Wednesday, March 24, 2010

Piat Je Telinga Dia Cekgu!

Semalam bila turun je dari flat yang aku tumpangi, ada sorang anak tadika kena piat telinga dengan cekgu dia. Tetiba teringat kenakalan aku pulak masa kecik tadika-dulu. Nakal.. Sape kata aku tak nakal.

Kenapa anak ni kena piat telinga?? Ooo.. Sebab tak dengar kata dan tak ikut peraturan. Kasut tak susun cantik-cantik pun dah kena piat telinga. Berlari terkinja-kinja time nak masuk bilik darjah pun kena piat telinga. Tak bagus kah pengajaran seperti itu?

Emmm.. Pada aku bagus juga ada pendidikan/pengajaran 'informal' macam ni. Setidak-tidaknya anak sorang ni dapat tau apa salah yang dia dah buat. Lain kali insyaAllah tak buat lagi. Kalau diamalkan kebaikan ni sehingga dewasa nanti,bagusss!

Bila dipikirkan, ada baik ketegasan dan kongkongan diberikan terhadap seseorang ni. Contohnya, Allah terhadap hambaNya,ibu bapa terhadap anak, suami terhadap isteri, cekgu terhadap murid. Selain menunjukkann rasa hormat si penerima tegahan, aku rasa itu adalah didikan terbaik untuk mengajar 'do dan don't' pada mereka. Bukan niatnya nak mendera dan mengongkong, cumanya beri didikan. Kalau kita sayang kat seseorang tu, salah satu caranya beginilah mungkin.

Cumanya mungkin, orang yang menerima kongkongan tu merasakan dirinya terkongkong. Yaa.. Betul memang terkongkong. Tapi cupa fikir dari pandangan positif pula tentang tegahan itu..

Berbalik kepada contoh anak-tadika tadi. Mungkin dia tak menerima didikan 'piat telinga' begitu di rumah.
Syukur juga masih ada cekgu berhati mulia ingin memberikan pendidikan. Mungkin cekgu tu boleh bersikap begini.. "Ah lantak kau lah budak, bukan anak aku kalau nakal pun!" Memang cekgu tu berhak berfikir begitu, tapi kenapa dia lakukan juga? Sebab kasih sayang lah dia bersikap begitu. Kerana tanggungjawablah dia bersikap begitu.

Dan mungkin satu hari nanti kalau ditakdirkan anak itu bersikap tidak seperti dahulu.. Bukan kerana salah didikan, bukan kerana salah ibu mengandung. Budaya dan persekitaran lah yang mengubahnya. Selain kemahuan dirinya sendiri!


Nota: Kalau nanti satu hari, anak aku kena rotan dgn cekgu dengan sebab kenakalannya pun aku tak kisah. Sebab aku dulu kena rotan, kena penampar kat sekolah, ngadu kat rumah pun mak bapak aku tak kisah. Hehehe.. Padan muke!

No comments:

Post a Comment