Aku berusia 7 tahun ketika itu. Kaki menginjak bangga ke alam sekolah rendah/kebangsaan. Sekolah Kebangsaan LKTP Felda Sungai Mas nama sekolah itu.
Selamat tinggal sekolah makan-makan. Babai..
Kali ni dah kena kurangkan main-main. Kena belajar sungguh-sungguh, pesan mak bapak kepadaku. Baikkkk..
Emmph.. Kejap je baik nye. Hehehe, sifat kenakalan aku sebagai budak-budak terserlah sudah. Tapi aku rasa aku tak lah nakal sangat berbanding budak nakal lain. Sikit je la..
Dalam peringkat sekolah rendahku, pencapaian ku agak memberangsangkan juga. Puratanya, kedudukan dalam kelas di bawah tangga 3. Amacam.. Terel tak!
Cuma bila dalam darjah 5, kami dalam golongan berotak ala-'Adi Putra' telah ditempatkan dalam satu kelas yang digelar sebagai kelas ekspress. Tang mana ekspress nye pun aku tak pasti. Cumanya, kami belajar tak seperti orang lain belajar. Otak kami di ajar untuk bekerja 3 kali ganda. Uwaa.. Tak boleh tahan. Tekanan..tekanan..
Tu yang ranking dalam kelas jatuh merudum tu.. Pertama kali aku dapat nombor berganda. Tak ingat berapa, yang pastinya 10 ke atas la..
Aku juga kerap diamanahkan untuk memegang jawatan ketua darjah dan pengawas perpustakaan atau pustakawan nama glamer dia. Darjah satu, dua, tiga, empat, enam. Aihh.. Darjah 5 je aku tak pegang jawatan 'moniter' ye.. (hins..hins..kembang kempis idong). Tapi tak best sgt la jadi 'moniter' ni. Asik-asik kena jadi orang suruhan jek. Ambik buku kedatangan lah, ambik kapor tulis lah, kena padam papan ijau lah, kalau kelas bising yang kena marah dulu akulah, kena hantar buku latihan ke bilik guru lah. Semua aku.. Takde upah ponnn!
Jadi pustakawan best.. Buleh baca buku Si Menti, boleh 'smuggle' buku bawak balik (tapi aku pulang ehh, cuma tak ikut prosidur pinjaman je). Buleh ngular time perhimpunan. Lupa lak nak 'flashback', dulu hari Ahad sekolah kan. Start tahun berapa ye si MB Muhyidin tu kasik tukar hari Ahad jadi cuti, hari Jumaat kena sekolah. Budak-budak sekolah time tu pun tau merungut tentang perubahan tu. Tapi lama-lama sebati sudah.
Dulu 'port-black' aku untuk ponteng time perhimpunan adalah perpustakaan. Takpon bilik cekgu Amir. Tempat meletak alat bantuan mengajar. Aku ada alasan, sebab apa takmo ikut berdiri lelama time perhimpunan. Kalo kantoi, aku buleh ckp "saya bertugas cekgu".
Aku selalu pitam!
Dan dulu aku ada penyakit kronik. Aku selalu kena sakit pinggang belah kanan atau kiri. Sakitnye bukan kemain! Nangis kat sekolah sampai cekgu aku antar gi hospital atau balek rumah tu kira biasalah.. Tapi semenjak bile pulak (lupa) aku dah tak kena sakit-sakit macam tu. Alhamdulillah.
Dan atas alasan sakit-sakit tu, aku tak mengaktifkan diri dalam pasukan beruniform atau sukan. Kalau tak, ntah-ntah sekarang dah jadi atlit sukan. Atlit sukan catur la kot! Hehehe..
Nama cekgu-cekgu seperti Saadon, Mazlan, Musa, Ustaz Rashid menjadi kegerunan satu masa dulu. Rasa macam nak lari balik rumah jek kalau subjek cekgu-cekgu ni.
Kemuncak pendidikan sekolah rendah, pastinya peperiksaan UPSR. Keputusan yang aku perolehi, 3A 1B. Yang B tu pastinya subjek bahasa penjajah! Silap besar kementerian pendidikan tak sediakan silibus Bahasa Jawa. Tidak kalu.. 'perfect-100' markah aku. dan hasil dari keputusan itu, aku tak dapat panggilan ke mana-mana. Kawan-kawan, jangan tinggal daku....
***
Seiring dengan pendidikan kebangsaan, yang ugama juga tak diketepikan. Pada umur 9 tahun, aku memasuki Sekolah Ugama Sungai Mas, darjah satu. Tuntutan agama perlu dititik beratkan juga. Itu selalu mak bapak pesan. Sekolah ugama pun kena belajar rajin-rajin.
Nama ustaz/ustazah seperti fakhruddin, jasuki, noraini dan khairiah terpahat dalam ingatan. Maaf lah ustaz ustazah yang lain. Nama you all lupa nak pahat lah!
Paling best ustaz Fakhruddin. Mengajar selamba tapi berkesan. Naik moto RXZ. Rock tu.. Janggut sejemput macam aku jugak sekarang. Ngajar ngaji atau zikir berlagu, best banget!
Cikgu Khairiah, hahaha.. Salu dapat balik awal, sebab dapat jawab soalan kuiz yang dikemukakan. Tapi nyesal jugak balik awal, kena jalan kaki. Kalau balik on-time, dah ada dreba yang jemput. Dreba bawak moto Honda 70 kepala bulat. Hik hik hik. Tengkiu mak, tengkiu bapak.
Aku darjah 6 ambik dua kali, sebab pencapaian yang tidak memberangsangkan untuk up pegi darjah khas. kali pertama dapat 55%. Kali kedua dapat 76%. Orait la tu, dia nak 75% ke atas je. Alalala.. Setakuk atas je. Langsung tak membanggakan ibu bapa tul!
Kiranya kalu dah pas darjah khas ni, boleh apply jadi cekgu la, konon-kononnye. Dulu wak aku cerita kalau pas darjah khas dah buleh jadi guru besar. Wauuu!
Tapi nampaknya, sijil darjah khas aku tidak lah digunakan untuk apa-apa tujuan. Tapi alhamdulillah, banyak aku pelajari sepanjang 7 tahun pengajian sekolah ugama itu. Tau belajar Ibadat, Munakahat, Faraid, Tasauf, Adab, Arab, Muamalat, Jenayat, Tauhid. Macam-macam ada.. terisi sedikit dada dengan ilmu agama.
Wai..wai.. aku rindukan zaman itu..
Nota: Rahsia untuk aku, darjah 2 aku ada syok kat sorang awek ni. Sampai la tingkatan 2. Hehehe... Simpan dalam hati jak. Tauuu.. Aku syok sendiri!
Tips (6) dari pembacaan hari ini: Berusahalah Mengambil Hati Isterimu.
No comments:
Post a Comment