Monday, August 31, 2009

Hawa Dingin

Singgah sat kat Kinabalu Park. Bukan sorang, tp berdua..

Jernihnye ayor.. Sejok pulak tu!


Apa la nama pokok ni. Buahnye kat bwh perdu dia. Manis banget. Ada ke dgn selambanya aku ambik petik terus masok mulut, merasa buah dia. Aku lupa sehh.. PUASA!
Hai.. Muda-muda dah tua.


Sejok nye hawa di Kundasang. La la la..

Ada Apa Dengan Sambutan 31 Ogos

Semalamnya, selepas berbuka puasa beramai2 dgn si dia dan teman2 yg lain di (apa ntah nama tempat tu). Rasa teringin pulak nak lepak2 di Likas Gulf. Teluk Likas lah!

Kat situ ada tempat makan2 dengan view laut. Kira okeh lah..

Cadangnya nak tengok apa yg bakal terjadi di ambang merdeka. Bakar2 mercun ke.. Konsert ke.. Bising2 ke.. Konvoi ke..

Tapi satu bunyi hapening pun takde! Humm.. Mungkin mereka2 menghormati bulan Ramadhan.

Selepas hantar mereka2 pulang jam 130 pagi. Time aku nak pulang pulak la. Weh.. Jauh woo dari Tamparuli ke KK..

Ngantuk mata sehh...

Sunday, August 30, 2009

Ubat Lebat Rambut

Hahaha.. klako la post yg ni.

Aktuali aku dah semacam lali pulak yg aku ni ada masalah keguguran dan kejarangan rambut yg serius.

Aku tak pasti semenjak bile aku mengalami masalah kejarangan rambut ni. Seingat aku, dulu rambut aku lebat. Siap pernah bela rambut panjang. Time kerja kat ladang, kasi ikat tocang rambut depan. Biar tak mengerbang. Mungkin masalah ni bermula time aku belajar di UTM Semarak dulu. Makan megi. Makan macam2. Pakai helmet siang malam. Cuaca panas. Pencemaran alam sekitar kat KL. Mungkin la..

Adakah mungkin simptom "botak" ni ada link dgn genetik keturunan? Ok mcm bapak aku, rambut jarang. Paman Paron pun. Paman Shahrol pun botak sudah.
Risau jugak aku..

Dan semenjak itu aku rasa, rambut aku semakin menipis. Banyak jugek la cara aku buat. Antaranya yg aku ingat la:
  • lumur dgn hampas nyiok.
  • lumur dgn ramasan daun bunga raya.
  • lumur minyak zaitun tulin (olive oil).
  • minyak zindagi (HGO).
  • krim rambut tu.. Kirm rambut ni...
Tapi nampaknya setakat ni belum menampakkan apa2 hasil yg memberangsangkan. Yun Nam HairCare je blom try. Mahal sehh...!

Baru2 ni aku ada jumpa dan beli hair Growth Tonic kat Giant Supermarket di Wawasan Plaza. Rasa teringin pulak nak mencuba. Dia kata dlm tempoh 2 minggu dah menampakkan kesan.
Mai acu cubo try test..

Harga dia dlm lingkungan RM6.50

Notas:
- Sammy Vellu botak gi tanam rambut. Awat dia tak buat hair treatment kat Yun Nam?
- tu syed hamid albar pun gitu. dia biar pale dia licin. xsibuk2 pun.
- mungkin lelaki botak ni nampak macho dan hemsem kot. Mcm Stone Cold Steve Austin tu..

Embahku Dalam Memori

Jam 3.00 pagi tadi aku menerima panggilan utk berita yg mendukacitakan.
Embahku telah dijemput menghadap Illahi.

Innalillahi wa inna ilaihi ra ji'un..

al Fatihah utk beliau.
Semoga embah ditempatkan dikalangan hamba2 Nya yg mendapat keberuntungan di akhirat.

Kenangan bersama embah.

Saturday, August 29, 2009

Tamu Tuaran

Hari ni aku g jenjalan ke Tamu Tuaran. Dgn siapa lg.. Dgn si dia la.


Apa yg aku beli. Ni ha.. Utk ole2 bapak.


Kopiah knit.

Tamu di Tuaran sepertinya Pekan Sari sekitar pahang la. Tu yang boleh aku boleh definisikan.


Tengok ikan basong, rasa macam nak di frozen kan lah pulak. Bawak balik kampung. Sedap weh ikan ni..! Kat semenanjung macam takde la spesis ikan ni.



Tapi, Tamu di Gaya Street is still the best pada aku..

Bazar Ramadhan KK

Bazar kat sini biasa2 je. Masih tak buleh lawan meriahnya bazar macam kat Kelantan weh..

Lokasinya, bersebelahan dgn bangunan DBKK. Bile lalu jalan kat bazar, ada dgr loghat2 indon, loghat2 jawa. Wei.. sekapal! Orang tempatan tak reti berniaga ke. Yelah, sampai bagi permit kat org pendatang..


Nasi baryani paling murah dekat muka bumi, RM2.90. Tapi memula beli pun dah boleh dijangka tentang tahap 'kelazatannya'.

Friday, August 28, 2009

Zakat Fitrah

Alhamdulillah, tertunai sudah tanggungjawab ku pada pada zakat fitrah untuk Ramadhan kali ini.

Kali ini, pelunasan zakat aku tunaikan di Masjid Kota Belud.

Kadar zakat fitrah utk Ramadhan 1430 H adalah seperti berikut:
  • Selangor, Wilayah Persekutuan, Pahang, Perak, Kedah dan Pulau Pinang – RM7
  • Terengganu – RM5, RM7 dan RM8
  • Johor – RM5 dan RM7.50
  • Sabah – RM6.60
  • Negeri Sembilan – RM6.50
  • Melaka – RM6.30
  • Sarawak dan Perlis – RM6

Tunaikanlah tanggung jawab.



Masjid Felda Bukit Batu, Kulai. Foto diambil semasa persinggahan kami utk melanjutkan perjalanan ke kampung Ayer Baloi Pontian pada 26.10.06.

Thursday, August 27, 2009

Juadah Berbuka Puasa

Atas masalah penginapan yg sesuai sukar dicari di Kota Belud, aku ambil keputusan utk terus stay di Api2 sahaja. Sambung sewa tempoh hari.
Jadi aku terpaksa berulang alik setiap hari untuk ke KB. Kos tinggi banget..! Tapi apa buleh buat.

Bulan puasa ni aku terpaksa balek awal dari KB. Takut berbuaka puasa di tengah jalan la pulak. Macam ada satu haru tu... Haha, pengalaman btol la.. Buka puasa tgh jalan. (Bukan di atas jalan, tp dalam kereta).

So biasanya lepas tunaikan solat asar di masjid atas bukit tu, aku terus ke bazar mencari bekalan utk dibawa pulang ke KK.

Tepat jam 430 ptg, balik KK sudah. Macam biasa, naik "pirate". Klu kat semenanjung kira 'prebet sapu' la. Tapi yg peliknya tambang pirate lagi mahal dari tambang teksi. Apa kes..!

Jadi pilihan juadah aku hari ni adalah pulut panggang, popiah goreng ngan pulut serunding. Kos RM3 shj. Cukuplah..
Tak dan nak ambik gambar makanan tu semua, cepat je licin masuk ke perut.

Sebut pulut panggang, teringat bazar Ramadhan Beseri kat Perlis. Orang tunggu nak dapat beli pulut panggang sepasang suami isteri (yg dah berusia). Tuuuu dia. Panjang giler beratur.
Time tu hujan renyai2 pun aku sanggup tunggu. Punyalah nak tau kenapa pulut panggang mak/pak aji ni jadi tumpuan.
Secara jujur.. Memang sedap. Ibarat kata, kesedapan nya tu sampai 'inzal'! Hehehe.

Kenapalah semenjak dua menjak ni aku merindui sgt kenangan Ramadhan di Perlis. Huhuu..

Pertama Ramadhan Ini



Bila tiba akan kehadirannya
Pertama Ramadhan ini
Bersambutlah mereka seadanya
Dengan penuh keinsafan
Mencari pengertian

Walau jauh dari kemahuan mu
Pertama Ramadhan ini
Akan tiba mencampuri sesuatu
Biar gerak dan lafaz
Hanya izinan Mu jua

Dan seringkali kita terlupa
Hakikat puasa sebenarnya
Dan seringkali kita terlena
Maksud tersirat sebalik makna
Ohhhhh Ohhh

Pertama Ramadhan ini
Aku tidak berlapar lagi
Kerna mengingati Mu

Pertama Ramadhan ini
Aku tidak kehausan lagi
Kerna merindui Mu

Aku telah tahu segala galanya
Erti sebenarnya puasa

Dan seringkali kita terlupa
Hakikat puasa sebenarnya
Dan seringkali kita terlena
Maksud tersirat sebalik makna
Ohhhhh ohhh

Pertama Ramadhan ini
Aku tidak berlapar lagi
Kerna mengingati Mu

Pertama Ramadhan ini
Aku tidak kehausan lagi
Kerna merindui Mu

Aku telah tahu segala-galanya
Erti sebenarnya Puasa

Aku telah tahu segala-galanya
Erti sebenarnya puasa

Erti sebenarnya puasa


Sunday, August 23, 2009

Cabaran Ku Sahut.. Hasrat Bersambut!

Akhirnya.. Kini pasti! (ibarat bait lagu Anita Sarawak).

HTC Touch Diamond 2 telah selamat berada di dalam genggaman aku.

Yang baru. HTC Touch Diamond 2.

Yang lama. O2 xdaII mini.


Okeh, sedikit sebanyak pengenalan HTC TD2 aku;
  • dibeli pada hari ahad, 23 Ogos 2009 bersamaan 2 Ramadhan 1430 Hijriah.
  • dibeli di Centre Point, Kota Kinabalu dgn ditemani si buah hati.
  • dibeli sekadar utk menggantikan O2 XDAII mini aku yg telah pun berusia 4 tahun. O2, aku tetap rindu kamu..
  • berharga RM2580 shj. (half kertas, half plastik. Paham2 jelah).
  • okeh PDA ni comel. Tak besar dan tak terlalu kecil. Elegance design.
  • Windows Mobile 6.1 base. Dgn teknologi Touch Flo.Oren lagi..
  • touch screen
  • semua ada; GPS, WiFi, Bluetooth, apa2 lagilah.
  • bunyi ngam, gambar ngam, teknologi pun ngam..
  • Taiwan made. Yg penting bukan produk PRoC ye.. FYI, iPhone pun produk PRoC. Lalala.. (teringat kisah serigala tak dapat anggur).
Harapan aku, HTC ni mampu bertahan paling tidak 5 tahun kehadapan.

Nota: Dan ini juga mungkin secara kebetulan sempena kerjaya anniversary selama aku bekerja dgn SINGER. Enam tahun sudah wei..! (25 Ogos 2003, hari pertama aku di Singer).
Dulu aku pernah ditanya. Berapa lama kau nak kerja dekat Singer ni?
Aku menjawab dengan konfidennya.. Dua tahun sahaja!
Naa.. Sekarang apa cer! Hehehe, ibarat nasik sudah menjadi bubur (betul ke peribahasa tu?).

Kesabaran Aku Ada Batasnya (Baca Dengan Nada Tidak Marah)

Kesabaran aku sudah sampai ke maksimanya,
Bateri O2 sudah ditukar untuk kali keduanya,
Masalah masih juga berkunjung tiba,
Mungkin timenya pun sudah tiba,
Aku memikirkan satu dua perkara,
Tentang iPhone yang semakin hilang beritanya,
Kesabaran aku sudah sampai ke maksimanya.

Hari ini aku bertekad dengan satu keputusan,
Mencari pengganti yang boleh memuaskan,
Dei Samad apa cerita aku punye pesanan,
Angan2 iPhone tak juga kesampaian,
Bayangan HTC bermain di fikiran,
Alang2 menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan,
Hari ini aku bertekad dengan satu keputusan.

Hey Adi, tuan punya angan2.
Aku cabar kau...!

Nota: Sila rujuk post yang terdahulu di sini.

Saturday, August 22, 2009

Trend Berbuka Di Hotel

Dalam perjalanan ke Tarawikh tadi, aku ada terperasan satu keluarga muslim yg sedang enak menyantap juadah berbuka puasa yg penuh di meja di sebuah hotel. Semasa itu, azan Isya' lunak berkumandang.

Kesnya beginilah;
Umumnya, bila masuk sahaja bulan Ramadhan, maka banyaklah juga pakej2 meleleh yg di anjurkan oleh pihak hotel atau pihak2 tertentu untuk berbuka puasa ala buffet dengan harga yg menakjubkan!

Dan kebiasaannya juga, bila masuk sahaja waktu Maghrib maka bergegaslah mereka2 yg berpuasa itu untuk berbuka puasa.

Kita tahu, waktu Maghrib yg seciput itu perlu dimanfaatkan sebaiknya. Mana utk berbuka, dan mana untuk bersolat.

Andaikan start dari mula masuk waktu dah start menyantap. Kena makanan banyak yg sedap. Almaklum buffet style.
Makan punya makan, ter-drag sampai waktu Isya'. Tertinggal lah waktu Maghribnya..
Jadi.. Mana yang dikatakan keberkatan berbuka puasa? Mana pula dosa tercipta?

Tapi mungkin juga begini;
  • Yg berbuka puasa itu terdiri dari mereka yg bermusafir. Solat jama' dijadikan alasan.
  • Hotel2 pun ada sediakan musolla. Boleh tinggalkan juadah seketika untuk tunaikan solat.
Yelah tu..

Solat Tarawikh (Antara Kuantiti Dan Kualiti)

Alhamdulillah, terlaksana hasrat utk berjemaah tarawikh di masjid KK (atas bukit Padang Merdeka).
Kesimpulannya.. Fast and Furious!

Istiqamah matlamatku..

Terkenang saaat ber-Ramadhan di Perlis pada tahun 2006, terutama memori menetap sementara di mukim Mata Air (Mata Ayaq).

Tarawikh yg dijalankan di sini pada aku amat selesa dan santai. Solat dijalankan dalam 2 sesi. Sesi pertama utk mereka yg mengambil 8 raka'at. Dan sesi kedua untuk lanjutan ke 20 raka'at.

Bacaan imamnya amat jelas, perlahan dan tersusun. Dengan mengambil ayat dari 1/2 lembar dari al Quran sebagai surah tambahan selepas al Fatihah, solat yg dihadiri oleh pelbagai lapisan umur dan usia dirasakan adil dan saksama mengikut kemampuan.

Dan setiap selesainya 4 raka'at, akan ada bacaan tazkirah pendek (sekadar 5 minit) untuk memberi ruang rehat pada jemaah.
Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar..

Aku merindui Tarawikh itu.

Timbul pertanyaan difikiran aku. Mana yg lebih afdhal? Kuantiti atau kualiti..

Sekadar Beralakadar

Beginilah persiapan asas pemusafir kelana di perantauan semasa menghadapi Ramadhan.

Satu gelas utk persediaan buat air panas. Kurma bertangkai Pakcik Yusof Tayob.

Alhamdulillah, masih ada makanan dan minuman yg boleh ditelan semasa berbuka.


Ertinya: Ya Allah! Kerana Engkau aku berbuka puasa dan kepada Engkau aku beriman dan atas rezeki dari Engkau aku berbuka puasa telah hilang dahaga sudah menjadi basah segala urat. Ya Allah! Aku minta diampuni dosaku dengan rahmat Engkau yang meliputi segala sesuatu.

Friday, August 21, 2009

Pulang Awal, Sampainya Pula Lewat

Cadanganku utk bertolak pulang awal ke KK tidak kesampaian. Urusan kerja yg memerlukan sedikit masa tambahan memaksa aku pulang jam 5.30 petang (ikutkan hati nak balik 4.30 ptg).

Kereta sapu yang menjanjikan 'jalan sekarang' juga membantutkan usaha pulang awal. Selepas jam 6.00 petang, Perodua Rusa berstereng MOMO kecik dgn speaker dum.. dum.. pecah telinga baru memulakan perjalanan. Singgah dua tempat lagi pulak utk penuhkan seat. Adusst..

Perjalanan terhenjut2 dek teknologi potong spring pada van rusa ini sungguh tidak menyelesakan. Utk mengurangkan panas hati, aku mematikan diri (tido daa..).

Perjalanan yg biasanya hanya mengambil masa 1 jam 30 minit telah di drag menjadi 2 jam lebih. Sampai di Api2 sekitar 730 malam membantutkan azam aku utk Solat Fardhu dan Tarawikh di masjid.

Aku lunaskan tanggungjawabku di bilik sahaja.

InsyaAllah, azamku menjadi bertambah kuat utk hari esok.

Menjelang Ramadhan 1430

"Ku mengharapkan Ramadhan kali ini penuh makna"


Teks dipetik dari http://nurjeehan.hadithuna.com


BAGAIKAN menunggu tetamu yang istimewa, Ramadan dinanti-nantikan oleh seluruh mukmin di pelusuk dunia. Dalam sejarah Islam sendiri, Rasulullah SAW dalam sebuah riwayat dinyatakan bahawa enam bulan sebelum tibanya Ramadan, Rasulullah mempersiapkan diri untuk menyambutnya. Bahkan ketika Syaaban, Rasulullah mengajar sahabat doa: “Ya Allah berkatilah kami pada Syaaban dan sampaikan kami Ramadan.”

Imam al-Ghazali membahagikan puasa kepada tiga tahap:

  • Tahap terbaik (khusus al-khusus)

Seseorang Islam yang berjaya mengawal puasanya bukan setakat makan dan minum tetapi mencakupi keseluruhan perbuatan atau tindakan lain yang boleh membatal atau mengurangkan pahala puasanya.

  • Khusus

Seseorang yang berjaya dan berusaha untuk menahan diri dari melakukan segala perbuatan yang boleh membatalkan puasanya, tetapi dia masih lagi tidak dapat mencegah diri dari maksiat batin.

  • Umum

Seseorang yang berpuasa dan berusaha untuk menahan diri daripada melakukan apa juga perbuatan yang boleh membatalkan puasanya tetapi masih lagi tidak dapat menghindarkan diri daripada melakukan maksiat zahir dan batin.

Antara punca yang menyebabkan ramai di kalangan umat Islam hari ini masih berada pada tahap kedua dan ketiga disebabkan nilai dan mutu kehidupan seseorang itu sendiri yang masih berada di takuk lama walaupun menyedari sedang berpuasa. Perbuatan seperti terlalu banyak bercampur dengan rakan yang melebihkan tumpuan dalam hal keduniaan, hanyut dalam kealpaan dan angan-angan, bergantung harap tidak kepada Allah dengan sepenuhnya dan makan serta tidur yang berlebihan.

Rasulullah SAW dalam hadisnya bersabda yang bermaksud:

“Sesiapa yang berpuasa dengan penuh keimanan dan perhitungan Allah akan mengampuni dosanya yang lalu” (riwayat Muslim).

Dalam hadis lain Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

”Apabila kamu berpuasa, maka hendaklah pendengaranmu, penglihatan-mu dan lidahmu turut berpuasa dari segala yang haram. Jauhilah dari suka menyakiti jiranmu, hendaklah kamu bertenang dan beramal dan jangan biarkan hari tidak berpuasa dan hari berpuasa adalah sama.” (riwayat Bukhari).

Bagi memastikan segala pesanan Rasulullah SAW ini dilaksanakan, kita perlu memulakan penghidupan yang lebih bermutu dan bernilai sepanjang berada dalam bulan berkat ini. Antaranya ialah:

  • Menjaga ibadat puasa daripada terbatal dan kurang pahalanya kerana kelalaian dalam menjaga anggota badan.
  • Memperbanyakkan membaca al-Quran dan merenungi pengajaran di sebalik pengertian ayat yang dibaca.
  • Mengurangkan tidur pada siang hari dalam bulan Ramadan.
  • Beriktikaf dalam masjid terutama pada sepuluh malam terakhir Ramadan.
  • Memperbanyakkan bersedekah terutama kepada fakir miskin kerana bersedekah akan menyucikan jiwa manusia dari sifat takbur dan kembali menyemai sensitiviti sesama umat Islam.
  • Usah terlalu boros dengan melakukan pembaziran dalam penyediaan makanan.

Melihat kepada betapa besarnya fadilat yang bakal diperoleh sepanjang bulan ini, Rasulullah SAW memberi penekanan dengan menjelaskan kemuliaan Ramadan melalui satu khutbah baginda iaitu:

“Wahai manusia, sesungguhnya kamu akan didatangi satu bulan yang besar lagi penuh keberkatan iaitu bulan yang didalamnya ada satu malam yang lebih baik dari seribu bulan. Bulan di mana Allah jadikan puasa adalah fardu dan qiyam pada malamnya adalah satu tambahan. Sesiapa yang mendekatkan diri kepada Allah dan beramal soleh pada bulan itu, maka samalah dia dengan orang yang menunaikan 70 amalan fardu di bulan lain. Bulan Ramadan adalah bulan untuk memberi pertolongan dan Allah akan menambahkan rezeki orang mukmin di dalamnya. Sesiapa memberi makanan berbuka bagi orang yang berpuasa pada bulan itu, maka itu menjadi pengampunan dosanya dan kebebasan dari api neraka.”

Secara jelasnya menikmati kehadiran Ramadan dan fadilat yang terselindung di sebalik tabir kemunculannya menjadi tumpuan setiap umat Islam yang sentiasa mengharap keberkatan dan pahala yang berlipat ganda dari Allah Taala. Usah jadikan Ramadan sebagai bulan untuk berlumba-lumba menyajikan makanan yang pelbagai sehingga melakukan pembaziran atau menjadikan alasan berpuasa di dalam bulan Ramadan untuk menjadi umat Islam yang rendah produktiviti dan tiada natijah penghidupan kerana keletihan berpuasa.


Pertama sekali menziarahi masjid Kota Belud ini adalah pada 23.05.07. Dan selepas 2 tahun kemudian, aku kembali semula di sini untuk menunaikan solat waktu dan Jumaat.

Thursday, August 20, 2009

Pitas Dan Kota Marudu

Perjalananku pada hari ini menuju tempat bernama Pitas dan Kota Marudu.

Pekan Kota Marudu agak besar dan ramai orang.
Tapi berbeza sangat kalau ke Pitas. Apa pun tak ada. Kata orang kalau pegi Pitas hati-hati. Red area tu. Banyak benda yang kita tak nampak. Petua orang, kalau masuk Pitas kena pakai spenda terbalik. Tapi aku tak buat mcm tu la..

Memulakan perjalanan dari Kota Belud. Banyak bendang di kanan kiri jalan. Itulah industri asas penduduk berbangsa Bajau di sini.

Camni la keadaan jalan sepanjang KB ke Kota Marudu atau ke Kudat. Malah ada yg lebih teruk daripada ini. Nasib la kalau korang pakai kereta cantik mcm Merc atau BMW.

Singgah sat beli jagung bakar. Tapi kali ni tak sesedap yg aku pernah makan dulu.

Anak bilis tumpang beredup kat bawah restoran terapung kat area Pitas.

Jajan gantung kat RnR simpang Kudat-Kota Marudu.

Menghitung Hari

Semakin hari mendekati Ramadhan, semakin tak sabar aku utk menyambutnya.

Bulan yang mana di dalamnya penuh dengan keberkatan.

Ya Allah, sampaikanlah aku untuk menemui Ramadhanmu. Tingkatkanlah jua hasratku untuk terus beribadah kpdMu.

Sunday, August 16, 2009

Tamu Kota Belud

Inilah benda yg menarik diri aku untuk mengunjungi Tamu di Kota Belud. Sebagai ole2 untuk orang kat kampong.

Datang yang dulu aku dah beli dua. Kali ni beli empat pulak. Pebenda yg aku beli tu?

Parang Kota Belud la. Dulu punye time tak berapa mahal. Kali ni naik harga sudah.
Aktuali parang ni hanya sbg barang cenderahati je. Buat pakai besi lembut je tu. Guna potong sayor boleh le. Jangan sesekali guna buat belah tempurung or kayu api. Sure sumbeng!

Tapai beras dibungkus daun keladi. Beli kat tamu KB. Makan kat Tanjung Aru. Makan bukan sendiri2. Adala.. dgn somebody.

Saturday, August 15, 2009

Aku, Dia dan Kamu

Zol balik semenanjung pagi ni. Lepas ni aku takde geng la. Sure boring.

Jadi, pepagi lagi dah bersiap nak hantar zol ke airport (KKIA) Terminal 2. Kancil sewaan yang dijanjikan belum muncul tiba. Mana pulak abang Alamanda nih. Zol gelabah puyuh, takut tertinggal flight katanya. Rilek be..

Tepat jam lapan, naa.. kancil yg dijanjikan diserahkan. Kondisi kereta tak brp baik. Tapi bolehlah!

Selepas selesai urusan kawan aku yg sorang ni, aku meneruskan agenda aku sendiri.
Destinasi.. Tuaran. Ehem.. Ehem!


"Bukan tak sudi bercerita di sini,
Tentang si puteri yg tertambat di hati,
Masanya akan tiba jua nanti,
Buat sementara, biarlah peribadi."


Apa Kata Survey..?

Suatu hari anda di rumah, berlaku 5 perkara serentak yang perlu anda ambil perhatian iaitu:

1.Telefon berbunyi
2.Bayi anda tiba-tiba menangis
3.Seseorang mengetuk pintu rumah/loceng rumah anda berbunyi
4.Tiba-tiba hujan hendak turun dengan lebat dan ada baju kering di ampaian
5.Air yang anda tadah di dapur melimpah

Susunkan apa yang anda akan buat dahulu mengikut turutan.

Ok dah susun?


Selepas anda buat keputusan, anda boleh lihat jawapan di bawah. Setiap keputusan menunjukkan kepentingan kita dalam kehidupan.

Adakah ujian ini sama dengan kepentingan anda dalam kehidupan?
Fikir-fikirlah sendiri..


Spoiler:
1.telefon simbolik kepada kerja/kerjaya anda
2.bayi simbolik kepada keluarga anda
3.orang yang datang ke rumah simbolik kepada kawan-kawan
4.baju-baju simbolik kepada kehidupan seksual
5.air melimpah simbolik kepada duit/harta benda/kekayaan


Adakah ujian ini sama dengan kepentingan anda dalam kehidupan?? Fikir-fikirlah sendiri....




1.telefon simbolik kepada kerja/kerjaya anda
2.bayi simbolik kepada keluarga anda
3.orang yang datang ke rumah simbolik kepada kawan-kawan
4.baju-baju simbolik kepada kehidupan seksual
5.air melimpah simbolik kepada duit/harta benda/kekayaan


Adakah ujian ini sama dengan kepentingan anda dalam kehidupan?? Fikir-fikirlah sendiri....

Kisah Perangkap Tikus

Sepasang suami dan isteri petani pulang ke rumah setelah berbelanja. Ketika mereka membuka barang belanjaan, seekor tikus memperhatikan gelagat sambil menggumam "Hmmm...makanan apa lagi yang dibawa mereka dari pasar?"

Ternyata yang dibeli oleh petani hari adalah perangkap tikus. Sang tikus naik panik bukan kepalang.

Ia bergegas lari ke sarang dan bertempik, "Ada perangkap tikus di rumah.. Di rumah sekarang ada perangkap tikus.."

Ia pun mengadu kepada ayam dan berteriak, "Ada perangkap tikus!" Sang ayam berkata, " Tuan tikus! Aku turut bersedih tapi ia tak ada kena-mengena dengan aku."


Sang Tikus lalu pergi menemui seekor kambing sambil berteriak seperti tadi. Sang kambing pun jawab selamba, "Aku pun turut bersimpati.. tapi tidak ada yang boleh aku buat. Lagi pun tak tak ada kena-mengena dengan aku. "

Tikus lalu menemui lembu. Ia mendapat jawapan sama. "Maafkan aku. Tapi perangkap tikus tidak berbahaya buat aku sama sekali. Takkanlah sebesar aku ni boleh masuk perangkap tikus. "

Dengan rasa kecewa ia pun berlari ke hutan menemui ular. Sang ular berkata "Elehh
engkau ni... Perangkap tikus yang sekecil tak kan la nak membahayakan aku."

Akhirnya Sang tikus kembali ke rumah dengan pasrah kerana mengetahui ia akan menghadapi bahaya seorang diri.

Suatu malam, pemilik rumah terbangun mendengar suara berdetak perangkap tikusnya berbunyi menandakan umpan dah mengena. Ketika melihat perangkap tikusnya, ternyata seekor ular berbisa yang jadi mangsa. Ekor ular yang terperangkap membuat ular semakin ganas dan menyerang isteri pemilik rumah.

Walaupun si suami sempat membunuh ular berbisa tersebut, isterinya tidak sempat diselamatkan. Si suami pun membawa isterinya ke rumah sakit. Beberapa hari kemudian isterinya sudah boleh pulang namun masih demam.

Isterinya lalu minta dibuatkan sup cakar ayam oleh suaminya kerana percaya sup kaki ayam boleh mengurangkan demam. Tanpa berfikir panjang si Suami pun dengan segera menyembelih ayamnya untuk dapat cakar buat sup.

Beberapa hari kemudian sakitnya tidak kunjung reda. Seorang teman menyarankan untuk makan hati kambing. Ia lalu menyembelih kambingnya untuk mengambil hatinya. Masih juga isterinya tidak sembuh-sembuh dan akhirnya meninggal dunia.
Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un.

Banyak sungguh orang datang melawat jenazahnya. Kerana rasa sayang suami pada isterinya, tak sampai hati pula dia melihat orang ramai tak dijamu apa-apa.
Tanpa berfikir panjang dia pun menyembelih sapinya untuk memberi makan orang-orang yang berziarah.

Dari kejauhan.. Sang tikus menatap dengan penuh kesedihan. Beberapa hari kemudian ia melihat perangkap tikus tersebut sudah tidak digunakan lagi.



MORAL: SUATU HARI.. KETIKA ANDA MENDENGAR SESEORANG DALAM KESUSAHAN DAN MENGIRA ITU BUKAN URUSAN ANDA.. FIKIRKANLAH SEKALI LAGI.

Wednesday, August 12, 2009

Simpang Mengayau, Kudat

Emm.. hari ni eksplorasi aku diteruskan untuk ke Kudat.

Aktuali, ini masuk kali kedua aku kemari. Pertamanya pada 2007.

Kudat, satu pekan agak kecil yang berada di hujung atas negeri Sabah. Kalau tengok peta sabah yg macam kepala anjing tu, Kudat sebagai telinganya.

Dan destinasi populer Kudat adalah Kampung Simpang Mengayau. Dimana ianya telah digazetkan sebagai destinasi penghujung benua Borneo.

Benda macam bola tu la landmark Simpang Mengayau.


Kenderaan ni la yang kami tunggangi (Mits Triton). 4x4 paling sedap yg pernah aku naik.

Monday, August 10, 2009

KB Bukan Kota Bahru, Tapi Kota Belud

Naa.. hari ni bermulanya tugasku di pekan/bandar Kota Belud. Perjalanan dari bandar KK ke KB lebih kurang 80km. Hari pertama, pengalaman di "pau" pemandu teksi innova. RM20/seorang merupakan cas yg mahal utk tambang dari stesen teksi di Dataran Merdeka (KK) ke KB ini.

Aktual cas; RM10 - RM15 kalau naik teksi. Biasanya RM10 je. Atau RM8 kalau naik bas mini tanpa ekon/ber-ekon (ikut nasib).

Bandar yg agak sibuk. Banyak manusia dan kenderaan2 nya. tapi nak cari hotel, aduyai.. ada satu "dijaga rapi" oleh pondan. Katakan tak nak! Bukan terlebih demand, ikut kesesuaian la. Tergambar semula Api2 di depan mata. Kenapa ek?

Sunday, August 9, 2009

Berapa Kali Mau Pegi Gaya Street Daa..

Tak jemu rasanya pergi Tamu di Gaya Street. Melihat keletah manusia. Berurus niaga, berjual beli, tawar menawar.

Pepagi lagi aku berseorang dah keluar berjalan kaki dari Api2 ke Gaya.

Lepak sat di "Dataran Malaysia Heritage" (agaknya tulah nama dia).


Di saaana.. Tamu

On the way balik, pekena kelapa muda kat pasar Filipin buat hilang haus tekak.

Saturday, August 8, 2009

Gosok Jangan Tak Gosok

POLO slack codroy berjaya di beli dgn harga RM86.00 di Parkson Plaza Wawasan.
Duit plastik jadi sasaran gosokan. Hahaha. Aktuali aku saje je nak test kad Bonuslink baru aku tu. Alasan padu..

Aiseh, panjang siket la kaki seluar. Kena cari kedai ni, kasi trim siket.

Apa Aku nak Buat Hari Ni Yek!

Warghh.. apa aku nak buat hari ni.

Na.. Basuh baju dulu.

Siap!!

Na.. Jom jalan2 Centre Point. Aku nak ambik duit proses Celcom tempoh hari. Sue (Celcom Representator) bagitau dia tak dapat nak proses permohonan penukaran plan dan 1+5 aku tempoh hari. Ok lah, aku pun dah buat semula proses tu semalam. RM75 aku ambik balik!

Walawei.. sandal aku dah nak putus. Try tengok2 kat Pacific. Tak banyak pilihan. Aku sambar sandal Diadora. Harga RM29.90. Ok lah!



Cadang nak g butik POLO. Nak sambar seluar slack ala2 codroy jeans. Itu hari dah usya.. Aiseh time sudah lewat utk solat Zohor. Balik bilik dululah..

Friday, August 7, 2009

Bertarikh 07.08.09

Selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Jamek Beaufort aku bergegas balik ke bilik hotel untuk berkemas pulang. Perjalanan dari Beaufort ke Kota Kinabalu memakan masa lebih kurang 2 jam 15 minit dengan menaiki kereta sewa (teksi). Tambang Rm15 sahaja.

Sesampainya di KK, aku meminta pakcik teksi terus menghantarku ke Api-api. Port biasa aku. Hehehe. Weh ada masa lagi ni. 15 minit sebelum Celcom di Plaza Wawasan tutup. Aku terus bergegas ke Celcom.

Aku menukarkan plan Minuites 250 kepada Exec 50. Dan mendaftar satu nombor baru utk 1+5 plan. Terciptalah nombor baru 013 866 3052. Untuk siapa? Adala..



Nota: aku ingatkan nak dapatkan 4 nombor terakhir sama macam aku punye 2503, tp xde la. jadi dapat terbalik kan aje 3052. Boleh la.. Buat stok bergayut lepas rindu. Opss... nyaris!

Hari ni Milah (sepupu aku) nikah. Sori la Milah tak dapat datang, tiket belon semua abis dijual!

Wednesday, August 5, 2009

Beaufort

Boring jugak duduk Beaufort ni. Ngadap jelah.
Aku ingatkan buleh naik sudah keretapi Beaufort ni. Nak jugak naik ke Tenom. Sekali belum boleh pakai lg daa.. Masih dalam proses pembaik pulih.

Menara jam kat bulatan bandar baru Beaufort. Ni la agaknya landmark Beaufort kot, selain dari jambatan gerbang kat Sungai Padas.

Tuesday, August 4, 2009

Pergi Menumbok Jangan Bertumbuk!

Kali ni aku dengan Zol ambik laluan Labuan - Menumbok, Beaufort. Rasanya tak sanggup lagi naik feri 3 jam setengah. Takut bukan muntah je yg keluar, siap taik ijau lagi. Hahaha.. Zol.. Zol.. Pengalaman berharga tu be!

Jadi perjalanan kali ini hanya mengambil masa 25 minit sahaja dengan menggunakan speed boat. Lagi best.. Open air beb!



Sampai kat jeti Menumbok, terus cari teksi untuk ke pekan Beaufort. Tambang RM20 seorang.

Di saaana, jeti Menumbok. Di sini teksi utk ke Beaufort.

Monday, August 3, 2009

Aku Di Wilayah Persekutuan Ke-2

Aku baru menjejakkan kaki di Wilayah Persekutuan Labuan. Memasuki dengan melalui perjalanan laut menggunakan feri. Perjalanan mengambil masa 3 jam 15 minit, bertolak dari jeti Jesselton di KK pada pukul 1.30 t/hari dan tiba pada pukul 4.45 tadi. Tiket RM36+3 (cukai jeti).

Wei, udah le tak sarapan. Makan t/hari pun tak dan.. Kena lambung2 tgh laut rasa mcm nak mabuk laut pulak. Takpe.. Kontrol2. Kejam mata la.. zzz.. Hilang rasa nak mabuk. Tapi kepala pusing jugak la.

Zol memula tgk selamba jak, tapi tal lama.. Bwekk.. Bwekk.. Hahahaha. Rilek bro, pengalaman baru tu!

Penginapan di Hotel Pantai View, single room cost about RM90.



Okeh la aku nak mandi, hilangkan pening kepala dan solat.

Long Tai Mee Hoon. Mee Hoon digoreng dgn minyak, pastu dicurah kuah ladna lat tengah2 tu.

Pandangan Labuan Harbour waktu malam.

Sunday, August 2, 2009

Celcom Exec 50 dan 1+5 Plan

Aku mendaftarkan penukaran plan celcom minuites 250 aku kepada exec 50. Dan tambah satu nombor supplement baru (1+5 plan) kat Centre Point.

Makan malam di Anjung Likas.

Azam Baru Rentetan kes Kecewa Semalam

Memandangkan kekecewaan semalam belum dapat diubat, aku dengan ini memaklumkan, besok (Isnin) 03.08.09 akan meneruskan pencarian 3GS tu kat Labuan pulak. Ciss.. tak pueh ati btol!

Tapi, aku ejas siket plan aku.
Cenggini.. Aku akan hanya beli itu 3GS itu kakau dia jual phone sahaja. Maksudnya aku tak akan keluarkan duit tambahan (register Maxis) semata2 utk mendapatkan 3GS itu. No way and no road!

Jadik, aku terpaksa cari idea mcm mana nk tenteramkan situasi si abang (Macbook). Kalau boleh untuk menerima adik yg lain mak lain bapak. Kira adik tak sekufu la..

HTC Touch Diamond 2

HTC Touch Pro


Sony Eric Xperia X1


Aktuali, aku dah mcm malas nak pakai Windows base gajet ni. Bagus tapi boring.. Asik mkn limau je!
Tu la pasal aku beralih ke epal.

Walau mcm mana pun, target aku tetap kat 3GS.
Tapi, kalau susah sgt nak dapat nya, aku terpaksa pakai option kedua lah.. (yg disebutkan di atas itu).

Saturday, August 1, 2009

Oooh.. Tidak Mungkin!

Warghhh.. marah tahap gaban!!
iPhone 3Gs akhirnya gagal aku perolehi..

First, aku pegi 1Borneo, kedai authorized Apple. Itu hari dia ckp boleh beli set phone je (tanpa register). Tp kali ni ckp kena register pulak! Mcm hampas..
Mahal pulak tu klu register Maxis plan. plg murah RM100/bulan, kena maintain 12 bulan tanpa terminate. Set kena beli RM1999 something + RM200.

Memula tu aku mcm ok jelah tutup mata pkai Maxis 1 tahun (maintain nombor). Tup.. tup.. dia ckp, takde stock woo. Eee.. rasa mcm nak cekik je auntie remaja tu!
Brp lama mau oder? 3-4 hari woo. Hmm.. sudahlah!

Balik dr 1B, aku g Maxis centre kat Plaza Warisan. Try tanya2 kat situ, manala tau ada rejeki..
Sekali lagi aku rasa mcm nak jadi pembunuh bersiri kat situ. Kena mau oder tu bos. Berapa lama? Lepas satu minggu la..

Citt.. tetiba je kat dlm kepala aku mcm ternampak Nokia 3210 seken hand.

Macbook, daddy tak dapat bawak balik adik utk kamu la. Adik tiri boleh tak..

Mungkinkah Sejarah Baru Akan Tercipta Hari Ini?

Walaweh.. lama nya aku tak update ini blog. Pemalas betol la aku..
Aktuali, aku bukan malas. Takde masa ma...
Tiap hari pun balek pukul 10 atau 11 malam. Kalau convert time kat semenanjung dah pukoi brp geng!

Jadi pada tanggal 01.08.09, aku dah lega. Kerja kat Tuaran pun dah siap.
Jadiknye.. aku mesti rewardkan diri aku dgn....

Apple iPhone 3GS!!

Destinasi beli belah aku adalah 1Borneo. Kompleks beli belah yg dekat dgn UMS tu..
Semalam (31.07.09) sudah launching maa..
Harga yg di beritahu adalah dlm lingkungan RM2,500.00. Aduh, mahai seh.. kejam mata lah.

Sebenornye aku kesian kat Macbook aku ni, dia nak adik. Tu yg aku terpaksa carik adik utk dia nih.. Hahaha alasan sempit!

Okeh, tunggu...