Alhamdulillah, terlaksana hasrat utk berjemaah tarawikh di masjid KK (atas bukit Padang Merdeka).
Kesimpulannya.. Fast and Furious!
Istiqamah matlamatku..
Terkenang saaat ber-Ramadhan di Perlis pada tahun 2006, terutama memori menetap sementara di mukim Mata Air (Mata Ayaq).
Tarawikh yg dijalankan di sini pada aku amat selesa dan santai. Solat dijalankan dalam 2 sesi. Sesi pertama utk mereka yg mengambil 8 raka'at. Dan sesi kedua untuk lanjutan ke 20 raka'at.
Bacaan imamnya amat jelas, perlahan dan tersusun. Dengan mengambil ayat dari 1/2 lembar dari al Quran sebagai surah tambahan selepas al Fatihah, solat yg dihadiri oleh pelbagai lapisan umur dan usia dirasakan adil dan saksama mengikut kemampuan.
Dan setiap selesainya 4 raka'at, akan ada bacaan tazkirah pendek (sekadar 5 minit) untuk memberi ruang rehat pada jemaah.
Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar..
Aku merindui Tarawikh itu.
Timbul pertanyaan difikiran aku. Mana yg lebih afdhal? Kuantiti atau kualiti..
No comments:
Post a Comment