Sunday, January 31, 2010

Merenung Langit Malam

Malam ni nak sangat rasa angin dingin waktu malam. Aku keluar rumah sambil merenung arah dada langit.

Rembulan penuh malam 15 Safar memancarkan cahaya. Dikelilingi taburan bintang yang tak pernah pun berubah keadaan dan kedudukannya.

Teringat kenanngan aku di pantai Tanjung Aru.

Ya, masih segar bugar di dalam karung ingatanku.

Kulit Menggelupas. Kesan Apakah Ini

Semenjak 2 minggu lepas, aku alami penggelupasan kulit yang agak kronik di kedua belah tapak tangan dan tapak kaki. Tempat lain takde pulak. Nape ekk?

Seminggu lepas, abis rabak kulit tapak tangan aku. Kasar kemain.. Kalau time ni keruk salam ngan tok kadi or pak mertua, konfem dia sangka aku kerja kontrek gaul simen. Huhuu..
Abis licin kulit tapak tangan, minggu ni berpindah pulak kat tapak kaki. Allah.. Lagi kronik aku tengok. Belah tapak kaki lagi la kasar dan tebal kulitnye kan. Jadi bila menggelupas, huduh bebenor..

Nak kata aku alahan sabun, aku rasa sebelum ni pun aku pakai sabun basuh baju yang itu jugak. Takde pulak terkesan cenggini.
Nak kata alahan pada sabun pencuci jamban dan lantai sebab menyental bilik air itu hari, tak lah jugak. Sebab, acapkali jugak aku menyental lantai dan lobang jamban kat rumah tu. Emmm..

Sat aaa, aku cari info dan cerita disebalik kulit menggelupas nih.

Emmphh.. Tak banyak info yang menceritakan tentang kulit menggelupas nih. Rata-rata kata akibat perubahan cuaca. Takpon kurang minom air. Okeh, itu mungkin penyebab. Tapi masaelah nye, kenapa kat tapak tangan dgn kaki jer... Pesal kulit tang lain pun tak ikot menggelupas?

Jawapan tak ditemui.
Harap-harap kulit mati kat kaki aku ni akan abis jugek aku kopek, yang macam kat tangan tempoh hari. Hehehe.. "Adam, tolong Cik Apai kopek kulit kat kaki nih". Aku suruh anak buah aku. Lalalala..



Tips (19) dari pembacaan hari ini: Pertingkatkan pengetahuan
agamamu.

Saturday, January 30, 2010

Pantasnya Masa Bergerak

Kejam-celik.. Kejam-celik.. Dah pun nak abis bulan Januari 2010. Tahun lepas pun macam tu. Rasa macam tak puas melalui 2009, tetiba je dah melangkah ke tahun baru. Hampir-hampir aku tak perasan merasai pantasnya waktu itu.

Waktu pagi agak lambat bergerak. Waktu petang, berdezup laju.

Aku harap, setiap detik yang aku lalui dan tempuhi, memberi manfaat pada aku. Dan juga setiap detik yang dilalui mendapat redha dan keberkatan dari Allah.

Aku mempunyai harapan dan impian yang besar pada tahun ini. Nak nikah kawen!
Aku harap, impian bersama kami itu akan termakbul, insyaAllah.
Jangka dan perancangannya di bulan Februari ini.

"Allah, sampaikan hajat kami ini."




Tips (18) dari pembacaan hari ini: Bekerjasamalah dalam mengurus
rumahtangga dan mendidik anak-anak.

Friday, January 29, 2010

Ke-500

Ikhsan Kerana Allah

Pada zaman Rasulullah SAW, telah datang malaikat yang menyerupai manusia
kepada Baginda SAW dan bertanyakan hal-hal yang berkaitan dengan Islam
dengan tujuan sebagai didikan dan ajaran. Salah satu soalan yang telah
dikemukakan ialah apakah itu ihsan? Sebagai balasan Rasulullah SAW
menjawab, ihsan adalah melakukan sesuatu pekerjaan dengan penuh ikhlas dan
hanya diniatkan semata-mata kerana Allah Taala umpama kita melihat Allah
Taala di hadapan kita. Jika tidak mampu, ingatlah bahawa Allah Taala
sentiasa melihat apa yang kita lakukan.

Dalam hal ini, marilah kita sama-sama cerminkan diri kita adakah selama
ini, amal ibadat kita, interaksi kita dengan makhluk lain dan segala jenis
perbuatan yang kita lakukan telah diniatkan hanya semata-mata kerana Allah
Taala ataupun segala perlakuan itu hanya untuk mendapat pujian daripada
orang lain? Ingatlah bahawa sifat takbur, riak dan 'ujub itu hanyalah
taktik yang digunakan oleh syaitan LaknatuLlah dalam usaha mereka untuk
menghancurkan individu seseorang muslim itu.

Cubalah kita renung sejenak adakah sifat-sifat riak, takbur dan 'ujub itu
wujud dalam diri kita ataupun tidak. Sekiranya sifat-sifat ini ada dalam
diri kita, maka insaflah segera. Ubahlah niat kita agar segala perbuatan
yang kita lakukan, bermula dari terbukanya kelopak mata ini sehingga ianya
tertutup semula, hanyalah kerana Allah Taala semata-mata.




Tips (17) dari pembacaan hari ini: Laksanakan tanggungjawab
kebapaan secara optimum.

Thursday, January 28, 2010

Cangkir Yang Cantik

Sepasang datuk dan nenek pergi berbelanja di sebuah kedai cenderahati untuk mencari hadiah buat cucu mereka. Kemudian mata mereka tertumpu kepada sebuah cangkir yang cantik. “Lihat cangkir itu,” kata si nenek kepada suaminya. “Kau benar, inilah cangkir tercantik yang pernah aku lihat,” ujar si datuk.


Saat mereka mendekati cangkir itu, tiba-tiba cangkir yang dimaksud berbicara “Terima kasih untuk perhatianmu, perlu diketahui bahawa aku dulunya tidak cantik. Sebelum menjadi cangkir yang dikagumi, aku hanyalah selonggok tanah liat yang tidak berguna. Namun suatu hari ada seorang pengusaha dengan tangan kotor melempar aku ke sebuah roda berputar.

Kemudian ia mulai memutar-mutar aku hingga aku merasa pusing. Stop! Stop! Aku berteriak, Tetapi orang itu berkata “Belum!” lalu ia mulai menyodok dan menumbukku berulang-ulang. Stop! Stop! teriakku lagi. Tapi orang ini masih saja meninjuku, tanpa menghiraukan teriakanku. Bahkan lebih buruk lagi ia memasukkan aku ke dalam ketuhar api. Panas! Panas! Teriakku dengan keras. Stop! Cukup! Teriakku lagi. Tapi orang ini berkata “Belum!”

Akhirnya dia mengangkat aku dari api itu dan membiarkan aku sampai dingin. Aku pikir, selesailah penderitaanku. Oh..ternyata belum. Setelah dingin aku diberikan kepada seorang wanita muda dan dan ia mulai mewarnai aku. Asapnya begitu memualkan. Stop! Stop! Aku berteriak.

Wanita itu berkata “Belum!” Lalu ia memberikan aku kepada seorang lelaki dan dia memasukkan aku lagi ke ketuhar api yang lebih panas dari sebelumnya. Tolong! Hentikan penyiksaan ini! Sambil menangis aku berteriak sekuat-kuatnya. Tapi orang ini tidak peduli dengan teriakanku. Dia terus membakarku. Setelah puas “menyiksaku” kini aku dibiarkan dingin.

Setelah benar-benar dingin, seorang wanita cantik mengangkatku dan menempatkan aku di dalam kaca. Aku melihat diriku. Aku terkejut sekali. Aku hampir tidak percaya, kerana di hadapanku berdiri sebuah cangkir yang begitu cantik. Semua kesakitan dan penderitaanku yang lalu menjadi sirna tatkala kulihat diriku.


***

Moralnya, dalam kehidupan ini adakalanya kita seperti disuruh berserah kalah, ada kalanya kita seperti ditimpa permasalahan kehidupan. Tapi sadarlah bahwa lakon-lakon itu merupakan cara Allah untuk membuat kita lebih kuat dan tabah. Memang pada saat itu tidaklah menyenangkan, sakit, penuh penderitaan, dan banyak air mata. Tetapi inilah satu-satunya cara untuk mengubah kita supaya menjadi cantik dan memancarkan kemuliaan.

“Anggaplah sebagai suatu kebahagiaan apabila terjerumus ke dalam berbagai dugaan. Sebab setiap ujian menghasilkan ketekunan.

Apabila sedang menghadapi ujian hidup (diuji Allah), usah mudah berkecil hati, kerana akhir dari apa yang sedang dihadapi adalah kenyataan bahawa ianya lebih baik, dan makin cantik dalam kehidupan ini. Kalaupun bukan di kehidupan dunia, kuasa Allah menentukan kebahagiaan di akhirat kelak.

Allah Maha Kuasa menentukan segalanya.

Bank Islam

Aku bukak satu akaun di Bank Islam. Akaun simpanan biasa. Yang ni aku aku akan gunakan bersama dengan buah~ati aku untuk duit tabungan perbelanjaan kawen. Moga-moga bermanfaat dan berjaya hendaknya.

Target, RM30k sebelom kawen. Boleh ke syg? InsyaAllah..

Dan aku dah tamatkan servis 'itemized bill' untuk nombor selkom broadband dan nombor aku yang satu lagi. Membazir la. Satu bulan RM3. Setahun dah jadi RM36. Dua nombor dah RM72.

Uihhh.. Banyak tu!

Dari KL ke Kluang, Satu Perjalanan..

Walaupun aku mula bertolak agak awal (awal..? hehehe) pada jam 0930 malam semalam, lepas selesai Isya' tapi nape aku sampai Kluang lambat ek? Jam 1230 tengah malam sampainya.

Perjalanan selesa, menempuh sedikit hujan. Lepas masuk ke bandar Kluang, aku sibuk mencari mana-mana hotel yang agak berpatutan. Mata pun dah naik kuyu dan layu.

Sedapatnya, budget hotel jek..

Ada wifi pun tapi tak power. Baik aku pakai berukband selkom aku aje!

Kemas-kemas lebih kurang, tarik bantal dan selimut, zzz la.



Tips (16) dari pembacaan hari ini: Sentiasalah berlaku adil.

Wednesday, January 27, 2010

Piramid Makanan

Jagalah kesihatan melalui pengambilan pemakanan yang sihat.



Secara kesimpulannya, bersederhanalah..



Tips (15) dari pembacaan hari ini: Berikan perhatian pada keluarga.

Tuesday, January 26, 2010

Terasa..

Sunyi sekali.




Tips (14) dari pembacaan hari ini: Bijaklah mengurus penampilan dirimu.

Tugasan Baru Menanti Aku

Alhamdulillah.. Perbincangan berjalan lancar. Walaupun takde isu-isu besar yang dikemukakan, ianya ambik masa 1 jam juga. Humm..

"Di, ko nak pegi kluang bile? Besok boleh? Petang terus commence.."

"Aiseh, rilek aaa bos. Barang pun aku tak kemas lagi. Baju tak basuh. Besok travel, lusa commence boleh." Aku try ber-nego dgn bos aku.

"Okeh, set! Ko bawak si Ridwan sekali."

Memang mudah berurusan dan berboskan bos aku sekarang nih. Syukur..

Jadi kali nih, aku sekali lagi dimintak untuk men-train oditer baru. Best..!

Okeh, meeting sudah, kompile report sudah, huarghh..bermalas-malas je yg blom.

Jom bermalas-malas dulu! Hehehe

Monday, January 25, 2010

Terkadang Sibuk

Tade apa lah yang aku nak ceritakan sangat untuk hari ini.

Sibuk la, siapkan report yang satu ni. Besok hari perbincangannya.

Emm.. 6 mukasurat je pun. Anggap beres jelah.

Cuma nak kongsi cerita siket. Semenjak-2-menjak ni, aku terminat pulak dengan air kacang soya (susu kacang kata sesetengah orang). Sebabnye.. Sebab dia bessss...
Aku banyak cari kelemahan/keburukan kesan minom air kacang soya seperti yang di momokkan, tapi hasilnya yang aku dapat hanya kesan yang baik. Camne?

Emm.. shedapnyee..

Dan aku bercadang nak beli mesin buat air kacang soya. Sebelum ni aku ada ushya mesin ni kat Cosway. Harga dalam RM300 gitulah.

Wei.. Air kacang soya adik beradik dengan tempe la. Err.. Ada ke orang buat jus tempe?



Tips (13) dari pembacaan hari ini: Jangan suka berbohong.

Sunday, January 24, 2010

Sekilas Memori Zaman Bergelar Pelajar (4)

Waaha... Sekarang aku dah menginjak ke zaman sekolah menengah (1991-1996). Jadi kiranya macam dah dewasalah, walaupun badan kecik cinonet! Aku dilhirkan sebagai baka yang bertubuh kecik. Pun begitu, aku bersyukur pada Allah sebab aku sihat dan waras.

Tingkatan 1 RK (Rancangan Khas), Sekolah Menengah Bandar Mas. Kononnya kira kelas budak-budak pandailah tu. Tapi macam tak best kelas macam ni. Almaklom, aku tak berapa pandai. Bile ditempatkan bersama budak yang pandai atau super pandai, jadi aku macam dah tak pandai.

Cekgu Amin Sono. Orang kampong aku. Kebun arwah bapak dia sebelah kebun bapak aku. Jadi kira berjiranlah. Time mengajar mata dia merah. Bukan marah. Agaknya ada darah tinggi kot? Takpon kurang tido malam, tengok 'WWF wrestling'. Ngajor matematik. Hehehe, ayat senggini agak selalu kedengaran "Nanti besok cikgu bagi jawapan dia" bile jawapan soklan matematik tu dia sendiri tak buleh jawab. Sori cekgu..

Geng aku masa menengah ni Salehan dan Jipang. Sampai ada orang sebut kiteorang '3 stooges'. Banyak arr korang..!

Subjek paling aku suke pastinya Kemahiran Hidup. Masuk bengkel. Pebret..

SRP berganti PMR. Keputusan tak berapa membanggakan dengan 3A, 4B 1C. Pastinya yang C itulah bahasa penjajah. Memanglah lidah dan otak aku telah diacu dengan Jawa. Jawa tok-tok.

Tingkatan 4 dan 5, kununnya berada di dalam kelas Sains Tulen lah. Core abiss.. Math Tambah, Fizik, Kimia, Bio. Time kepurusan SPM keluar, yang core tu lah yang leburrrr.....
Kuih 'double-donat' manjang.

Keputusan penuh SPM dengan aggregat 24. Waiii.. Masih pangkat satu la! Aku pun tak menjangka. Dalam otak dah pikir SAP je. Almaklum, sepanjang tingkatan 4 dan 5, aku tak pernah dapan keputusan selain dari gagal dan SAP kecuali pada satu ujian bulanan tingkatan 4.

Wohoo, percubaan SPM Pendidikan Islam aku FAIL. Sampai Ustaz Roslan 'G' pun pandang 'suey' kat aku. Badi betul. PAFA, akulah orang paling last abes. Bengkek je ustaz tu aku tengok.

Aku pun tak menjangka buleh lagi dapat pangkat 1 dan PI juga A1. Emm.. Jangan sangka dalam fail aku tu, aku kecundang. Jangan disangka dalam durian longgok tu takde yang seulas pun kucing tembaga! Mungkin juga berkat stadi group malam yang kami anjurkan. Member seperti Along, Ipul, Yus, Pijam, Kemp, Awin, Ina, Afizah Rahman, dan sape lagi banyak juga berbudi dan berjasa. Korang best!

Secara kesimpulan, kenangan belajar sekolah menengah memang seronot dan mengenjoikan.


***
Sekolah agama aku lanjutkan sehingga ke darjah khas. Kelas hanya pada hari Sabtu. Kehadiran 80% wajib. Haatoi.. Time sabtu la best duduk rumah. Time tu la jugak ada kelas. Ustaz Jasuki pulak tu. Aduuh..

Geng-geng macam Along, Nazri Haron lah penaik semangat siket untuk pegi kelas. kalu tidak, entahlah. Hehee..

Hasil kemalasan itu, aku dapat jugaklah pangkat 2. Alhamdulillah. Keputusan seimbang dengan usaha. Dan sedikit bantuan dalam peperiksaan. Si Toyol! Stended periksa sekolah agama memang macam gitu. Betoi tak kawan-kawan? Hehehe..



Tips (12) dari pembacaan hari ini: Bersedialah mengakui kesilapanmu.

Saturday, January 23, 2010

Cayalah Aku!

Astagfirullah.. Sabar jelah ye.

Udah le pepagi dah hangin satu badan dgn buah~ati (hehehe.. You and Me je yang tau yeh).
Tingkap kereta pulak buat hal. Turun mau, naik dah tak mau. Kalau benda ni jadi kat kampung okeh la jugak. Simpan dalam garaj sebelah pintu rumah. Senang cerita.

Ni tengah-tengah kota metropolitan yang bergelar Key El, yang segalanya pantang ada peluang. Whoaa.. Takleh jadik ni. Kebetulan terjadik depan opis aku pulak.. Pandai betul kereta 'ferarri ijau' bapak aku ni pilih port baikkk punye! Takkan aku nak biar tingkap ternganga cengginih. Kang ujan? Kang ada yang berkenan panjang tangan?

Tit.. Tekan suis kat dahi. Berubah kejap jadi pomen. Aku parkir bawah pokok, aku bukak pintu kereta besar-besar. "Apa lu tengok-tengok. tak pernah nampak orang repair kereta ka?" Getus aku dalam hati bile ada ada beberapa orang yang lalu lalang, skodeng-problem dengan aku.


Apa hal pulak la dengan power window nih. Motor dia kah? Rod dia kah? Kabel terbelit kah? Puas godeh. Motor okeh. Rod okeh. Kabel pun okeh. Emmmph.. konfusius aku!

Setelah dibuat beberapa penyelidikan dan ujikaji terperinci, akhirnya aku temui.
Ya Allah... Ini bendanya yang rusak...

Swith controller yg kasik tingkap boleh up & down dia dah bejat!

Camne nak kasik okeh. Kalu antar bengkel konfem melayang 70-80 hengget. Macam Talib dulu.
Ooooo.. Ada mentol, ada mentol atas kepala aku!
"Ambik pinje hok pintu blake dulu deh!"

Beressssss..........!
Selamat 70-80 hengget aku buat sementara. Huhuuu..

Nota: Ni yang rasa nak tukar Ferarri ni dgn BUGATI. Hahaha..



Tips (11) dari pembacaan hari ini: Hargailah pendapat isterimu.

Friday, January 22, 2010

Berzikirlah

"Berzikirlah dengan menyebut nama Tuhanmu (Allah)".

Semoga dengan memperbanyakkan zikir dan mengingati Allah, hati aku akan menjadi lebih tenang dan tenteram.



Tips (10) dari pembacaan hari ini: Adakanlah perbincangan dan perbualan denganku.

Jaga Solatku

Acapkali aku terbaca/membaca kisah-kisah yang berkenaan dengan azab atau siksaan yang Allah nak tunjukkan kepada kita yang sementara ini masih hidup di dunia melalui iktibar kehidupan/kematian orang lain, sebagai amaran dan pedoman. Dan tak kurang juga petunjuk yang diberikan, adalah suatu perkara yang baik.

Baru kejap aku baca satu artikel dari webportal www.fkp.ump.edu.my, berkaitan dengan balasan Allah ke atas mereka yang melalaikan tuntutan SOLAT.

Semoga dengan kisah ini, boleh meinsafkan kita, terutamanya AKU sendirik!

Hayatilah..


Kisah ini diceritakan oleh seorang ustaz yang bertugas memandikan mayat orang Islam di hospital. Lebih kurang jam 3.30 pagi, saya menerima panggilan dari Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang, Selangor untuk menguruskan jenazah lelaki yang sudah seminggu tidak dituntut. Di luar bilik mayat itu cukup dingin dan gelap serta sunyi dan hening.

Hanya saya dan seorang penjaga bilik tersebut yang berada dalam bilik berkenaan. Saya membuka dengan hati-hati penutup muka jenazah. Kulitnya putih,badannya kecil dan berusia awal 20-an. Allah Maha Berkuasa.

Tiba-tiba saya lihat muka jenazah itu sedikit demi sedikit bertukar menjadi hitam. Mulanya saya tidak menganggap ia sebagai aneh, namun apabila semakin lama semakin hitam, hati saya mula bertanya-tanya. Saya terus menatap perubahan itu dengan teliti, sambil di hati tidak berhenti-henti membaca ayat-ayat suci Al-Quran. Detik demi detik berlalu,wajah jenazah semakin hitam.

Selepas lima minit berlalu,barulah ia berhenti bertukar warna. Ketika itu wajah mayat berkenaan tidak lagi putih seperti warna asalnya,tetapi hitam seperti terbakar. Saya keluar dari bilik berkenaan dan duduk termenung memikirkan kejadian aneh yang berlaku itu. Pelbagai pertanyaan timbul di kepala saya; apakah yang sebenarnya telah terjadi? Siapakah pemuda itu? Mengapa wajahnya bertukar hitam? Persoalan demi persoalan muncul di fikiran saya.

Sedang saya termenung tiba-tiba saya dapati ada seorang wanita berjalan menuju ke arah saya. Satu lagi pertanyaan timbul, siapa pula wanita ini yang berjalan seorang diri di bilik mayat pada pukul 4.00 Semakin lama dia semakin hampir, dan tidak lama kemudian berdiri di hadapan saya. Dia berusia 60-an dan memakai baju kurung. Ustaz," kata wanita itu. "Saya dengar anak saya meninggal dunia dan sudah seminggu mayatnya tidak dituntut. Jadi saya nak tengok jenazahnya." kata wanita berkenaan dengan lembut.

Walaupun hati saya ada sedikit tanda tanya,namun saya membawa juga wanita itu ke tempat jenazah tersebut. Saya tarik laci 313 dan buka kain penutup wajahnya. "Betulkah ini mayat anak mak cik?"tanya saya. "Mak cik rasa betul... tapi kulitnya putih." "Makcik lihatlah betul-betul." kata saya. Selepas ditelitinya jenazah berkenaan, wanita itu begitu yakin yang mayat itu adalah anaknya. Saya tutup kembali kain penutup mayat dan menolak kembali lacinya ke dalam dan membawa wanita itu keluar dari bilik mayat.

Tiba di luar saya bertanya kepadanya. "Mak cik, ceritakanlah kepada saya apa sebenarnya yang berlaku sampai wajah anak mak cik bertukar jadi hitam?" tanya saya. Wanita itu tidak mahu menjawab sebaliknya menangis teresak-esak. Saya ulangi pertanyaan tetapi ia masih enggan menjawab. Dia seperti menyembunyikan sesuatu."Baiklah, kalau mak cik tidak mahu beritahu,saya tak mahu uruskan jenazah anak mak cik ini. " kata saya untuk menggertaknya. Bila saya berkata demikian, barulah wanita itu membuka mulutnya. Sambil mengesat airmata, dia berkata, "Ustaz, anak saya ni memang baik, patuh dan taat kepada saya. Jika dikejutkan di waktu malam atau pagi supaya buat sesuatu kerja, dia akan bangun dan buat kerja itu tanpa membantah sepatahpun. Dia memang anak yang baik. Tapi..." tambah wanita itu lagi "apabila makcik kejutkan dia untuk bangun sembahyang, Subuh misalnya, dia mengamuk marahkan mak cik. Kejutlah dia, suruhlah dia pergi ke kedai, dalam hujan lebat pun dia akan pergi, tapi kalau dikejutkan supaya bangun sembahyang,anak makcik ini akan terus naik angin. Itulah yang mak cik kesalkan." kata wanita tersebut. Jawapannya itu memeranjatkan saya.

Teringat saya kepada hadis nabi bahawa barang siapa yang tidak sembahyang, maka akan ditarik cahaya iman dari wajahnya. Mungkin itulah yang berlaku. Wajah pemuda itu bukan sahaja ditarik cahaya keimanannya, malah diaibkan dengan warna yang hitam.Selepas menceritakan perangai anaknya, wanita tersebut meminta diri untuk pulang.Dia berjalan dengan pantas dan hilang dalam persekitaran yang gelap.Kemudian saya pun memandikan, mengapankan dan menyembahyangkannya.

Selesai urusan itu, saya kembali ke rumah semula. Saya perlu balik secepat mungkin kerana perlu bertugas keesokan harinya sebagai imam di Masjid Sultan Sallehuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam. Selang dua tiga hari kemudian, entah kenapa hati saya begitu tergerak untuk menghubungi waris mayat pemuda tersebut. Melalui nombor telefon yang diberikan oleh Hospital Tengku Ampuan Rahimah, saya hubungi saudara Allahyarham yang agak jauh pertalian persaudaraannya. Selepas memperkenalkan diri, saya berkata, "Encik, kenapa encik biarkan orang tua itu datang ke hospital seorang diri di pagi-pagi hari. Rasanya lebih elok kalau encik dan keluarga encik yang datang sebab encik tinggal di Kuala Lumpur lebih dekat dengan Klang."

Pertanyaan saya itu menyebabkan dia terkejut, "Orang tua mana pula?" katanya. Saya ceritakan tentang wanita berkenaan, tentang bentuk badannya, wajahnya,tuturannya serta pakaiannya. "Kalau wanita itu yang ustaz katakan, perempuan itu adalah emaknya, tapi.... emaknya dah meninggal lima tahun lalu!" Saya terpaku, tidak tahu apa yang hendak dikatakan lagi. Jadi 'apakah' yang datang menemui saya pagi itu?Walau siapa pun wanita itu dalam erti kata sebenarnya, saya yakin ia adalah 'sesuatu' yang Allah turunkan untuk memberitahu kita apa yang sebenarnya telah berlaku hingga menyebabkan wajah pemuda berkenaan bertukar hitam. Peristiwa tersebut telah terjadi lebih setahun lalu, tapi masih segar dalam ingatan saya.

Ia mengingatkan saya kepada sebuah hadis nabi, yang bermaksud bahawa jika seseorang itu meninggalkan sembahyang satu waktu dengan sengaja,dia akan ditempatkan di neraka selama 80,000 tahun. Bayangkanlah seksaan yang akan dilalui kerana satu hari di akhirat bersamaan dengan seribu tahun di dunia. Kalau 80,000 tahun?



Nota: Ya Allah, jagalah hati kami, gerakkanlah hati kami untuk terus taat patuh menunaikan suruhan Mu.

Thursday, January 21, 2010

Hidup Adalah Anugerah

Pada suatu hari ada seorang gadis buta yang sangat membenci dirinya sendiri, disebabkan kecacatannnya itu. Tidak hanya membenci dirinya sendiri, tetapi dia juga membenci semua orang kecuali kekasihnya.

Kekasihnya selalu ada di sisinya untuk menemani dan menghiburkannya. Kekasihnya berjanji akan menikahinya kalau dia sudah mampu melihat dunia.

Suatu hari, ada seseorang yang mendermakan sepasang mata kepada gadisnya itu, dan yang akhirnya dia mampu melihat, termasuk kekasihnya itu .

Kekasihnya bertanya kepada gadis itu, ” Sayangggg … sekarang kamu sudah boleh melihat dunia. Apakah engkau sudi menikah denganku?”

Gadis itu terkejut saat melihat bahawa kekasihnya itu ternyata buta. Dan dia menolak untuk menikahi kekasihnya lantaran kecacatan lelaki itu, yang selama ini sudah sangat setia sekali mendampingi hidupnya.

Dan akhirnya lelaki (kekasihnya) itu pergi dengan menitiskan air mata sedih, dan kemudian meninggalkan pesanan ringkas kepada gadisnya itu, “Sayangku, tolong jaga baik-baik kedua-dua mata yang telah aku berikan kepadamu.”

* * *

Kisah di atas memperlihatkan bagaimana pikiran manusia berubah saat status dalam hidupnya berubah. Hanya sedikit orang yang ingat bagaimana keadaan hidup sebelumnya dan lebih sedikit lagi yang mampu mengucapkan terima kasih atau bersyukur.

'Nikmatilah kehidupan dengan bersyukur' dan lakukanlah apa yang terbaik di setiap detik dalam hidup kita, kerana tiada ulangan akan berlaku untuk waktu masa akan datang.

Bersyukurlah dengan setiap kekurangan dengan sifat redha.

Bersyukurlah dengan setiap kelebihan dengan sifat tawadhuk (bersederhana), merendah diri.

Aku Sejuk Hari Ini - I'm Cool Today

Alhamdulillah, aku berasa aman, tenang dan sejuk (cool) hari nih.

Tenang: Sebab mampu bangun awal untuk sahur, bersiap diri, kemas rumah seawal jam 0430 pagi. Dapat dengar suara mak (ngade-ngade, mintak manja dengan mak pagi buta).Solat subuh dan bacaan al-Ma'tsurat diamalkan seperti selalu.

Aman: Sebab bangun dalam keadaan yang hampir tiada kerunsingan dan kesusahan. Dapat tunaikan tanggungjawab aku pada yang disayang. 'Wake-up call' pepagi. Sidia sedar ataupun tidak, itu belakang cerita.

Sejuk: Sebab badan aku dah tak panas lagi. Sembuh sudah dari demam. Wai..wai.. Malam tadi hujan turun rupanya.

Bersiap untuk ke Keramat sambil mendengarkan alunan lunak zikir 'Penawar Hati' dari Hijjaz.

Syukur juga, jalan hari ni tak berapa sesak. Jadi sampailah awal ke tempat kerja.

Dan mungkin juga terlalu 'cool', dengan 'cool' nye jugek aku masuk ke Restoran Chengkih sebelah tu dengan selambanya untuk makan sarapan.
Subahanallah.. Aku lupa, aku puasa hari ni! Mujur juga cepat teringat. Allah, terima kasih.


Tips (9) dari pembacaan hari ini: Janganlah mata keranjang.

Wednesday, January 20, 2010

Pesanan dan Ingatan Untuk Diri (2)

Wahai Lelaki Beriman, Tundukkanlah Pandanganmu dan Peliharalah Kemaluanmu Kerana Ia Lebih Suci Buat Kamu Dan Ingatlah Bahawa Allah Sentiasa Melihat Apa Yang Kamu Lakukan.

Allah berfirman,"Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandanganya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat." (An-Nuur 24:30)

Wahai Wanita Beriman, Tutuplah Auratmu Dgn Sempurna Dengan Menutupi Dada dan Juga Menutup Seluruh Badan Dengan Pakaian Yang Longgar Serta Tidak Berwangi-Wangian. Nescaya Allah Pasti Menyelamatkah Kamu Dari Gangguan Manusia.

Allah berfirman,"Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung kedadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya"(An-Nuur 24:31).

Allah berfirman,"Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: "Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka." Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, karena itu mereka tidak di ganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang"(Al-Ahzzab 33:59).

Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:“Sesiapapun wanita yang memakai wangian lalu dia melintas di hadapan lelaki supaya mereka dapat menghidu kewangiannya, dia adalah penzina.” [Diriwayatkan oleh al-Nasai dan dinilai hasan oleh al-Albani di dalam Shahih Sunan al-Nasai – hadis no: 5141].

Amalan kan doa yang sahih ini, Semoga dengan usaha doa, Allah swt akan sentiasa berada bersama muslimah2 solehah, menjaga mereka dan sentiasa memberi perlindungan kepada mereka. InsyaAllah..

Doa yang mudah dari hadis sohih:-

رَسُولَ اللَّهِ يقول من قال

بِسْمِ اللَّهِ الذي لَا يَضُرُّ مع اسْمِهِ شَيْءٌ في الأرض ولا في السَّمَاءِ وهو السَّمِيعُ الْعَلِيمُ

ثَلَاثَ مَرَّاتٍ لم تُصِبْهُ فَجْأَةُ بَلَاءٍ حتى يُصْبِحَ وَمَنْ قَالَهَا حين يُصْبِحُ ثَلَاثُ مَرَّاتٍ لم تُصِبْهُ فَجْأَةُ بَلَاءٍ حتى يُمْسِيَ

Ertinya : Rasulullah s.a.w didengari berkata sesiapa yang berdoa : "Dengan nama Allah yang tiada dimudaratkan sesuatu apapun dengan namaNya samada di bumi dan di langit, dan Dialah maha mendengar dan maha mengetahui" sebanyak 3 kali, maka ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehinggalah subuh esoknya, dan barangsiapa membacanya ketika subuh 3 kali, ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehingga petangnya" ( Riwayat Abu Daud, 4/323 ; At-Tirmidizi, 5/465 dan Ahmad).


http://www.asyrafdinie.blogspot.com/

Pulih Kembali

Alhamdulillah, keadaanku beransur pulih. Cuma flu nya sahaja yang masih berterusan.

Okeh, bersiap untuk pergi cari rejeki. Selagi nyawa dikandung badan, selagi nafas tak terhenti. Berbaktilah..
Kalaupun bukan untuk diri aku sendiri, ingatlah orang yang tersayang. Mak, bapak, adik-adik, dan isteri masa depan.



***
Memang jadi tabiat aku tak ambik atau makan ubat bila demam. Biasanya aku akan biar mcm tu aje. Aku nak uji sejauh mana antibodi aku bekerja. Dan aku tak nak antibodi aku 'menjeng' sangat disebabkan pengambilan ubat-ubatan.

Cuma biasanya, aku akan pakai cool fever dan minom air yang banyak termasuk 100 plus (untuk vitamin c tambahan dan segera).

Malam tadi selepas solat maghrib dan mengaji, aku ketiduran. Sedar-sedar baju basah, kain sarong basah. Aku ingatkan ngompol. Rupanya, aku berpeluh banyak. Alhamdulillah, antibodi aku bekerja dengan konsisten.

Aku bangun untuk tunaikan solat Isya'.

Terima sms dari yang dirindu. Emm..


Nota: Syg, jaga kesihatan mu juga. Jaga diri baik-baik. Abg sentiasa merinduimu.


Tips (8) dari pembacaan hari ini: Rajinlah membantu isterimu.

Tuesday, January 19, 2010

Kerja Separuh Hari

Okeh lah, aku pegi kerja.
Sampai Datuk Keramat, lebih kurang jam 0915. Jalan ada jem siket.

Sarapan, bukak macbook, bukak paperwork, badan mula menggeletar. Sendi dan dada sakit-sakit. Ni apa ke hal aku ni.. Ekon dah aku matikan awal-awal, tak tahan sejok. Hari biasa, ekon tu aku rasa tak dapat sapot aku punye kepanasan. Terbalik suda.

Tunggu kejap lagi, bertahan..bertahan..bertahan.. Allah, aku dah tak boleh tahan. Kemas-kemas barang, berangkat balik. Bos dah tau aku demam. Harap dia paham.

Err.. singgah Aeon Jusco AU2 (baru bukak nih). Ada nak beli barang siket.
Spenda lagi.. Aku suke, aku suke.. Kali ni boxer jenama Levi's menjadi pilihan. Lain barang, pewangi kereta, sower gel yang ada bijik-bijik tu, pemberus daki dan cool fever.

Okeh terus balik.. Takde selera nak mamam. Sampai rumah tak tau pebenda nak dibuat.
Tepon mak, ngadu demam. Biasalah, anak mak!

Nak tido tak bleh tido. Kasi basuh baju dulu. Masih tak buleh tido/berehat.

Aku bukak al Qur'an, mengaji. Alhamdulillah, tenang hati aku. Tengkiu Allah.

Sahlah..(2)

Sahlah aku demam!

Jam berapa ni. Ooohh.. jam 0400 pagi. Entah kali keberapa aku terjaga ni. Jaga-tidur-jaga-tidur.. Tapi jaga yang kali ni dah tak buleh tidur. Badan aku dah panas. Tulang rasa macam ngilu semacam jak.

Malam tadi buah~ati aku sms. Nampaknya dia pun tak berapa sihat.

Moga Allah menyembuhkan sakit demam kita yek. InsyaAllah.

Nak kerja ke tak pagi nih?
Kalau amik MC, apa aku nak buat kat rumah, boringnye..
Kalau pergi kerja, aku takut tak selesa.. Mengharung jem lagi. Adoi...


Tips (7) dari pembacaan hari ini: Sesekali pandailah memuji isterimu.

Monday, January 18, 2010

Sekilas Memori Zaman Bergelar Pelajar (3)

Aku berusia 7 tahun ketika itu. Kaki menginjak bangga ke alam sekolah rendah/kebangsaan. Sekolah Kebangsaan LKTP Felda Sungai Mas nama sekolah itu.

Selamat tinggal sekolah makan-makan. Babai..
Kali ni dah kena kurangkan main-main. Kena belajar sungguh-sungguh, pesan mak bapak kepadaku. Baikkkk..

Emmph.. Kejap je baik nye. Hehehe, sifat kenakalan aku sebagai budak-budak terserlah sudah. Tapi aku rasa aku tak lah nakal sangat berbanding budak nakal lain. Sikit je la..

Dalam peringkat sekolah rendahku, pencapaian ku agak memberangsangkan juga. Puratanya, kedudukan dalam kelas di bawah tangga 3. Amacam.. Terel tak!
Cuma bila dalam darjah 5, kami dalam golongan berotak ala-'Adi Putra' telah ditempatkan dalam satu kelas yang digelar sebagai kelas ekspress. Tang mana ekspress nye pun aku tak pasti. Cumanya, kami belajar tak seperti orang lain belajar. Otak kami di ajar untuk bekerja 3 kali ganda. Uwaa.. Tak boleh tahan. Tekanan..tekanan..
Tu yang ranking dalam kelas jatuh merudum tu.. Pertama kali aku dapat nombor berganda. Tak ingat berapa, yang pastinya 10 ke atas la..

Aku juga kerap diamanahkan untuk memegang jawatan ketua darjah dan pengawas perpustakaan atau pustakawan nama glamer dia. Darjah satu, dua, tiga, empat, enam. Aihh.. Darjah 5 je aku tak pegang jawatan 'moniter' ye.. (hins..hins..kembang kempis idong). Tapi tak best sgt la jadi 'moniter' ni. Asik-asik kena jadi orang suruhan jek. Ambik buku kedatangan lah, ambik kapor tulis lah, kena padam papan ijau lah, kalau kelas bising yang kena marah dulu akulah, kena hantar buku latihan ke bilik guru lah. Semua aku.. Takde upah ponnn!

Jadi pustakawan best.. Buleh baca buku Si Menti, boleh 'smuggle' buku bawak balik (tapi aku pulang ehh, cuma tak ikut prosidur pinjaman je). Buleh ngular time perhimpunan. Lupa lak nak 'flashback', dulu hari Ahad sekolah kan. Start tahun berapa ye si MB Muhyidin tu kasik tukar hari Ahad jadi cuti, hari Jumaat kena sekolah. Budak-budak sekolah time tu pun tau merungut tentang perubahan tu. Tapi lama-lama sebati sudah.

Dulu 'port-black' aku untuk ponteng time perhimpunan adalah perpustakaan. Takpon bilik cekgu Amir. Tempat meletak alat bantuan mengajar. Aku ada alasan, sebab apa takmo ikut berdiri lelama time perhimpunan. Kalo kantoi, aku buleh ckp "saya bertugas cekgu".

Aku selalu pitam!

Dan dulu aku ada penyakit kronik. Aku selalu kena sakit pinggang belah kanan atau kiri. Sakitnye bukan kemain! Nangis kat sekolah sampai cekgu aku antar gi hospital atau balek rumah tu kira biasalah.. Tapi semenjak bile pulak (lupa) aku dah tak kena sakit-sakit macam tu. Alhamdulillah.

Dan atas alasan sakit-sakit tu, aku tak mengaktifkan diri dalam pasukan beruniform atau sukan. Kalau tak, ntah-ntah sekarang dah jadi atlit sukan. Atlit sukan catur la kot! Hehehe..

Nama cekgu-cekgu seperti Saadon, Mazlan, Musa, Ustaz Rashid menjadi kegerunan satu masa dulu. Rasa macam nak lari balik rumah jek kalau subjek cekgu-cekgu ni.

Kemuncak pendidikan sekolah rendah, pastinya peperiksaan UPSR. Keputusan yang aku perolehi, 3A 1B. Yang B tu pastinya subjek bahasa penjajah! Silap besar kementerian pendidikan tak sediakan silibus Bahasa Jawa. Tidak kalu.. 'perfect-100' markah aku. dan hasil dari keputusan itu, aku tak dapat panggilan ke mana-mana. Kawan-kawan, jangan tinggal daku....


***
Seiring dengan pendidikan kebangsaan, yang ugama juga tak diketepikan. Pada umur 9 tahun, aku memasuki Sekolah Ugama Sungai Mas, darjah satu. Tuntutan agama perlu dititik beratkan juga. Itu selalu mak bapak pesan. Sekolah ugama pun kena belajar rajin-rajin.

Nama ustaz/ustazah seperti fakhruddin, jasuki, noraini dan khairiah terpahat dalam ingatan. Maaf lah ustaz ustazah yang lain. Nama you all lupa nak pahat lah!

Paling best ustaz Fakhruddin. Mengajar selamba tapi berkesan. Naik moto RXZ. Rock tu.. Janggut sejemput macam aku jugak sekarang. Ngajar ngaji atau zikir berlagu, best banget!

Cikgu Khairiah, hahaha.. Salu dapat balik awal, sebab dapat jawab soalan kuiz yang dikemukakan. Tapi nyesal jugak balik awal, kena jalan kaki. Kalau balik on-time, dah ada dreba yang jemput. Dreba bawak moto Honda 70 kepala bulat. Hik hik hik. Tengkiu mak, tengkiu bapak.

Aku darjah 6 ambik dua kali, sebab pencapaian yang tidak memberangsangkan untuk up pegi darjah khas. kali pertama dapat 55%. Kali kedua dapat 76%. Orait la tu, dia nak 75% ke atas je. Alalala.. Setakuk atas je. Langsung tak membanggakan ibu bapa tul!

Kiranya kalu dah pas darjah khas ni, boleh apply jadi cekgu la, konon-kononnye. Dulu wak aku cerita kalau pas darjah khas dah buleh jadi guru besar. Wauuu!
Tapi nampaknya, sijil darjah khas aku tidak lah digunakan untuk apa-apa tujuan. Tapi alhamdulillah, banyak aku pelajari sepanjang 7 tahun pengajian sekolah ugama itu. Tau belajar Ibadat, Munakahat, Faraid, Tasauf, Adab, Arab, Muamalat, Jenayat, Tauhid. Macam-macam ada.. terisi sedikit dada dengan ilmu agama.

Wai..wai.. aku rindukan zaman itu..

Nota: Rahsia untuk aku, darjah 2 aku ada syok kat sorang awek ni. Sampai la tingkatan 2. Hehehe... Simpan dalam hati jak. Tauuu.. Aku syok sendiri!


Tips (6) dari pembacaan hari ini: Berusahalah Mengambil Hati Isterimu.

Tubuh Rasa Semacam

Tekak rasa kering, sakit dan perit.
Idong ada mukus.
Kepala ada puyeng siket.
Badan seram sejok.

Macam nak demam je aku ni..

Ya Allah, ku andaikan ini ujian dariMu. InsyaAllah, ku gagahkan diriku untuk meneruskan ibadat puasa sunat Isninku hingga ke akhirnya.

Ujian ini amat ringan, jika dibandingkan ujian berat yang bergelar 'bisikan/hasutan syaitan'.

Mungkin juga aku agak letih 2-3 hari ni. Letih tubuh, letih fikiran. Memikirkan 1-2 perkara..

Isnin Yang Mandom

Bangun untuk minum air. Aku dah ambik makan sahur sebelum tidur. Nasi putih + tomyam menjadi pembuka seleraku di awal pagi 0130. InsyaAllah aku akan berpuasa hari Isnin ini.

Sebelum penggera jam di henfon ku berbunyi, aku dah berjaga-jaga untuk matikannya. Seawal jam 0450 pagi, aku dah tak boleh lelapkan mata.

Buat 'wakeup-call' untuk sibuah~ati. Harap-harap dia terjaga mendengarnya, walaupun mungkin tak sudi untuk menjawab panggilanku.
Banyak tanda soal tersembul di atas kepalaku yang separuh botak ini. Apa dan kenapa?

Mungkin akibat kekurangan tidur, aku hampir sahaja terlelap semasa membaca al Ma'tsurat tadi. Astaghfirullah..

Sunday, January 17, 2010

Hiasi Diri Dengan Doa


Alhamdulillah, aku punyai azam untuk tambahkan lagi pengetahuan ku.

InsyaAllah, aku akan jadikan buku ini sebagai bahan rujukan berterusan. Tujuan utamaku pastinya pohonan rahmat dan redha dari Allah Taala. Selain itu aku nak jadikan diriku dan orang aku sayangi lebih nampak cantik dari segi perilaku, adab dan tuturkata. Kan nampak sopan, cantik dan pasrah bila setiap perbuatan itu, kita dahului dengan bacaan doa.

Allah berfirman dalam al-Qur'an surah al-Mukmin potongan ayat 60, maksudnya,
"Berdoalah kepadaku, akan Aku perkenankan permintaanmu."


Nota: Aku beli 2 naskhah. Satu untuk aku. Satu untuk Buah~atiku. Syg, nanti abg poskan ye..

Sekilas Memori Zaman Bergelar Pelajar (2)

Melangkah ke alam persekolahan secara formal, bermula dengan Sekolah Tadika di Felda Sungai Mas. Dulu takde Tadika KEMAS bagai. Tapi ntah sape yg uruskan. Di bawah JKKK la agaknya. Kalau dulu ada Tadika PASTI, aku ajak bapak aku daftar sana. Mana tau sekarang leh jadi ustaz, mufti ke, tok kadi ke, tok mudim ke. Hehehe..

Orang kata sekolah tadika ni sekolah makan-makan. Mula-mula tu aku tertanya-tanya jugak, pebenda la sekolah makan-makan ni. Best sangat ke? Dulu zaman budak kecik mana tau erti best makan-makan. Sekarang ni je, merasai nikmatnya syurga dunia~makan.

Cekgu kelas aku nama Cekgu Liza. Anak dia sebaya aku. Hairizah namanya. Hari pertama, bapak aku kena teman. Mana boleh kasi tinggal. Nanti aku ugut nangis. Berani, tinggal lah aku. Hahaha..
Hari kedua, pun bapak aku kena teman. Haa, masuk hari ketiga..pun bapak aku kena teman jugak. Apa la aku ni. Nyusahkan beliau jerk! Bapak aku cakap, "Bapak nak balik la. Nak pegi ladang".
Aku tak kasik balik. Kaki seluar dia aku pegang kuat.

Weihh.. Dah masuk minggu kedua, bapak aku masih belum berjaya memboloskan dirinya untuk meninggalkan aku. Balik rumah kang, sure kena 'sound'. Siap kena kutuk bagai.

Tapi rupanya, dalam sikap toleransi dan diam tu, dia dah pasang strategi licik. Cis.. Aku tertipu!
Bapak cakap dia nak keluar sekejap pegi kencing. Memula aku nampak lagi kat pintu gate. Tapi pandang kali kedua, aku tengok.. Aittt, dah takde! Pakcik tertipu.. Pakcik tertipu..

Balik time kang, siap la..aku mogok lapar.

Rupanya memang best pun sekolah tadika ni. Masuk jam 0800 pagi. Belajar nyanyi, main alat muzik, main pondok-pondok, lukis-lukis, kaler-kaler. Kang nanti jam 0930 dah makan. Jam 1030 tamat pengajian untuk satu hari. Cuba la time 'ofis hour' cenggitu.. Aman dunia aku.

Kat rumah kira-kira main belom cukop.. Kita kasik sambung. Kalau tak dipanggil balik makan tengah hari, kalau tak dijemput dengan rotan.. Tak nak balek. Ada ka patut..

Cenggitulah alam Sekolah Tadika. Penuh kegembiraan dan kebebasan. Tapi bermula saat itulah, aku mengenali sekolah, kawan-kawan yang ramai, ABC, alif ba ta, mengeja dan mengira.

Apa kenama cekgu Jepun yang naik passola tu.. Tomoko ke Tomato. Dia pandai main alat muzik yang tiup-tiup, pastu tekan macam piano. Apa kenama nye eh?


***
Menyusul, zaman kegemilangan aku semasa sekolah rendah dan agama. Kegemilangan?

Berpagi-pagi Itu Elok (2)

Selepas menunaikan solat subuh dan bacaan al-Ma'thsurat, dah menjadi kebiasaan aku memang tak buleh nak tidur. Walaupun time cuti.. Walaupun takde apa yang nak dikerja atau diuruskan. Alhamdulillah aku tak pandai nak tidur. Kecuali..kecuali.. Penat yang banget ganda 23 semalaman. Selain dari itu.. Okeh bertahan bah!

Tapi untuk pagi hari ni, rutin bergayut tak dapat nak dilaksanakan memandangkan teman segayutan tak dapat dihubungi. Semenjak dari kelmarin lagi. Harap syg sihat di sana.
Jadik kita tukar siket rutin hari ini. Tak rugi apa-apa pun (ayat sedapkan hati).

Aku 'transform' sepenuhnya diri aku menjadi seorang 'maid' yang rajin lagi berdedikasi. Mana tak berdedikasi..berkhidmat tanpa gaji!
Wei..wei.. Lu buat kerja untuk sape? Untuk kepuasan diri lu sendilik maa.. Aku berkata eksen pada diri sendirik.

Ok la..ok la.. Aku 'tune' siket otak agar bersyukur dan berikhlas. Emm.. Setidak-tidaknya aku lebih rajin berbanding orang lain. Fuhh.. Penuh dengan motivasi!

Pertamanya, membasuh dulu apa yang perlu dibasuh. Pastinya, baju kerja untuk 'rolling' satu minggu lagi. Spenda.

Keduanya, nyantap sarapan dulu. Otak yang bergeliga di'generate' oleh perut yang ada isi. Betoi ka gitu? Nasik lemak lawoh kentang? Pelikkk...

Ketiganya, ni yang mencabar siket. Untuk menjayakan kempen 'Bilikku Syurgaku'. Selepas diabaikan setelah sekian lama, kini aku cakna semula. Vekyum-vekyum.. Ngelap-ngelap.. Nyusun-nyusun.

Keempatnya, kembali masok bilek ayer untuk membasuh untuk 'seken-raun'. Nyambil tu, nyental lah aku akan lantai yang sudah berketohok itu. Eiii.. Naik geli aku memijaknya! Dalam pikiran jahat aku bercakap, "Apa aku sorang yang pakek ini jamban?" Uishh.. buang jauh-jauh pikiran tu. Setan punya setan. Suke banget membisikkan kata-kata yang membawa ketidak-ikhlasan secenggitu. Nyambil nyental lantai, mulut nyanyi-nyanyi kecik lagu Jamal Abdillah - Mati Hidup Semula (klik untuk muat turun, mp3 gratis ni). Apesal lagu ni? Ntah...

Kelimanya, nyapu-nyapu ruang tamu yang besau sangat ni. Seluas padang main teng-teng kapal terbang. Bukan banyak sangat sampah pun. Cuma habuk dan sawang je. Sawang? Berapa lama rumah ni tak simpan penyapu dengan tukang sapunya? Sampai bersawang bagai..

Huarghhh... Capek dong. Lelap-lelap hamster sementara nunggu waktu Zohor.


****
Tips (5) dari pembacaan hari ini: Buangkan sikap garang dan pemarahmu.

Saturday, January 16, 2010

Sekilas Memori Zaman Bergelar Pelajar (1)

Aku mengenal huruf dan angka semenjak seusia 4 tahun. Seingat aku la..
Time naik van bapak aku, suke beliau mengujiku dengan bertanya nombor plat pendaftaran kereta sana dan sini. Itulah sesi pertama pengajianku secara 'informal' ~ orang jawa cakap cenggini.

Kalau kat rumah pulak, aku jadik tukang baca tajuk besar kat mukasurat depan koran Berita Harian. Tapi time tu dah 'advance' siket la. Tau bezakan huruf besar dan kecik. Umor menjangkau 5 tahun gitu. Bersemangat dan rajin untuk ambik tau.

Dan seawal usia begini jugalah aku sudah pandai menggenangkan kelopak mata, menitiskan setitik dua air mata ke lembaran naskah Muqaddam. Zaman mengaji bermula. Zaman mengenal alif, ba, ta. Alif tendang wau.. Sarkis! Hehe. Dan kenal rapat dengan rooootaann!

Aku ngaji dengan bapak dengan mak kat rumah je. Kawan-kawan seusia ramai yang ngaji kat rumah Wak Jarkoni. Tak maulah dengan Wak Jarkoni. Malam jalan gelap. Dah le rumah aku paling ujong sekali..

Masa tu tak kenal lagi pebenda nama mentol dan letrik. Semua pakai lampu pam/pom jenama 'eye' atau 'butterfly'. Dekat nak maghrib je, mule la bapak aku ngepom lampu minyak tanah tu. Alahai.. Nostalgik nyerr...


***
Pasni aku cerita pasal zaman sekolah tadika pulak.

Ektiviti Meronda Ke Sana Ke Mari

Selepas mentari pagi menampakkan diri,
Selepas rutin al Ma'thsurat dipenuhi,
Selepas bergayut dengan si buah~ati,
Selepas bermanda-mandi,
Selepas kehendak tembolok lapar diisi,
Jom kita jalan sana sini..

Destinasi hari ni, cadangannya nak pegi Alpha Angle. Uihh.. lamanya aku tak sebut nama tempat ni! Ada apa kat sana? Pastinya, Aeon Jaya Jusco. Dulu masa duduk membujang di area Keramat, tempat ni la jadi 'port black' aku.(err..bukan ke sekarang pun masih membujang lagi ke? hahaha.. Bujang tuek kata mak aku).

Masuk JJ carik spenda (mini boxer) kegemaran aku masa kini. Apala punye hobi!
Sudah jumpa apa di cari. Jenama Hush Puppies dan Renoma menjadi pilihan hati.

Jom lepak-lepak kedai buku! MPH pilihan aku. Cari 3-4 buku untuk bacaan peribadi. Selain itu untuk si buah~ati. Sori lah girl kalau dah tak 'seprais' lagi. Presen belom pon diberi, aku dah kasik tau dulu. Huhuuu.. Tak romentik langsung!

***
Wohh.. Ada cerita pasal makan-makan la. Pebret aku dulu kalau main-main kat area ni, konfem singgah Carrefour Wangsa Maju. Nyantap sizzling.

Tapi kali ni, aku nak kasi test itu nasik ayam claypot spesel. Ommnomnom..


'On-de-wey' balik, kasik nostalgia siket pasai rumah-rumah yang aku pernah diami suatu masa dulu. Antaranya.. Setinggan Lorong Kiri 12. Flat Pangsamurni. Banglo Jalan Gurney. Banglo?? Hahaaa.. Jangan tak percaya. Percayolah weh!


Ni lah rumah banglo kat Jalan Gurney 2 yang pernah aku duduk tu. Usang dah pun.. Sekarang diaorang dah buat rumah teres 4-5 pintu kat situ.


Dan lagi nyinggah mamak cendol. Aktuali aku minat rojak + sambal sutun dia satu masa dulu. Salah satu makanan ruji kami seisi serumah, dulu la. Inzal beb...

Cendol jagung plus kacang. Aku ingatkan nak cendol tapai, takdok pulok!

'Rotek' kereta dah tamat tempoh la pulak.. Aku dah kopek la.. Kasik 'templok' yang baru!

Yang baru 'espayet' 14 Jan 2011 pastinye. Takleh tunjuk sini, bahayee..


****
Tips (4) dari pembacaan hari ini: Bersikap Romantik dan sayangilah isterimu.

Friday, January 15, 2010

Kitakah Orang Itu?

Siapakah orang yang sibuk?
Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s

Siapakah orang yang manis senyumanya?

Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata “Inna lillahi wainna illaihi rajiuun.” Lalu sambil berkata,”Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini”, sambil mengukir senyuman.

Siapakah orang yang kaya?
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

Siapakah orang yang miskin?
Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk – numpukkan harta.

Siapakah orang yang rugi?
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan.

Siapakah orang yang paling cantik?
Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?
Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.

Siapakah orang yang mempunyai akal?
Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka.


Masjid as-Sobirin, AU5 Taman Lembah Keramat, KL. Tarikh snap-snap: 13.01.10. Ruang solat masjid yang 'fully ekon'. Dan sekitarnya dikelilingi rimbunan pagar dan pohon.


****

Tips (3) dari pembacaan hari ini: Jangan cepat cemburu.

Thursday, January 14, 2010

Lampu Merah Dan Kesedihan

Dari kejauhan, lampu isyarat trafik di persimpangan itu masih menyala hijau. Jamal segera menekan pedal minyak kenderaannya. Ia tak mau terlambat. Apatah lagi dia tahu persimpangan di situ cukup padat sehingga lampu merah biasanya menyala cukup lama. Kebetulan jalan di depannya agak lengang.

Lampu berganti kuning..

Hati Jamal berdebar berharap semoga ia boleh melewatinya segera. 3 meter menjelang garis jalan, lampu merah menyala. Jamal bimbang, haruskah ia atau terus saja. “Ah, aku tak punya kesempatan untuk menekan pedal brek mendadak,” pikirnya sambil terus melaju.

Pritttttttt....!!!

Di seberang jalan seorang polis melambaikan tangan memintanya berhenti. Jamal menepikan kendaraan agak menjauh sambil mengumpat dalam hati. Dari cermin sisi dia melihat siapa si polis itu. Wajahnya tak terlalu asing. Hey, itu kan Bob, teman sepermainannya semasa sekolah rendah dulu. Hati Jamal agak lega. Ia melompat keluar sambil membuka kedua lengannya.

“Hai, Bob. Senang sekali ketemu kamu lagi!”

“Hai, Jamal.” Tanpa senyum.

“Aduh, sepertinya saya kena saman nih? Saya memang agak buru-buru. Isteri saya sedang menunggu di rumah.”

“Oh ya?” Nampaknya Bob agak ragu.

Nah, bagus kalau begitu. “Bob, hari ini isteriku berulang tahun. Dia dan anak-anak sudah menyiapkan segalanya. Tentu aku tidak boleh terlambat, Bob.”

“Saya mengerti. Tapi, sebenarnya kami sering memperhatikanmu melintasi lampu merah di persimpangan ini.”

Ooo, sepertinya tidak sesuai dengan harapan. Jamal harus tukar strategi dan alasan.


“Jadi, kamu hendak menyamanku? Sungguh, tadi aku tidak melewati lampu merah. Sewaktu aku lewat lampu kuning masih menyala.” Hmm, terkadang berdusta sedikit boleh memperlancar keadaan.

“ Sudahlah Jamal. Kami melihatnya dengan jelas. Tolong keluarkan lesen mu.”

Dengan bengang Jamal menyerahkan lesennya lalu masuk ke dalam kendaraan dan menutup
tingkap keretanya. Sementara Bob menulis sesuatu di buku samannya. Beberapa saat kemudian Bob mengetuk kaca tingkap. Jamal memandang wajah Bob dengan penuh kecewa. Dibukanya kaca tingkap itu sedikit. Tanpa berkata-kata Bob kembali ke tempat jaganya.

Jamal mengambil surat saman yang diselitkan Bob di celah kaca tingkap keretanya. Tapi, hei apa ini. Ternyata lesennya dikembalikan bersama sebuah nota. Kenapa ia tidak menyamanku. Lalu nota ini apa? Semacam gurauan atau apa? Buru-buru Jamal membuka dan membaca nota yang berisi tulisan tangan Bob.

“Helo Jamal. Tahukah kamu, aku dulu mempunyai seorang anak perempuan. Sayang, dia
sudah meninggal dilanggar pemandu yang terburu-buru mengejar lampu merah. Pemandu itu dihukum penjara selama 3 bulan. Selepas dibebaskan dia boleh bertemu dan memeluk ketiga anaknya lagi. Sedangkan anak kami satu-satunya sudah tiada. Kami masih terus berusaha dan berharap agar Allah berkenan menganugerahkan seorang anak agar dapat kami peluk. Ribuan kali kami mencuba memaafkan pemandu itu. Betapa sulitnya. Begitu juga kali ini. Maafkan aku Jamal. Doakan agar permohonan kami dikabulkan. Berhati-hatilah. - Bob”

Jamal terhenyak. Ia segera keluar dari kendaraan mencari Bob. Namun, Bob sudah meninggalkan pos jaganya entah ke mana. Sepanjang jalan pulang ia memandu perlahan dengan hati tak tentu sambil berharap kesalahannya dimaafkan.


Notas:

- Tak selamanya pengertian kita harus sama dengan pengertian orang lain. Mungkin
jadi suka kita tak lebih dari duka rakan kita. Hidup ini sangat berharga, jalanilah dengan penuh hati-hati.
- Pesanan untuk aku. Hati-hati ketika memandu. Terutama bila di persimpangan.

Cerita Tauladan Di Awal Pagi. Terima Kasih Sahabat

Sebelum aku melangkah masuk untuk tidur, tergerak aku untuk menjenguk ke bilik punya Abg Ali Aceh (teman serumah aku).

"Belum tidur lagi Bang Ali?"

"Belom Bang Adi. Kenapa kamu kelihatan murung?"

Aku membalas tegurannya dengan cuma tersenyum tawar. Setawar biskut mayat..

Malam itu Abg Ali banyak mencurahkan cerita peribadi beliau. Seperti biasa..
Banyak yang diungkapkan. Antara lainnya tentang hikmah Allah mengambil sesuatu, dan menggantikan dengan sesuatu yang lain. Dan sudah pastinya, Abg ali menceritakan kisah keluarga beliau dan bencana Tsunami.

Dan seperti biasa, aku akan mendengar kisah beliau itu dgn khusyuk dan tanpa jemu..

Dan, ceritanya tentang cadangan untuk kembali semula kepada mantan isterinya. Namun ada sepekara yang menyebabkan dia bertawar hati. Gara-gara sifat dan perangai mantannya yang tidak pernah berubah..

Dan juga cerita Abg Boy (juga teman serumahku) yang baru kematian ibundanya minggu sudah. Takziah..


****
Tips (2) dari pembacaan hari ini: Fahami perubahan semulajadi isterimu.

Wednesday, January 13, 2010

Pikatlah Hatiku

Aku baru meng'khatam'kan bacaan aku pada buku bertajuk Ajaibnya Sedekah (Semakin Bersedekah Semakin Kaya). Buku karangan oleh Saudara Muhammad Muhyidin. Aku beli buku ni kat kedai buku di gedung, Kota Tinggi dengan harga RM11.90. Lama dah belinya, lamalah pulak nak menghabiskan bacanya. Aktuali aku dah abis baca pada Ahad lepas (ayat cover ke'selow'an). Hehehe..

Alhamdulillah, ada aku pelajari sesuatu melalui pembacaan pada buku ini, dan insyaAllah kan ku praktikkannya.

Okeh, hari ni aku mulakan pembacaan kepada buku berikutnya bertajuk Pikatlah Hatiku (30 Bisikan Hati Isteri). Karangan Saudara Dokter Dato' Hasan Mohd. Ali. Buku ini telah dihadiahkan oleh buah~atiku yang baik hati itu. Emm.. Syg, ada maksud apa2 ke ni?



Okeh, ilmu itu tak terbatas kepada keperluan satu-satu 'event'. Tak semestinya aku nak nikah, mesti baca buku-buku yang berupa macam ni. Ilmu itu kan tak terbatas. Tak gitu? Gitu..gitu..gitu..

Tapi aku paham juga, di sudut hatimu, kau menghendaki agar aku lebih memahami dirimu. InsyaAllah, akan ku 'improve'kan diriku.


Nota: Syg, pikatlah hatiku jua!

****
Tips (1) dari pembacaan hari ini: Suami, bermesralah dengan Isterimu ~ wujudkan cinta dan kasih sayang dalam sesebuah perkahwinan.

Antara Kasih Ibu dan Taat Suami

Doa kupanjatkan ke hadrat Illahi, agar aku dan bakal isteriku nanti adalah di kalangan mereka yang bertaqwa dan soleh/solehah, "penyejuk hati", taat dan setia akan suami serta menghormati ibu bapa.

Aku pernah terbaca/terdengar begini:
' Isteri yang baik dan taat adalah ibarat syurga bagi suami. Namun isteri yang tidak baik/derhaha adalah ibarat neraka bagi suaminya.'
Allahu Akbar.. Dengar pun dah seram!



Diambil dan diolah dari www.musaawangassociates.blogspot.com.

Mana-mana agama sekalipun di dunia ini, ibu diletakkan sebagai orang paling atas untuk ditaati dan dimuliakan kerana pengorbanan dan kedudukannya.

Banyak firman Allah dalam al-Quran mengenai suruhan mentaati ibu bapa dan ketaatan kepada mereka adalah selepas ketaatan kepada Allah, begitu juga hadis Rasulullah SAW.

Sahabat bertanya kepada Rasulullah SAW kepada siapa harus aku memberikan bakti. Baginda SAW menjawab: ‘Ibumu…’ sebanyak tiga kali. Ditanya kali keempat, barulah Baginda SAW menjawab: ‘Ayahmu…’.

Diriwayatkan oleh Thalhah Bin Muawiyah As-Sulami, beliau datang bertanya kepada Rasulullah SAW bahawa dia ingin sekali hendak turut serta berjihad fi sabilillah bersama Baginda. Lalu Rasulullah SAW bertanya: “Apakah ibumu masih hidup?” Beliau menjawab, “Masih.” Lalu Baginda Rasulullah SAW bersabda: “Duduklah terus di sisinya, di sanalah terletaknya syurga.”
Hadis ini menjelaskan bahawa tugas anak berbakti kepada ibu adalah lebih besar ganjarannya daripada berjihad di jalan Allah.

Namun, kita perlu jelas bahawa mentaati ibu atau sesiapa sekalipun tidak boleh melepasi ketaatan kita kepada Allah. Arahan dan kasih sayang kepada ibu tidak boleh menyebabkan kita taat sehingga melakukan perkara ditegah Allah.
Ia berdasarkan arahan Rasulullah SAW bermaksud, “Jangan kamu taat kepada makhluk dalam hal yang melanggari Allah.”

Setiap anak perlu sentiasa mentaati arahan yang baik dan dosa menderhaka kepada ibu dan bapa adalah termasuk dalam tujuh dosa yang sangat besar.

Sementara itu, seorang isteri mempunyai tugas dan tanggungjawab besar terhadap suami yang tidak boleh diabaikan. Isteri yang mengabaikannya akan mendapat laknat dan termasuk dalam kategori isteri nusyuz (derhaka).

Rasulullah SAW dalam hadis yang diriwayatkan Saidatina Aisyah yang bermaksud: “Aku pernah bertanya kepada Baginda, “Siapakah orang yang paling berhak ke atas isteri?” Baginda menjawab: “Orang yang paling berhak kepada isteri ialah suaminya.” Kemudian aku bertanya lagi, “Dan siapakah orang yang paling berhak ke atas suami?” Baginda menjawab: “Orang yang paling berhak ke atas seorang suami ialah ibu kandungnya.” (Hadis riwayat Bazar dan al-Hakim).

Jika syurga seorang lelaki atau seorang anak adalah di bawah tapak kaki ibu, tetapi syurga bagi seorang isteri ialah di bawah tapak kaki suaminya.
Bahkan Rasulullah SAW pernah bersabda bermaksud: “Sekiranya aku dibenarkan untuk memerintahkan seseorang bersujud kepada orang lain, nescaya aku perintahkan seorang isteri bersujud kepada suaminya.” (Hadis riwayat Tirmidzi dan Ibnu Hibban).

Tanda isteri nusyuz banyak, antaranya:

1. Menyakiti hati suami.

Rasulullah SAW selepas peristiwa Israk dan Mikraj, bersabda kepada sahabat wanita bermaksud: “Kebanyakan ahli neraka adalah wanita. Maka menangislah mereka (sahabat wanita) dan bertanya seorang daripada mereka: Mengapa terjadi demikian, adakah kerana mereka berzina atau membunuh anak atau kafir? Baginda menjawab: Tidak. Mereka menggunakan lidah menyakiti hati suami dan tidak bersyukur nikmat yang disediakan suaminya.” (Hadis riwayat Muslim).

2. Puasa sunat tanpa izin dan membawa masuk lelaki ke rumah tanpa izin.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Tidak boleh seorang isteri mengerjakan puasa sunat jika suaminya ada di rumah serta tidak dengan izinnya, dan tidak boleh memasukkan seorang lelaki ke rumahnya (walaupun saudara mara) dengan tidak meminta izin suaminya.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).

3. Keluar rumah tanpa izin.

Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Apabila seorang isteri keluar rumah, sedangkan suami membencinya (tidak mengizinkannya), dia akan dilaknat oleh semua malaikat di langit dan semua apa yang dilaluinya (di bumi) selain daripada jin dan manusia, sehinggalah dia kembali semula (kepada rumah suaminya).” (Hadis riwayat Thabari).

4. Meminta cerai tanpa sebab.

Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Mana-mana isteri yang meminta suaminya menceraikannya (tanpa sebab yang dibenarkan oleh syarak) haram baginya bau syurga.” (Hadis riwayat Abu Daud dan Tirmidzi).

5. Menolak bersetubuh tanpa alasan.

Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Apabila suami memanggil isterinya ke tempat tidur, tetapi ditolaknya sehingga marahlah suaminya, maka akan tidurlah isteri itu di dalam laknat malaikat sehingga ke pagi.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).




Nota: Ingatan dan pesanan untuk sygku.
Seandainya dikau telah ditakdirkan Allah untuk hidup bersamaku, jadilah seorang isteri yang baik dan 'penyejuk hati' bagi diriku.
Dan, pesanan untuk aku, isteri adalah amanah buat suami.

Jujur Dan Ikhlas

Perlunya sifat jujur dan ikhlas dalam diri kita. Itulah yang menjadikan diri kita ni ada nilainya. Jujur dan ikhlas dari seorang anak kepada ibu bapak. Dari seorang isteri kepada suaminya dan sebaliknya, dari seorang sahabat atau jiran kepada kawan dan sebagainya.

Bila takde keikhlasan dan kejujuran, akan timbul permasalahan. Kalaupun masalah tu tak waktu sekarang, mungkin akan datang. Tanpa kejujuran dan keikhlasan, suami tidak mempercayai isteri, ibu bapak akan merasa curiga pada anak sendiri, dan sebagainya..

Adakah kita mampu untuk menyembunyikan keidak-jujuran dan keikhlasan kita. Ya, mungkin boleh!
Tapi, harus diingat.. ALLAH MAHA MENGETAHUI lagi MAHA MELIHAT.

Pastinya Allah akan membuka juga pekung ketidakjujuran itu. Kalaupun bukan di dunia, pastinya takkan terlepas di akhirat kelak.

Mungkin kita berani berselindung, sementara sesama manusia. Dengan Allah? Berani..?

Tidak jujur = berdusta = menghampiri munafik!


Adakah kita seorang yang ikhlas dan jujur?

Mudahkah bagi aku untuk bersikap ikhlas dan jujur?

Beranikah aku menghadapi azab Allah?


"Ya Allah, jauhkanlah aku dari sifat munafik yang tercela serta sifat yang membawa kepada kemurkaan dan azabMu. Ya Allah, lindungilah aku daripada sifat dan mereka yang berani berdusta dan munafik."

Sunday, January 10, 2010

Tarikh Hari Ini..?

Entri malas.

Tengok-tengok kelender. Tarikh hari ini ialah 10.01.10.

'Ejas timing' entri sekali.. Hahahui. Takde koje!

Saturday, January 9, 2010

Bekerja Di Hari Sabtu

Alalala.. Kena kerja la pulak hari Sabtu ni. Sebenornye aku sendirik la punye pasal. Tu yg secara otomatiknya kena kerja pada hari ni. Haicess..

Akibat kesibukan bermalas-malasan selama satu minggu sudah. Hasilnya, kerja-kerja memfailkan 2 buah 'working paper' terbantut sudah.. Haaa, tulah malas lagik!

Sok lusa dah nak start tugasan baru, barula terhegeh-hegeh nak kasi siap. Syyy.. jangan kasik tau dgn bos aku, itu 'working paper' time kat Lahad Datu lagi tuu... Hahahahuii...

Sori bos aaa.. Meh aku rasuah sama 'Bukhara'.

Friday, January 8, 2010

Ke-400

Cukup pat ratus malam ni..

Petua Sentiasa Mahu Menunaikan Solat

Sebagai ikhtiar agar kita sentiasa mahu menunaikan solat, maka petua-petua berikut haruslah diikuti dalam hati sanubari.

Insya-Allah dengan pertolongan, taufiq dan hidayah Allah, kita akan tergolong dalam kalangan orang yang cintakan solat.

1. Semaikan kesedaran diri bahawa solat adalah kewajipan yang mesti ditunaikan oleh setiap orang mukallaf.

Ia adalah rukun Islam yang paling penting selepas mengucap dua kalimah syahadah.

Orang yang meninggalkan solat adalah peruntuh dan perosak agamanya sendiri.

2. Tanamkan rasa cinta kasih kepada ibadah solat dengan merasakan betapa kudusnya ibadah ini, dan betapa pula besar faedah dan menfaatnya kepada jasmani, rohani, kesihatan, kebersihan zahir dan batin.

Juga betapa berkesannya solat itu kiranya benar-benar difahami dalam pendidikan akhlak muslim dan muslimah agar berbudi pekerti mulia.

Memang besar sekali sumbangan solat kepada pembentukan masyarakat kerjasama, harmoni dan bersatu padu.

3. Tanamkan rasa bertuah, bangga dan mulia dengan ibadah solat kerana ia adalah satu penghormatan besar bagi si hamba yang hina lagi lemah kerana dibenar mengadap Tuhan yang Maha Besar lagi yang Maha Agung daripada segala yang agung.

4. Semaikan rasa penuh cinta kasih, ketaqwaan, keimanan dan kesyukuran kepada Allah yang Maha Esa, yang Maha Pemurah lagi yang Maha Pengasihani.

Rasakan dalam hati betapa banyaknya budi baik Allah Taala terhadap dirinya yang memang tidak dapat dibalas dan ditebus dengan apa jua pun.

5. Ingatlah, orang yang tidak bersolat terletak di antara kufur atau berdosa besar.

Adakah kita rela berkeadaan sedemikian? Sudah pasti keadaan sedemikian tidak menjamin keselamatan diri dan agama.

Maka kecelakaan dan nerakalah padahnya nanti, nauzubillah.

6. Ingatlah pula, bahawa orang yang tidak bersolat adalah manusia yang paling jahat dan paling keji.

Dia adalah merupakan seorang yang tidak sedar diri, seorang yang tidak mengenang budi baik, lagi tidak bersyukur kepada Allah s.w.t, pengurnia segala nikmat.

Tanyalah diri, mampukah agaknya menerima kemurkaan Allah yang Maha Agung sedangkan kemurkaan sesama manusia pun tidak terdaya?

7. Ingatlah lagi, orang yang enggan bersolat adalah seorang penderhaka kepada Tuhannya dan Penciptanya.

Akibatnya nanti dia akan diseksa dengan azab neraka.

Sebaliknya orang yang bersolat adalah orang yang taat kepada Allah dan dia akan diberikan ganjaran syurga.

8. Perbanyakkan doa dan memohon kepada Allah s.w.t pada setiap waktu untuk mendapat taufiq dan inayah-Nya.

Cuba amalkan membaca doa yang dibaca oleh Nabi Ibrahim a.s pada setiap kali berdoa selepas solat, azan dan iqamat, iaitu dalam surah Ibrahim ayat 40 dan 41 yang bermaksud:

Wahai Tuhanku, jadikanlah daku orang yang mendirikan solat, dan demikian juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku. Wahai Tuhan kami, kurniakanlah keampunan kepadaku, dan kepada kedua ibu bapaku serta kepada orang-orang yang beriman pada hari berlakunya Hisab.

Akhir kata, dengan mengingati petua-petua tersebut tadi, dengan mengetahui tentang kedudukan mulia dan kepentingan ibadah solat dalam Islam, dengan memahami dan mengerti tentang hikmah solat, dengan adanya perasaan takut terhadap dosa dan seksa yang akan menimpa orang yang meninggalkan solat, insya-Allah dapat menolong dan mendorong seseorang untuk menunaikan kewajipan solat.

Wallahu a’lam.

Thursday, January 7, 2010

Cenderahati Tanda Ingatan Darimu

Hari ini aku menerima satu bungkusan kurier yang dialamatkan terus ke opis aku dari nun jauh di Tuaran. Dan si pengirimnya tak lain tak bukan.. Buah~atiku!


Isi kandungan; Sekeping kad 'greeting' ayat jiwa-jiwa cakap omputeh, aku tak berapa paham. Heheh, almaklum orang desa. Harap lain kali dapat tules Jawa ye! Dan senaskah Diari Islam tahun 2010. Dan juga senaskah buku motivasi bertajuk Pikatlah Hatiku (30 Bisikan Hati Isteri).

Terima kasih syg..

Pakaian Kebahagiaan

Suatu ketika, tersebutlah seorang raja yang kaya raya. Kekayaannya sangat melimpah. Emas, permata, berlian, dan semua batu berharga telah menjadi miliknya. Tanah kekuasaannya, meluas hingga sejauh mata memandang. Puluhan istana, dan ratusan pelayan siap menjadi hambanya.

Kerana ia memerintah dengan kuku besi, apapun yang diinginkannya hampir selalu diraihnya. Namun, semua itu tak membuatnya merasa cukup. Ia selalu merasa kekurangan. Tidurnya tak nyenyak, hatinya selalu merasa tak bahagia. Hidupnya, dirasa sangatlah menyedihkan.

Suatu hari, dipanggillah salah seorang prajurit tebaiknya. Sang Raja lalu berkata, “Aku telah punya banyak harta. Namun, aku tak pernah merasa bahagia. Kerana itu, ujar sang raja, “aku akan memerintahkanmu untuk memenuhi keinginanku. Pergilah kau ke seluruh penjuru negeri, dari pelosok ke pelosok, dan temukan orang yang paling berbahagia di negeri ini. Lalu, bawakan pakaiannya kepadaku.”

“Carilah hingga ujung-ujung cakrawala dan buana. Jika aku bisa mendapatkan pakaian itu, tentu, aku akan dapat merasa bahagia setiap hari. Aku tentu akan dapat membahagiakan diriku dengan pakaian itu. Temukan sampai dapat! ” perintah sang Raja kepada prajuritnya. “Dan aku tidak mau kau kembali tanpa pakaian itu. Atau, kepalamu akan kupenggal !!

Mendengar titah sang Raja, prajurit itupun segera beranjak. Disiapkannya ratusan pasukan untuk menunaikan tugas. Berangkatlah mereka mencari benda itu. Mereka pergi selama berbulan-bulan, menyusuri setiap penjuru negeri. Seluas cakrawala, hingga ke ujung-ujung buana, seperti perintah Raja. Di telitinya setiap kampung dan desa, untuk mencari orang yang paling berbahagia, dan mengambil pakaiannya.

Sang Raja pun mulai tak sabar menunggu. Dia terus menunggu, dan menunggu hingga jemu. Akhirnya, setelah berbulan-bulan pencarian, prajurit itu kembali. Ah, dia berjalan tertunduk, merangkak dengan tangan dan kaki di lantai, tampak seperti sedang memohon ampun pada Raja. Amarah Sang Raja mulai muncul, saat prajurit itu datang dengan tangan hampa.
“Kemari cepat!!. “Kau punya waktu 10 hitungan sebelum kepalamu di penggal. Jelaskan padaku mengapa kau melanggar perintahku. Mana pakaian kebahagiaan itu!” gurat-gurat kemarahan sang raja tampak memuncak.
Dengan airmata berlinang, dan badan bergetar, perlahan prajurit itu mulai angkat bicara. “Duli tuanku, aku telah memenuhi perintahmu. Aku telah menyusuri penjuru negeri, seluas cakrawala, hingga ke ujung-ujung buana, untuk mencari orang yang paling berbahagia. Akupun telah berhasil menemukannya.

Kemudian, sang Raja kembali bertanya, “Lalu, mengapa tak kau bawa pakaian kebahagiaan yang dimilikinya?

Prajurit itu menjawab, “Ampun beribu ampun, duli tuanku, orang yang paling berbahagia itu, TIDAK mempunyai pakaian yang bernama kebahagiaan.”

***


Boleh jadi, memang tak ada pakaian yang bernama kebahagiaan. Sebab, kebahagiaan seringkali memang tak memerlukan apapun, kecuali perasaan itu sendiri. Rasa itu hadir, dalam bentuk-bentuk yang sederhana, dan dalam wujud-wujud yang bersahaja.

Seringkali memang, kebahagiaan tak di temukan dalam gemerlap harta dan permata. Seringkali memang, kebahagiaan tak hadir dalam indahnya istana-istana megah. Dan ya, kebahagiaan seringkali memang tak selalu ada pada besarnya penghasilan kita, mewahnya rumah kita, gemerlap lampu kristal yang kita miliki, dan indahnya jalinan sutra yang kita sandang.

Seringkali malah, kebahagiaan hadir pada kesederhanaan, pada kebersahajaan. Seringkali rasa itu muncul pada rumah-rumah kecil yang orang-orang di dalamnya mau mensyukuri keberadaan rumah itu. Seringkali, kebahagiaan itu hadir pada jalin-jemalin syukur yang tak henti terpanjatkan pada Ilahi.

Sebab, kebahagiaan itu memang adanya di hati, di dalam kalbu ini. Kebahagiaan, tak berada jauh dari kita, asalkan kita mau menjumpainya. Ya, asalkan kita mau mensyukuri apa yang kita punyai, dan apa yang kita miliki.


Adakah “pakaian-pakaian kebahagiaan” itu telah Anda sandang dalam hati? Temukan itu dalam diri.

Tuesday, January 5, 2010

Ku Percaya Ada Cinta

Buah~ati aku bagik aku lagu ni;

Ku Percaya Ada Cinta


Mereka meragui wujudnya cinta yang sejati
Tidak hati ini
Semenjak dari mula
Ku yakin ada cinta
Cintalah yang memungkinkan segala

Ku rela biar betapa pun perit tertusuk duri
Jalan berliku tiada bertepi
Ku percaya tidak sia-sia aku diuji
Demi cinta tersembunyi hikmahNya…pasti

Pandang-pandang alam ini
Sambil pandang difikiri
Mana bumbung langit tinggi
Mana lantai bumi
Tidak satu yang terjadi
Tidak mungkin tersendiri
Cuba cari jawapannya andai meragui

Mereka meragui wujudnya cinta yang sejati
Tidak hati ini
Semenjak dari mula
Ku yakin ada cinta
Cintalah yang memungkinkan segala

Ku rela biar betapa pun perit tertusuk duri
Jalan berliku tiada bertepi
Ku percaya tidak sia-sia aku diuji
Tidak sia-sia aku diuji..

Ada hikmah yang pasti..
Sejak mula ku percaya ada cinta
Cinta itu memungkinkan segalanya
Cinta suci yang abadi

Keretaku.. Rumahku

Kesan akibat kekurangan tidur semalam..

Try test kita singkap semula kes semalam;

Bertolak dari Sg. Mas jam 0115 pagi, menuju Kole Lumpor.

Berhenti sejenak di Hentian RnR Pagoh. Sudah janji dengan Zol. Aku tengok Zol tengah nyenyak melakar mimpi dalam dia punya kereta. Aku tak mau ganggu lah. Pegi tandas. Pegi solat hajat. Pegi minom kopi sambil mencelup pau inti daging.. Baru aku helo itu mamat.

"Zol, bangon la. Pekena kopi dulu"

"Haa.." Pendek je dia jawab.

Borak-borak lebih kurang. Dan tiba time untuk teruskan perjalanan. Aku lead-the-way. Ujan turun.. Kejap lebat, kejap renyai.

Sampai Masjid UM lingkungan jam 0540 pagi. Menanti kehadiran fajar siddiq.

Adala masa sikit, sambil menunggu warong kat ofis tu bukak. Sempat ber al-Ma'tsurat. Time aku pulak melakar zzzz..


***

Jam 0830 pagi, punch-in time! Sepanjang hari siang, huarghhh..huarghhh je yang kedengaran. Sesambil tangan menggenyeh mata yang penuh bergenang air. Ngantok la tu!

Punch out. Hooorey! (sorak kegirangan macam budak sekolah nak cuti panjang).

Sampai rumah, takdan borak panjang, sempat say 'helo' je kat kengkawan. Suara diaorang sayup-sayup je kedengaran. Besh-besh!

Mujur juga terjaga di kelewatan malam. Mandi dan terus tunaikan tanggungjawab sebagai seorang hambaNya.

Baca surah Yassin. Aku sedekahkan bacaan ini untuk kamu syg, moga dirimu tenang..


Naskah Yassin ni famili aku milikinya semenjak 1978 lagi. Mermakna sblm aku lahir lagi.
Usianya telahpun menjangkau 31 tahun.
Kini, ianya di dalam simpanan/kegunaan aku.



Kebil-kebil mata tak boleh kejam sudah.. Emm..

Teringat, beg baju bagai tak sempat bawak naik tadi. Kena turun la ni? Yela..

Duduk dalam kereta sat. Layan perasaan jiwang. Teringat kat buah~ati aku nun di kejauhan.

"Syg di sana, abg di sini..
Nyanyian rindu dari set 'Sony Xplod',
melantunkan alunan nada-nada karat,
lantas membangkitkan birahi tuk menatap wajahmu,
buat kesekian kalinya,
hening pagi, embun nan menitik.."

Wei.. Wei.. Apa karat-karat ni. Aku rok la.. Rok kapak! Huhuuu..

Aiseh, ter-zzz pulak. Dalam kereta. Dengan kamera di tangan kanan. Tangan kiri pula di dahi..
Dah lama aku tak tidur dalam keadaan macam ni.

Pagi ini sejarah tercipta semula.. Keretaku, rumahku.

Monday, January 4, 2010

Ngantokkk...

Mata pejam, ini entry, kosong juga la macha!

Mim Untuk Malas

Alalala.. malasnya nak balik KL.

Kalau tak balik tak boleh ke? Sambung cuti ke.. Buat-buat alasan ke..

Kain baju pun tak kemas lagi nih. Makkkk... Tolong(nada mendayu).

Sunday, January 3, 2010

Ahad Yang Kurang Memberangsangkan

Mungkin setelah sekian lama memerap dan bersenang-lenang di kampong halaman. Dan mungkin aku telah mula memikirkan besok aku akan berada di kota metropolitan. Kampong~metropolitan, dua situasi dan suasana amat berbeza. Beza banget..

Macam tak besh je rasa. Jadik, aku kena kasik yang rasa tak besh tu kepada rasa yang besh.

Mula berkemas-kemas. Mana kemeja aku, spenda, stokin, buku-buku, fail, itu, ini,..
Almaklum, pengabaian rutin kerja semenjak selama dua minggu yang suda..


Okeh, apa yang aku dapat selama bercuti?

Emm.. Yang pastinya, baktiku untuk famili. Hasilnya, kasih sayang, kemesraan, macam-macam ada..

Dapat memikirkan satu-dua perkara. Dengan itu lebih menjadikan aku lebih matang dan lebih bersedia.

Saturday, January 2, 2010

Syukurku

Ya Allah, rasa syukur kupanjatkan kepada Mu atas segala limpah kurnia rahmat dan nikmat.

Terutama, nikmat iman dan Islam. Dan juga atas nikmat hidup di dunia.

Ya Allah, ku bahagia ya Allah. Ku bahagia..



"Sujudku pun takkan memuaskan inginku
Tuk hanturkan sembah sedalam kalbu
Adapun kusembahkan syukur padamu ya Allah
Untuk nama, harta dan keluarga yang mencinta
Dan perjalanan yang sejauh ini tertempa
Alhamdulillah pilihan dan kesempatan
Yang membuat hamba mengerti lebih baik makna diri
Semua lebih berarti akan mudah dihayati
Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah...."

Friday, January 1, 2010

Polis Kota Yang Tak Berapa Berakal

Balik dari rumah Embah di Kg. Melayu Majidee semalam jam 0815 malam.

Sampai area PULADA, jalan jem abis..

Aduyai.. Pehal pula ni. Memula tu sangka, ada eksiden la..

Diaorang kereta lain pun satu hal. Takmau ikut barisan. Nak cilok sokmo. Pantang ada space, nak nyelit je. Timbang rasa la siket bro.. Orang lain pun sangkut kat jem. Orang lain pun nak balek rumah jugak. Korang memang MANGKUK HAYUN!!

Sampai simpang Kota-Kulai, dari kejauhan dah nampak lampu biru kelip-kelip.
Ciss.. Polis yang setia menurut arahan sedang buat sekatan jalan.

Woiii.. Korang polis-polis tau nggak, jem dah lepas PULADA, 10 km siyot! Lebih 2 jam buang masa kat situ.
Korang pun jenis MANGKUK HAYUN!!
Dan tak salah rasanya kalau kiteorang yang hangin penuh satu badan ni bukak tingkap dan sound selamba sambil berkata sopan "Bodo sungguh abg POLIS sekelian!!!"

Apa yang korang cari..? Nak kata ada operasi memburu 'terrorist' bawak bom, tak jugak. Yang ditahannya, moto-moto cabuk. Abis tu kalau dah jem sampai nak tercabot lutut kaki kitaorang nekan pedal clutch apa cerita...!!

Yang Tak Okeh, Sudah Pun Okeh!

Pebenda..?

Ni la barang yang memaksa aku pegi lagi sekali ke Extra Southern City.

Spek mata.. Dan mulai hari ni bertarikh 01.01.10, aku bermata empat...! Semula..


Bingkai: Levi's (ada red tab lagi!). Hahaha.. Hape la..
Aku ingatkan Levi's cuma jual spenda ngan jeans je. Tapi bingkai macam ni memang susah nak jumpa. Kira barang 'rare' jugakla. Kat Siam tak rare la kot..

Kanta: Essilor (transition~boleh tukar kaler gelap bile berada kat tempat panas).

Harga: RM650.00 sahaja. Bayor pakai duit bonus kompeni bagi. Setidaknya, ada la kenangan pasal duit bonus untuk tahun 2009 daripada abes gitu-gitu aje. Walaupon jumlah bonusnye ciput ya amat.. Malu kawe nak nyebutnye! Alhamdulillah jugek, daripada takdok langsung.

Aktuali, kanta tu takde la ber'power' sangat. Dan bukan pun alasan utama aku pakai spek sebab rabun. Aku pakai benda ni sebab nak kurangkan silau bila memandu time cuaca panas. Takpon time malam hari, sebab silau lampu kereta dari depan.

Nota: Dulu aku pernah pakai spek. Dalam tahun 2003 gitu. Bingkai titanium slim(masa tu bingkai titanium baru je wujud). Cap 'al-buaya'. Tapi time tu tinggi siyot power kanta nye!
Pakai kejap je, dalam 2 tahun gitu. Rimas..

Kisah Tauladan: Juraij Dan Ibunya

Satu masa lalu terdapat seorang ahli ibadah yang bernama Juraij. Beliau banyak beribadah sehingga didirikan sebuah biara untuknya, dan dia tinggal di dalamnya. Suatu ketika ibunya datang pada saat dia sedang mendirikan solat. Ibunya memanggilnya: “Wahai Juraij!” Juraij berkata dalam hatinya: “Wahai Tuhan, ibuku (memanggil) padahal aku bersolat.”Juraij memilih untuk meneruskan solatnya sehingga ibunya pergi.

Pada keesokan hari ibunya datang semula dan Juraij masih sedang bersolat. Ibunya memanggilnya: “Wahai Juraij!” Juraij berkata dalam hatinya: “Wahai Tuhan, ibuku (memanggil) padahal aku bersolat.” Juraij memilih untuk meneruskan solatnya sehingga ibunya pergi.

Pada keesokan hari ibunya datang semula (untuk kali ketiga) dan Juraij masih sedang bersolat. Ibunya memanggilnya: “Wahai Juraij!” Juraij berkata dalam hatinya: “Wahai Tuhan, ibuku (memanggil) padahal aku bersolat.” Juraij memilih untuk meneruskan solatnya sehingga ibunya pergi. Lantas ibunya berdoa: “Ya Allah! Janganlah Engkau matikan Juraij melainkan setelah dia melihat wajah-wajah pelacur!”

Sejak saat itu kaum Bani Israil mula berbincang berkenaan Juraij dan ibadahnya. Ada seorang pelacur yang berdandan cantik berkata: “Jika kalian kehendaki, aku akan menggodanya untuk kalian.” Maka pelacur itu menawarkan diri kepada Juraij, tetapi Juraij sama sekali tidak mengendahkannya. Lalu pelacur tersebut mendatangi seorang pengembala kambing yang sedang berteduh di biara Juraij, menyerahkan diri kepadanya sehingga pengembala itu menyetubuhinya.

Pelacur tersebut menjadi hamil. Ketika anak itu dilahirkan, pelacur tersebut mendakwa: “Ini adalah anak Juraij.” Maka orang ramai mendatangi Juraij, memaksanya keluar, menghancurkan biaranya dan memukulnya. Juraij bertanya: “Kenapakah kalian melakukan semua ini?” Mereka menjawab: “Engkau telah melacur dengan pelacur ini sehingga dia melahirkan anak kamu!” Juraij bertanya: “Di manakah anak tersebut?”

Lalu bayi itu dibawa kepada Juraij. Dia berkata: “Biarkan aku, aku ingin bersolat terlebih dahulu.” Maka Juraij bersolat. Setelah selesai, Juraij mendatangi bayi tersebut, memukul di perutnya, lalu bertanya: “Wahai bayi, siapakah ayah kamu?” Bayi itu menjawab: “Ayahku adalah seorang pengembala kambing.”

Tatkala mendengar jawapan tersebut, orang ramai kembali kepada Juraij, menyentuhnya dan menciumnya (kerana mereka telah bersalah dalam menuduhnya) dan berkata: “Kami akan membangunkan semula biara kamu yang kami hancurkan dengan emas.” Juraij menjawab: “Tidak, tetapi bangunkanlah ia dengan tanah sebagaimana asalnya.”


Bagi menerangkan bahawa antara solat dan ibu, ibu memiliki kepentingan yang lebih tinggi di dalam neraca Islam. Ini kerana berbuat baik kepada ibu – sekalipun sekadar menyahut panggilannya – adalah ibadah sebagaimana mendirikan solat adalah ibadah. Di antara dua ibadah ini, berbuat baik kepada ibu adalah lebih utama. Namun ini tidaklah bermakna seseorang itu tidak perlu solat. Dia tetap solat, hanya waktu solatnya disesuaikan dengan kewajipan berbuat baik kepada ibu. Sebagai contoh dalam kes di atas, Juraij hanya perlu menyahut panggilan ibu dan memenuhi hajatnya, lalu setelah itu menyambung kembali solatnya.