Friday, July 31, 2009

Jangan Sia Siakan (Pesanan Dan Ingatan Untuk Diri)

Saidina Ali Karamallahu Wajhah pernah berpesan
Beruntunglah orang yang hari ini lebih baik dari semalam
Terpedayalah orang yang hari ini sama seperti semalam
Dan celakalah orang yang hari ini lebih buruk dari semalam

Berkata Imam Ghazali Rahimallahu Ta'ala
Yang paling jauh bukanlah bintang
Mentari, pun bukan jua rembulan
Tetapi adalah masa yang berlalu
Dan tidak akan kembali

Kelmarin yang luput menjadi secangkir kenangan
Semalam yang terluput mengukir sesalan
Yang ada hanya hari ini dan akan datang
Gunakanlah hari ini dengan sebaiknya
Kerana esok belum tentu milik kita
Sedangkan semalam telah pergi buat selamanya






Masjid Felda Mempaga, Bentong Pahang

Friday, July 24, 2009

Bisikan Nurani

Sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud

Dinikahi wanita itu kerana empat perkara

Kerana

Kekayaannya

Kedudukannya

Kecantikannya

Dan

Agamanya

Maka pilihlah dalam hal agamanya

Nescaya beruntunglah kedua-dua tanganmu

Telah tepatlah pandungan syariat

Kebangsawanan

Hartawan

Dan

Rupawan

Hanyalah nilaian mata

Sesungguhnya

Kekayaan pada lapangnya hati

Rupawan pada indahnya budi

Bangsawan pada kerendahan diri

Yang sering sujud di telapak Ilahi

Bila pilihan lantaran agama

Kekal setia buat selamanya




Masjid Felda Air Tawar 5, Kota Tinggi.

Tuesday, July 21, 2009

Durian Merah Di Kuboran

Pertama kali aku tengok bunga durian kaler merah. Tak pernah jumpa pun wei..


Kat mana aku jumpa? Haa.. nama kampung yang aku masuk ni ialah Kampung Tenghilan Rani Kimburon (Tuaran). Orang kata kampung ni ada kubur kristian lame, tu yang ambik nama sempena tu. Aku cari2 takde pun kubur. Aku lupa pulak kampung ni dalam mukim apa.


Tapi kampung ni mmg best. Jalan ikut lereng bukit. View... Superb!

Monday, July 20, 2009

Kesamaan Yang Macam Sama

Macam sama je 2 hirarki ni;



Sunday, July 19, 2009

Aku Demam

Sori la pada diri aku sendiri, xde post baru sepanjang minggu lps.
Aku demam bah..

InsyaAllah, bile aku dah sihat nanti, aku backward post.

Thursday, July 16, 2009

Tinggalan al Arqam

Aku masuk Kampung Tagas, Tuaran utk memberi penghormatan kepada keluarga mendiang bapa kepada salah seorang staff Tuaran shop yg beragama kristian. Aktuali, ini pertama kali aku menghadiri majlis kematian dari agama kristian.

Aku cukup tersentuh bila melihat jiran tetangga atau sanak saudara yg beragama Islam (dicam melalui pemakaian tudung) turut sama menemani ahli keluarga simati . Duduk bersimpuh bersama di tepi keranda.

Aku nampak satu bangunan usang tak terpakai yg terbiar semak. Orang kata asalnya itu pusat perkumpulan ahli al Arqam suatu masa dahulu. Sekarang bangunan tu menjadi misteri nusantara, bilamana katanya orang kampung kekadang ada mendengar suara2 aneh dari arah bangunan tersebut.

Bangunan tinggalan milik kumpulan gerakan al Arqam suatu masa dulu


Sekilas Info

Al-Arqam diasaskan oleh Ashaari Muhammad. Ia juga dikenali sebagai Jamaah Aurad Muhammadiah dan telah mengembangkan pengaruhnya dikalangan berbagai lapisan masyarakat Islam di seluruh Malaysia ini. Ajaran-ajaran Al-Arqam mendapat sambutan sebilangan masyarakat yang dikelirukan dan menganggapnya sebagai sebuah badan dakwah yang unggul. Kumpulan ini menyebarkan kegiatan dakwah islam melalui bidang pendidikan, penerangan, penerbitan, perusahaan, perniagaan, perubatan, dan pertanian.

Bermula dengan 10 hingga 12 orang ahli Al-Arqam pada tahun 1968 ketika ditubuhkan, kemudian bertambah kepada 40 orang ahli jemaah pada tahun 1976, keahlian jemaah ini, menurut Ann Wang Seng, kemudian bertambah secara mendadak pada tahun-tahun berikutnya sehingga pada tahun 1987 jemaah itu mencatat sekitar 5,000 hingga 6,000 keahlian. Namun menurut Bahagian Hal Ehwal Islam Jabatan Perdana Menteri pada tahun 1994 dianggarkan seramai 6,000 pengikut yang fanatik dan 15,000 simpatisan. Utusan Melayu (4 Julai 1994) pula melaporkan seramai 10,000 pengikut.

Aktiviti Darul Al-Arqam bermula pada 1971-72 di Kampung Datuk Keramat dan beroleh perhatian dan penerimaan ramai setelah bertapak di Sungai Pencala pada 1973-75.

Nak tau lanjut tentang al Arqam ni, cari infonya sendiri. Antaranya dari bacaan buku "Al-Arqam & Ajaran Aurad Muhammadiyah Satu Penilaian", karangan Dr. Farahwahida.

Tuesday, July 14, 2009

Aku Join Canvassing Singer Tuaran

Ini pertama kalinya aku join SINGER canvassing. kawasan yg dipilih mereka adalah perkampungan air yg mana rata2 boleh dikatakan ala setinggan. Cumanya konsep populasi dibina di aras air.. Bukan di tanah. Haaa.. Satu pengalaman baru tu!

Mai kita skodeng antara gambar2 yg sempat aku snap;


Ni le antara jalan masuk ke perkampungan setinggan yg mana kat sini dipanggil kampung air.


Pedihnya.. Inilah sebuah penghidupan.

Kampung Gayang. Ada perusahaan penternakan tiram/makanan laut kat sini. Kampung dengan view yg cantik.


Antara perhubungan terpenting di sini.





Ikan Basong. Goreng kering. Fuh.. sedap ni!

Sunday, July 12, 2009

Ahad ku Menjadi Tamu Di Gaya Street

Okeh, hari ni aku keluar awal pagi untuk pegi pasar tamu di Gaya Street, KK. Pasar ni dibuka setiap Ahad seawal pagi sehingga dinihari. Pelbagai barangan dari cenderahati, pakaian, pokok, binatang pengliharaan, sehinggalah ke pelbagai jenis makanan dan ubat-ubatan herba.

Layan;
Pelbagai cenderahati spt rantai kayu, manik, keychain, ...

Dulang kayu, bakul rotan/buloh, kain corak etnik, ...

Benih pokok (org sini panggil cambah), kain gantung

Sayor

Set gamelan, seramik/tembikar lama, duit sen lama, parang, keris

Jawa panggil ni bertowali. Pahit weh..

Jeng.. jeng! Ulat mulong atau ulat sagu. Sebotol RM10. Org yg jual kata bakar mcm sate sedap. Hehehe.. Dulu mak bapak aku makan la kot!

Apa nengok2, ada utang ka! Patung kayu

Pastu, aku gi la jalan2 area pasar Philipin (UNHCR). Kat sini bynk jual brg kemas dari kristal dan mutiara. Harga mahal. Tak pandai tawar kalu.. Kena pau kaw2 punye! Aku punya taste/advise, kalau nak beli barang cenggini, cari jela kat pasar malam (tiap2 malam ada) dkt area Sinsuran, belakang Hotel Le Meridian. Harga lebih murah dan bebas..

Landmark KK. Ikan Layaran (Marlin). Dekat dgn Hotel Hyatt. Kalau kat Sandakan burong layang2.

Keadaan dlm pasar UNHCR

Lepas penat berjalan, ni la hasilnya..

Seramik bermagnet (tema sabah; penyu, burong enggang ngan raffelsia). Hairun kirem, nak tampal kat esbok katanye. Mcm best..

Kueh cincin versi Sabah ada rangup siket. Kalau yg Sarawak punye, keras kekung. Baling kat dinding pun dinding elak!

Walawei.. Penat seh!
Petang, ada agenda baru.

Saturday, July 11, 2009

Alif Mim Nun Wau = SARKIS

Aku baru perasan ada satu scene dalam cerita P. Ramlee (Pendekar Bujang Lapok), masa diaorang masuk kampong dekat area sekolah.

Sudin baca tulisan "Sekolah Umum Buta Huruf" sebagai Alif Mim Nun Wau sebagai SARKIS!

Humm.. Ada apa2 ke yang nak cuba di suratkan di sebalik yg tersirat.

Mai tgk sama2 sedutan tu dkt sini.

Friday, July 10, 2009

Masjid Kota Kinabalu

Masjid Bandar Kota Kinabalu adalah binaan bangunan lama. Ianya terletak di atas bukit, yang mana berhampiran dgn hentian bas ke Keningau. Sejajar dgn Padang Merdeka.

Berbaloikah Aku Kerja Makan Gaji Sekarang

Tiba-tiba aku terasa sangat nak berkira dgn kompeni tempat aku kerja sekarang. (Situasi emosi semasa menaip: marah dan kecewa).

Gaji bulanan yg aku terima sekarang (setelah hampir 6 tahun berkhidmat) : RM1,700.00
(-) KWSP dan SOCSO : RM 230.00

Gaji bersih : RM1,470.00
(-) Makan dan Minum (anggaran RM12.00/hari x 30) : RM 360.00

Baki : RM1,110.00
(-) Sewa/Ansuran rumah (di KL) : RM 350.00
(-) Bil utiliti : RM 120.00
(-) Kebajikan keluarga (Mak, Bapak, Adik2 bersekolah) : RM 400.00

Belen : RM 240.00
(-) Bulanan kereta (yg turut diguna pakai utk urusan kompeni/outstation) : RM 450.00
(Tiada subsidi dari kompeni dan kos penyelenggaraan/susutnilai)
(-) Laptop (anggaran bayaran bulanan) : RM 73.00
(Anggaran jangka hayat 4 tahun pada harga RM3,500.00)

Tunggakan bulanan : RM 283.00 (-)

Logik tak kalau kerja penat2 satu bulan, tp bila kira gaji.. Negatif!

Macam mana cerita kalau nak menyimpan tabung haji ke, wang kecemasan ke, berlibur ke.. Hampa. Aku memang betul2 hampa.

Aku suka kalau aku dapat menyimpan 30% daripada gaji bersih aku iaitu RM441.00. Tapi kalau macam ni lah keadaannya.. Hummmph.

Wednesday, July 8, 2009

Sperm Count & Jar

A 75-year old man went to his doctor`s office to get a sperm count. The doctor gave the man a jar and said, "Take this jar home and bring me back a sample tomorrow."

The next day, the 75-year old man reappears at the doctor`s office and gives him the jar, which is as clean and empty as on the previous day.

The doctor asks what happened, and the man explains, "Well, doc, it`s like this. First I tried with my right hand, but nothing. Then I tried with my left hand, but nothing. Then I asked my wife for help. She tried with Her right hand, but nothing. Then Her left, but nothing. She even tried with Her mouth, first with the teeth in, then with the teeth out, and still nothing.

Hell, we even called up the lady next door, and she tried with both hands and Her mouth too, but nothing."

The doctor was shocked. "You asked your NEIGHBOR?"

The old man replied, "Yep, but no matter what we tried, we couldn`t get the damn jar open!"


Ngeh.. Ngeh.. Ngeh..

Padang Golf Mini

Aku ada masuk satu kampong (yg aku tak tau namanya) dekat area Tuaran ngale jalan ke Kota Belud. Naik Invader.

Anak sungai yg kecik

Nak masuk kat kampong tu agak mencabar siket keadaan jalannya. Lecak, jambatan rapoh, melintas anak sungai pulak, meniti lereng bukit. Sampai2 kat dlm, ada kancil 2 bijik! Aik, camne keta ni boleh lepas?? Magik tul! Pikul atas bahu kerbau ke..
Jalan pinggir bukit

Dlm kampong tu ada padang golf 9 lobang bersaiz mini. Hehehe.. Kelako!
Agaknye dkt situ lah tempat org kampong melepaskan tensen selepas penat bekerja di sawah bendang seharian, tak pun keje cari umbut bayas dlm utan.
Kat sini la padang golf mini tu. Dikelilingi hutan dan bendang, sambil ditemani kerbau yg berkubang lumpor. Ahh.. Aman nye..

Anak pokok beras

Nak dgr bunyik unggas dlm utan? Mai sini.

Tuesday, July 7, 2009

Jenjalan Sekitar Tuaran

Ikan putih besau budak kat pasar Tuaran


Mesin proses padi untuk pisahkan beras dgn sekamnya

Titi gantung menghubungkan kawasan perkampungan lama ke pekan (pasar) Tuaran

Jembatan/jalan lama Tuaran

Renungan Bagi Yang Sibuk Berkerja

Seperti biasa seorang ayah yang mempunyai jawatan yang tinggi di sebuah syarikat swasta di KL, tiba di rumahnya pada pukul 9 malam. Tidak seperti biasanya, Min, anak pertamanya yang baru berumur 7 tahun membukakan pintu untuknya. Nampaknya Min sudah menunggu bapanya dalam masa yang lama.

"Eh, belum tidur ?" sapa Si Ayah sambil mencium anaknya.

Biasanya Min memang sudah tidur ketika dia pulang dan akan bangun ketika dia ingin pergi ke pejabat keesokan harinya.

Sambil mengikut dari belakang si Ayah menuju ke ruang tamu, Min menjawab,

"Aku menunggu Papa pulang. Sebab aku mau tanya berapa gaji Papa ?"

"Eh napa mahu tahu berapa gaji Papa ? Mau minta duit lagi, ya ?"

"Ah, tidak la. Ingin tahu saja" ucap Min singkat.

"Ok. Kamu boleh kira sendiri. Setiap hari Papa bekerja sekitar 10 jam dan dibayar RM 400 sehari, Setiap bulan kebiasaannya ada 22 hari berkerja. Sabtu dan Ahad Cuti, kadang2 Sabtu Papa masih kerja. Jadi, gaji Papa dalam satu bulan berapa?"

Min berlari mengambil kertas dan pensilnya dari meja belajar sementara Papanya membuka kasut dan meng'on'kan TV. Ketika si Ayah ingin menuju ke bilik untuk menukar pakaian, Min berlari mengikutinya.

"Kalau satu hari Papa dibayar RM400 untuk 10 jam, bererti satu jam Papa dibayar RM40 kan" katanya.

"Wah, pintar anak papa. Sudah, sekarang cuci kaki dan pi tidur" perintah Si Ayah

Tetapi Min tidak mau bergerak. Sambil menyaksikan Papanya menukar pakaian,
Min kembali bertanya, "Papa, boleh aku pinjam duit RM5 ker?"

"Buat apa minta duit malam-malam begini ?
Papa penat ni. Dan mau mandi dulu. Tidurlah".

"Tapi Papa..."

Lalu Si Ayah pun hilang sabar dengan perangai anaknya. "Papa bilang tidur !" hardiknya mengejutkan Min. Anak kecil itu pun berlari menuju biliknya.

Selesai mandi, Si Ayah merasa bersalah dengan tindakannya tadi. Dia pun mengintai Min dibilik tidurnya. Anak kesayangannya itu masih belum tidur. Min didapati sedang terisak-isak pelan sambil memegang duit RM10 & RM5.

Sambil berbaring dan membelai rambut Min, si Ayah berkata,
"Maafkan Papa, sayang, sebenarnya Papa sayang Min.
Tapi Min nak buat apa minta duit malam-malam ni ?
Kalau mau beli mainan, besok kan boleh.
Jangankan RM5,- lebih dari itu pun Papa berikan" jawab Si Ayah.

"Papa, aku bukan nak minta duit. Aku hanya nak pinjam saja.
Nanti aku bayar balik kalau sudah menabung dari duit belanja sekolah".

"Iya, iya, tapi buat apa ?" tanya Si Ayah lembut.

"Aku menunggu Papa dari jam 8.
Aku mau mengajak Papa main ular tangga.
Tiga puluh minit saja.
Mama selalu cakap kalau masa Papa itu sangat berharga.
Jadi, aku mau ganti masa Papa.
Aku buka tabunganku, hanya ada RM15 saja,-
tapi kerana Papa bilang satu jam Papa dibayar RM40,
maka setengah jam aku harus membayar papa RM20,
Tapi duit tabunganku kurang RM5,
makanya aku mau pinjam dari Papa" kata Min.

Si Ayah pun terdiam. Dia kehilangan kata-kata. Dipeluknya tubuh kecil itu erat-erat dengan perasaan haru. Dia baru menyadari, ternyata limpahan harta yang dia berikan selama ini, tidak cukup untuk "membeli" kebahagiaan anaknya.


Nota: Terasa/tersentuh jugak aku! Sedang sibuk jalankan tanggungjawab sbg seorang pekerja untuk mengkayakan lagi kompeni. Apa dah jadi dengan kehidupan aku sendiri. Berbaloikah jalan hidup yg begini.??

Monday, July 6, 2009

Tak Seindah Wajah

Tak Seindah Wajah

Kusangka aur di pinggir tebing

Kiranya tebu di pinggir bibir
Kusangka jujur pancaran batin
Rupanya palsu penghias zahir

Kukira hati jiwa nurani
Suci seindah wajah terbayang
Kukira puji seikhlas budi
Kulupa lidah tidak bertulang

Di manis gula semut binasa
Kail berduri bersalut umpan
Di manis kata insan terlena
Kerana budi hamba terkorban

Inikah dia lakunan hidup
Di pentas dunia insan berpura
Tipu dan daya pencapai maksud
Budi dan harta merangkum noda


Klik link ini untuk dengar lagu.

Bile duduk sorang2 sambil dgr lagu ni, aku tangkap sayu/tersentuh pulak.

Sunday, July 5, 2009

Idamanku Sokmo


Bile la weh aku dpt melamar ko wahai Apple iPhone 3GS?
Humm.. model ni ada jual kat amerika jek. tu pun under contract ngan T&T.
Mcm kat sini la, nak miliki iPhone 3G kena ikat kontrek dgn Maxis.
Nak beli luar bole.. kena pandai cari lobang la. Ada org (staff Maxis) offer kat aku RM1800. Tp utk model 3G.

Aku nak 3GS.. Kota Singa pun xde wooo.. Aku dgr harga 3GS T&T USD199 (16G), USD299 (32G). Kena tgu sikit masa lg la kot. Khabar2 angin, ada org sanggup bwk masuk dr Amerika dgn harga RM3800. Humang aih.. Dpt laptop XPS satu!

Akhirnya Aku Jumpa, Yahuu..

Setelah sekian lama mengembara dan berkelana. Mencari di sini ada sana. Akhirnya.. Jumpelah jugek aku dengan menatang "BLUNGKENG" (kat atas nu..). Dan secara otomatiknye blog aku dah ada gambar tema yg mana sebelumnya kosong jek.


Hah, sesape yg xtau blungkeng tu hape.. Selamat berkenalan ye!


Gambo pelam muda ni sebagai sisipan je. Awek nama Rina dok sibuk pulun menjolok buah pelam.