Thursday, May 20, 2010

Ter'Papar'

Wehhh.. Apalah tajuk entri kali ni.

Sebenornye aku baru menghabiskan ekspidisi ke satu lagi bahagian dalam negeri sabah iaitu Papar. Aktuali aku dah pegi ke sini buat kali yang ketiga. Pertama, yang dulu tu tahun 2007. Keduanya, semasa perjalanan balik dari Beaufort ke KK dan yang ketiganya, yang kali ini punya lah.

Dua perjalanan yang lalu tak banyak yang aku 'eksplor', dan tak banyak yang aku tahu tentang Papar. Tapi kali ni, alhamdulillah aku dapat pengalaman yang baru dan bermakna.

Sesudah selesai urusan pekerjaan rasmiku, aku telah di ajak untuk 'mengembara' ke dalam belukar dan dusun di lereng salah satu bukit yang ada kat situ. Aiseh.. Aku lupa la nama itu tempat.

Pada mulanya diaorang kata, "kalau hujan, kita tak dapat naik ohh.."

Jadi aku tertanya-tanyalah, teruk sangat ker laluan jalannya.

Nah aku, alamilah sendirik..

Dengan menaiki sebuah SR yang telah di'konvert' enjin Ninja King VX edtiton 3.6 Turbo, kami berempat mendaki jalanan ala-ala ekspidisi pacuan 4 roda 'Camel Trophy'. Haha.. Memang gah, memang adventure..

Menelusuri laluan berliku balak, dilereng bukit. Di kiri tebing tinggi, di kanan gaung. Nun di sana, terbidang kehijauan hutan dan belukar. Hampir 20 minit perjalanan terhinjat-henjut, akhirnya..

Sebidang dusun buahan yang rata-ratanya tanaman durian. Selainnya ada tarap, rambutan, manggis, cempedak, nangka, dan untuk julung kalinya.. Aku mengenali macam mana pokok clover. Cengkih daa..





Singgah sebentar di rumah pemilik SR tadi tu. Aitt.. Ada munyik kucing mengiau. Tapi mana haiwannya. Allahu akbar.. Ada burung bunyik kucing daaa.
Sebenarnya itu tiong batu. Sekarang agak sukar nak cari burung ni  dipelihara di rumah-rumah. Almaklom, haiwan kawalan oleh Mergastua.

No comments:

Post a Comment