Ni la gambo kenangan sekolah time kat SMBM. Tingkatan Satu Rancangan Khas. Aku masok kelas ni pakai kroni, iaitu cekgu kelas itu sendiri, Cekgu Amin.
Terima kasih kpd AYUNASIA kerana up gambo ni.
Dalam reramai geng2 One RK tu, mamat paling kanan tu le yg bynk mengimbau memori spjg persahabatan, al Fatehah utk arwah Kapten Mohd. Yusari bin Kliwon.
Rakan se Felda, rakan mandi sungai kat kg. baru, rakan sesekolah semenjak darjah satu.
- Dia ni tak pernah pileh kwn. Semua pun dia geng.
- Pernah jadi tokey 'gula tarik' time darjah tiga SKSM. Siap mtk resepi dgn mak dia lg tu camne nk buat gula tarik.
- Dpn rumah dia ada pokok jambu bol. Salu la aku mtk kalu dtg umah dia.
- Dalam idong dia ada bijik saga. Dia ckp termasok idong time kecik2 dulu. terpaksa buat operation utk kuarkan benda tu yg dikatakan dah mula berakar.
- Pernah digandigkan bersama utk program Mentor-Mentee di sekolah dulu. Bimbingan Cekgu Zainuddin (org AT5 kot).
- Kalu mandi sungai kat kg. baru, sure ajak aku. Sama la mcm Yusree Nasir. Sampai kena perambat dgn bapak.
- Aktif kat sekolah, PBSM pilihannya. Berani orgnye.
- Dah popiler, ramei la peminatnye. Cinta munyet la kot. Budak papan timur sorg, budak sg mas sorg. Sape? Heheh, adala dan agaknye la.
- Dah masuk vokey kota, sekali sekala balek xpernah mis ziarah aku. Exper repair radio dan walkman.
- Dah masuk TUDM pun, kalu balek kota mesti g rumah aku. Banyak la pengalaman dia ceritakan.
- paling aku xboleh lupa, time majlis persandingan dia kt sg. mas. Aku diundang. Tapi masa tu aku outstation di Kole Trengganu. Aku xdpt nak balek. So pagi hari majlis tu aku helo dia utk wish tahniah dan nak ucap sori sebab tak dapat hadir. Dia ckp nevermind, janji ko ada beli hadiah utk aku. Dan aku mmg pun berniat utk belikan sesuatu utk dia. 23 Jun 2005, aku terima telefon dari bapak aku di kampong. Time tu aku tgh mkn nasik dagang kat pantai Batu Burok, Ganu. " Ni bapak ada berita tak baik, kawan kau Yus meninggal. Kapal terbang dia terhempas kat Labuan."
Aku mcm tak percaya dengan berita tu. Baru dua-tiga hari lepas aku bergurau senda dgn dia melalui tepon. Aku kehilangan seorang kawan yg baik budi pekerti. Kawan semenjak kecik.
Beberapa naskah Yassin aku jariahkan atas nama arwah (sebagai ganti-janji aku pd dia) dan aku dermakan di surau Taman Perumahan RPR Fasa 1, Sri Aman Sarawak.
Kenapa di sana? Usah ditanya. Biar dua2 memori itu terkubur bersama.
Aduh, aku dah tangkap sedih dah wei..
Adi....segala apa yg tertera di atas tuh semuanya benar takder yg tak benar.......aku sendiri masih sukar nak percaya yg dia dah tiada lagi.....setiap kali aku ziarah kubur...perasaan sebak tuh menebal teramat sgt....aku rindu....seandainya bisa kembali ke zaman dahulu....ingin aku menebus segalanya kerana mengecewakan hatinya yg entah berapa kali.......banyak kenangan manis dia tinggalkan untuk aku dan byk kata2 nasihat dia yg masih terngiang di telinga aku....dia seorang insan yg pernah aku kenali dan teramat baik perilakunya....tapi entahlah....mungkin bukan jodoh aku dan dia...betapa kecewanya dia bila aku khabarkan perkahwinan aku....tapi aku puas bila menatap sepasang anak matanya yg bersinar sinar disamping isteri kesayangan dia di hari perkahwinannya....aku yakin itu pilihan yg tepat Allah jadikn utk dia...seorang yg cantik dan lembut di mataku....aku tahu kala itu dia benar2 bahagia.....aku rasa lebih bahagia melihat akhirnya dia bahagia....Buat si dia yg pernah bertakhta di hati...aku sentiasa panjatkan doa ke hadrat Ilahi agar ditempatkan di kalangan org2 yg beriman dan beramal soleh.............AMIN
ReplyDeletewah liza, rupenye... :) semua tu kenangan terindah yg jgn sekali kau lupakan. sama2 kita doakan dia dlm golongan kesayangan Allah swt :) -apiz-
ReplyDelete