Friday, July 31, 2009

Jangan Sia Siakan (Pesanan Dan Ingatan Untuk Diri)

Saidina Ali Karamallahu Wajhah pernah berpesan
Beruntunglah orang yang hari ini lebih baik dari semalam
Terpedayalah orang yang hari ini sama seperti semalam
Dan celakalah orang yang hari ini lebih buruk dari semalam

Berkata Imam Ghazali Rahimallahu Ta'ala
Yang paling jauh bukanlah bintang
Mentari, pun bukan jua rembulan
Tetapi adalah masa yang berlalu
Dan tidak akan kembali

Kelmarin yang luput menjadi secangkir kenangan
Semalam yang terluput mengukir sesalan
Yang ada hanya hari ini dan akan datang
Gunakanlah hari ini dengan sebaiknya
Kerana esok belum tentu milik kita
Sedangkan semalam telah pergi buat selamanya






Masjid Felda Mempaga, Bentong Pahang

No comments:

Post a Comment