Sunday, May 16, 2010

Kota Kinabalu, Hari ke-14, Selamat Hari Cekgi-Cekgu!

Genap 14 hari aku berada di bumi di bawah bayu. Sepanjang tempoh ini, banyak perkara dan hal yang dilalui. Masam, manis, pahit, kelat, kecut, pedor, semuamya ada..

Mana yang sedap aku telanlah, aku simpan jadi memori best.
Mana yang tak sedap, telan jugak. Tapi proses-proses, 'extract' buangkan sebagai taik.Huiss!

Kalau dah jadi taik nak kasi ingat lagi ke? Lupakan aje la. Jadi baja kompos.
Kan masih ada manfaat, walaupun bukan untuk aku, mungkin untuk fungsi lain. Kah3x. Melalut punye falsampah.

Sempena 16 haribulan Mei ni, aku nak ucapkan salam takzim dan salam kasih kepada semua cekgu-cekgi, ustaz-ustazah, cik-enchik-puan, sir dan juga teacher di mana jua kalian berada.

Meh sini aku sebutkan nama kalian yang masih di dalam ingatan: Dimulakan dengan cekgi tadika aku ye, cekgi Liza, cekgi Tomoko (ye la kot nama cekgi Jepun ni), sir Abd. Rahman, sir Saadon, cekgi Zainon, cekgu Mazlan, cekgu Yusof, cekgu Sharif, ustaz Rashid, cekgu Musa, cekgi Fordzizah, cekgu Zainuddin.

Adulaaa, ingat-ingat lupa dah aku ni.

Ustaz Jasuki, ustaz Fakhruddin, ustazah Noraini, ustazah Khairiah, cekgu Hamdan, cekgu Ramlan, cekgi Ramlah, cekgi Laizinah, cekgi Rohaidah, cekgi Noraidah, ustaz Roslan, cekgu Rohmanan (si-peng'inspirasi' nama Blungkeng), cekgu Sanip, enchik Hairuzzafwan, puan Suriani, enchik Supian.

Emmmphh.. Banyak lupa lah nama-nama mereka. Lain kali kalau ingat aku tambah lagi.

No comments:

Post a Comment