Hari ni aku balik kampong Pontian. Ziarah kebun sawit. Kesian kebun terbiar semak.
Kesian bapak, terpaksa uruskan sorang diri. Mana kebun Felda, mana kebun kat Ayer Baloi lagi, kebun Rambah lagi. Belom pikir perkara atau hal yg lain lg..
Aku, bapak dan kebun, kami sama2 tau susah senang uruskannya. Mungkin cerita sebelum aku membesar tentang kebun mungkin banyak yg aku tak tau. Tapi, selepas aku dah boleh diharapkan utk kerja2 berat, aku dah jadi sebati dengan kehidupan petani.
Meredah duri pokok nenas, sudah. Masuk belukar, sudah. Kena kejar tebuan, sudah. Nanam dgn mancang anak sawit, sudah. Metik ngan nolak sawit, sudah. Ngeracun semak, kulit kebeler sana sini biasalah. Ketiban pelepah sawit, pun sudah. Nah 3 batang duri sawit tertanam kat lengan. Jari nak putus kena parang lagi. Mujur tak tinggal bekas ketara. Tulah.. Aku rasa aku dah sebati dgn kehidupan sawit ni. Ibaratnya, kais pagi nyawit, kais petang pun nyawit. Sekarang ni je, aku sedikit alpa asal usul.
Dan hati ini penuh keazaman berkata.. Kan ku sambung usaha tani bapak ku!
Dan memang pun aku anak tani.
pembetulan...bukan teratak kecik da...
ReplyDeleteko ni kurg penglihatan ke ape.kan ke blakang ko 2 kita slalu panggil "banglow".
Aiseh.. ye tak ye jugak. Banglo..
ReplyDeleteKalu DoReMi ada Istana Sangkut.
Ini kita panggil Banglo Sangkut.
Amacam??
bole la...yg pntg nama banglow 2 kene ade..
ReplyDelete