Friday, July 10, 2009

Berbaloikah Aku Kerja Makan Gaji Sekarang

Tiba-tiba aku terasa sangat nak berkira dgn kompeni tempat aku kerja sekarang. (Situasi emosi semasa menaip: marah dan kecewa).

Gaji bulanan yg aku terima sekarang (setelah hampir 6 tahun berkhidmat) : RM1,700.00
(-) KWSP dan SOCSO : RM 230.00

Gaji bersih : RM1,470.00
(-) Makan dan Minum (anggaran RM12.00/hari x 30) : RM 360.00

Baki : RM1,110.00
(-) Sewa/Ansuran rumah (di KL) : RM 350.00
(-) Bil utiliti : RM 120.00
(-) Kebajikan keluarga (Mak, Bapak, Adik2 bersekolah) : RM 400.00

Belen : RM 240.00
(-) Bulanan kereta (yg turut diguna pakai utk urusan kompeni/outstation) : RM 450.00
(Tiada subsidi dari kompeni dan kos penyelenggaraan/susutnilai)
(-) Laptop (anggaran bayaran bulanan) : RM 73.00
(Anggaran jangka hayat 4 tahun pada harga RM3,500.00)

Tunggakan bulanan : RM 283.00 (-)

Logik tak kalau kerja penat2 satu bulan, tp bila kira gaji.. Negatif!

Macam mana cerita kalau nak menyimpan tabung haji ke, wang kecemasan ke, berlibur ke.. Hampa. Aku memang betul2 hampa.

Aku suka kalau aku dapat menyimpan 30% daripada gaji bersih aku iaitu RM441.00. Tapi kalau macam ni lah keadaannya.. Hummmph.

2 comments:

  1. gaji -ve xpe,duit bole cari..jgn orgnye yg -ve sudah..
    lumrah idop manusia..bagi gaji 5rib pon blom tntu ckup..lagi byk gaji,lagi ligat otak pk nk blanje.
    one of the solution...upgrade urself la..smbung blajo,gaji naik ma...xpon klu akal pndek..quit fr d job..amcm?

    ReplyDelete
  2. bernas ide ko tu run. weh aku puas sapot ko selama ni. aku berenti, ko sapot pulak aku. amacam?
    bernas tak ide aku..

    ReplyDelete