Friday, October 30, 2009

Tazkirah Jumaat

Kubur Setiap Hari Menyeru Manusia Sebanyak Lima Kali;

1. Aku rumah yang terpencil, Maka kamu akan senang dengan selalu membaca Al-Quran.

2. Aku rumah yang gelap, Maka teranglah aku dengan selalu solat malam.

3. Aku rumah penuh dengan tanah dan debu, Maka bawalah amal soleh yang menjadi hamparan.

4. Aku rumah ular berbisa, Maka bawalah amalan Bismillah sebagai penawar.

5. Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nakir, Maka banyaklah bacaan "Laa ilaha illallah, Muhammadur Rasulullah",supaya kamu dapat jawapan kepadanya.

Friday, October 23, 2009

Bayangan Neraka, Satu Peringatan

Yazid Arraqqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata: Jibrail datang kepada Nabi saw pada waktu yg ia tidak biasa datang dalam keadaan berubah mukanya, maka ditanya oleh nabi s.a.w.:
"Mengapa aku melihat kau berubah muka?"

Jawabnya: "Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah menyuruh supaya dikobarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang yg mengetahui bahawa neraka Jahannam itu benar, dan siksa kubur itu benar, dan siksa Allah itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia merasa aman dari padanya."

Lalu nabi s.a.w. bersabda: "Ya Jibrail, jelaskan padaku sifat Jahannam."

Jawabnya: "Ya. Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakan selama seribu tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitam gelap, tidak pernah padam nyala dan baranya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan dapat membakar penduduk dunia semuanya kerana panasnya.

Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu baju ahli neraka itu digantung di antara langit dan bumi nescaya akan mati penduduk bumi kerana panas dan basinya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu pergelangan dari rantai yg disebut dalam Al-Qur'an itu diletakkan di atas bukit, nescaya akan cair sampai ke bawah bumi yg ke tujuh.

Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan seorang di hujung barat tersiksa, nescaya akan terbakar orang-orang yang di hujung timur kerana sangat panasnya, Jahannam itu sangat dalam dan perhiasannya besi, dan minumannya air panas campur nanah, dan pakaiannya potongan-potongan api. Api neraka itu ada tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada bahagiannya yang tertentu dari orang laki-laki dan perempuan."

Nabi s.a.w. bertanya: "Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pintu rumah kami?" Jawabnya: "Tidak, tetapi selalu terbuka, setengahnya di bawah dari lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000 tahun, tiap pintu lebih panas dari yang lain 70 kali ganda." (nota kefahaman: iaitu yg lebih bawah lebih panas)
Tanya Rasulullah s.a.w.: "Siapakah penduduk masing-masing pintu?"

Jawab Jibrail: "Pintu yg terbawah untuk orang-orang munafik, dan orang-orang yg kafir setelah diturunkan hidangan mukjizat nabi Isa a.s. serta keluarga Fir'aun sedang namanya Al-Hawiyah. Pintu kedua tempat orang-orang musyrikin bernama Jahim, Pintu ketiga tempat orang shobi'in bernama Saqar. Pintu ke empat tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum majusi bernama Ladha, Pintu kelima orang yahudi bernama Huthomah. Pintu ke enam tempat orang nasara bernama Sa'eir."
Kemudian Jibrail diam segan pada Rasulullah s.a.w. sehingga
ditanya:
"Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ke tujuh?" Jawabnya:
"Di dalamnya orang-orang yg berdosa besar dari ummatmu yg sampai mati belum sempat bertaubat."

Maka nabi s.a.w. jatuh pingsan ketika mendengar keterangan itu, sehingga Jibrail meletakkan kepala nabi s.a.w. di pangkuannya sehingga sedar kembali dan sesudah sadar nabi saw bersabda: "Ya Jibrail, sungguh besar kerisauanku dan sangat sedihku, apakah ada seorang dari ummat ku yang akan masuk ke dalam neraka?" Jawabnya: "Ya, iaitu orang yg berdosa besar dari ummatmu."

Kemudian nabi s.a.w. menangis, Jibrail juga menangis, kemudian nabi s.a.w. masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyang kemudian kembali dan tidak berbicara dengan orang dan bila sembahyang selalu menangis dan minta kepada Allah. (dipetik dari kitab "Peringatan Bagi Yg Lalai").

Dari Hadith Qudsi: Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat sedangkan kamu tak dapat bertahan dengan panasnya terik matahari Ku.

Tahukah kamu bahawa neraka jahanamKu itu:
1. Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat
2. Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah
3. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung
4. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah
5. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik
6. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak
7. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum
8. Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor ular
9. Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta
mengandungi lautan racun yang hitam pekat.
10. Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 rantai
11. Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat

Mudah-mudahan dapat menimbulkan keinsafan kepada kita semua.

Wallahua'lam.

Saturday, October 17, 2009

Tukar Mode Kepada Amah

Hari ni aku terpaksa tukar mode dan mood kepada seorang amah (yg hemsem).

Tak mau cerita banyak, sebab kerja terlampau banyak. Bilek dan WC dah naik semak!

Sure lepas abis ni aku naik lepak.

Apa senyum2, nak kena penyepak!

Friday, October 16, 2009

The Sphere

Jeng.. Jeng.. Lepas 5 bulan lebih aku tak balek KL, mcm2 yg dulu belom ada sekarang dah pun ada. Yang dulu blom siap, la ni dah pun disiapkan dan boleh digunapakai.

Gini, sebelah jek dgn apartment tempat aku tinggal, telah siap pun satu bangunan mall berserta ruang ofis yg tersergam agam. Namanya "The Sphere". Terletak di kawasan Bangsar South yg mana lebih tepat dipanggil Kampong Kerinchi (dulu la sebelum bangunan ni dirikan, wujud penempatan separa setinggan di sini. Dan Kampong Kerinchi ini telah dimansuhkan dari muka bumi atas sebab kerakusan raksasa bernama The Sphere itu).

Lepas ni nak beli brg keperluan tak payah susah2 start kereta, mengharung jem bagai.

Bukak tingkap, depangkan tangan ala2 Kluang Man, lompat turun.. Sampai sudah di Carefour. Hehehe. Kat sebelah je.
Nak makan2 pun ada, shopping pelbagai barangan pun ada. Pendek kata, macam2 ada..!

Penantian selama hampir 3 tahun dengan menghadap bunyik pembinaan ketang-ketung yg membingitkan gegendang telinga setiap hari sehingga jam 0200 pagi kini sudah berakhir.

Tapi aku tetap merindukan time bangunan tu takde lagi.
Sebelum ni, bangun pepagi bukak tingkap mengadap Angkasapuri, terbentang hijau je pemandangan. Hutan belukar menyejukkan kornea mata. Aman dan damai. Bunyik unggas dan burong di tengah2 kesibukan kota. Pergghh.. Mana nak dapat beb!

Sekarang dah takde dah ketenangan itu..

Mata Yang Ngantok.. Selalu

Alalala.. pehalnye la aku ngantuk2 sokmo semenjak masok HQPJ ni. Takde motivasi diri btol la. Lagi2 lepas membadok nasik. Time2 petang. Hangin ekon sejuk2 gitu. Mata pun start la kuyu dan layu.


Memula tengok jam dinding pukoi 230 petang. Zzzz. Sedar, tengok jam balik, aikk 330 sudah! Hehehe. Kalu MD or bos aku nengok, konfem aku dpt memo naik gaji besok nye!
(Sori aaa bos kalu ada baca).

Audit report ada 3 lagik tak kompile dan sabmit. Besok la.. Besok la.. Aicess! Kang gaji aku kompeni kasik tempoh besok la.. Besok la, payah jugek aku. Yelah.. Yelah aku buat bagi siap, tapi minggu dpn la..

Besok cuti beb! Hepi Dilwali.

Hikmah Bersujud

Sujud melegakan sistem pernafasan. Mungkin ramai di kalangan umat Islam tidak menyedari mengenai pelbagai hikmah yang tersembunyi ketika sujud. Padahal, kita perlu sedar bahawa tiada suatu pun ciptaan dan suruhan Allah s.w.t. yang sia-sia, malahan setiap ciptaan itu mempunyai kelebihan yang selalunya tidak terjangkau akal manusia.

Manusia melakukan sujud dalam dua bentuk, iaitu sujud fizikal seperti ketika bersolat dan sujud spiritual berbentuk ketaatan kepada perintah Allah s.w.t. dan menjauhi larangannya. Ulama' mengatakan sujud ketika solat adalah waktu manusia paling hampir dengan Allah s.w.t. dan kita digalakkan untuk bersujud lebih lama.

Antara hikmah lain ialah sujud dapat melegakan sistem pernafasan dan mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya.

Bernafas ketika sujud pula boleh:

- membetulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempat asalnya.

- membetulkan pundi peranakan yang jatuh.

- melegakan sakit hernia (burut)

- mengurangkan sakit senggugut ketika haid.

- melegakan paru-paru daripada ketegangan.

- mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa.

- kedudukan sujud adalah paling baik untuk berehat dan mengimbangkan lingkungan bahagian belakang tubuh.

- meringankan bahagian pelvis.

- memberi dorongan supaya mudah tidur.

- menggerakkan otot bahu, dada, leher, perut serta punggung ketika akan sujud dan bangun daripada sujud.

- pergerakan otot itu menjadikanya lebih kuat dan elastik, secara automatik memastikan kelicinan perjalanan darah yang baik.

- bagi wanita, pergerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik, mudah berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar daripada kanser payudara.

- mengurangkan kegemukan.

- pergerakan bahagian otot memudahkan wanita bersalin, organ peranakan mudah kembali ke tempat asal serta terhindar daripada sakit gelombang perut (convulsions).

- organ terpenting iaitu otak manusia menerima banyak bekalan darah dan oksigen.

- mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepaman darah ke otak secara kuat dan mengejut serta terhindar penyakit salur darah dan sebagainya.

Dari segi psikologi pula, sujud membuatkan kita merasa rendah diri di hadapan Yang Maha Pencipta sekali gus mengikis sifat sombong, riak, takbur dan sebagainya.

Dari segi perubatan, kesan sujud yang lama akan menambahkan kekuatan aliran darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala dan migrain, menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran sekali gus menguatkan mentaliti seseorang.

Menurut kajian, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki darah sedangkan setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal dan sempurna. Urat saraf tersebut akan dimasuki darah secukupnya hanya ketika kita bersujud. Subhanallah...

Pagi Sudah?

Aiseh, tepon aku dah tukar fungsi jadik jam loceng la pulak. Jam 400 pagi, mata dah tak boleh kejam lagi. Kena bangun la kot? Yela tu..

Tunggu subuh menjelma..

Thursday, October 15, 2009

Balik KL

Lamanya aku tak balik KL. 5 bulan adala la kot. Semenjak last day sebelum aku berangkat ke negeri di Bawah Bayu.

Hari pertama di ofis. Huarghhh... Ngantoknyeee.... Perjalanan balik dari kampong ke KL tengah malam tadi belom lah lagi disulami dgn rehat yg cukop. Cuma jas berenti kejap kat RnR Ayer Keroh utk melepaskan lelah dan makan sahur. Nasik ditapau oleh mak.

Sesampai ofis seawal 630 pagi setelah berenti solat suboh di masjid UM. Hehe, pak jaga pintu gate pun sampai lepas aku datang. Apara..

Macam biasa hari pertama lepas balik outstation hanya diisi dgn sesi bermalas2 sambil ngobrol.

Jam 530 petang, terus capai beg utk balek. Bos aku balek dulu haaa. Besok jela kita ngeteh!

Wei rumah aku dah jadi tongkang pecah ke? Haaatoii...

Apa2 hal, layan mata dulu. Babai..

Kringgggg.. Loceng Sekolah Bunyik Kembali!

Ni la gambo kenangan sekolah time kat SMBM. Tingkatan Satu Rancangan Khas. Aku masok kelas ni pakai kroni, iaitu cekgu kelas itu sendiri, Cekgu Amin.



Terima kasih kpd AYUNASIA kerana up gambo ni.

Dalam reramai geng2 One RK tu, mamat paling kanan tu le yg bynk mengimbau memori spjg persahabatan, al Fatehah utk arwah Kapten Mohd. Yusari bin Kliwon.

Rakan se Felda, rakan mandi sungai kat kg. baru, rakan sesekolah semenjak darjah satu.

- Dia ni tak pernah pileh kwn. Semua pun dia geng.
- Pernah jadi tokey 'gula tarik' time darjah tiga SKSM. Siap mtk resepi dgn mak dia lg tu camne nk buat gula tarik.
- Dpn rumah dia ada pokok jambu bol. Salu la aku mtk kalu dtg umah dia.
- Dalam idong dia ada bijik saga. Dia ckp termasok idong time kecik2 dulu. terpaksa buat operation utk kuarkan benda tu yg dikatakan dah mula berakar.
- Pernah digandigkan bersama utk program Mentor-Mentee di sekolah dulu. Bimbingan Cekgu Zainuddin (org AT5 kot).
- Kalu mandi sungai kat kg. baru, sure ajak aku. Sama la mcm Yusree Nasir. Sampai kena perambat dgn bapak.
- Aktif kat sekolah, PBSM pilihannya. Berani orgnye.
- Dah popiler, ramei la peminatnye. Cinta munyet la kot. Budak papan timur sorg, budak sg mas sorg. Sape? Heheh, adala dan agaknye la.
- Dah masuk vokey kota, sekali sekala balek xpernah mis ziarah aku. Exper repair radio dan walkman.
- Dah masuk TUDM pun, kalu balek kota mesti g rumah aku. Banyak la pengalaman dia ceritakan.
- paling aku xboleh lupa, time majlis persandingan dia kt sg. mas. Aku diundang. Tapi masa tu aku outstation di Kole Trengganu. Aku xdpt nak balek. So pagi hari majlis tu aku helo dia utk wish tahniah dan nak ucap sori sebab tak dapat hadir. Dia ckp nevermind, janji ko ada beli hadiah utk aku. Dan aku mmg pun berniat utk belikan sesuatu utk dia. 23 Jun 2005, aku terima telefon dari bapak aku di kampong. Time tu aku tgh mkn nasik dagang kat pantai Batu Burok, Ganu. " Ni bapak ada berita tak baik, kawan kau Yus meninggal. Kapal terbang dia terhempas kat Labuan."
Aku mcm tak percaya dengan berita tu. Baru dua-tiga hari lepas aku bergurau senda dgn dia melalui tepon. Aku kehilangan seorang kawan yg baik budi pekerti. Kawan semenjak kecik.
Beberapa naskah Yassin aku jariahkan atas nama arwah (sebagai ganti-janji aku pd dia) dan aku dermakan di surau Taman Perumahan RPR Fasa 1, Sri Aman Sarawak.
Kenapa di sana? Usah ditanya. Biar dua2 memori itu terkubur bersama.

Aduh, aku dah tangkap sedih dah wei..

Wednesday, October 14, 2009

Sahlah..

Sahlah.. Aku keracunan!

Bangun sahur pg tadi, benda first sekali aku buat, berlari2 anak utk memvisit WC, buat pelaburan.

Crettt..

"Ini pun dah semacam nak terkucil aku tahan jebat. Masuk ini dah ENAM kali..!"

Badan pun dah seram sejok mcm nak demam. Okeh, permisi. Mr. Tan di WC panggil aku lagi..

Panggilan Jamban!

Tuesday, October 13, 2009

Pontian Oh Pontian 2

Aku balik Pontian lagi. Kali ni kampong asal usul mak aku pulak. Parit Mohayat, Ayer Baloi.

(Weh, pehal org dulu2 kasik eja air jadi ayer?) Sape2 ada jowapan..

Lepas abis audit discussion di JB yg tak sampai pun 15 minit itu (hampeh tul! Kerja audit amik masa 2 minggu, dia punye pembentangan tak sampai pon 15 minit??), aku ngan bapak mak balik kampong. Nak buat koleksen jual buah sawit.

Haicess.. Bestnye org ada ladang sawit! Cukup bulan ambik gaji. Harga terkini, RM390 per tan. Jadik lah.. Kata mak aku.

Baliknye tu kiteorang lalu kat kg sawah (pekan nanas) ngale Kulai ikot jalan kuari batu. Singgah air terjun rekreasi Gunung Pulai. Aihh.. Pesal aku rasa jalan masok dia dah lain. Konpius..

Sekali ujan da.. Jadi aktiviti melancong telah bertukar kpd sesi ngeteh kat warong dekat2 situ. Oder air kopi-o paneh2 time ujan2 macam ni best la agaknya. Side order oleh mak, mihun sop dgn mi goreng.

Balik sampai rumah, dan2 maghrib time. Lepas solat aku rasa semacam. Sakit perut ada, mual2 nak muntah pun ada, kepala puyeng mcm nak mabok pun ada.. Pesal aku ni. Mcm kena keracunan makanan jek!

Monday, October 12, 2009

Hari Yang Sibuk

Aku rasa aku tengah sibuk la hari ni. Sebab aku nak siapkan report audit untuk dibentangkan pada discussion esok di JB.

Sunday, October 11, 2009

Go Meracun Go..

Meracun la, opo mening. Kesel weh! Isuk jeput2 lungo ne, balik-e laa.. Jam 0230 sore.

Tapi aku puas ati.

Mboh, kapan aku kegowo henfon ku melebu ladang sawit ki...

Opo mening, snap2 gambar sak lembar loro..

Ki kelengkapan di kanggok-ke berperang karo semak samun sing degil wulet.

Kesel Weh!

Rakan sekerjo. Mak aku.

Pokok opo ki?

Ni si buah-e. Jambu Air, ngilang-ke ngelak karo ngelih..

Saturday, October 10, 2009

Ladang Sawit Felda Bapak Ku

Arini beraktiviti bebas bersama bapak kat ladang. Apa lagi.. projek meracun semak samun la.

Baru separuh jln, ujan turun pulak. Jadi, kena pospon dulu la di lain waktu. ptg time ke.. Esok time ke.. Ikut dan. Best kan kerja ladang sendirik ni? Kerja ikut dan..

Friday, October 9, 2009

Adakah Saya?

Dicedok tuang dari blog sesemut emas

Adakah saya seorang yang sibuk?

Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman AS.

Adakah saya seorang yang manis dalam senyuman?
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia berkata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil berkata, "Ya Rabbi, aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.

Adakah saya seorang yang kaya?
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

Adakah saya seorang yang miskin?
Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk - numpukkan harta.

Adakah saya seorang yang rugi?
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan.

Adakah saya seorang yang paling cantik?
Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

Adakah saya seorang yang mempunyai rumah paling luas?
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.

Adakah saya seorang yang mempunyai rumah sempit lagi dihimpit?
Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.

Adakah saya seorang yang mempunyai akal?
Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka.

Tiket Sudah Beli

Dua tiket pegi dan balik JB-KK dah pun sukses ditempah. Airasia jela, dgn Uncle Tony!

Jadual nya; Bertolak dari Senai 24hb Oktober jam 0955 pagi. Dan bertolak balik dari KK pada 27hb Oktober pukoi 1535 petang.

Jumlah nya; tiket, RM602.00 termasuk kos memenuhkan tembolok dan luggage masing2.

Dan kos plus-plus terselindung bila dah sampai kat sana belum pun di ambil kira.

Sekian terima kasih. Toce!

Thursday, October 8, 2009

Pontian Oh Pontian

Hari ni aku balik kampong Pontian. Ziarah kebun sawit. Kesian kebun terbiar semak.

Kesian bapak, terpaksa uruskan sorang diri. Mana kebun Felda, mana kebun kat Ayer Baloi lagi, kebun Rambah lagi. Belom pikir perkara atau hal yg lain lg..

Aku, bapak dan kebun, kami sama2 tau susah senang uruskannya. Mungkin cerita sebelum aku membesar tentang kebun mungkin banyak yg aku tak tau. Tapi, selepas aku dah boleh diharapkan utk kerja2 berat, aku dah jadi sebati dengan kehidupan petani.

Meredah duri pokok nenas, sudah. Masuk belukar, sudah. Kena kejar tebuan, sudah. Nanam dgn mancang anak sawit, sudah. Metik ngan nolak sawit, sudah. Ngeracun semak, kulit kebeler sana sini biasalah. Ketiban pelepah sawit, pun sudah. Nah 3 batang duri sawit tertanam kat lengan. Jari nak putus kena parang lagi. Mujur tak tinggal bekas ketara. Tulah.. Aku rasa aku dah sebati dgn kehidupan sawit ni. Ibaratnya, kais pagi nyawit, kais petang pun nyawit. Sekarang ni je, aku sedikit alpa asal usul.

Dan hati ini penuh keazaman berkata.. Kan ku sambung usaha tani bapak ku!
Dan memang pun aku anak tani.

Ni la teratak kecik kami kat kg Rambah. Belum siap sepenuhnya.

Wednesday, October 7, 2009

Apa ni..? Semua Pun Melambung

Dgr berita pagi ni, cukai dan harga rokok dinaikkan. Mujur juga aku tak isap rokok. Tidak kalu.. Pasti expenses bulanan juga turut naik. Ingatan pada aku, jangan la terjebak dgn gejala isap rokok. Isap benda lain boleh la kot.. Huhuu.

Tapi, ada juga expenses aku yg lain turut melambung, iaitu... BIL CELCOM AKU!
Pagi tadi dapat msg dari Celcom, dia kata bil aku dah over limit. Apa la celcom ni, dah tau over limit kasi stop la.. (Hehehe, ayat cover cuai sendiri).

Aiseh.. Camne leh over pulak nih. Nampaknya kenalah man-man sikit gunanya lps ni. Tepon ofis PJ (makcik ros) kena kurangkan, tepon member2 yg tak berapa paham nak call balik kena kurangkan, tepon si buah hati kena kurangkan..

Kalu masih menggatal nak bergayut jugak, emm.. aaa.. Begayut ngan operator Celcom 1111 jela kot? Gratis kan..

Harga barang pun naik. Mlm tadi lps maenyantap sup ekoq plus gear box kat D'Laksamana (AT 5), bapak beli tepung gandum cap sauh. Harga dah RM1.70. Mahai nyeee!
Seingat aku dulu time aku dah pandai dikerah untuk membeli itu dan ini di kedai runcit Cik Naim (dgn upah keropok jagung), harga gandum tak sampai pun singgit.

Patut le sekarang epok2 ngan jemput2 naik harga!

Tuesday, October 6, 2009

Try Nak Bangkit Dari Malas..

Uih.. Pemalehnye tuan tanah punye blog ni. Dah lama tak up!

Klu nak digambarkan dgn avatar, camni le aku time sekarang ni;


Sebut siput je ye. Yang b**i nye takyah sebut pun takpe. Issyy.. Najis Mughalazah.


Hari ni aku survey portal Airasia ngan MAS. Tgk2 klu ada tiket murah 'balek' Sabah.

Haa.. Area 23 Oktober ada murah siket. Airasia ada Super Eco rate.