Pada zaman Rasulullah SAW, telah datang malaikat yang menyerupai manusia
kepada Baginda SAW dan bertanyakan hal-hal yang berkaitan dengan Islam
dengan tujuan sebagai didikan dan ajaran. Salah satu soalan yang telah
dikemukakan ialah apakah itu ihsan? Sebagai balasan Rasulullah SAW
menjawab, ihsan adalah melakukan sesuatu pekerjaan dengan penuh ikhlas dan
hanya diniatkan semata-mata kerana Allah Taala umpama kita melihat Allah
Taala di hadapan kita. Jika tidak mampu, ingatlah bahawa Allah Taala
sentiasa melihat apa yang kita lakukan.
Dalam hal ini, marilah kita sama-sama cerminkan diri kita adakah selama
ini, amal ibadat kita, interaksi kita dengan makhluk lain dan segala jenis
perbuatan yang kita lakukan telah diniatkan hanya semata-mata kerana Allah
Taala ataupun segala perlakuan itu hanya untuk mendapat pujian daripada
orang lain? Ingatlah bahawa sifat takbur, riak dan 'ujub itu hanyalah
taktik yang digunakan oleh syaitan LaknatuLlah dalam usaha mereka untuk
menghancurkan individu seseorang muslim itu.
Cubalah kita renung sejenak adakah sifat-sifat riak, takbur dan 'ujub itu
wujud dalam diri kita ataupun tidak. Sekiranya sifat-sifat ini ada dalam
diri kita, maka insaflah segera. Ubahlah niat kita agar segala perbuatan
yang kita lakukan, bermula dari terbukanya kelopak mata ini sehingga ianya
tertutup semula, hanyalah kerana Allah Taala semata-mata.
Tips (17) dari pembacaan hari ini: Laksanakan tanggungjawab
kebapaan secara optimum.
Friday, January 29, 2010
Ikhsan Kerana Allah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment