Wednesday, March 10, 2010

Simpati

Kesian..

Seorang demi seorang sahabat-sahabat rapatku menerima ujian. Aku menyatakan rasa simpati aku kepada korang semua.

Buatlah apa yang kau orang rasa wajar dan selesaikanlah kemelut yang melanda dengan bijaksana dan beriman. Usah turutkan rasa amarah.

Aku sekadar sahabat hanya mampu mendengar luahan kalian. Apa yang termampu, ku bantu dengan sedayaku. Usah dikau ragui persahabatan dan bantuanku.. Semuanya ikhlas kerana Allah.

Kalaupun tiada bantuan yg aku hulurkan, aku harap dengan luahan hati kalian itu dapatlah sedikit meredakan kerunsingan di fikiran.

Bagi yang telah dapat menyelesaikan dan ada perkembangan baik.. Alhamdulillah dan tahniah diucapkan.

Sahabatku, doakanlah untuk kesejahteraan aku juga..


Nota: Aku kini yang sedang terpinga-pinga. Subhanallah.. Ampunkan daku Allah.


***

Kelmarin aku telah didatangi oleh 2 orang, siap berpakaian 'vest' mempunyai logo yang aku kurang pasti ejaannya.

Mengeluarkan folder berisi lengkap dengan profail dan gambar rumah anak-anak yatim 'Nurul Ihsan' ~ Sungai Siput, Perak.

Mereka: "Bla..bla..bla.. Segala sumbangan diberkati Allah jua."

InsyaAllah, walaupun dalam keadaan yang tidak bercukupan aku pada ketika ini, tetiba perasaan ingin membantu itu kuat datangnya.

Aku: "Bla..bla..bla.. Ini aje yang termampu saya beri untuk bayaran wakaf kpd anak-anak yatim."

InsyaAllah, moga sumbangan yang tak seberapa ini bisa disalurkan pada jalan yang benar/betul dan berhemat.

Aku tetap yakin, 'semakin bersedekah kerana Allah, aku semakin tidak papa.'
Kalaupun tidak kaya harta, biarlah kaya budi bahasa dan jariah.


***

Kemaskini @ jam 0500 petang.

Sedang bergayut dengan mak tersayang, ketukan di pintu ofis membantutkan perbualan kami.

Seorang lelaki berbangsa asing memperkenalkan beliau berasal dari Pakistan. Membawa beberapa hasil kerjatangan berupa cantingan ayat-ayat suci dan doa bertulisan khat di atas helaian daun.

Ya.. Helaian daun yang sudah dikeringkan. Dan dilekatkan di atas kertas berbentuk frame. Menarik juga..
Antara hasil kerja tangan hasilannya yang menjadi milikku.

Beliau menyatakan secara jujur (seperti yang dikatakan olehnya) bahawa beliau mencari pendapatan sampingan untuk menbiayai kos perubatan bapanya di Pakistan sana yang menderita sakit diabetis.

Pada mulanya, dia tidak menetapkan berapa harga bagi kerja tangan nya itu. Dia mengharap sekadar pemberian secara ikhlas.

Namun aku meminta untuk dinilai hasil usahanya itu agar aku tidak rasa bersalah untuk membelinya.

Setelah berbual secara alakadar, aku miliki 4 keping frame dengan bayaran ikhlas diberi sebanyak RM50.

Dia minta untuk diikhlaskan. InsyaAllah..

Doa aku agar duit perolehan itu sedikit sebanyak mampu meringankan beban dia dan bapanya.

Ucapan 'syukron' meniti dibibirnya sambil mendoakan kesejahteraan hidupku seharian.

Ya Allah, berilah sejahtera aku dan dia, seperti apa yang kami harapkan. Amin..

No comments:

Post a Comment