Sunday, August 30, 2009

Ubat Lebat Rambut

Hahaha.. klako la post yg ni.

Aktuali aku dah semacam lali pulak yg aku ni ada masalah keguguran dan kejarangan rambut yg serius.

Aku tak pasti semenjak bile aku mengalami masalah kejarangan rambut ni. Seingat aku, dulu rambut aku lebat. Siap pernah bela rambut panjang. Time kerja kat ladang, kasi ikat tocang rambut depan. Biar tak mengerbang. Mungkin masalah ni bermula time aku belajar di UTM Semarak dulu. Makan megi. Makan macam2. Pakai helmet siang malam. Cuaca panas. Pencemaran alam sekitar kat KL. Mungkin la..

Adakah mungkin simptom "botak" ni ada link dgn genetik keturunan? Ok mcm bapak aku, rambut jarang. Paman Paron pun. Paman Shahrol pun botak sudah.
Risau jugak aku..

Dan semenjak itu aku rasa, rambut aku semakin menipis. Banyak jugek la cara aku buat. Antaranya yg aku ingat la:
  • lumur dgn hampas nyiok.
  • lumur dgn ramasan daun bunga raya.
  • lumur minyak zaitun tulin (olive oil).
  • minyak zindagi (HGO).
  • krim rambut tu.. Kirm rambut ni...
Tapi nampaknya setakat ni belum menampakkan apa2 hasil yg memberangsangkan. Yun Nam HairCare je blom try. Mahal sehh...!

Baru2 ni aku ada jumpa dan beli hair Growth Tonic kat Giant Supermarket di Wawasan Plaza. Rasa teringin pulak nak mencuba. Dia kata dlm tempoh 2 minggu dah menampakkan kesan.
Mai acu cubo try test..

Harga dia dlm lingkungan RM6.50

Notas:
- Sammy Vellu botak gi tanam rambut. Awat dia tak buat hair treatment kat Yun Nam?
- tu syed hamid albar pun gitu. dia biar pale dia licin. xsibuk2 pun.
- mungkin lelaki botak ni nampak macho dan hemsem kot. Mcm Stone Cold Steve Austin tu..

No comments:

Post a Comment