasil kerjatangan berupa cantingan ayat-ayat suci dan doa bertulisan khat di atas helaian daun.

Ya.. Helaian daun yang sudah dikeringkan. Dan dilekatkan di atas kertas berbentuk frame. Menarik juga..
Antara hasil kerja tangan hasilannya yang menjadi milikku.

Beliau menyatakan secara jujur (seperti yang dikatakan olehnya) bahawa beliau mencari pendapatan sampingan untuk menbiayai kos perubatan bapanya di Pakistan sana yang menderita sakit diabetis.

Pada mulanya, dia tidak menetapkan berapa harga bagi kerja tangan nya itu. Dia mengharap sekadar pemberian secara ikhlas.

Namun aku meminta untuk dinilai hasil usahanya itu agar aku tidak rasa bersalah untuk membelinya.

Setelah berbual secara alakadar, aku miliki 4 keping frame dengan bayaran ikhlas diberi sebanyak RM50.

Dia minta untuk diikhlaskan. InsyaAllah..

Doa aku agar duit perolehan itu sedikit sebanyak mampu meringankan beban dia dan bapanya.

Ucapan 'syukron' meniti dibibirnya sambil mendoakan kesejahteraan hidupku seharian.

Ya Allah, berilah sejahtera aku dan dia, seperti apa yang kami harapkan. Amin..

Ucapan Tahniah

Ucapan tahniah aku berikan kepada sahabatku bernama Mohd. Khairul Nazmi bin Othman dan isteri. Syukur..

Majlis resepsi keluarga pihak lelaki akan diadakan pada 27.03,10 (Sabtu) di Kampong Charok Damar, Sik, Kedah.

Semoga cabaran, dugaan, kebahagiaan dan kemanisan berumahtangga dapatlah korang lalui dangan penuh ketabahan dan keimanan.

"Kerol, salam siket ambik berkat. InsyaAllah lepas ini giliran aku pulak." Amin..


Nota: Alhamdulillah, kau telah menempuhi satu 'stage' lagi di dalam kehidupanmu. Aku memang tak menduga pada awalnya, kau nikah dulu sebelum aku. Kah kah kah..

Tabi'at Terkini

Entah kenapa semenjak-2-menjak ni aku mudah sangat terjaga di lewat malam. Almaklum, bila dah terjaga, susah pula nak lelap semula.

Kalau ada mood, masuk facebook. Talib la salu temankan aku chatting. Hehe..

Tidur sambil bubuh headfon kat telinga.

Mainkan alunan zikir-zikir dan tasbih.

Sementara jemari asyik memainkan tasbih biji-33. Sehingga terlena semula..


Nota: Syg.. Doa abg, semoga kamu lembut hati dan berbahagia sentiasa. Zikir dan selawat ini ku sedekahkan umtukmu. Seperti selalu..

Monday, March 8, 2010

Doaku.. Pintaku.. Hanya PadaMu



Ya Allah..
aku memohon kepadamu untuk mendapat rahmat dari sisiMu untuk membimbing kalbuku,
aku memohon untuk mendapat rahmat disisimu untuk mengatur hal2 yang belum teratur,

menolak godaan,
memperbaiki hubunganku,
memelihara agamaku,
menjaga niatku yang tidak kelihatan,
mengangkat dan mensucikan amalanku yang kelihatan,
mencemerlangkan wajahku,
memberi petunjuk kepadaku untuk melangkah ke jalan yang lurus, memenuhi hajatku, menjaga daku dari segala kejahatan..

Ya Allah..
Sesungguhnya aku pohonkan keimanan yg tulus ikhlas melimpahi seluruh hatiku..
aku pohon juga keyakinan yang benar
sehingga aku mengetahui bahawa tidak akan mengenai diriku oleh sesuatu musibah kecuali apa yang telah engkau tentukan kepadaku..
jadikanlah aku redha menerima segala ketentuan

Ya Allah..
aku pohonkan keimanan yang jujur..
keyakinan yang tidak kufur lagi kemudiannya..
aku juga pohon rahmatmu yang dpt menampung kemulian anugerah rahmatMu di dunia dan di akhirat..

ya Allah..
aku pohonkan kemenangan ketika menemuiMu
ketabahan hati menerima keputusanMu..
aku pohonkan dariMu tempat kedudukan para syuhada'
dan kehidupan orang-orang yang bahagia
dan mendapat pertolongan untuk menghadapi musuh
dan menyertai para nabiMu..

ya Allah..
kepadaMu lah aku menempatkan hajatku..
meskipun lemah buah fikiranku..
dan singkat amalku
namun aku amat berhajat kepada rahmatMu..
oleh kerana itu aku mohon kepada Mu Wahai pengadil segala perkara,
penyembuh segala hati, sebagaimana Engkau telah menyelamatkan aku dari amuk tengah samudera lautan
semoga Kau selamatkanlah aku dari hukuman seksa api neraka..
huru hara fitnah kubur,
dan godaan-godaan terkutuk yang menghancurkan..


Ya Allah
dimana buah fikiranku amat lemah
dan amal-amal perbuatanku sangat jauh dari sempurna
niat serta cita-citaku tidak mampu berbuat kebajikan
yang pernah Engkau janjikan kepada seseorang dari hambaMu
atau sesuatu kebajikan yang pernah
Engkau anugerahkan kepada seseorang dari makhlukMu..


aku berdoa dan tetap memohon perlindungan dan kekuatan dariMu
Engkaulah Tuhan,
penguasa seluruh alam..

Ya Allah..
jadikanlah kami orang yang menunjukkan dan mendapat petunjuk..
tidak sesat dan menyesatkan
bersedia memerangi segala musuhMu
hidup damai dengan segala kekasihMu..

kami akan terus mencintai
siapa yang Engkau cintai
dan memusuhi siapa yang Engkau musuhi..
iaitu makhluk-makhluk yang menentangMu..

Ya Allah..
inilah doa permohonanku
terserahlah kepadamu untuk memperkenankan..
inilah yang terkuasa olehku
hanya kepadaMu lah terletak harapanku..

Sesungguhnya kami hanyalah kepunyaan Allah..
dan kepadaMu jualah kami akan kembali..

tiada daya dan upaya kami,
melainkan dengan pertolonganMu yang Maha Tinggi lagi Maha Agung.

"Allahumma ini as'aluka ridhaka wal jannah..amin ya rabbal a'lamin"

Kepanasan Dan Kesihatan

Kali ni punya musim panas ada lain macam siket.

Panasnya terik.. Lama tak ujan..

Mak aku demam sama batuk. Dah masuk 3 hari dah. Suara garau semacam.

Kesian..

Anakmu yang nakal-nakal manja ini mendoakan agar mak cepat sembuh. Amin..

"Embunkan buah semangkok la mak. Minom airnya campor gula batu siket.."

Chehh.. Macam mak aku reti layan/baca blog aku. Takde arr.. Tadi petang aku helo-helo.


Sunday, March 7, 2010

Pasar Payang

Baru balik dari situ.

Beli beberapa buah tangan, untuk beberapa orang yg ada terlekat dalam ingatan.

InsyaAllah, RM bukan nilaian..

"Terima kasih Poksa, mu temang aku. Mu memang beh.. Bereh sokmo!"

Letih semacam. Mungkin kesan ambik darah tadi. Huhuu..

Pemeriksaan Kesihatan Yang Buat Julung Kalinya

Aku baru sudah buat pemeriksaan kesihatan di Klinik Sulaiman, Gong Kapas (Terengganu).

Pemeriksaan awal, dokter kata tekanan darah aku ada tinggi siket. 139/92 macam tu..

Aku alami stress agaknya.

Dokter akan pastikan aku betul-betul alami tekanan darah tinggi atau tak, bile aku ambil keputusan ujian darah aku seminggu mendatang.

Harap-harap semuanya ok. Amin..

Tempat dokter cocok ambik darah. "Ambik siket je sudah la doc.."

Lebam kesan cocok jarum

Nota: Kos perubatan dan konsultan, RM100 sahaja.


***

Kemaskini @ jam 1230.

Kenapa kepala puyeng ni. Adakah...?

Saturday, March 6, 2010

Naskah Buku Berikutnya

Petang tadi abis kerja lewat siket. Sempat singgah kat kedai buku 'Banggol', belakang panggung wayang lama -bersebelahan bangunan Maybank KT.

Ada kedai buku milik orang melayu muslim sana. Cari buku ilmiah. Jumpa dua tajuk. Niat nak poskan ke buah~ati. InsyaAllah.

Masih mencari satu lagi tajuk. Pasangan kepada salah satu yang aku dah beli tu. Besok bakal aku teruskan usaha itu.

Azan maghrib berkumandang. Aku ke masjid Kg. Ladang..

Masanya..

Aaaaa... Bubut masa.. Bubut masa..!

Mau kasik 'establish unsighted listing' untuk stock dan receipt.

Emmm.. Nampak gayanya macam banyak.

Sampai terterlajak petang. Masih belom makan.

Cadangnya tadi pagi nak buat pemeriksaan kesihatan (medical checkup). Jadi dari petang semalamlah aku dah tak telan pebenda pun. Cuma malam tadi jelah minom dengan poksa.

Layan punya layan.. Sampai la ni, aku dah tak tahan. Lapar bukan kemain. Roti pun roti lah, janji ada benda untuk ditelan.

Mungkin besok jelah aku buat checkup tu. InsyaAllah.

Terkenang

Emm.. Baru rasa mengantok. Taip entri sambil baring. Kemaruk btol..

Terkenang pula, seperti biasa, aku mengajari buah~ati. "Syg, baca doa tidur dulu. Baca sama-sama ye. Ikut abg.. Allahumma.. Bismika.. Akhya.. Wa amuths.." Sepatah demi sepatah dilafazkan.

Tersenyum sendiri..

Sekilas Memori Zaman Bergelar Pelajar (5) ~ Bahagian 3 (Akhir)

Oklah, rasanya dah lama sangat aku 'hanging'kan cerita studi aku ni. Ada baiknya, aku tutup/sudahkan dan abadikan kisah zaman bergelar pelajar ini.

Selepas aku menyudahkan pengajian di peringkat Diploma dan grad pada tahun 2002, selepas itu kehidupan aku bukan mudah. Betimbun surat permohonan aku cetak dan layangkan. Beratus keping setem aku belanjakan. Berjam-jam masa aku peruntukkan utk tujuan 'mencari kerja'. Temuduga sana, temuduga sini. Mohon sonun, mohon sinun. Cara itu, cara ini. Masih gagal..

Dipendekkan cerita selepas melalui pelbagai likuan dan pancaroba mencari kerja, aku diterima masuk di kompeni yang aku bekerja sekarang ini. Cukup dua tahun aku berkhidmat, bila keadaan dah stabil.. Aku mula memikirkan untuk meng'upgrade' level akademik ku.

Aku memilih untuk ambil pengajian jarak jauh (PJJ) bersama UiTM. Fleksibel dan kos murah. Pengajian dijalankan Sabtu dan Ahad, sebulan sekali. Oklah tu.. Kursusnya 'Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan (Pemasaran) dengan kepujian'. Matlamat aku pada masa itu, nak upgrade kerjaya dan upah makan gaji.

Sebenarnya aku tak berapa berkenan dengan kursus pemasaran ni. Tapi memandangkan kursus yang aku layak adalah terhad. Pilihan yang sesuai cuma dua, pemasaran atau kewangan. Wohoo.. Sebut kewangan pasti berkait rapat dengan perakaunan. Tak ingat, aku badi dengan subjek bernama perakaunan? 3 kali ambik basic account tu baru lepas!

Semester satu berjalan lancar. Walaupun tekanan dari rakan sekumpulan yang seakan menyisihkan. Almaklum, mereka semua duduk setempat, berkerjaya pun setempat. Jadi untuk perbincangan berkumpulan tiada halangan. Yang aku, outstation ke sana ke mari gagal memberikan komitmen. Aku ada mintak untuk diberikan 'eskius', namun pengelibatan dari jarak jauh aku tak abaikan. Dari segi pembahagian tugasan, aku siap sedia tunaikan. Cuma mungkin sekali dua agak kelewatan. Diharap mereka-mereka boleh faham. Rupanya tidak..

Bukankah sumbangan bahan dah aku berikan. Cumanya seperti yang dikatakan, aku tak boleh hadiri perbincangan berkumpulan. Kepincangan itu sudah disalah-ertikan. Katanya aku dah tak minat untuk berurusan dan berkumpulan. Hah mulalah, tohmahan dan sindiran dilemparkan. Siap berpantun-pantun lagi, kononnya menyatakan ketidakpuasan hati. Apa, korang ingat aku tak reti nak balas pantun korang?

Mujur juga semester pertama dapat dilalui. Walaupun 'resultnya' seperti cukup-cukup makan, ibaratnya 'idop segan mati pun segan'. Kah kah kui..

Semester kedua aku tak dapat teruskan. Wang yuran aku tak dapat lunaskan. Minta tangguh untuk semester kehadapan. Kawan lain dah semester 3, aku baru semester 2. Namun semangat masih membara. Impian untuk mendapatkan Ijazah yang aku pernah aku persiakan di UTM dulu harus ditebus semula.

Bila masuk semester dua, keadaan 'unstable' dah semakin terasa. Subjek yang diambil berat banget. Dua je yang aku ingat sebagai killer subjek; Akaun (akaun..? Badiiii...!) dan Mandarin. Aku ingat Mandarin tu semudah ABC, namun tak begitu. Tengok kod subjeknya sahaja dah level 5. Setara dengan semester 5, dan diajar juga mengikut cara pelajar sepenuh masa semester 5. Apa ke hal lecturer ni. Orang yang sepatutnya diajar dengan bertatih, sudah pun diajak untuk daki gunung dan berlari. Patah lah kaki kami.

Pensyarah Akaun pun satu hal. Kami ni nama pun pelajar separuh masa. Otak semua dah tua-tua. harap-harap dapatlah diajar dengan cara yang sepatutnya dan selayaknya kami. Ini main bedal semacam aje. Dia ingat kami yang pakai otak processor pentium MMX ni boleh running macam Intel Quad Core ke! bagi la can kat kami..
Periksa pakai format paper yang sama dengan pelajar sepenuh masa. Penandaan dan pemarkahan pastilah juga ikut format selaras. Ini Akaun beb, bukan kertas Pengajian Sastera.

Kesudahannya, Mandarin dan Akaun hanyut ke laut..

Namun ku akui juga, usahaku tidak sekuat mana. Agak payah untuk tertumpu pada dua perkara serentak. Seharian bekerja. Abis kerja, badan dan mata dah letih. Apatah lagi kerja ber'outstation' macam aku. Masa untuk mengulangkaji dalam situasi santai amat ketidakcukupan. Akhirnya, dalam hati sudah ada bibit-bibit kegagalan. Aku pasrah dengan segala ketidakupayaan 'ada untung sabut~tenggelam, ada untung batu~timbul'.

Dan kesudahannya, aku sekali lagi grad awal.. Pada semester kedua..

Aku pujuk hati nan lara. Kecewa? Sudah pasti. Tapi kena muhasabah, sejauh mana keupayaan diri. Orang lain boleh berjaya, kenapa aku tidak? Ya.. mungkin laluan kejayaan aku bukan dengan cara jalan begini.

Aku cuba berfikiran positif. Tak semestinya tiada ijazah tidak boleh berjaya..

Dan masih ramai mereka di luar sana, mempunyai ijazah, malahan Master sekalipun, kejayaannya bukan pada bidang mereka. Menjadi petani, menjadi penternak ayam, car-wash, jual roti canai, jual pasar malam.

Jadi aku cuba untuk kembali kepada matlamat asal aku. Aku nak jadi seperti apa?

Dan pada masa itu aku sudah pun mendapatkan jawapannya..

Sekian. Wassalamu..

Minom 'Awal' Pagi

Baru lepas balik ngeteh dengan Poksa (member kamcing dari U dulu). Tak jauh ngetehnya, depan homestay Ibai, seberang jalan jer..

Saje-saje bincang kosong. Teringat dan terkenang zaman susah senang masa sama-sama belajar U dulu. Tido sebantal-selembek. Kau terlalu baik dengan aku Poksa. Aku hargainya.

Emmmphh.. Aku dah susah nak tido la ni. Pagi nanti, mau packing siap-siap untuk check-out. Mngkin aku tumpang duduk rumah kenalan sekerja aje. Jimat..

Friday, March 5, 2010

Ilmu Jumaat Petang

Sedang menonton rancangan al-Kulliyyah terbitan TV3 dengan tajuk kali ini 'Jambatan Akhirat'.

Pengerusi: Ustaz Fauzi.

Panel: Mohd Nizam Abd. Kadir (Pensyarah UIAM).

Moga aku dicurahkan ilmu melalui tontonan bermanfaat ini.


***

Sambil-sambil tu aku meluncur perlahan di alam siber.

Memandangkan fikiranku semenjak-2-menjak ni agak tertumpu pada perkara berkaitan 'hidup berkeluarga', jadi 'search key' dia pun berkaitan dengan perkara itu. Jadi artikel ini menjadi sebahagian dari bacaanku;

(Artikel ini ditujukan khas pada mereka yang telah bergelar suami-isteri, namun pada aku ianya juga boleh digunapakai secara umum oleh mereka yang sedang dalam satu-satu perhubungan. Termasuklah aku dan buah~ati aku).


" Kebetulan musim kahwin ni, elok kita cerita sikit tentang keluarga bahagia, ok tak? Tips ini adalah dari seorang mufti untuk kita kongsi bersama.

Di awal perkahwinan semuanya terasa indah. EQ kedua-dua pengantin masih di tahap yang tinggi lantaran masing-masing cuba bertoleransi dalam setiap situasi dan cuba untuk memahami dan mengenali pasangan dengan lebih baik lagi.

Namun, masalah akan muncul bila sikap sebenar mula timbul. Orang putih kata, that’s the true colour. Ego, pemarah, panas baran, tak sabar, pemalas, kedekut, pengotor, dan segala macam sikap mazmumah lagi.

Jadi tips untuk kekalkan kebahagiaan rumahtangga ialah:

  1. Sentiasa bersyukur
    Banyakkan bersyukur pada Allah dan terima pasangan kita seadanya. Bukankah Allah pernah berjanji pada hamba-Nya, jikalau kamu bersyukur akan Aku tambah nikmat-Ku.
  2. Kawal emosi dan bermujahadah
    Bersabarlah, jangan sakiti hati pasangan dan jangan berdendam, kerana walaupun semasa bergaduh rasa menang tetapi hakikatnya dua-dua kalah (rugi). Rumahtangga yang menjadi mangsa. Zip mulut dengan memperbanyakkan zikir, baca quran dan jangan buang masa dengan perkara-perkara yang melalaikan. Sentiasa baik sangka dengan pasangan.
  3. Muhasabah diri
    Selalu minta ampun dengan Allah kerana kita hamba-Nya yang lemah tak akan pernah lepas dari membuat kesilapan. Kenali hati budi pasangan, jadilah orang yang suka memaafkan dan meminta maaf. (indah bukan?) Jangan rasa rugi atau malu jika kita (terutama suami) meminta maaf terlebih dahulu.

Akhir kata, sesungguhnya kasih sayang yang berasaskan keimanan lebih berharga dari harta benda, rupa paras dan nafsu syahwat (yang tidak kekal).

Wallahu'alam."


Notas dari aku;
- Aku insafi diri atas apa yang kami lalui.
- Moga apa yang berlaku lebih mematangkan sesuatu perhubungan, insyaAllah.
- Harap artikel ini dapat beri ilmu dan panduan. Terutama bagi diriku, dan juga dirimu.

Persepsi Salafussoleh Tentang Harta


"Jiwa tertekan kerana kemiskinan. Sedang kemiskinan lebih baik dari kaya yang merosakkan. Kaya yang sebenarnya ialah kaya jiwa. Kalau tidak segala harta dunia tidak akan mampu memenuhi kehendaknya."

Petikan dari Diwan al-Syafi’iey.



Aku berkata pada diri sendirik;

Fahamilah duhai sipemunya diri. Usah dikejar kayanya dunia. Bukankah itu hanya sementara. Semakin dikumpul semakin tak cukup. Macam kerak nasik, makin besar periuk makin besarlah kerak terbentuk.

Biarlah kaya hati, kaya jiwa. Itu kan lebih sempurna. Kalaupun bukan dipandang mata, biarlah hanya disimpana dijiwa. Tak mengapa.. Kan itu bagi bekalan untuk 'di sana'.

Kalaupun kita kaya harta, berbagilah sesama. Bukankah semakin kita memberi (sedekah/zakat), semakin itu kita mendapat. Harta pun bukan siapa punya, Allah Taala jua. Kita ni sebagai pemegang amanah. Jadi, berlaku amanahlah..

Thursday, March 4, 2010

Kisah Menyentuh Hati Dari Tanah India

Isteriku berkata kepada aku yang sedang asyik membaca surat khabar . "Berapa lama lagi kamu baca surat khabar itu? Tolong kamu ke sini dan bantu anak perempuan tersayangmu untuk makan."
Aku meletakkan akhbar dan melihat anak perempuanku satu-satunya, namanya Sindu tampak ketakutan. Air matanya mengalir dan di depannya ada semangkuk nasi berisi nasi susu asam/yogurt (nasi khas India /curd rice).
Sindu anak yang manis dan termasuk pintar dalam usianya yang baru 8 tahun. Dia sangat tidak suka makan curd rice ini. Ibu dan isteriku masih kuno, mereka percaya sekali kalau makan curd rice ada “cooling effect”.
Aku mengambil mangkok dan berkata, "Sindu sayang, demi ayah, mahukah kamu makan beberapa sendok curd rice ini? Kalau tidak, nanti ibumu akan bising-bising sama ayah." Aku dapat merasakan isteriku merungut di belakangku.
Tangis Sindu mereda dan ia menghapus air mata dengan tangannya sambil berkata, “Boleh ayah akan saya makan curd rice ini tidak hanya beberapa sendok tapi semuanya akan saya habiskan. Tapi saya akan minta..” agak ragu2 sejenak “.. Akan minta sesuatu sama ayah bila habis semua nasinya. Apakah ayah mau berjanji memenuhi permintaan saya?”
Aku menjawab “Oh pasti, sayang.”
Sindu tanya sekali lagi, “Betul ayah ?”
Ya pasti!" Sambil menggenggam tangan anakku sebagai tanda setuju.
Sindu juga mendesak ibunya untuk janji hal yang sama. Isteriku menepuk tangan Sindu yang merengek sambil berkata tanpa emosi, " Janji."
Aku sedikit khawatir dan berkata, “Sindu jangan minta komputer atau barang lain yang mahal ya, kerana ayah saat ini tidak punya wang.”
Sindu menjawab, "Jangan khawatir, Sindu tidak minta barang-barang mahal."
Kemudian Sindu dengan perlahan-lahan dan kelihatannya sangat menderita, dia bertekad menghabiskan semua nasi susu asam itu. Dalam hatiku aku marah sama isteri dan ibuku yang memaksa Sindu untuk makan sesuatu yang tidak disukainya.
Setelah Sindu melewati 'penderitaannya', dia mendekatiku dengan gaya pandangan mata penuh berharap. Dan semua perhatian (aku, isteriku dan juga ibuku) tertuju kepadanya. Ternyata Sindu meminta untuk kepalanya dibotakkan! Isteriku spontan berkata, "permintaan gila, anak perempuan botak, tidak mungkin!" Juga ibuku menggerutu, "Jangan terjadi dalam keluarga kita, dia terlalu banyak menonton TV dan terpengaruh."
Aku cuba memujuknya, "Sindu sayang, kenapa kamu tidak minta hal yang lain. Kami semua akan sedih melihatmu botak." Tapi Sindu tetap dengan pilihannya, "Tidak ada ayah, tak ada keinginan lain." kata Sindu.
Sindu dengan menangis berkata, "Ayah sudah melihat bagaimana menderitanya saya menghabiskan nasi susu asam itu dan ayah sudah berjanji untuk memenuhi permintaan saya. Kenapa ayah sekarang mau menjilat ludah sendiri? Bukankah ayah sudah mengajarkan pelajaran moral, bahwa kita harus memenuhi janji kita terhadap seseorang apapun yang terjadi seperti Raja Harishchandra (raja India zaman dahulu kala) untuk memenuhi janjinya rela memberikan tahta, harta kekuasaannya, bahkan nyawa anaknya sendiri." Panjang berjela rengekkan Sindu kali ini.
Sekarang aku memutuskan untuk memenuhi permintaan anakku, janji kita harus ditepati. Secara serentak isteri dan ibuku berkata, "Apakah kamu sudah gila?" "Tidak", jawabku, "kalau kita menjilat ludah sendiri, dia tidak akan pernah belajar bagaimana menghargai dirinya sendiri."
Sindu, permintaanmu akan kami penuhi. Dengan kepala botak, wajah Sindu nampak bundar dan matanya besar dan bagus.
Hari Isnin, aku menghantarnya ke sekolah. Sekilas aku melihat Sindu botak berjalan ke kelasnya dan melambaikan tangan kepadaku. Sambil tersenyum aku membalas lambaian tangannya.
Tiba-tiba seorang anak lelaki sebayanya keluar dari sebuah kereta sambil berteriak, "Sindu, tunggu saya." Yang mengejutkanku ternyata, kepala anak lelaki itu juga botak!
Aku berfikir mungkin botak model trend zaman sekarang.
Tanpa memperkenalkan dirinya seorang wanita keluar dari kereta itu dan berkata, “Anak anda, Sindu benar-benar hebat. Anak lelaki yang jalan bersama-sama dia sekarang, Harish adalah anak saya. Dia menderita kenser leukemia.”
Wanita itu berhenti sejenak, menangis tersedu-sedu, “Bulan lalu Harish tidak masuk sekolah, kerana rawatan kemo-terapi, kepalanya menjadi botak. Jadi dia tidak mau pergi ke sekolah takut diejek oleh teman sekelasnya. Minggu lalu Sindu datang ke rumah dan berjanji kepada anak saya untuk mengatasi ejekan yang mungkin terjadi. Hanya saya betul-betul tidak menyangka kalau Sindu mau mengorbankan rambutnya yang indah untuk anakku Harish. Tuan dan isteri tuan sungguh diberkati Tuhan mempunyai anak perempuan yang berhati mulia.”
Aku berdiri terpaku dan menangis. Malaikat kecilku, mengajarku akan erti kasih..

Notas:
- Kadang-kadang kita tak nampak tentang sesuatu kebaikan/kecantikan, disebalik sesuatu yang kita sangka jelek.
- Fahami erti kasih sebenar.
- Belajarlah tentang apa disebalik yang tersirat. Memang tak mudah, namun mungkin tak juga susah.