Sunday, July 12, 2009

Ahad ku Menjadi Tamu Di Gaya Street

Okeh, hari ni aku keluar awal pagi untuk pegi pasar tamu di Gaya Street, KK. Pasar ni dibuka setiap Ahad seawal pagi sehingga dinihari. Pelbagai barangan dari cenderahati, pakaian, pokok, binatang pengliharaan, sehinggalah ke pelbagai jenis makanan dan ubat-ubatan herba.

Layan;
Pelbagai cenderahati spt rantai kayu, manik, keychain, ...

Dulang kayu, bakul rotan/buloh, kain corak etnik, ...

Benih pokok (org sini panggil cambah), kain gantung

Sayor

Set gamelan, seramik/tembikar lama, duit sen lama, parang, keris

Jawa panggil ni bertowali. Pahit weh..

Jeng.. jeng! Ulat mulong atau ulat sagu. Sebotol RM10. Org yg jual kata bakar mcm sate sedap. Hehehe.. Dulu mak bapak aku makan la kot!

Apa nengok2, ada utang ka! Patung kayu

Pastu, aku gi la jalan2 area pasar Philipin (UNHCR). Kat sini bynk jual brg kemas dari kristal dan mutiara. Harga mahal. Tak pandai tawar kalu.. Kena pau kaw2 punye! Aku punya taste/advise, kalau nak beli barang cenggini, cari jela kat pasar malam (tiap2 malam ada) dkt area Sinsuran, belakang Hotel Le Meridian. Harga lebih murah dan bebas..

Landmark KK. Ikan Layaran (Marlin). Dekat dgn Hotel Hyatt. Kalau kat Sandakan burong layang2.

Keadaan dlm pasar UNHCR

Lepas penat berjalan, ni la hasilnya..

Seramik bermagnet (tema sabah; penyu, burong enggang ngan raffelsia). Hairun kirem, nak tampal kat esbok katanye. Mcm best..

Kueh cincin versi Sabah ada rangup siket. Kalau yg Sarawak punye, keras kekung. Baling kat dinding pun dinding elak!

Walawei.. Penat seh!
Petang, ada agenda baru.

No comments:

Post a Comment